Friday, February 25, 2011

Hidup terkadang sebuah LAKONAN.


Hari ini 25 February, tarikh terakhir menjenguk blog ini ialah 15 February yang lalu. Ada 10 dalam senarai yang perlu ditulis untuk renungan dan kenangan diblog ini dan hari ini lewat kemalsan diri membawa waktu yang sangat sesuai buat aku untuk meneruskan salah satu dari sepuluh yang tersenarai. Hati cenderung untuk menulis hidup terkadang sebuah LAKUNAN.

Pernah aku meletakkan posting difacebook kenyataan penatnya BERLAKON. ramai juga kawan kawan memeberikan komen sambil bergurau mengusik. Hati terkadang cukup terhibur dengan gurauan bersahaja teman teman jauh dan dekat. Selalaunya kalau sola sola serious, adik adikku jarang memebrikan komen agaknya mereka malas berfikir dan mengusulkan mengapa dan kenapa. Tapi mereka percaya apa yang aku lalui walau seberat mana pun aku tidak akan menyusahkan orang selama hidup ini insya Allah.

Lakonan mungkin mudah bagi sesetengah orang tapi tidak bagi aku. kalau hati tidak gembira aku tidak mampu berpura pura seakan sangat gembira, cuma bila hati agak marah, rasa hormat dan sayang mengajak aku untuk bertahan sehingga pada saat aku sudah tidak mampu bertahan lagi apalagi hati sudah mula mengatakan berdiam diri seakan satu kesalahan maka berlakulah LETUPAN LETUPAN kecil yang mengcalar insan insan tertentu. Itulah aku!!

Sehingga hari ini aku masih berlakon. Berlakon untuk mendapatkan semula HAK aku agar mereka mereka tertentu bersungguh sedikit dalam melaksanakan janji. Bila keadaan tidak lagi menyebelahi suasana berterus terang, bila persemukaan cara baik hanya dipandang sepi, aku tidak memilih untuk melancarkan PELURU atau BOM yang berpandu memandangkan aset aset yang masih aku harapkan untuk menjadi rezeki aku dan sedikit pun aku tidak HALALkan menjadi habuan penipuan dan lakonan orang lain.

Dalam lakonan ini aku terpaksa menggunakan kedudukan SUAMI. Suamiku sudah mengancam keadaan aku, kononnnya suamiku sudah mengetahui jumlah wang yang terlibat, kononnya suamiku akan mengambil tindakan undang undang, kononnnya aku sedangs engsara kerana semua kad ATM, kad kredit dan kereta sudah dirampas. Aku sendiri tidak perasaan entah masa bila idea idea ini tercipta dan aku sendiri tidak menduga tone suara dan feel boleh timbul ketika aku bercakap untuk mengrealisasikan tekanana dalam keadaan. Inilah pertama kali dalam hidup aku aku benar benar MENIPU. Menggunakan kemahiran memehami manusia , keadaan, reaksi untuk menipu dan Alhamdulilah HASILNYA sungguh taajub. Cerita cerita aku semuannya diterimannya dengan STRESS, bagai dihambat tsunami kedengaran suaranya yang penuh tekanan dan kebimbangan. Alhamdulilah juga akaun ku terisi kembali dengan jumlah RM1000 untuk tempuh seminggu dan berkali kali dia cuba untuk menerangkan kedudukannya bila keadaannya betul betul tidak berwang.

Aku senyum dendirian, geli hati pun ada, nak kukongsi bersama suami takut akhirnya hubungan friendship langsung tidak boleh wujud, lantas aku hanya diam dan berkongsi dgn adik adik dan ipar duaiku, bangganya hati bila iparku sendiri sanggup berlakon untuk buat police statement dan lawyer statement bila PERLU.Alhamdulilah aku tidak menhadapinya sendirian, ada adik beradikku yang menyokong, kirannya hasil uasaha ini berjaya akan aku ceritakan semuannya pada SUAMIku agar menjadi pengajaran bersama dalam kita ebrdepan dengan ragam dan kerenah manusia.

