Friday, June 29, 2012

Sunyi yang BERERTI




Alhamdulilah terlalu besar rasa syukur ini pada Allah, tuhan yang membuka jalan dan membantu dikala aku susah dan senang. Alhamdulilah hari Jumaat yang mulia ini aku melangkah dengan ceria dan bebas dari rasa BEBAN SAKIT yang dipikul. Alhamdulilah, akhirnya aku mampu merasa kembali nikmat kecergasan JIWA dan MINDA. Allah tidak sesekali akan menyiksa hambanya, setiap musibah pasti terselit sebuah ANUGERAH. Sebagai hamba yang dikurniakan akal, kita perlu berusaha tanpa putus asa dan penuh takwa, insya Allah setiap permintaan pada Allah pasti dipenuhi dan setiap usaha pasti dipermudahkan.Kalau diikutkan hati mau aku merembeskan air mata ini, air mata gembira atas apa yang aku rasa sejak semalam, namun biarlah sejadah tempat aku merintih, dalam telekung tempat takungan air mataku. Biarlah hanya Allah yang tahu, setiap rasa jerih perih, biarlah hanya Allah yang dengar rintihan hamba yang sepenuhnya berserah pada Allah ini. Alhamdulilah belum 10 Syabaan, Allah telah membuka ruang penyelesaian yang besar buat aku.  Esok 10 Syaaban, sebagai rasa syukur, aku akan berpuasa sunat dan berbuka didepan keluarga dan anak anak.
Alhamdulilah, niat dihati untuk bersedekah dipagi Jumaat terlaksana, sudah seminggu tertangguh, hari ini bagai sebuah janji, segalanya SMOOTH, insya Allah dengan Allah aku berjanji, kalau inilah kehidupan TERINDAH yang mampu aku lakarkan DEMI ALLAH, akan terus aku usahakan. Insya Allah juga, akan aku gandakan bahagian yang perlu disedekahkan. Sebagaimana bisikan permintaanku pada Allah dikala aku bersujud, Ya Allah berikan aku sedikit KELAPANGAN REZEKI mu agar aku mampu MENYEGERAKAN USAHA USAHA menapakkan kaki ini di BUMI SUCIMU MEKAH MUKARRAMAH. Inilah commitment Dhuhaku yang bermula hari ini secara ringan dan penuh kesungguhan dan keikhlasan sebagai rasa SYUKUR pada sebuah penyelesaian KEMELUT yang melanda diri. Semua ini pula berlaku dipagi Jumaat yang mulia, yang pasti aku akan meriahkan dengan alunan ALKAHFI seperti biasa dengan izin Allah. Sungguh Allah maha PENGASIH, aku terpilih dalam plot kehidupan yang membawa aku untuk tersungkur kehadrat Ilahi. Alhamdulilah.
Dalam Al Quran, Allah berkata dia berhak memberi rezekinya kepada sesiapa saja tanpa hisab, maha kuasa Allah itu, tidak siapa mampu menghalang setiap ketentuannya. Kita sebagai hamba berhak berusaha, terus meminta dengan yakin rezeki Allah yang luas termasuk kasih sayang dan belas kasihan. Kita cenderung menganaiya diri sendiri, kita cenderung menzalimi diri sendiri, kasih sayang dan belas kasihan Allah yang bakal membantu kita, memperlihatkan pada kita apa yang harus kita buat dan bagaimana harus kita hadapi. Allah pasti menjawab setiap permintaan hambanya melalui penilaian terbaik yang sudah disuratkan diLuh Mahfuz lagi. Tiada lain yang aku harapkan dikala ini, Aku mohon dengan Allah diberi keimanan. Iman saja yang bakal mencerahkan kegelapan hati. Iman menjadi petunjuk diri. Bukan semua apa yang kita fikir dan rasa itu betul kerana kita tidak sepenuhnya berkuasa atas diri sendiri. Sebaliknya kita ditadbirkan oleh Allah. Bila putus tali dari Allah, hilang punca dan arus hidup yang betul disisinya sebaliknya banyaklah unsur unsur luaran dan kesendirian matlamat yang lebih bersifat jahil menguasai diri. Wanauzubillah.
Aku sedih membaca kisah penceraian di muda depan surat khabar. Sedih membaca bila anak menjadi saksi penceraian sambil berlinang air mata. Dihati setiap anak anak tidak ingin ibu bapanya bercerai. Sebagai orang luar, kita tidak berhak berkata apa apa. Namun berita ini menjadi bahan perbualan aku dan hubby ditelefon, memecah kesunyian disebalik sibuk dengan urusan kerja. Dalam hidup tidak ramai menerima takdir hidup sebagai wadah mendidik diri dan orang orang dalam kehidupan kita, begitu juga perkahwinan. Rasa seronok dan cinta bersama pasangan memang akan padam, kerana itu cinta sesama manusia. Namun diusia yang lewat tidak mampukah kita menggunakan iman untuk menyuluh kembali rasa cinta yang terselit. Jangan mengukur rasa dan menjadikannya INDICATOR dalam sebuah ketentuan yang lebih penting. Perasaan kita tidak selamanya suci dan tulus kerana Allah kalau kita tidak bersujud dan memohon pada Allah. Hidup bukan untuk membina pandangan orang tetapi pandangan dan kemuliaan Allah. Risaunya hati bila kenyataan secara berleluasa disurat khabar akan menyokong perasaan orang yang diambang tidak bahagia untuk memutuskan cara yang sama. Itu kebimbangan sebenar yang sepatut ada pada semua cerdik pandai kesan hal hal peribadi diperbesarkan dimedia sebegitu, Negative Impact pada masyarakat. Semoga Allah melindungi insan insan yang sedang berhadapan dengan kegoncangan agar tidak mudah mencontohi kisah orang lain sewenang wenangnya ..Aminnn, ambil yang positive jangan yang negative.
Jam sudah 12.15 tengah hari, waktu untuk bacaan Kahfi semakin hamper. Hari ini kesempatan seakan hanya 2 kali bacaan Kahfi, entahlah jika pulang nanti masih ada waktu. Kalau pagi tadi memulakan hari seawal 5 pagi, pasti sempat mengalunkan Kahfi kalau tidak sepenuhnya mungkin separuh. Jadual harian disusun semula bila melihat keperluan aktiviti, tapi perlukan latihan sekurangnya sebulan untuk diubah suai semula dan seterusnya boleh dikongsi. Hidup perlu terancang, apa lagi kalau perencanaan itu berlandaskan peruntukan masa khusus untuk amalan ibadat dan ketuhanan. Semoga Allah permudahkan aku melaluinya dan bolehlah dinamakan diari peribadi seorang ibu muslimah untuk tatapan anak anak suatu hari nanti. Waktu rehat dihari jumaat aku lanjtkan 12.30, dan aku warnai dengan bacaan Kahfi dan makan tengah hari sementara menunggu solat jumaat habis, sejurus solat habis, Insya Allah akan melangkah ke Masjid untuk solat zuhur. Agenda dengan kawan kawan semakin kurang diberi perhatian. Kalau diri ini tidak dicari, aku anggap Allah sedang mengatur peluang waktu untuk hanya dengan Allah. Kalau kawan kawan mencari, sama sekali aku tidak akan tolak, apa lagi kalau mereka ada hajat untuk berbincang perkara yang perlu. Sesungguhnya hanya tuhan yang tahu, aku begitu sayangkan waktu rehat dihari Jumaat untuk bacaan surah Al kahfi berbanding sekadar jalan jalan tanpa tujuan dengan kawan kawan dan bersembang kosong yang membawa ke arah condong untuk mengata dan mengumpat keji. Alhamdulilah walau hanya bersunyi sunyi sendiri tapi penuh BERERTI dimata Allah.

