Thursday, January 26, 2012

Pasti tiada yang KURANG


Hari ini Jumaat, penghulu segala hari, Alhamdulilah kejayaansudah tercipta dari semalam dengan bacaan Yasin dan 65 ayat surah Alkahfi disamping sambungan Al Maidah dan hafalan bacaan doa muakkad dalam solat tahajjud. Pagi ini serasanya aku lebih awal dari kebiasaan, 7.30am aku sudah boleh ON kan PC dipejabat. Kelopak mata terasa berat kerana aku tidak boleh tidur semalaman.

Aku tidak pasti apa yang aku rasa semenjak pukul 1 pagi semalam,ada juga rasa LEGA sekurang kurangnya aku tidak lagi berteka teki. Dalam aku kuat dgn alternative hafalan bacaan doa tahhajud itu, seketika air mata aku tertumpah, namun kali ini terasa kelainannya. Mungkin kekuatan ini terbina atas usaha usaha spiritual yang telah dibuat sebelum ini. Alhamdulilah.

Yang paling PASTI, Allah bersamaku...aku tidak perlu getar, aku perlu TENANG dan bersedia untuk menghadapi kemungkinan yang BESAR bakal terjadi. Lepas bacaan quran pagi ini, aku kirimkan satu SMS yang memberitahu apa yang sedikit harapan TERTINGGAL demi anak anak dan selebihnya aku sudah MEMAAFKAN dan MENGHALALKAN segalanya....kita TETAP KAWAN dan Kita perlu TERUS BERHUBUNG demi anak anak.

Suara hati aku berkata MASA SUDAH TIBA. Kini aku sudah faham semuanya..apa yang dia rasa..apa yang dia fikir dan apa kesudahannya bakal terjadi pada aku. Kenyataan hari ini meyakinkan lagi suara hati yang sering kencang menyatakan padaku berulang kali. Aku lebih yakin dari biasa dan lebih REDHA.

Tiada kesedihan bermain dihati ini, cuma mindaku pantas berfikir apa nak buat ..apa nak buat. Aku akui kelemahanku lantaran itu aku perlu menyuarakan ACTION. Hati anak anak perlu dijaga agar mereka tidak sedih dan tertekan. Slowly aku akan bawa anak anak pada satu mind setting, hidup tidak semudah yang kita rancang...tidak juga semuanya MANIS belaka. Ayat terakhir smsku pagi tadi juga menyebut yang aku tetap akan doakan buat dia kerana dialah satu satunya ayah kepada anak anakku.

Kadang kala sukar mencoret rasa, sukar juga mengenali rasa...aku rasa TERSENTAK bila apa yang aku duga BENAR belaka. Mengapalah aku sedari dulu sukar mendengar suara hati sendiri...masih memberi orang lain peluang dari mengambil kira hati sendiri. Ahhh itulah aku, bila tempoh sudah sampai baru aku yakin dgn fikiran dan tindakan. Sebenarnya situasi dan minda aku sudah begitu bersedia.

Ahhh tersangat mengantuk! Bersambung.

Nescafe tarik panas dan sesenduk nasi lemak berlauk telur rebus breakfast yang simple dicafe masjid kegemaran. Aku sudah biasa breakfast sendirian malah ada waktunya aku harga masa masa keseorangan. Apa lagi bila waktu waktu begini, kali ini aku tidak perlukan sapa sapa lagi untuk berkongsi dan meluahkan sebab aku tidak mahu dengar apa apa lagi...aku sudah yakin dengan apa yang terjadi ..aku pasrah..aku perlu melipat gandakan quantity dan quality ibadatku dengan Allah. Itu yang lebih banyak membantu.

Segelas Nescafe mampu mengusir rasa mengantuk yang sedari selepas solat subuh memberati kelopak mata. Aku tidak pasti apa keadaanku petang ini untuk mengadap satu sessi follow up dari pelajar pada pukul 3pm dan meneruskan pemanduanku ke Kemaman bersama anak anak. Worst come to worst aku perlu pulang esok saja tapi jenuh perlu menjawab deringan telefon yang bakal bertalu talu dari mokku. Aku pun seakan sudah malas untuk bercerita lebih lebih dengan mak...cukuplah aku lalui dan terus bermunajat pada Allah. Aku malas untuk mendengar ulasan orang lain dari sesimple simple kes hingga sebesar besarnya...aku hanya ghairah bercakap bila bersangkut isu bisness dan pembangunan diri. itu pilihan aku.

Semalam Zalilah mengajak aku untuk bertemu bersama Kak umai...seawal ajakannya aku sudah berat pada rasa malas. Ahhh malasnya..kena drive lagi panas panas..kena sound lagi itu dan ini...topik perbualan pun mesti banyak rojak rojak isu orang lain. Aku malas untuk dengar dan tidak ada apa yang menuntungkan pun. Apa lagi bila dalam kepala sendiri sarat untuk lakukan sesuatu yang lebih berfeadah. May be next time. Itu pun kalau aku terlalu keboringan..:(

Esok aku merancang untuk pengajaran matematik buat fayyadh..kesian fayyadh dan harraz 2 hari tinggal sekolah seawal January. anak anak amsih perlu bersekolah dikg agar tidak terasa bahang tekanan situasi walau sesekali bersama masih terasa bahang itu pada mereka. Apakan dayaku wahai anak anakku...kalau nakhoda kapal sudah caca marba, haluan kapal kita bila bila boleh karam, bila bila berdepan dgn dugaan yang besar...nun disudut hati mama...mama mohon ampun dan maaf atas kekurangan yang tidak mampu diperbaiki. mama mohon maaf atas sebab sesuatu yang kita tidak mahu bakal TETAP TERJADI...kalau sudah ketentuan diAzali, kita tabahkan hati dan sama sama melaluinya.

Mama sangat PASTI disebalik susah ini ada mudahnya nanti, disebalik duka ini ada sukanya nanti...kita berbaik sangka dengan takdir Allah. Sudah lama mama laluinya seorang diri dan sudah lama juga anak anak sudah terabai dan tertempias...keadaan sudah menentukan agak mama lebih yakin untuk mnetukan ARAH seterusnya. Seakan PERTOLONGAN Allah itu cepat datang dalam tempuh meminta dan merayu yang sangat singkat...Allah maha mendengar dan mengasihani hambanya...Allah juga sudah menetapkan di Arash sana Takdir kita seterusnya. Mama akan pastikan TIADA YANG KURANG dengan takdir ini pada anak anak...mama juga akan pastiakan tiada siapa lagi diantara kita akan TERUS MAKAN HATI.

Sujud dan sembahku padamu TUHAN pinjamkan aku kekuatan dan secebis kebijaksanaan...amin