Adik adikku bersetuju dan memahami siapa aku, pada hematku sedari dulu kita tidak perlu menunggu untuk menjadi TERLALU KAYA untuk menolong orang apalgi mereka dikalnagan kawan, rakan sekerja dan ahli keluarga jauh dan dekat namuna bila kita hendak menolong perhatiakn situasi mereka. Aku mengambil kira amsih ramai dikalangan sahabat kita walau pun bulanannya mantap dek kerana tanggunjawab yang banyak terkadang ada waktunya TERSASAR dari landas keewangan yang biasa. Di waktu begini, mereka terpaksa m,endapatakn bantuan dan sudah tentu dengan pendapatan bulanan mereka mampu membayarnays emula jika mereka jujur dengan janji mereka sendiri. Melihat manuisa dari kacamata jujur dan peluang buat mereka, bukanlah susah untuk memebri ruang kepercayaaan, kalau tak cukup dalam masa sebuan mungkin 3 bulan pasti mendapat balik duit yang dipinjamkan. Lainlah kalau kita berdepan dengan orang yang betul betul tersempit dan tidak berkemampuan, untuk jumlah tertentu yang sudah diniatkan SEDEKAH, berikanlah hak mereka agak keewangan kita menjdi lebih lapang tanpa menharap kembali mereka memulangkan sebarang bayaran. Istilah Pinjaman dan SEDEKAH adalh dua konsep yang berbeza tapi keduanya bersifat MENOLONG.

Aku yakin denga pengajaran perjalanan hidup ini sebahgaiannya Alalh ingin menemukan kita dengan cabaran dan peluang, cabaran mengenali dan menangani sikap manusia, peluang untuk menambah kemhiran dalam diri dalam menangani mereka. Semestinya disatu persimpangan kita akan terjumpa sau cara yang kena dan TEPAT untuk mengendalikan sesetengah golongan. Manusia sememangnya TIDAK SAMA, ada yang LURUS, ada yang BERBELI BELIT mengalahkan ular malah ramai yang LIDAH BERCABAG dan pendustaan hanya bagai makanan baut mereka. Siapalah kita untuk menganggap kita terlalu baik, dalam banyak keadaan kita kerap menjadi MANGSA, bila menyedari situasi itu, kita mesti memulakan langkah yang lebih selangkah BIJAK dari mereka. Matlamat perlu dicapai, matlamat utama untuk memdapatkan balik hak kita tidak semestinya perlu BERPERANG dan BERTEGANG URAT, API KEMARAHAN yang ditimbulkan pasti akan menengelamkan semua PELUANG cukupak sekadar permaian ugutan secara psychology yang sedikit memberi rasa CEMAS pada diri mereka.

Alhamdulilah kupanjatkan pada Allah kerana masih menentukan semua ini adalah rezeki rezeki ku yang juga rezeki buat zuriat zuriatku, adik adikku dan kedua ibu bapaku...biarlah hanya mereka yang betul layak untuk dibelanjakan akan aku belanjakan rezeki pemberianmu ini Aminnnnnnnnn.

Tuesday, February 15, 2011

Sight Seeing SURABAYA


Alhamduliah kupanjatkan syukur. Saban hari terlalu sukar untuk mencari waktu meneruskan halaman demi halaman diblog ini. namun idea yang tercetus dari pengalaman seharian sedikit pun tidak lekang dari memory. Hari ini sudah 16 February 2011 bermakna sudah separuh bulan February berlalu. Setakat aku TERUJA untuk terus melalui hari demi hari minggu demi minggu dan bulan demi bulan ditahun 2011 ini.