Wednesday, June 27, 2012

Rasa BERTUHAN




Bismillahi Rahmanirahim, dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha penyayang. Alhamdulilah syukur kehadrat Allah tuhan yang maha agung yang mentadbir sekelian alam dengan penuh hikmah dan limpahan nikmat buat hambanya tidak terhitung. Masa terus berlalu, saat menjadi minit, minit bertukar jam dan jam membentuk hari siang dan malam, kini kita sudah memasuki 7 Syaaban. Alhamdulilah masih bernafas, Alhamdulilah masih berpeluang, Alhamdulilah menyedari perincian tanggunjawab dalam hidup, tanggungjawab pada Allah dan tanggungjawab pada sesame manusia. Alhamdulilah, seawal pagi bertemu peluang untuk lebih menikmati Syabaan melalui emil yang dikirimkan seorang rakan. Semoga Allah mengurniakannya banyak pahala kebaikan atas usaha sedikit tapi sangat bermakna yang telah dilakukannya. Amin.
Mata terpandang, hati berkata, lantas minda terus mengarahkan tangan untuk mencatat. Inilah rezeki Allah pagi ini, rezeki dalam bentuk Ilmu yang harus diamalkan. Ilmu walau tidak kelihatan kesannya hari ini, tapi inilah yang bakal menerangi hari hari gelap kita di alam barzakh. Lengkaplah perancangan zikir untuk terus mengabadikan hati dan diri pada Allah. Memang zikir sangat memberi kesan pada hati. Tambahan zikir dari Imam Ghazali untuk harian sebanyak 1000 kali, bersama 2 asmul husna dalam waktu kerja dan kini waktu zuhur yang khusus selepas solat zuhur, 100 kali Suhana Rabbiayal a’la dan 100 kali Subahana Allah walhamdulilah wala ilaha illah Wa Allahu Akbar, Wa la haula wala kuwwata Illah billahi aliyi Azim. Serta tambahan waktu pagi dan petang, selepas solat subuh dan Asar 100 kali, Allahu akbar, Astgharfirullahal Azim wa atubu ilaihi dan selawat pada jungjungan nabi Muhamamd SAW, Allahumma solli Alai Saiyidina Muhammad, waala Ali sayyidina Muhammad. Kini lengkaplah amalan zikirku.
Separuh kerja berat yang berupa sepenuhnya sessi kaunseling sudah dilaksanakan, makan tengah hari pun sudah dan solat zuhur berjemaah, bacaan Quran dan zikir zuhur pun sudah. Alhamdulilah terasa bertenaga semula untuk meneruskan 3 jam lagi menggunakan sepenuh tenaga minda dan badan. Temujanji untuk mala mini dengan Dr Rashidi telah dibuat, tepat jam 9 mlm kami akan bertemu untuk sessi rawatan seterusnya, badan masih terasa lemah dan kepala sekejap senak sekejap ok, mata terasa kabur pengelihatan, aku akan terus bersabar dengan dugaan ini sedaya mungkin, insya Allah semua ini tidak akan lama dan pasti akan berakhir juga, aku ingin kembali cergas dan tangkas mengendalikan kerja kerja untuk kehidupan Cuma kali ini arah kerja kerjaku akan menyokong kepada KEREDHAAN ALLAH.
Aku percaya setiap dugaan dan ujian ada kemanisan tersendiri yang menjadi intipati buat kehidupan dunia dan akhirat, aku berbaik sangka dengan Allah, aku percaya dan terus yakin hanya pada Allah sepenuhnya kuasa pemulihan diri dan kehidupan. Jalan jalan lain hanyalah seketika sifatnya samatelahan lagi ianya hanya ciptaan manusia dan kebanyakannya dari minda dan budaya fikrah orang barat. Alhamdulilah hari ini juga bermula coaching buat client lebih menekankan aspek spiritual, kerja agak mudah bila mereka sudah ada asas yang kukuh, Cuma membina quality dan mencipta tarbiyah diri yang bersifat consistant untuk meletakkan iman dan cahaya petunjuk Allah kekal didalam hati. Dalam pertemuan ke 2 nanti, akan disemak bersama draft target spiritual yang diberi sebagai assignment. Insya Allah kalau dia keinginan dan kesungguhan dia akan boleh lakukan hasil dari brainstorming tadi. Aku tidak mahu mendengar secara detail dan akar umbi kisah kisah yang mengiris hati client, dikhuatiri akan menghasilkan gema yang lebih besar diminda mereka dan sukar untuk switch off kembali. Cukup sekadar memahami, saya ada masalah dengan diri saya..masalahnya, bila bermula, apa rasa dan apa hajat dihati client. Kalau mereka sudah memilih untuk berubah, kita perlu identifykan apa target perubahan yang diharapkan. Alhamdulilah aku suka kerja kerja sebegini dan aku boleh lakukan degngan baik walau keadaan kesihatan masih ditahap sangat lemah.
Berita gembira buat diri tengah hari ini, aku sudah tamat surah Al Maidah. Al Maidah bermaksud hidangan, diakhirnya baru terjumpa kaitan nama surah dengan tujuan surah, rupanya Al maidah itu dirujuk pada hidangan dari langit. Inilah permintaan yang berupa cabaran dari pengikut nabi Isa untuk membuktikan kebenarannya dan kebenaran Allah membawa turun hidangan dari langit, lalu Nabi Allah Isa berdoa dan turunlah makanan itu, tapi ternyata mereka hanya mempersendakannya dan mengatakan semua itu sebagai sihir yang hebat, sedang Allah sudah berjanji pada nabi isa, jika diturutkan permintaan mereka dan sebaliknya mereka tidak beriman, maka kemurkaan Allah itu sangat dahsyat dan sudah tiada penolongnya. Sedari dulu, dalam menegakkkan agama Allah nabi dan rasul kita bertembung dengan kedegilan manusia. Doalah agar kita terus menjadi mereka yang PATUH dan bukan BUTA HATI.
Esok 8 Syaaban, jatuh hari khamis, Insya Allah dengan rela hati dan penuh kesanggupan aku akan teruskan puasa sunat khamis dan sunat Syaaban. Kita hanya sedikit berjuang dengan diri sendiri, sedang nabi dan rasul serta para ulamak berjuang dengan musuh musuh Allah yang terang dan nyata. Mengapa kita terus untuk memilih SERONOK sedang ianya hanya budaya pengikut pengikut syaitan, sebaliknya sebaik baik nikmat ialah NIKMAT KEIMANAN dan RASA BERTUHAN.
Ya Allah pilihlah aku untuk terus mengecapi NIKMAT KEIMANANMU dan RASA BERTUHAN penuh redha dan ikhlas hati terhadapmu. Amin ya Rabbal Alamin.




