Monday, April 30, 2012

Breakfast with a Book


Alhamulilah jaga dan tidur menjadi milik Allah. Pagi yang terlalu INDAH ini dan kicauan burung dan bunyi deru kenderaan sayup sayup berkesan bersama tenangnya sekeping hati. Maha Kaya tuhan yag murah hati, tidak pernah alpa dalam memberi kepada hambanya saban kali diminta. Jam 5.30pagi, sudah selesai munajat besar pada Allah sebelum munajat rutin diawal pagi bermula iaitu SOLAT SUBUH.

Sebelum memulakan Qiyam pagi ini, hati sudah berbunga bunga untuk memulakan aktiviti diri sendiri, 'Breakfst with A Book', alhamdulilah semalam mata tertarik pada buku Ustazah Na ketika mengunjunginya dan sama sama berbuka puasa. Bukunya bertajuk 'Perkhabaran ALAM BARZAKH'. Aku sudah menetapkan, untuk hari hari cuti tumpukan pada buku buku Melayu dan ketuhanan, dan hari hari bekerja tumpukan pada buku buku motivasi dan self development sambil menggarap idea programme dari masa kesemasa. Apa pun untuk perlaksanaan Breakfast with A Book ini perlu dimulakan awal , seawal 7.00pagi. Pukul 7 pagi mestilah dalam keadaan sudah selesai bacaan Al Waqiah dan Zikir pagi.

Kedengaran Azan subuh bersahutan, kalau hari bekerja boleh terus ke masjid. Hari ini cuti 1 May sempena hari bekerja, elok juga ke masjid tapi untuk hari ini agak sukar buat aku memandangkan kereta dipark yang pasti diblock oleh orang lain. masa untuk bersiap pun tidak banyak. Alang alang keluar solat subuh, kena terus bersiap untuk terus ke venue breakfast. Dirumah bukan tidak boleh membaca, tapi jawabnya hanya 30 minit selebihnya pejam berjam jam hingga sengal senga badan. Apa lagi kalau makan dirumah kenyang. Untuk hari ini dan cuti hujung minggu ini, buku Ustazah Na ini akan cuba dihabiskan, boleh jadikan bahan perbincangan tambahan dengan Mai nanti.

Hubby masih lena tidur, ya lah dia pulang jam 3 pagi. Dalam 6.30am aku mesti mengejutkan dia untuk solat subuh bersama. walau tidak ke masjid perlu berjemaah dirumah supaya rumah lebih meriah dan ada aura spiritual dan kasih sayang sejati dari Allah. Berpagi dan bersolat bersama biarlah menjadi budaya. Inilah bezanya orang Islam dan bukan Islam. Kalau bangun pukul 12, dengan tidak bersolat subuh jauh seklai mengaji Quran, kita hanya Islam pada nama tapi amalan hidup serupa dengan India dan Cina. Nauzubillah.

Alhamdulilah semalam berjaya puasa, insya Allah dengan izin tuhan akan puasa lagi rabu nanti menggantikan Khamis. Khamis sentiasa penuh dengan agenda jumpa kawan dan makan. Seminggu perlu wajibkan 2 hari berpuasa. Bila berpuasa, banyak dorongan dan idea idea kearah kebaikan bertunas diminda. Allah maha pengasih dan penyayang. Bila kita mendekatkan diri kita padanya, dia akan lebih lebih lagi mendekati kita malah terus melekat dihati kita.

Hari ini aku cuba mendiamkan diri dari jumpa kawan dan banyak untuk fokus pda hal rumah, diri dan kemas kini akaun IOPE untuk bulan April. Cuma perlu hubungi kakak kakak yang baru pulang dari Lady Trip untuk ambilkan kiriman stock dan wang. Jumpa pada hari rabu pun masih sempat. Insya Allah. Jam 7 pagi hajatnya untuk breakfast di Mc Donald  sambil menyingkap cerita disebalik panggilan ketika Roh telah dicabut, Roh dipanggil keluar dari jasad, Roh keluar dari badan, Malaikat yang masuk sebelum munkar dan nakir dan Roh menziarahi kubur dan rumahnya. Insya Allah.

Alhamdulilah hati ini sering terfikir untuk berubah kearah yang lebih baik saban hari. Perkasa minda dan jiwa dengan buku buku dan amalan agama. Bergaul dengan orang orang yang memberi pegangan dan matlamat bukan orang yang asyik buka cerita orang saban waktu. Sentiasa bersedia menolong orang dalam kesusahan mengikut kemampuan, insya Allah Allah pasti selalu bersama kita. Hidup ini terlalu INDAH untuk dihayati. Masa juga terlalu SINGKAT sebenarnya, kalau ada peluang KEMANISAN mengapa harus dibina PENDUSTAAN yang PAHIT. Kalau hidup ditemanis ekeping hati yang suci, suci itu sering dambakan FITRAH. Fitrah pula hanya ada pada asal kejadian kita kemuka bumi ini, tidak lain dan tidak bukan untuk menjadi hambanya yang TAAT. Pegang Tali dengan Allah dan pegang Tali bersama manusia.

Alhamdulilah, tidak sia sia menjadi anak yang taat satu sektika dulu, tidak sia sia seorang ayah terlalu ingin anaknya ke sekolah agama, tidak sia sia dilahirkan dalam keluarga miskin dans erba kurang, tidak sia sia juga ditakdirkan dengan ujian perkahwinan yang hampir meragut jati diri ini. Semua ini ketentuan yang sudah tertulis buat aku. Semua ini kerana Allah memilih aku dan sangats yangkan aku walau hanya seorang hambanya yang naif. Demi kerana kasih Allah, aku sanggup buat apa saja termasuk korbankan seronok dan harta yang ada. Insya Allahtapak yang semakin bermakna akan kami susun saban waktu, walau aku menjadi master mindnya, mungkin kerana inilah kelebihan yang Allah bagi buat aku, namun tidak ada sebab untuk aku mendabik dada kerana semua kebaikan hanya datangnya dari Allah dan emua keburukan dan kecuaian datangnya dari kita manusia yang sering menzalimi diri sendiri.