January sudah berlalu, rasanya ralat kalau tidak dikongsikan kenangan perjalanan Januray 2011 yang hampir setahun dirancang. Aku namakan Trip kali ini Sight Seeing SURABAYA. Surabaya Indonesia akan kukenang sampai bila bila kerana disinilah kembali bertemu empat mata, tidur bersama ketawa, menangis makan dan minum aku dan sahabat baikku Rosma. Mengapa Surabaya?? pada peringkat perancanagn dulu, Thailand sedang dilanda huru hara dengan isu Red shirt. Bila Rosma membuat permintaan dan meninggalkan IC numbernya ditelefon lantas planning ke Chiang Mai bertukar ke Surabaya berkebetulaan tiket kami hanya RM180 pergi dan balik berdua termasuk LUGGAGE kami.

Semua urusan booking flight dan memilih hotel aku yang buat. Untungnya Rosma seorang sahabat yang sibuk dan tidak banyak songgel. dan yang penting boleh dipercayai. berapa pun kita habis pasti dibayarnya semula. Kalaulah semua kwn kwn begini memnag dunia ini pasti CERIA dan tiada banyak air mata terkeluar. Ada 3 senarai hotel yang diambil melalui internet, nekad untuk mengambil taxi dari air port Juanda dan terus ke hotel yang paling dekat dan sebenarnay akan melilau hotel yang lebih murah. kenyataan dari web hotel, hanya Shahid hotel berjarak dlm kadar 20 minit dari airport.

Aku ditakdirkan demam sehari sebelum pergi. Pergi kerja pun terumbang ambing dan banyak masa dipejabat hanya makan ubat dan tidur. Keesokan harinya, rancangan untuk meminta Zul hantarkan ke airport selepas solat jumaat terbengkalai bila aku menjadi sangat lemah pada paginya dan aku bernekad hanya untuk berihat dirumah dan mengambil MC. Hubby agak bimbang dan menyarankan agar trip itu dibatalkan. Aku menjawab dalam lemah, mana boleh, janji dengan kawan dan kawan lama yang agar sukar untuk bertemu dan mencari waktu bersama tambahan sarat dengan beban tertanggung untuk diceritakan. Mustahil bagiku untuk memilih untuk mementingakn sendiri. Lalu aku cium tangan hubby, minta didoakan selmamat perjalanan kami pergi dan balik.

Menjelang Tengahhari 28 Jan 2011, entah dari mana kekuatan aku bangaun dan mencapai beberapa helai pakaian yang perlu dibawa, mengutip ubat ubatan, pasport , alat mandian dan skin cara. Sempat memandu ke tempat tukaran wang asing untuk dapatkan 1 juta rupiah. cukuplah bisik hatiku dalam RM335. Bukan tujuan bershopping sangat pun kata hati bertalu talu, mungkin sebab demam mood shopping pun tiada. tepat pukul 2pm, aku menahan taxi didepan apartment dan meneruskan perjalanan ke LCCT airport. Terus ke KIOSK check in tepat 3.00ptg dan selepas meninggalkan mesej diphone Rosma aku ke surau untuk solat zohor secara jamak takdim. Aku duduk berteleku disejadah mendongak kelangit dengan hati dan tangan yang penuh berharap selamatkan perjalanan ini bukan maksiat yang kami cari tapi KERIHATAN DAN RUANG DISKUSSI yang selesa.

Sedang menanti Rosma, aku disapa oleh seseorang. Terkulat kulat keningku untuk cuba mengingatkan dan cuba menjaga agar sipenegur tidak perasaan yang aku betul betul lupa kewujudannya dari mana. sejurus dia menambah kenyataan, I selalu tenguk you kat facebook..you kawan Rin kan?? barulah aku perasan wajah tenang dan penuh keibuan itu adalah kak Rohana. Kami bersalam, dan mulut aku cepat maaf kak saya lambat perasan aka dan thanks sebab tegur saya dulu. rezeki sungguh hari ni nak jumpa akak. dah banyak kali plan nak ke Bnagid engan Rin tak jadi jadi. Spontan semua tu keluar dari mulut aku dan kak Ana mengiyakan, I pun selalu duk baca posting you . Duk terfikir fikir bila nak jumpa za ni..Ya Allah hari ini..berkat permintaan dalam solat tadi banyak nya rezeki..rezeki sihat..rezeki pertemuan. lalu aku meminta izin kak Ana untuk memeluknya..kami berpeluk ERAT. Ada beberapa cerita yang kak Ana update engan aku dan dalam hangat kami bercakap barlah Rosma sampai dengan salam yang lembut dan perbualan kami terhenti lantas aku kenalkan Rosma pada kaka Ana.