Sunday, June 24, 2012

ZIKIR bantu FIKIR



LA HAU LAWALA QUWWATA ILLAH BILLAHI ALI LILAZIM, lafaz zikir untuk hari Isnin mengikut amalan Imam Ghazali itulah PILIHAN bagi permulaan hariku Alhamdulilah. Insya Allah perlu mencapai 1000x untuk hari ini. Hari ini 5 Syabaan sudah berlalu, Syabaan pertama ditulis tapi masih belum diuploadkan. Alhamdulilah untuk Syaaban 1 dan 5 aku selamat berpuasa merebut pahala dan perhatian Allah beserta berusaha bersusah payah demi mengembangkan syriat Allah untuk makhluknya dimuka bumi ini.
Sekarang 10.30 pagi isnin, ditempat kerja yang memboringkan tanpa ikatan teamship, aku terasa terkontang kanting, namun apakan daya inilah cara kerja mereka yang harus aku COPE. Agar sukar bagi aku dengan keadaan tiada minat, keseorangan tambahan pula factor kesihatan akhir akhir ini yang begitu menekan diri. Insya Allah aku akan mencuba sedaya mungkin walau perlahan flownya, walau apa pun bakal komen dan kondem yang diterima. Anggaplah itulah aku yang ingin dilihat dimata mereka.
Dalam hidup ini, tidak ramai yang ingin menghargai orang lain, tidak ramai yang ingin support orang lain, dan tidak ramai yang ingin membantu orang lain apa lagi tidak ramai yang ingin LEAD orang lain. Justeru kalau jiwa kita suka membantu, suka menghargai, suka support orang keliling, Alhamdulilah kita adalah lain dari yang lain. Setakat ini, aku belum merasa jemu walau pelbagai reaksi aku terima selama aku menjadi AKU disisi orang orang disekelilingku. Sebagai manusia biasa, aku akui GETIR rasa yang tercipta, namun aku ingat, bisikan syaitan dan jin sentiasa menyesatkan manusia. Walau apa pun yang pernah aku terima, walau apa pun cerita disebaliknya, aku tetap menjadi AKU. Aku harus berani mengambil risiko dan berdepan dengan apa saja cabaran kerja dan hidup.
Benar, jangan harapkan BAHAGIA datang dari orang lain. Berbahagialah dengan cara kita sendiri. Walau muka orang masam mencuka penuh prejudice, kita tetap senyum paling manis buat mereka, yang melihat dan  mengetahui isi hati kita ialah Allah bukan mereka. Insya Allah sebaik senyum sudah tertulis balasan baik dibuku peribadi kita. Belum lagi ganjaran pada perbuatan yang diniatkan, dan belum lagi perbiatan yang dilakukan yang berupa KEBAIKAN untuk orang lain. Indah jika kita memilih hidup bertuhan. Bahagia adalah selama mana kita mampu menikmati peluang BERTUHAN, mampu berzikir, bersolat, berpuasa, bersedekah, berbuat baik dan pelabagai perkara demi kerana Allah dan untuk tujuan mengembangkan lagi syiar agamanya sekurang kurangnya pada diri sendiri.
Alhamdulilah dengan bantuan zikir As maul Husna Almuhyii Al Mumit, minda seakan bercambah dan ligat, aku boleh focus 1 jam untuk melihat secara kasar Career Counseling, career development dan alhamdulilah terciptalah Career Advice programme. Alhamdulilah jangan putus asa dengan Allah, jangan rasa sedih bila sekeliling kita seakan tidak seperti yang kita harapkan, lihatlah the bright side keadaan, kalau kita busy dengan kwn dan team, kita seakan lupa ada juga cara bersendirian penuh zikir akan lebih mendatangkan ilham. Kerja sendiri, mengorek maklumat, berfikir, menyusun dan baru mengadap bos bila semuanya kemas dan setiap perkara sediakan reason mengapa dan berikan ruang andai bos ingin menambah baikkan lagi sebagai sentuhannya as a bos, kita teriam dengan hati dan minda terbuka. Alhamdulilah.
Sebagai manusia biasa, kita sering BUNTU bila apa ada tidak seeprti yang diharapkan, kita sering menjadikan kisah orang lain sebagai kisah terbaik, cerita hidup orang lain sebagai cerita terbaik, bila pengkisahan kita agak berbeza, kita mula merasa jauh dari peluang baik dan bahagia. Kita juga sering merasa sedih dan jauh hati bila dipulaukan, kita juga rasa bungkam bila apa yang dicakapkan lain pula diterjemahkan dan dihebahkan, begitulah siapa manusia disekeliling kita yang Allah ingin tunjukan pada kita. Senyum pada semua tapi jangan PERCAYA, berbuat baik pada semua tapi jangan berharap sepenuh hati pada mereka. kita akan terus memeluk mereka bila berkesempatan penuh kasih sayang, tapi jangan ingat pelukan kita itu mampu mengunci mulut mereka dari terus mencerca kita. Biarlah mereka dengan cara mereka, kita terus tunduk pada kehendak Allah, kalau rasa gusar, usah ulang pertemuan, takut tidak mampu berbuat baik yang sepatutnya, kalau terserempak dimana mana, merekalah tetamu kita, kita sambung silaturahim kerana Allah walau mereka memutuskan untuk PUTUSKANNYA. Kita buat kerana Allah, pengadilnya Allah yang ESA, usah berharap pada manusia manusia yang lemah disekeliling kita.
BERGANTUNGLAH hanya pada Allah dan terus berbuat baik pada semua dan hargai mereka mereka yang BERBUAT BAIK pada kita selama nyawa dikandung badan. Kasih dihati yang pernah TERCIPTA akan kekal dibawa mati.

