Friday, June 29, 2012

Sunyi yang BERERTI




Alhamdulilah terlalu besar rasa syukur ini pada Allah, tuhan yang membuka jalan dan membantu dikala aku susah dan senang. Alhamdulilah hari Jumaat yang mulia ini aku melangkah dengan ceria dan bebas dari rasa BEBAN SAKIT yang dipikul. Alhamdulilah, akhirnya aku mampu merasa kembali nikmat kecergasan JIWA dan MINDA. Allah tidak sesekali akan menyiksa hambanya, setiap musibah pasti terselit sebuah ANUGERAH. Sebagai hamba yang dikurniakan akal, kita perlu berusaha tanpa putus asa dan penuh takwa, insya Allah setiap permintaan pada Allah pasti dipenuhi dan setiap usaha pasti dipermudahkan.Kalau diikutkan hati mau aku merembeskan air mata ini, air mata gembira atas apa yang aku rasa sejak semalam, namun biarlah sejadah tempat aku merintih, dalam telekung tempat takungan air mataku. Biarlah hanya Allah yang tahu, setiap rasa jerih perih, biarlah hanya Allah yang dengar rintihan hamba yang sepenuhnya berserah pada Allah ini. Alhamdulilah belum 10 Syabaan, Allah telah membuka ruang penyelesaian yang besar buat aku.  Esok 10 Syaaban, sebagai rasa syukur, aku akan berpuasa sunat dan berbuka didepan keluarga dan anak anak.
Alhamdulilah, niat dihati untuk bersedekah dipagi Jumaat terlaksana, sudah seminggu tertangguh, hari ini bagai sebuah janji, segalanya SMOOTH, insya Allah dengan Allah aku berjanji, kalau inilah kehidupan TERINDAH yang mampu aku lakarkan DEMI ALLAH, akan terus aku usahakan. Insya Allah juga, akan aku gandakan bahagian yang perlu disedekahkan. Sebagaimana bisikan permintaanku pada Allah dikala aku bersujud, Ya Allah berikan aku sedikit KELAPANGAN REZEKI mu agar aku mampu MENYEGERAKAN USAHA USAHA menapakkan kaki ini di BUMI SUCIMU MEKAH MUKARRAMAH. Inilah commitment Dhuhaku yang bermula hari ini secara ringan dan penuh kesungguhan dan keikhlasan sebagai rasa SYUKUR pada sebuah penyelesaian KEMELUT yang melanda diri. Semua ini pula berlaku dipagi Jumaat yang mulia, yang pasti aku akan meriahkan dengan alunan ALKAHFI seperti biasa dengan izin Allah. Sungguh Allah maha PENGASIH, aku terpilih dalam plot kehidupan yang membawa aku untuk tersungkur kehadrat Ilahi. Alhamdulilah.
Dalam Al Quran, Allah berkata dia berhak memberi rezekinya kepada sesiapa saja tanpa hisab, maha kuasa Allah itu, tidak siapa mampu menghalang setiap ketentuannya. Kita sebagai hamba berhak berusaha, terus meminta dengan yakin rezeki Allah yang luas termasuk kasih sayang dan belas kasihan. Kita cenderung menganaiya diri sendiri, kita cenderung menzalimi diri sendiri, kasih sayang dan belas kasihan Allah yang bakal membantu kita, memperlihatkan pada kita apa yang harus kita buat dan bagaimana harus kita hadapi. Allah pasti menjawab setiap permintaan hambanya melalui penilaian terbaik yang sudah disuratkan diLuh Mahfuz lagi. Tiada lain yang aku harapkan dikala ini, Aku mohon dengan Allah diberi keimanan. Iman saja yang bakal mencerahkan kegelapan hati. Iman menjadi petunjuk diri. Bukan semua apa yang kita fikir dan rasa itu betul kerana kita tidak sepenuhnya berkuasa atas diri sendiri. Sebaliknya kita ditadbirkan oleh Allah. Bila putus tali dari Allah, hilang punca dan arus hidup yang betul disisinya sebaliknya banyaklah unsur unsur luaran dan kesendirian matlamat yang lebih bersifat jahil menguasai diri. Wanauzubillah.