Dek kerana waktu boarding telah tiba, aku meminta izin dengan kak Ana untuk masuk dulu, dan barulah aku adn Rosma memulakan perjalanan dan perbualan kami. Lama betul terpisah dengan Rosma dek kesibukan masing masing walau jarak agak dekat, suami Rosma bertugas ditempat yang sama denganku. Perjalanan kami hampir 2 jam setengah, sepanjang 2 jam itu, kami bercerita pasal anak anak. baru naik flight Rosma dah sebut anak anaknnya. Aku dapat mengagak Rosma bukan macam aku yang sellau keana kemari dengan kawan tanpa suami dan anak anak. Sesampai kami di JUANDA airport, kami terus mengambil taxi dan menuju ke Shahid Hotel. Kerana suasana sudah gelap, akhirnya kami bersetuju untuk terus bermalam di Shahid Hotel. Biliknya sederhana tidaklah terlalu cantik tidak juga terlalu buruk. Aku dan Rosma bukanlah kaki komplen. kami sempat solat maghrib dan jamak takdim dan merancang untuk keluar Mall jarak berdekatan untuk meninjau apa apa hidangan dan jamu mata.

Surabaya bandar kedua terbesar selepas Jakarta. Moden dan pesat tapi banyak orang orang susah. Jalan rayanya sibuk. Grand City Mall yang berdekatan dengan hotel kami kelihatan lengang. cuma kelihatan pelancung sahaja. Kami sempat meninjau satu butik batik dan satu butik pinggan mangkuk. galery lukisan diruang Lobby begitu menarik perhatian kami. Dalam 2 jam disitu, aku dan Rosma berjlana pulang tapi kami mneyusuri jalan bawah yang mellaui pondok pondok buruk dan naif penduduk kota yang terhimpit miskin dalam kepesatan pembangunan. Kesian aku melihat mereka, takut pun ada, tidur hanya beralaskan kotak, selimut hanya kain nipis, jangan kata lelektik, pelita pun kecil dan satu sahaja. Didepan pondok mereka kelihatan sebuah beca roda tiga, agaknya inilah pekerjaan sang suami bisik hatiku. Aku tak pasti apa yang Rosma fiir namun aku banyak mengiyakan apa yang Rosma cakap tanpa memhamainya kerana minda dan hati sedang memerhati gelagat masyarakat naif ini.

Sampai dihotel, sambil makan roti dan kek yang kami beli, Rosma menyambung ceritanya dan aku kembali memusatkan fikiran. Semua pasangan mengalami UJIAN. Rosma dan pasangannya terkenal dengan baik, sopan santun, intelect dan berkepimpinan. Keduannya berperonality sekufu pada hematku, lihatlah Alalh sentiasa menduga hambanya untuk tujuan menaikan taraf hubungan kita dengan tuhan. Aku mendengar dengn penuh EMPATI dan mata Rosma kelihatan semakin bercahaya. Selepas menukar baju tidur kami menyambung cerita dan akhirnya terlelap tanpa menyedari pukul berapa.