Wednesday, June 20, 2012

Tinta Kasih Bonda: Aku Hanya Ada ALLAH




Rabu menjadi hari terakhir Rejab untuk tahun 2012 ini, Alhamdulilah aku bersyukur pada Allah bulan Rejab ini dibukakan lembaran baru untuk aku usahakan dalam hidup demi Allah. Alhamdulilah apa yang aku harap harapkan menjadi kenyataan dengan situasi yang berupa peluang tanpa sedar. Allah sungguh maha mengetahui dan sebaik baik perancang. Esok bermulalah 1 Syaaban, Insya Allah aku ingin menyambut syahdu Syabaan dengan Puasa gurindam ibadah yang tidak putus putus. Alhamdulilah.
Petang ini insya Allah tamatlah Juz ke 3 dalam surah Al Imran. Alhamdulilah sejak aku mulakan pembacaan Quran dengan terjemahan terasa seakan tidak mahu berhenti membaca kerana asyik dengan cerita cerita dan  pengajaran didalamnya yang sungguh menyentuh hati. Dalam bacaan tengah hari tadi yang terlansung hingga 2.15 petang, mata aku tertangkap pada ayat yang berkali kali diawal surah Al Imran yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah memberikan rezeki pada sesiapa saja tanpa hisab”. Betapa Allah itu berkuasa penuh untuk memberi, aku berulang ulang membaca ayat itu dan terasa agungnya Allah yang kaya dan berkuasa. Semestinya kalau kita inginkan sesuatu haruslah meminta dengan rendah hati dan tidak mudah putus asa. Allah maha mengetahui bila dan bagaimana untuk diberi dan sesungguhnya rezeki Allah itu maha luas bukan hanya wang ringgit dan harta benda seperti mana nilaian dimata manusia.
Hari ini juga Alhamdulilah aku Berjaya menemui Ustaz Ali untuk usaha pemulihan diriku. Ustaz bekalan 2 botol air jampi untuk minum dan mandi tanpa putus, ustaz juga berpesan untuk kuatkan diri dengan amalan ibadat yang kuat termasuk mathurat dan solat malam. Banyak soalan soalan yang keluar dari mulut pelajar yang menemani aku jumpa ustaz, semuanya aku jawab baik, kita tak perlu tahu apa dan mengapa tentang dugaan sakit begini, kita terus berusaha. Keliling kita ada macam macam manusia semuanya kita tidak pasti dengan akal dan hati mereka. Kita anggap saja ini dugaan disebaliknya Allah ciptakan peluang untuk kita lebih tekun membaiki dan memperkasa diri. Hidup bukan hanya didunia, malah dunia hanya tempat persinggahan sementara tiada apa yang harus direbutkan, semua pun aakn kita tinggalkan bila bila masa saja. Alhamdulilah atas nikmat kasih sayang melalui dugaan ini ya Allah.
Hari ini tiada bezanya dengan semalam, aku masih perlukan percatemol untuk mengurangi rasa sakit dikepala ini. Cuma seketika bila berada dimasjid, aku bebas dari seluruh rasa sakit. Seluruh jasad dan nafas terasa segar dan nikmat. Ini menjadikan aku perlu membudayakan solat dimasjid, masjid tempat yang plaing melegakan kepala dan seluruh badanku. Untuk tempuh ini, aku diamkan diri dan aku menolak sebarang temu janji kerana aku tidak mampu mengasak minda yang sedang lemah ini. Aku hanya menerima pelajar yang datang waktu pejabat. Alhamdulilah, tidaklah sampai semakin teruk dengan melayani mereka. Alhamdulilah juga hari ini aku mulakan hari dengan Mathurat sejurus selepas solat subuh. Keadaan menajdikan aku terpaksa menjadikan mathurat bacaan 2 kali sehari. Semoga bacaan ini menjadi hafalan biasa lidahku. Amin
Aku tidak sabar menunggu 6 July. Ianya berlaku dibulan Syaaban, pertemuan dengan guru agama dari Indonesia. Alhamdulilah rezeki yang paling manis dari Allah untuk aku. Tiada siapa menduga, dari sebuah persahabatan yang jujur, tanpa sebarang penghukuman, akhirnya sahabat inilah yang membawa sesuatu yang bermakna dalam hidup aku. Semoga kami bersahabat hingga akhir hayat, semoga kami sama sama mendukung syariat Allah dalam hidup dan hubungan. Semua ini menambahkan lagi sayang aku pada insan yang bernama sahabat ini. Ya Allah kau panjangkan umurnya untuk kebaktian, kau murahkan rezekinya, kau sempurnakan amalan amalannya. Manusia hanya mampu menilai dari luaran penuh kedaifan, sedang Allah lebih mengetahui dan Allah memiliki rahmat yang mampu diberikan kepada sesiapa saja. Sahabatku ini sudah menerima sebhg rahmat Allah. Alhamdulilah. Dia sahabatku Mai.
Sesungguhnya hidup kita ada takdir buat kita. Sudah tertulis diarash sana apa yang bakal kita lalui sepanjang hidup. Kita mampu membina kehendak sebanyak mungkin tetapi bukan semua kehendak kita sejajar dengan perancangan yang Allah tetapkan. Hidup kita sebagai manusia Nampak sama tetapi hakikatnya berbeza. Situasi kita dicipta khas oleh Allah buat kita sebagai medan struggle dan sebaik baik tempat meminta dan kembali ialah pada Allah saja. Alhamdulilah diusia 41, aku dan hubby sudah menjadi masjid tempat gembira kami. Sudah menjadikan amalan berjemaah sebagai buadaya kami. Inilah sesuatu yang pernah bermain diminda aku 15 tahun yang lalu. Bila Allah bagi aku jodoh, bila aku redha dengan jodoh ini, Allah redha dengan aku dan diberikan apa yang aku hajatkan yang hamper lenyap dari kotak fikiran. Masya Allah maha kaya Allah itu. Aku tidak menduga, aku terpilih sebagai insan yang diberikan pasangan yang harmoni kemasjid pada petang hari sebagai ruang rehat minda dan jiwa. Kami memimpin tangan anak anak kami turut serta. Aku bertambah sayang pada hubby bila setiap cadangan dan ajakanku tidak pernah ditolak. Malah dia juga bersedia untuk turut  ke masjid diwaktu subuh hari. Tapi ACTIONNYA kena aku yang MULAKAN. Semalam kami sama sama melayani Mia sambil makan malam. Tidak pasti lagi pada malam ini, Mia menambahkan kegembiraan kami. Ya Allah kau bukakan pintu rezeki mu buat Mia, lebarkan pintu itu sekaligus terkandung rezeki hidayahmu agar dia menjadi anak yang solehah buat adikku Fatin.
Aku suka membina harapan. Harapan pada diri sendiri dan harapan pada orang lain. Harapan itu menjadi doa bila kita tuju kepada Allah kerana kita faham bergantung pada Allah untuk menjadikannya kenyataan atau tidak, namun sebagai hamba kita wajib memintanya supaya menjadi nyata. Aku tidak pernah meminta yang buruk buruk pada orang lain walau pun pada seseorang yang memusuhi aku. Tidak pernah sama sekali, aku tidak tergamak untuk mengucapkan dan menuturkan sesuatu yang buruk buruk. Walau hancur bagaimana pun hati aku, walau buruk bagaimana pun kesan yang aku Nampak, aku lebih suka berdiam diri dan mencari iktiyar sendiri untuk belajar menerima. Banyak persoalan hidup ini diluar CONTROL kita termasuk persepsi orang lain. Kita terus berbaik sangka dan menerima walau hati terluka semoga satu hari yang INDAH, Allah membuka hijab itu. Allah mengembalikan hati hati yang pernah sebati dengan hati hatiku. Allah memeprlihatkan kebenaran kepada mereka semua begitu juga aku. Aku bukanlah manusia yang sangat sempurna, tetapi aku akur dengan kritikan dan teguran, aku suka berbincang dan aku hargai setiap budi yang dibuat orang lain sepanjang hidup ini. Budi baik kita bawa dan kenang sampai mati, kejahatan dan kekejaman orang lain kita lupakan dan maafkan mereka, kalau perlu berundur supaya kedaan tidak menjadi begitu tegang. Aku tidak harap apa apa lagi kerana aku yakin HARAPAN MANUSIA HANYA TERLETAK DITANGAN ALLAH.
Ya Allah, selepas semuanya jauh dari diriku, aku melihat kekosongan sebenar untukaku hanya mengakui AKU HANYA ADA ALLAH.
Aku ingin terus dekat dan rapat mencari dan terus mencari nikmat nikmatmu yang tersembunyi. Permudahkan usaha usahaku ya Allah. Amin





