Tuesday, May 20, 2014

Allah yang PERMUDAHKAN



Hari ini 21 May, hari ke 2 untuk bulan ini menulis di blog ini dan tidak pada blog blog lain. Hari ini merupakan hari ke 3 terasa ada sesuatu perubahan pada diri selepas mengamalkan zikir nama Allah pada setiap jam dengan zikir yang berbeza...saat ini tepat jam 12 tengah hari giliran untuk aku berzikir Ya Muqiit menyeru pada Allah tuhan yang maha mencukupkan segala keperluan hambanya. Subhana Allah...aku begitu teruja dengan pengalaman baru zikir ini dan aku yakin perubahan ini berlaku kerana ada perubahan dalaman yang sedang terjadi pada diriku.

Perubahan ketara ialah semenjak Isnin iaitu hari pertama senarai zikir zikir dibuat dan dimulakan, aku seakan demam dan seluruh tubuh terasa panas termasuk lidah dan tekak, hampir hampir aku batalkan temujanji untuk berbincang pada petang Isnin itu, namun memikirkan peluang besar dan menghormati waktu orang lain, aku gagahkan diri yang sangat tidak berdaya itu memandu, bila ke clinic, Dr mengatakan aku tidak apa apa sedang aku hampir pengsan dan mata berpinar pinar tengah hari itu, terpaksalah aku menelan PCM yang sedia ada, seharian di pejabat, aku tidak mampu buat apa apa pun. Alhamdulilah malamnya, perbincangan kami sungguh menjadi dan aku kembali bersemangat hingga badan berpeluh peluh.

Keadaan berulang esoknya, tapi kali ini tiada demam, cuma terasa tidak boleh untuk fokus dan tidak berdaya untuk melakukan kerja kerja penulisan report, fikirku mungkin aku tersangat excited untuk bertemu abang Mie pada petangnya, rupanya ianya berulang lagi hingga hari ini. Sehingga jam 12.30 pm ini, aku tidak melakukan sebarang kerja kerja pejabat yang tertangguh itu berbanding minggu lepas. Aku cuba menerima keadaan aku dan cuba memahami, nun jauh di sudut hati terasa ada sesuatu dalam diri sedang melakukan adjustment. Alhamdulilah, perancangan spontan banyak terjadi, how to handle tetamu, handle abang, handle utk visit adik adik, mengajar Harraz matematik yang akan bersambung malam ini setelah 2 malam off mengajar, dan paling aku gembira, aku sudah ada rutin yang sempurna untuk pembacaan harianku. Pagi bukuSelf Help, malam pula buku Panduan orang orang soleh. Alhamdulilah setiap hari hampir 1 jam pagi dan 1 jam sebelum tidur.

Semenjak malam pertama baca buku panduan orang orang soleh, satu kenyataan yang menangkap mata hati ini ialah bina hubungan istimewa dengan Allah ketika solat, iaitu hubungan hati, hingga merasakan solat itu lazat, hingga terasa begitu takut dan kerdil berdepan dengan boss yang paling ditakuti yang mengetahui semua gerak geri dan naluri dalaman kita, bayangkan, dalam solat kita memuji, mengingatkan diri akan kebesaran dan kekuasaannya, balasannya, memohan perlindungan, rukuk tanda hormat dan sujud tanda berserah, subhana Allah, semenjak itu terasa ada hubungan hati yang menjadikan sukar untuk aku menundakan solat, apa lagi mengenepikannya, terbit rasa malu pada Allah, terbit rasa kehinaan bila tidak berusaha untuk mengadakan suasana yang lebih sempurna, mengejar dan mengutamakan ruang dan peluang pada solat, dan setelah sekian lama, hari ini solat Dhuhaku bermula semula. Semoga Allah permudahkan aku untuk meneruskan hajat merebut puasa sunat Rejab pula esok harinya.

Bila imbas kembali, hujung minggu yang lepas, weekend yang menemukan semula aku dengan perasaan dulu yang pernah wujud, dan semakin hilang saban hari. Bagai terulang semula sebuah rasa itu, aku hampir menangis ketika memandu kereta menjemput hubby di Stesyen Bas Pekeliling, begitu juga ketika kami keluar makan dan jalan jalan, terasa bagai terulang semula saat saat manis ketika baru bergelar suami isteri dan ketika sarat rasa bahagia dengan suara manja dan teriakan anak anak. Subhana Allah terasa kerdil diri ini, terasa besarnya pemberian Allah dan tengah hari itu lah, aku mula solat berjemaah semula dengan hubby, selepas solat, aku kucup tangannya sambil memohon ampun dan maaf, dan aku berjanji untuk terus menjadi makmumnya. Ketika aku bercakap cakap dengannya keluar tentang kelebihan zikir, dan terkeluar idea, alangkan bagusnya kalau nama Allah yang 99 itu kita jadualkan untuk menzikirkannya setiap satu jam satu nama, dan dalam sehari dari 6 pagi hingga 12 tengah malam. Isnin terus aku cuba make it possible... ya setakat ini gambarannya seakan aku perlukan 5 hari. Semoga ini menjadi hadiah terbesar dari Allah bila aku memohon maaf pada hubby dan kami kembali mengecapi hidup suami isteri yang lebih bahagia dengan keajaiban miracle dari Allah.

Ya Aku perlukan katakan pada diri, Isnin hingga hari ini, aku bagai dalam pemulihan, ada sesuatu yang Allah sedang pulihkan, aku semkain mengenali diri, semakin bertenang, semakin hidup hati dan rasa ini, dan yang paling terserlah, aku semakin bahagia memulakan kerja kerja baking. Sabtu ini aku rancang untuk membuat moist chocolate cake pada hari Sabtu untuk slumber party dengan adik adik di rumah acik dan Ahadnya akan buatkan Chicken grilled with lemon and herbs untuk hidangan kami dua beranak. Ahad yang lepas ketika hubby di rumah, aku siapkan Victoria Sandwich cake, bukan main lagi hubby dan Harraz makan, aku hampir tidak percaya, makanan sesedap itu adalah air tangan cinta dan keikhlasan aku, subhana Allah.

Semoga, akan ada ruang ruang khas tersusun indah untuk aku terus menulis setiap malam di rumah, dan fokus yang tidak berbelah bagi ketika di pejabat. 3 hari sudah berlalu di pejabat, aku tidak pasti berapa hari lagi ianya akan mengambil masa dan yang pasti selepas ini aku seakan berkejar sedikit untuk mengejar tarikh akhir Fabulous May. Hujung minggu ini juga, aku tertunggu tunggu perubahan baru menciptakan pagi yang indah di Masjid Allah bersolat subuh dan terus ke padang untuk riadah dan breakfast sambil membaca buku. 

Untuk melihat orang lain berubah, pertama kita perlu berubah, mohonlah dengan Allah semoga segalanya dipermudahkannya. 

Allahu Akbar.