Thursday, December 3, 2009

Cerita Air Mata....


Hari ini satu hari yang tenang alhamdulilah yang memberikan ketenangan ini ialah Allah selepas aku meohon hidayah dan petunjuknya...selepas aku bersujud meyesali cara caraku...selepas aku terfikir kedaifan diri. Allah tidak pernah menghukum hambanya selama mana hambanya itu mencari cari peluang pengampunan dan kesedaran Insya Allah.
Dalam ketenangan ini, aku tertarik membaca cerita sekerat jalan yang pernah aku tulis berkisar pada Air Mata. Semua orang melalui episod berair mata antara banyak atau sedikit pengalaman itu atau pun terbuka untuk berkongsi dengan orang lain atau tidak. Setiap titisan jernih yang kelaur dari mata bukanlah sebuah tangisan yang boleh dibuat buat, kerana itulah airmata sellau dikaitkan dengan ketulenan seseorang dalam situasi yang dihadapinya.
Air mata sering dianggap peneman setia dikala hati sedang remuk redang. Selama mana air mata itu megalir, selama itulah hati sebenarnya tidak mampu menghadapinya. Ada air maat rindu, ada air mata cinta, ada air mata kecewa, Ada air mata simpati, ada air mata kesunyian, ada airmata bahagia dan tidak kurang juga air mata sengsara. Air mata ada kisahnya tersendiri walau suasananya seakan sama. Bukan semua orang menagis itu kecewa, bukan juga sesiapa yang menangis itu kerinduan. Air mata ada jawapannya tersendiri.
Airmata bahagia banyak mengalir dalam sepanjang hidupku, tangisan bahagia mengulung segulung ijazah, tangisan bahagia melihat wajah mongel anak anakku ketika mereka mula melihat dunia, tangisan bahagia melihat kejayaan peperiksaan anak anak yang tidak disangka. tapi berbanding dengan tangisan lain nisbahnya 1 nisbah sepuluh.Tangisan bukan bahagia lebih banyak berbanding tangisan bahagia sebenarnya.Tetapi tangisan bahagia yang sedikit itu mmapu menyembuhkan luka dan sedih dari tangisan yang banyak itu. Itulah hebatnya penangan tangisan bahagia.
Aku jarang melihat anakku yang sulung menangis, kalau ada sesuatu yang tidak kena dia pasti diam dan seringkali aku akan hampirinya bertanya bagi memecah kebuntuannya memberi ruang baginya berkongsi. Namun pada keputusan peperiksaan UPSRnya bar baru ini, itulah kali pertama aku melihat anakku menangis keterlaluan dengan tangisan bahagianya. hati ibu ini meruntun sayu dalam bangga, tangisan ini akan mengajarnya detik detik berharga dalam hidup. Itulah suara hatinya..itulah kelegaannya. Lantaran tangisan dan pelukan eratnya aku balas dengan ciuman penuh kasih didahinya sambil berkata..."Terimakasih sayang...kerana membalas susah senang mama dengan kejayaan ini...inilah permulaan yang sangat bagus buat mu nak!"
Aku sebenarnya seronok melihat airmata insan. Kerana airmata itu mengambarkan hati mereka. Aku merasa satu kepuasan bila berdepan dengan mereka yang sedang menangis hiba, kecewa dan terllau bahagia. Cuma ada kalanya bila ku menangis...aku sering menangis sendirian tiada siapa yang mmapu berada disini mendengar, meyeka airmata ini, berkongsi rasa ini...kerana itulah aku sering menangis didepan Allah...menyerah selemah lemah diri ini padanya...Allah maha mendengar..maha Adil lagi bijak sana..ketika itulah aku akan merayu pinjamkan lah aku sedikit kekuatan untuk aku terus melangkah didunia pinjamanmu ini.

Air mata bisa mmebrikan rasa LEGA....Menangislah bila perlu!!!!

Menapak waktu waktu Gerhana.....