Tuesday, June 19, 2012

Tinta Kasih Bonda: SENDIRI dan TERASING




Apa lagi selain semulia lafaz Alhamdulilah, Alhamdulilah atas takdir Allah hari ini 29 Rejab bersamaan 19 June 2012, aku mampu menapak kaki ke pejabat, mengadap boss dan berbincang serta menguatkan diri untuk terus menunggu hingga waktu pejabat berakhir atau mungkin lewat sejam memandangkan kerana sakit kepala yang melewatkan aku pagi tadi, sakit sakit badan seakan demam, sesak nafas dan tegang otot hampir seminggu meragut waktu waktuku. Alhamdulilah walau sakit masih bersisa, Allah memudahkan perjalanan hari ini, Alhamdulilah juga boss membantu mengambil nama untuk diberikan kepada saudaranya yang mampu melihat disebalik situasi ini. Kalau ikutkan pemeriksaan doctor, aku bebas dari sebarang sakit, namun sakit yang ada ini aku tidak pasti dari mana dan apa puncanya. Sebagai hamba Allah yang percayakan kekuatan Al Quran, aku hanya terus meningkatkan amalan dan kekuatan dalaman diri. Bacaan Quran, solat sunat dan fardhu, zikir, mathurat dan manjit. Allah sebaik baik pelindung dan pemberi kasih sayang. Sesungguhnya hanya padanya tempat kita menyerah diri.
Tulisan ini bersambung selepas satu jam mengendalikan sessi kausneling berkelompok dengan pelajar baru. Alhamdulilah kesan ubat yang diambil pukul 1 tadi, kesan solat, zikir dan bacaan Quran waktu rehat tadi, aku mampu menerima client dan perbincangan kami sedikit pun tidak memberikan kesan pada sakitku. Moga semua ini terhimpun menjadi ibadah yang indah. Alhamdulilah dalam hati bersarang rasa gembira dan puas bila mampu membuat pelajar pelajar itu menerima dan senyum untuk terus berdepan dengan hidup mereka. Aku masih ada sedikit waktu bersisa untuk meneruskan tulisan ini sebelum pulang petang nanti. Kalau diizinkan Allah, aku dan hubby akan kemasjid untuk solat maghrib dan Isyak. Barulah menuju ketempat makan yang berdekatan dan kalau berkesempatan dan hubby setuju, ingin aku singgah kerumah adik menemui Mia dan mendodoikannya dengan zikir munajat seperti semalam. Bahagia rasa hati melihat Mia tidur dipangkuanku, kalau dibandingkan besarnya pertolongan adik masa anak anakku kecil dahulu, pertolonganku ini kecil sahaja. Mana yang terbaik aku lakukan selama Allah mengizinkan. Kalau tidak jadi mungkin ada ketentuan lain dari Allah yang lebih baik buat kami.
Semenjak seminggu ini terasa diri seakan SENDIRI dan TERASING. Terasa bagai semuanya hanya seketika, dan terasa diri ini tiada makna buat semua orang, sebaliknya diri ini hanya menjadi PROVIDER selamanya. Tanpa iman dihati, terasa perasaan ini bagai TERCENGKAM dalam diri, tanpa peluang untuk usaha mendekatkan diri pada Allah, terasa perasaan mampu menjadikan sesak nafas ini. Alhamdulilah, dari Ahad perasaan ini menjelma, hari khamis ikhtiyar maksimum mamp diadakan dengan izin Allah. Melaluinya bagai berada disatu dunia asing. Alhamdulilah bantuan Allah tiba sejurus selepas melaluinya untuk memahaminya. Allah tidak pernah sia sia dalam susunan takdirnya. Kerana desakan perasaan ini, menjadikan aku terasa semakin hamper dengan Allah. Aku merasa hadinya penuh khusyuk dalam solatku dan sekaligus aku rasakan AKU HANYA ADA ALLAH DIDALAM HATI. Inilah saja kekuatanku.
Khamis itu jugalah, aku tunaikan janjiku pada diri untuk khatam Quran. Alhamdulilah, bacaan semenjak January berakhir June, dan Jumaat 15 June terus aku mulakan semula Al Baqarah bersama terjemahannya. Dan hari ini 19 June tamatlah bacaan surah pertamaku bersama pengajaran dlm terjemahannya. Alhamdulilah, setiap kali membaca hati bagai disentuh, disayat sayat dengan rasa pilu oleh pengajaran ayat ayat Quran itu dan kisah kisah yang terkandung didalamnya. Hajat dihatiku, setiap kali lepas satu surah, aku ingin bersedekah. Aku ingin terus memeriahkan amalan sedekah sebagaimana yang sangat banyak diceritakan dalam surah Al Baqarah. “ Bila cukup keperluan kita yang PATUT, infaklah harta harta yang selebihnya pada kaum keluarga yang susah, orang yang tidak berupa, anak anak yatim, orang yang dalam musafir dan orang yang menuntut ilmu. Inilah hidup yang bahagia dan membahagiakan.
Dalam seminggu ini juga, aku dikejutkan dengan berita TENAT Pak Long, abang kepada bak dan ayah kepada Ja sepupu kesayanganku. Dalam solat sebelum perjalanan pulang Jumaat lepas untuk ziarahi Pak Long, aku berdoa penuh khusyuk agar Allah berkan aku rezeki untuk menemuinya sebelum nafasnya berhenti. Sepanjang perjalanan aku mengenangkan kisah kisah silam bagaimana penyayang dan pemurahnya insan yang aku panggil pak Long ini. Setiap kali dia dating, aku pasti akan dapat makan ice cream mahal. Dialah satu satunya bapa saudaraku yang membina kerjaya hebat bermula dari bawah. Naiknya dia ditaraf Manager sebuah company cina hanya kerana KEJUJURAN dan KEBAIKANNYA. Aku samakan dia dengan Boon Siew. Seorang yang gigih. Sedari kecil aku kagumi dia, apa lagi bila Bak selalu menyebut dialah yang menjaga Bak semenjak mereka kehilangan ibu. 10 minit dibilik ICU, air mata aku bagai sungai. Aku tidak mampu lagi menahannya dari terus mengalir laju dipipi. Aku tidak mampu lagi sorokan persaan hiba melihat dia terlantar lemah tidak bermaya. Tergambar usikannya, terimaksihnya saban kali aku membantu anak anaknya. “Sikit saja pertolongan kami pak Long berbanding pengorbanan Pak Long buat kami sekeluarga”. Ketika aku menyentuh lengannya, aku berikan salam, aku bisikan ketelinganya, pak Long, Ja datang lawat Pak Long. Sejurus aku melihat reaksinya, seakan menjawab sapaan aku. Ya Allah kau tempatkan arwah Pak Long bersama arwah orang orang beriman. Aku masih ingin menjadi anak saudaranya diakhirat nanti. Al fatihah buat Pak Long.
Ya Allah, mati itu pasti buat kami, jadikanlah kami hambamu yang sentiasa menyedari hakikat itu. Jadikan kami hambamu yang tidak lalai, jadikanlah kami hambamu yang mendapat Husnu Khatimah. Buat sepupu sepupuku, fauzi, Ja, Suraya, Nita, Zira, Nisah, Senan dan along moga kalian tabahkan hati menempuh waktu waktu kehilangan ini. Kami juga terasa, kita sama sama kehilangannya. Semoga pemergiannya menyatukan lagi kita sebagai  KAUM KELUARGA. Salam Takhziah penuh kasih sayang dari kami sekeluarga.