Aku sedih membaca kisah penceraian di muda depan surat khabar. Sedih membaca bila anak menjadi saksi penceraian sambil berlinang air mata. Dihati setiap anak anak tidak ingin ibu bapanya bercerai. Sebagai orang luar, kita tidak berhak berkata apa apa. Namun berita ini menjadi bahan perbualan aku dan hubby ditelefon, memecah kesunyian disebalik sibuk dengan urusan kerja. Dalam hidup tidak ramai menerima takdir hidup sebagai wadah mendidik diri dan orang orang dalam kehidupan kita, begitu juga perkahwinan. Rasa seronok dan cinta bersama pasangan memang akan padam, kerana itu cinta sesama manusia. Namun diusia yang lewat tidak mampukah kita menggunakan iman untuk menyuluh kembali rasa cinta yang terselit. Jangan mengukur rasa dan menjadikannya INDICATOR dalam sebuah ketentuan yang lebih penting. Perasaan kita tidak selamanya suci dan tulus kerana Allah kalau kita tidak bersujud dan memohon pada Allah. Hidup bukan untuk membina pandangan orang tetapi pandangan dan kemuliaan Allah. Risaunya hati bila kenyataan secara berleluasa disurat khabar akan menyokong perasaan orang yang diambang tidak bahagia untuk memutuskan cara yang sama. Itu kebimbangan sebenar yang sepatut ada pada semua cerdik pandai kesan hal hal peribadi diperbesarkan dimedia sebegitu, Negative Impact pada masyarakat. Semoga Allah melindungi insan insan yang sedang berhadapan dengan kegoncangan agar tidak mudah mencontohi kisah orang lain sewenang wenangnya ..Aminnn, ambil yang positive jangan yang negative.
Jam sudah 12.15 tengah hari, waktu untuk bacaan Kahfi semakin hamper. Hari ini kesempatan seakan hanya 2 kali bacaan Kahfi, entahlah jika pulang nanti masih ada waktu. Kalau pagi tadi memulakan hari seawal 5 pagi, pasti sempat mengalunkan Kahfi kalau tidak sepenuhnya mungkin separuh. Jadual harian disusun semula bila melihat keperluan aktiviti, tapi perlukan latihan sekurangnya sebulan untuk diubah suai semula dan seterusnya boleh dikongsi. Hidup perlu terancang, apa lagi kalau perencanaan itu berlandaskan peruntukan masa khusus untuk amalan ibadat dan ketuhanan. Semoga Allah permudahkan aku melaluinya dan bolehlah dinamakan diari peribadi seorang ibu muslimah untuk tatapan anak anak suatu hari nanti. Waktu rehat dihari jumaat aku lanjtkan 12.30, dan aku warnai dengan bacaan Kahfi dan makan tengah hari sementara menunggu solat jumaat habis, sejurus solat habis, Insya Allah akan melangkah ke Masjid untuk solat zuhur. Agenda dengan kawan kawan semakin kurang diberi perhatian. Kalau diri ini tidak dicari, aku anggap Allah sedang mengatur peluang waktu untuk hanya dengan Allah. Kalau kawan kawan mencari, sama sekali aku tidak akan tolak, apa lagi kalau mereka ada hajat untuk berbincang perkara yang perlu. Sesungguhnya hanya tuhan yang tahu, aku begitu sayangkan waktu rehat dihari Jumaat untuk bacaan surah Al kahfi berbanding sekadar jalan jalan tanpa tujuan dengan kawan kawan dan bersembang kosong yang membawa ke arah condong untuk mengata dan mengumpat keji. Alhamdulilah walau hanya bersunyi sunyi sendiri tapi penuh BERERTI dimata Allah.