Sesekali melayani kebosanan dengan mentonton movie di Astro terasa satu kepuasan. Kebetulan pula cerita yg disajikan berkisar kasih sayang dan kekeluargaan, semuanya bertemakan cinta dan kasih sayang yang berpenghujun dengan happy ending. Melayan plot cerita yang penuh sentuhan emosi, hati ini terasa betapa kasih sayang itu amat berharga. Ada duka , ada suka dalam setiap paparan dan peranan watak yg ditonjolkan. Melihat kesungguhan pasangan suami isteri membaiki hubungan, menilai asa tercetusnya sebuah konflik hubungan, meninjau pandanagan dan perasaan watak yang kehilangan cinta, semuanya tidak lari dari kehidupan harian kita sendiri. Banyak terselit idea-idea menarik bagi membaiki hubungan, tak kurang juga nilai pengorbanan dan risiko yang menjadi pilihan.

Satu ketika dulu, aksi dan pearsaan itu pernah dirasakan. Terasa sungguh bertuah badan,
dimanjai, ditatang …dan kini segalanya terasa sunyi sepi, yang ada dengusan dan keluhan menahan tekanan yang melanda. Kawan pernah berpesan dalam hidup ini kita tak ada banyak pilihan, sahabat juga pernah mengingatkan kita perlu berkorban untuk terus hidup dan hidup itu sendiri adalah perjuangan,saudara mara pernah membisikan bahagia boleh dicipta untuk kita dan kita yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk menentukan kebahgiaaan itu dan yang sentiasa kekal dihati peasanan kedua ibubapa sendiri setiap hari dalam hidup adalah kenangan ianya boleh jadi pahit dan manis. Anak-anak masih kecil walau mereka tidak tahu berpesan tapi cukup memfirasatkan bahgiakanlah kami dgn keamanan dan ketenangan.

Betapa berat mata memandang, tidak sama bahu yang memikul, betapa simpati diberikan orang tidak sama jerihnya menangung luka didalam. Dulu kita mampu ketawa bersama, senyum berdua dan mata saling pandang dan menjeling, setiap kata-kata adalah halwa,manis bersambut, setiap gerak geri diperhati penuh minat ,sejam berjauhan pelukan makin erat ,tapi sekarang jauh semakin sayup rasanya…keluar berdua seolah-olah berseorangan, ada dirumah seperti berpergian, kata tak bersambut..pendapat sering bercanggah…kekadang hati lebih senang tidak berdekatan untuk mengosongkan fikiran dari beban yang berpanjangan. Mungkin inilah yang dikatakan waktu gerhana dalam perhubungan.

Puisi: Menyusuri jalan Pulang....


MENYUSURI JALAN PULANG

13 OCT 2009

Sunyi dan sepi sekelilingku
Bagai terdampar di sebuah pusara
Sebelum ajal sendiri tiba
Manisnya masa lalu yg semakin aku tinggalkan
Tiba tiba keriangan itu seakan hilang
Nyalaan kasihmu seakan terpadam

Bisakah aku terus menunggu dan terus menunggu
Bisakah aku sepenuhnya percayai alasanmu
Berulit memori indah seketeika dulu
Sambil terus dilamun sendirian
Sedang dirimu entah di mana

Aku tidak mahu kehilanganmu
Aku tidak mahu terus meraba kewujudanmu
Aku tidak mahu terus mejeruk rasa pilu
Lantaran ketiadaanmu disisiku
Seperti selalu..sayang

Apakah setakat ini sahaja rezeki pertemuan kita
Kehadiranmu sekadar merawat sedikit luka yg parah
Dan kau biarkannya sembuh sendiri bersama sepi
Aku tidak mampu meminta apa apa lagi
Selain terus mebawa dan menjaga sekeping hati ini
Hati sepi ini mungkin tiada siapa yg mahu menghuni
Biarlah aku sendiri..merawat luka dan mejaga hati
Hati ini terlalu suci mungkin bukan manusia yg layak dihuni
Tetapi Alla hu rabbi..kekasih hati yg abadi
Semoga aku insan terpilih
Untuk menemui bahagia yg hakiki
Aku percaya kehebatanmu Ya Allah
Diri ini sentiasa diawasi…
Alhamdulilah Sujudku akan terus abadi
Kerana aku mensyukuri nikmat dan ujianmu
Semuanya sudah tertulis sejak azali


Dengan izinmu pertemuan ini
Dengan izinmu tercipta perasaan ini
Mohonku dengan izinmu bebaskan aku dari RINDU ini
Aku ingin PULANG
Untuk terus MERINDUIMU tuhanku……..