Wednesday, June 6, 2012

Tinta Kasih Bonda: Demi MASA



Alhamdulilah hari ini berjaya mengenepikan RASA SAKIT dan meneruskan misi kepejabat untuk tidak menggagalkan marathon counseling out reach pelajar baru. Aku hampir tewas bila semenjak pukul 4 petang semalam, aku diserang migraine dan sebaik lepas makan malam aku terpaksa mengambil penedene yang dikatakan doktor mengandungi panadol dan kokain. patutlah sedapnya rehat dengan tidur sepanjang malam hingga kepagi. Untuk terus kepejabat walaupun lewat, aku tidak boleh teruskan penadene. Selepas slot ceramah, aku terus bertemu Dr Judin, dr yang bertugas hari ini di clinik Universiti. Sudah tua tua begini syndrome menstrual pelbagai, seminggu yang lepas badan jadi panas dan sehari sebelum menstrual bertukar jadi migraine wahal penyakit migraine tidak pernah ada dalam history. Begitulah hidup dugaan pelbagai dan kerana dugaan yang pelbagai itulah kita perlu berpegang teguh dengan TALI ALLAH agar tidak mudah menjadi mangsa tipu daya syaitan yang sentiasa mencari peluang untuk menegemudi haluan songsang manusia.

Dua hari hidup seorang diri dirumah. Alhamdulilah aku berjaya mentadbir emosi sedih dan sunyi sebaiknya. Balik tenguk rumah lapang dan sunyi dari hasil kreatif dan suara hinggar binggar anak anak. Makan malam sendirian dengan makanan yang dibawa balik dari pejabat. Menonton Desperate housewife sementara menunggu ubat penadene bertindak, sebaik ianya bertindak balas, aku terus menutup tv dan menuju ke katil. langsung tak fikir apa apa dan mendapat tidur yang lena dan panjang.

Panadeine is a powerful pain reliever designed to help you combat acute pain fast. Each panadeine tablet is a combination of two fast acting ingredients paracetamol and codeine. Panadeine fights pain on two fronts, targeting not only the actual site of the pain but also the pain sensors in the brain helping to dull sharp pain. Panadeine does not contain a calmative agent so can also be taken at any time of the day or night and is less likely to cause drowsiness allowing you to get on with your life.
Panadeine is available in packets of 120 tablets, each tablet containing 500mg of paracetamol and 8mg of codeine. Panadeine can relieve the discomfort associated with headaches, tension headaches, migraine, backache, period pain, arthritis, neuralgia, toothache, muscle pain, cold and flu, and it can also reduce fever symptoms. Panadeine is also suitable for asthmatics who are sensitive aspirin and non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs). Panadeine is gluten, lactose and sugar free.
Directions:
Children over 12 years of age and adults: Take 2 tablets of Panadeine with fluid. Repeat this dosage every 3 to 4 hours as necessary for relief. Do not exceed 8 tablets in 24 hours.
Children between 7 and 12 years of age: Take one-half to one tablet with fluid. Repeat this dosage every 3 to 4 hours as necessary for relief. Do not exceed 4 tablets in 24 hours.
Caution:
Do not take Panadeine if you are allergic to any of its ingredients. You should not take Panadeine if you are pregnant or breast-feeding except under medical supervision. Prolonged use of Panadeine without medical supervision may be harmful. If symptoms persist, see your doctor. Carefully read packaging for any other possible restrictions. If you are currently taking other medications, especially those that contain paracetamol, or if you are unsure about any of the restrictions, then check with your doctor or pharmacist before you commence using Panadeine. Keep out of the reach of children.
Mungkin dimasa masa akan datang, aku akan terus menggunakannya untuk mengurangkan sakit tiba tiba sebelum pergi berjumpa dr, kalau sakit sakit biasa tak payahlah berhabis puluhan ringgit berjumpa dr.

Dalam keluarga, aku dikenali pharmacy bergerak sebab apa saja ubat semua akan bertanya aku. Aku seorang yang berhati hati dengan kesihatan. Aku sedia ada penyakit azali iaitu Asthma dan aku berharap aku tidak dihinggap penyakit tambahan menjelang hari hari tua. Alhamdulilah setakat ini tidak ada darah tinggi, tidak ada kencing manis, tidak ada masalah buah pinggang. Semoga dugaan dugaan sakit yang datang hanya sekadar menguji kesabaran aku bukanlah terus melumpuhkan kedaan kehidupan ini. Semuanya sudah tertulis oleh Allah. Menjalani hidup sebagai asthmatic person sudah cukup membuatkan aku kurang dari orang lain. Aku tidak boleh ambik ais macam orang lain, begitu juga dengan aktiviti, aku tidak boleh selasak orang lain.