Bunyi keretapi laju dilandasan, bunyi mengaji, azan dan ceramah dari masjid berdekatan mengejutkan kami dari lena yang pendek. lantas bersolat penuh syukur dan aku pada kebesaran ilahi. Kami sama sama tumbang semula dan bila terjaga matahari sudah diatas kepala, sangkaku sekana pukul 12 tengah hari rupannya baru 8.30pagi waktu Indonesia. Oh maknanya panjang jugak masa untuk kami MERONDA RONDA. Selepas mandi dan menyiapkan diri, aku dan Rosma sempat berposing diLobby. baru aku perasan sejambangan besar bunga segar HARUM SUNDAL MALAM yang menjadi trademark cerita Pontianak Harum Sundal Malam. Kami mengambil taxi menuju ke PASAR TURI.

Kalau Bandung terkenal dengan Pekan baru, kalau Ho Chi Min dengan Ben Than Marketnya, Surabaya terkenal dengan Pasar Turi. Agak sama konsep dan suasana. Kisah kisah kehidupan disebalik pasar juga agak sama cuma disini tidak kelihatan pelancung seperti kami. Untuk kain batik dan baju kerawang sangat MURAH disini. seperti biasa insan insan istimewa sentiasa ada dalam ingatan, mak, Izan dan adik beradik tapi kali ini adik adik mengirim baju kerawang mungkin mereka mengerti betapa kerap aku ke luar dan sudah banyak kos souvenir keluar. Cuma khas buat mak dan Izan yang aku anggap hadiah. kami makan tengahri dengan nasi goreng dan teh Botol. Rosma sempat membeli buah salak madu Indonesia. Aku meninjau ninjau makanan tepi tepi warung yang kelihatan muka dan hidung binatang, bila aku bertanya apa tu Bu?? jawab mereka sapi non!! hehe ingatkan kerbau pendek..lol.mahu mencuba tapi tekak ada sedikit KEGELIAN.

Keghairahan berbelanja terjadi juga bila melihat kain kain batik yang standard, yang sangat halus dan motifnya sangat exclusif. serasanya mak aku sorg yang pakai lepas ni..hehe bangga mak..lalu aku minta driver taxi ke money changer untuk mendapatkan lagi 1 juta. kami pulang kepenatan dan langsung tidak berkesempatan bergambar ditengah tengah bandar Surabaya tapi jika tiket murah ada lagi dilain masa, aku pasti datang dengan hubby untuk baju kerawang. seni disini lebih halus dan materialnya cantik dan harganya lebih murah. Disebelah malamnya kami seklai lagi ke Grand City mall, Rosma teringin belikan set pyrex Indonesia..Murah dan simple, aku pun teringin tapi kabinet dapur dah penuh dan berat tak usah kiralah. Kami sempat ke kedai buku, membeli buku buku HEBAT yang MURAH tapi bahasa Indonesia yang mana buku buku itu disini hampir ratusan ringgit. kami meredah hujan renyai pergi dan balik dari mall sesudah menikmati makan malam dan muzik di longue hotel kerana hujan lebat. Muzik memnag mengingakan aku pada hubby dirumah apalagi lagu yang dimaikan oleh live band semuannya lagu yang biasa dimainkan hubbyku..terbayang bayang senyuman baiknya.

Balik dari Mall,malam itu kami tidur agak awal, Minda sudah disetkan awal awal untuk bangun awal pagi kerana Flight kami seawal jam 9.20pagi. Dalam perjalan pulang, Rosma mengucapkan ribuan terimakasih pada aku sebagai seorg teman yang sanggup bercuti dan berjalan khas dengannya demi memberikannya RUANG. kami berjanji akan mencipta perjalanan setahun sekali, Alhamdulilah. kawan kawan yang baik terkadang hadir mereka mengalahkan adik beradik sendiri, jika kita tidak mendapat sebegitu intim dan rapat dengan adik beradik Allah memberikan kita kasih sayang kawan kawan yang juga adik beradik SEISLAM. Kami berpisah selepas berpeluk kemas, masing masing sudah tidak sabar untuk bersama anak anak dan suami yang SABAR menanti. Ya Allah kupinta dari mu bahagiakanlah sahabatku ini, Permudahkanlah Kesukaran yang dilaluinya Aminnnn.