Bila sakit banyak agenda tidak terbuat. Semalam hampir 10 to do list at home terpaksa dibuat hari ini. hanya satu yang terbuat Alhamdulilah. Ada 9 lagi yang perlu diteruskan hari ini sebaik pulang kerja. Aku sukakan kehidupan aktif, aku suka kehidupan stabil physical, emosi , spiritual dan intelectual. Aku sayangkan hari hariku, setiap detik berlalu rasanya sangat terkilan jika dirugikan. betapa terlalu besar kerugian masa sebelum menjadi habit yang akan merugikan wang ringgit dan tenaga. Allah pinjamkan kita umur bersebab, bukan saja saja. Setiap umur kita akan dipersoalkan bagaimana kita menghabiskannya.  Setiap minit dan jam yang kita habiskan, akan mengambarkan kita 10 tahun lagi dunia dan akhirat sendiri. masa yang diberi Allah adakah kita gunakan sepenuhnya untuk Allah, mencari ilmunya atau memnefaatkan dengan orang yang menyumbang pada ilmunya.

Demi masa sesungguhnya manusia itu KERUGIAN. melainkan mereka yang BERIMAN dan BERAMAL SOLEH. ynag berpesan dengan KEBENARAn dan berpesan dengan KESABARAN.
Ya Allah berikan aku kekuatan untuk memenafaatkan waktu waktu mu.... Amin




Tuesday, June 5, 2012

Tinta Kasih Bonda: Anugerah MATA dan Pengelihatan.


Alhamdulilah lafaz keramat yang menenangkan jiwa, Alhamdulilah selamat sampai kepejabat tidak kurang 10 minit perjalanan, perjalanan yang bgeitu mudah dalam cuaca yang tenang dek hadirnya hujan jam 3 pagi sekaligus menyejukan bumi yang sedang kepanasan ini dan dinginnya hujan hingga terasa nyaman hingga ke pagi. Alhamdulilah Allah melihat sengsara hambanya dalam cuaca panas, ini baru kepanasan dunia belum lagi kepanasan akhirat akibat perbuatan kita, kalau kepanasan ini sudah tidak tertahan lagi, entah bagaimana dahsyatnya kepanasan baasan diakhirat nanti. Untuk itu, belum terlewat untuk kita perbetulkan diri, selagi masih bernafas, selagi itu pintu taubat terbuka, Allah maha pemurah dan penyayang buat hambanya.

Menghadapi cuaca panas begini, pagi harus dimulai dengan plain water, badan mesti banyak air sebelum rasa sakit menimpa, minuman berais perlu dielakkan walau teringin macam mana sekali pun, begitu jugak berjemur panas jangan sekali, elakan keluar waktu tengah hari dan jangan memenatkan badan keluar sana sini. faktor cuaca begini boleh memudaratkan sesiapa saja. kesannya terjeruk sakit dan tergendala semua perancangan biasa, aku sedaya upaya untuk tidak mahu membanyakkan MC apalagi menelan ubat itu dan ini. Rata rata didengari orang bersunggut tidak sedap badan disana sini. Agaknya hari hari clinik penuh manusia berbaris untuk rawatan dr. dalam apa jua keadaan sesungguhnya Mencegah lebih baik dari merawati.

Pagi ini ingin mencipta kelainan, biasa sesampai dipejabat, aku pasti meluru ke tempat breakfast. Namun rasanya sudah tiba masanya aku mulakan hari dengan menulis. Berpagi dengan minda segar selepas mandi dan berzikir sambil memandu bertambah kesegarannya, bila minda segar kerja kerja penulisan begini lebih dari sebuah terapi jiwa. Hari ini ianya dimulai 8.30pagi Insya Allah hari hari seterusnya akan aku mulakan seawal 7.00 pagi. Lebih sempurna kalau ditemani secawan kopi, persiapan kopi, cawan dan sudu perlu ada sebelum datangnya bulan Ramadhan dan strictly puasa Isnin Khamis untuk Rejab dan Syaaban. Puasa menyucikan jiwa dan hati sambil merehatkan tubuh badan dan berpeluang membina kekentalan Roh dan fitrahnya.

Begitu besar nikmat Allah. Mengingatinya terasa begitu kerdil diri ini. Betapa sombongnya kita yang bernama manusia baru hanya kerana memiliki sedikit dari harat Allah, sedikit dari kekuasaan Allah dan sedikit dari kasih sayang Allah. wahal semua itu bukanlah datang dengan sendiri. Mengingati nikmat Allah menjadikan kita manusia yang bersyukur. Aku bersyukur dengan kehidupan ini, bersamanya Allah kirimkan rezeki yang berupa keupayaan. keupayaan dalam wang ringgit walau tidak kaya raya, keupayaan dalam kuasa walau tidak sampai memerintah sebuah negeri, keupayaan kasih sayang. Hidup aku sudah seakan sempurna dan sudah cukup untuk terus berdiri mencari dan berperanan dengan ilmu Allah. Alhamdulilah, Allah kurniakan aku sebuah jasad dan roh yang harmoni tadbirannya. Jasad ini hanya pinjaman, Allah pinjam jasad untuk diduduki roh. penyatuan keduanya maka terciptalah kehidupan.

Pada jasad itu sendiri terlalu besar nikmatnya. Namun manusia seakan menyempitkan akal melihat disebaliknya. Alhamdulilah pada jasad sempurna ini, Allah berikan aku sepasang mata yang terlalu hampir dengan mata hati. Sepasang mata ini, satu ketika dulu disedari tidak mampu melihat dari kejauhan dan sepasang mata ini juga sangat allergik dengan sejenis permakanan yang tidak segar. Namun ianya tidak langsung menghalang dari pencaindera ini untuk terus berperanan. Soalnya selama ini apakah nikmat anugerah sepasang mata ini dinafikan atau disalahgunakan. Allah maha pengampun, selama mana kita sedar dan insaf, selama itulah Allah bersedia menanti kehadiran kita, pintu taubat sentiasa terbuka. Mata anugerah terbesar dari Allah ada peranannya.

Sedari kecil aku bangga memiliki sepasang mata. dalam kebanggaan itu, aku terlihat seorang saudara yang buta. Terkesan dihati dan tertanya diminda. Bagaimanalah dia menjalani hidupnya. Aku mula bertanya pada mak, kenapa dia buta dan maklumat yang aku dapat menjadikan aku takut untuk sebarangan dengan mata. mata perlu dijaga. Allah memberikan kita mata bermakna Allah memberikan kita satu cabang kemudahan disebalik nikmat. Matalah yang digunakan untuk melihat sekeliling, wajah ibu bapa kita, wajah saudara mara dan kawan kawan. Mata akan terpaku melihat kecantikan dan mata juga melihat keburukan dan kejelekan. Hidup mengajar aku untuk terus menfaatkan mata. Menyorot sesuatau yang bermakna, merenung bulan,  langit, awan,  ombak dan pemandangan seakan melihat kebesaran Allah yang memilikinya. Merenung wajah mak dan bak, adik adik, saudara mara mencari nilai kasih sayang mereka. Merenung wajah mereka yang sedang dalam tertekan melihat resah yang sedang bersarang dihati. Mata ibarat tingkap, melalui matalah kita melihat dunia. Dunia yang indah penuh warna warni, dunia yang terkandung baik dan jahat kesan peruatan manusia sendiri. Dunia yang satu hari nanti pasti berakhir. Dikala itu, mata menjadi saksi. 

Mata antara 5 asas yang penting selain telinga, hidung, mulut dan jari . salah satu channel yang menghubungkan manusia dengan dunianya. Asas hala terhebat yang perlu dipelihara bila kita memilihara seluruh jasad. Melalui mata, maklumat dihantar ke otak untuk diproses. Sebagaimana mata menyempurnakan wajah, mata juga boleh meyempurnakan roh dan jasad. Fitrah kita dijadikan sebagai hamba Allah. Inilah peranan sebenarnya mata, membantu kita memperkasakan lagi FITRAH kita. Mata aset penting untuk mendalami ilmu, mata aset penting untuk mengenali manusia, mata aset penting untuk asas gambaran diminda. Awasi mata agar hanya berperanan membina. Besar anugerah bermakna besarlah tanggungjawab buat kita. Kita bertanggungjawab untuk memelihara pandangan mata. PILIH UNTUK MELIHAT SESUATU YANG MEMBINA IMAN DAN DIRI.

Mata ku dan matamu...mata kita...hanyalah pinjaman ini adalah mata yang diberi Allah, suatu hari nanti dipersoalkan semula dimana dan bagaimana mata yang diberi pinjam itu digunakan?

Jom Jaga mata kita demi Allah :) Ya Allah kau peliharalah kami dan mata kami agar ianaya hanya berfungsi untuk membina keimanan diri dan mengimarahkan agamamu. Aminnnnnn.

Tinta Kasih Bonda: Tidak BERAT tidak RALAT



Alhamdulilah kupanjatkan syukur pada Allah atas limpahan kasih sayangnya yang tidak terperi. Sebaik mata ini terbuka dari tidur hingga kembali terpejam semuanya dalam linkungan rahmat dan nikmat Allah cuma terkadang kita alpa dan leka, lantaran meletakkan daya dan upaya itu seakan kita miliki sepenuhnya wahal semuanya bertolak titik dari takdir dan susunan Allah diarash sana. Nikmat hidup dari Allah mengurniakan kita nikmat untuk bersamanya bukan nikmat yang wujud dimata manusia yang tidak pasti apa pegangannya dan sejauh mana keikhlasannya. rata rata cinta dan aksih sayang manusia hanya bila kita BERADA.

Alhamdulilah, hari ini 5 June, masa terus berlalu mendewasakan kita melalui kisah dan pengajaran hidup pahit dan manis. Aku belajar untuk tidak mengharap pada manusia, aku bertatih hanya untuk berharap pada Allah dan terus memberi yang terbaik pada Allah dan kebaktian pada manusia selama mana ianya DEMI ALLAH. Tiada apa yang BERAT dan tiada apa yang RALAT kerana Allah telah memudahkan semuanya, juga tidak RALAT kerana sudah tidak mengharap sesuatu dari sesama manusia. terus membina hubungan dengan Allah, agar urusan urusan lain lebih terpelihara dan terjaga oleh Allah penuh barakah. Aku melihat bagaimana lemahnya sistem manusia, aku merasa bagaimana rapuhnya hati manusia dan aku mendengar bagaimana bisanya mulut manusia. Atas kefahaman ini akua LEBIH REDHA dan PASRAH, manusia yang sedar diri, ialah manusia yang dekat hubungan hatinya dengan Allah dan manusia yang mempraktikan nilai Islam dan kasih sayang dalam silaturrahim. Seharian hari ini, minda ligat berputar mencari paksi untuk berkongsi dengan insan insan yang penuh harap dan keikhlasannya boleh diharap.

Hari ini juga hari terakhir aku bersama apik dan anak anak bercuti disini. Malam ini selepas makan malam mereka akan memulakan perjalanan pulang bersama hubby. Kalau dilayan hati ini, mau rasanya tangisan dan air mata berpadu menguasai diri, namun warasnya akal dan kuatnya minda memimpin aku untuk tidak fikir diri sendiri. fayyadh perlukan ruang selesa dan sempurna menjelang peperiksaan sebagai ibu kewajipan aku mengiringinya DOA agar Allah memudahkan urusannya. Kakak akan kembali ke asrama, tempat yang menajdikannya lebih berdeiscipline yang merupakan asas utama untuk lebih berjaya. Harraz setia sebagai adik yang gembira bersama abang sementara berpeluang mengharungi persekolahan. waktu cepat berlalu, suasana ini pasti bertukar wajah bila tiba masanya. Melihat progress mereka, menjadikan hati aku semakin bersyukur.

Anak anugerah TERINDAH dan amanah terbesar dari Allah. Aku tidak hairan apa wajah rumahtanggaku asalkan anak anaku berwajah gembira, ceria, bahagia dan tawadduk. Anak anak ini akan bahagia dan ceria bila mereka masih melihat ayah dan mamanya bersama mengharungi semua kemelut hidup suka dan duka, manis  dan pahit. Aku bahagia melihat mereka bahagia, dan kebahgiaan ini menjadikan aku lebih BERTENAGA dan BERKETRAMPILAN untuk membimbing orang lain juga. Entah mengapa sejak menjaga Afiq seminggu lebih ini, hati bagai terpanggil untuk membina perlindungan untuk ANAK YATIM. Allah sedang memberikan sesuatu untuk aku rancang. Ya Allah permudahkanlah kenyataan ini, pertemukanlah peluang ini, bangkitkanlah jiwa ini untuk terus berbakti padamu melalui mereka mereka yang YATIM.

Alhamdulilah, kedatangan apiq membawa cahaya dan memberikan aku idea baru tersemat sebagai cita cita. Pernah sekali cita cita ini bermain diminda tetapi cuba menumpang orang lain. Mungkin Allah meminta aku membina dan memulakannya sendiri. Semoga idea ini terarah dengan usaha, semoga usaha usaha dipermudahkan Allah dan semoga segalanya menjadi bibit bibit ibadah buat seisi keluarga. Kita merancang terbaik namun Allah perancang TERHEBAT. Insya Allah dengan izin rahmat dan limpahan kasihnya suatu hari nanti RUMAH BONDA, dan BINTANG HATI FOUNDATION  menjadi nyata.

Allah kirimkan aku tenaga yang tidak pernah bersisa, kirimkan aku usaha yang tidak kenal payah agar aku mampu mencipta bintang bintang hati yang berseri sepanjang zaman. Amin ya rabbal Alamin.

Allah Hu Akbar