Berundur untuk solat subuh ..peluang untuk bermohon moga dilapangkan hari ini malah diisi penuh barakah dan padat rezeki. Amin

Sunday, April 29, 2012

Cerita BMW dan REZEKI


Pagi ini aku dihantar hubby, banyak benda dalam kepala membuatkan aku terlupa mencium tangannya sebelum turun dari kereta. Aku pantas meluru ke cafe tepi masjid untuk dapatkan Nescafe Tarik bungkus pesanan Zul, mata liar mencari kuih muih sayangnya tak ada rezeki Zul, aku sendiri berpuasa dan agak lewat juga untuk aku menemani hubby minum pagi. Hari ini hari terakhir April 2012. 

Rutin pertama seperti biasa ialah membuka email melihat message terkini dari kedua dua email personal dan office email. Tidak ada sebarang training available untuk bulan Mei setakat ini. Sejenak membalas email bukti bayaran dari customer IOPE dan soalan soalan peri pemakaian IOPE oleh customer. Rutin ke 2, membuka FB, melihat mesej urgent dan menjenguk Iope Page dan Lady Trip. Buka wall kwn kwn yang pergi Lady Trip dan copy gambar gambar mereka untuk dimasukkan ke Lady Trip. Kelihatan tulip merah dan kuning di Wall Mdm Rose begitu cantik sekali. Petang ini on my way back mesti singgah Maybank, bayaran terakhir stock perlu dilangsaikan malam ini untuk Li di Korea. Aku hingga termimpi mimpi berbincang bisness dengan Li..memnag dalam banyak banyak kwn yang aku jumpa ..Li sangat reliable untuk meneruskan pelbagai bisness. Teringat kata kata dia dulu, saya akan pastikan kak za jadi jutawan sebelum saya jadi jutawan. Moga kata kata Li menjadi doa. Dia suami kepada wanita baik yang aku temui, dia juga tidak kurang baiknya dan sangat bersikap professional. Sebaik habis tugas, pasti dia transfer duit untung antara kami. Seorang yang jujur dan telus sangat sukar dalam dunia hari ini.

Seperti biasa Monday menjadi monday blue buat aku dan kebanyakan pekerja, apalagi kalau tak cukup tidur semalaman. Nasib baik hari ini boss bercuti, aku sedikit bebas dipejabat. Dalam aku menggunakan bebas, bukan merayap ke unit unit lain, bebas maksud aku ialah, aku boleh berfikir ruang lingkup yang lebih dari kerja. Hari ini Monday hari yang akan dihubungi seseorang yang aku baru kenal. Last week dia menelefon aku petang khamis dan berhajat untuk menemui aku, hari ini pun aku tidak ada mood untuk jumpa dia. Kalau dia telefon, aku akan tangguhkan pada 3 hari akan datang selepas cuti hari buruh. Hari ini aku berpuasa, mood aku lebih untuk ke masjid dan bersendiri dengan bacaan dan Quran.

Mahadi namanya. Cerita disebaliknya ialah BMW. Itu fokus aku, kerana BMW kami bertemu. Lebih kurang 3 bulan yang lalu, ketika aku kelam kabut menolong Li dan Maria dengan BMW mereka yang sudah terlanggar satu object matel, menjadikan aku kelam kabut, kerana kesihan kan Li dan Maria, kerana aku kurang tidur dan kepenatan dan kerana aku terburu buru mengejar masa untuk sering berbincang dengan mekanik Awwai. Nak dijadikan cerita, ketika aku rshing keluar dari perkarangan masjid, ketika reverse, kereta aku terlanggar kereta BMW yang sedang parking disitu. Aku melilau mencari kalau kalau ada orang yang boleh aku minta tolong, nasib baik ada seorang jejaka yang sedang berdiri ditepi pagar, lalau aku memohon jasa baiknya untuk menyampaikan no telefon aku kepada tuan punya BMW agar dia menghubungi aku menuntut kesilapan aku. 2 kali aku terima panggilan dari tuan punya BMW, tapi tidak sempat menjawab hanya aku tinggalkan pesanan, dan hampir sebulan aku gelisah sehinggalah aku hubungi dia semula via sms bertanyakan tuntutan baiki keretanya terhadap aku. Dia hanya menjawab ' tak mengapa puan, bukan banyak pun, sikit saja, saya halalkan, nanti kalau saya senang saya akan cari puan ditempat kerja puan'. Aku hanya ucapkan terimakasih padanya.

Mahadi yang menghubungi aku minggu lepas itu adalah jejaka yang aku minta tolong, dan kerana baiknya dia menolong aku yang sangat tertekan ketika itu, akhirnya dia diberi pertolongan yang lebih besar dari Allah. Mahadi rupanya tidak ada pekerjaan tetap, kerana meyampaikan no telefon aku, Mahadi akhirnya mendapat kerja dengan tuan punya BMW. Dia seorang director sebuah syarikat insurance. Alhamdulilah, aku sangat bersykur dan gembira untuk Mahadi, walaupun aku tak kenal dia. Dari riak suaranya cukup menggambarkan betapa gembiranya dia. Cerita disebalik BMW, tercipta pintu rezeki buat seseorang yang sangat memerlukan dengan sebaik aturan dari Allah. Aku pasti bertemu Mahadi, cuma aku tidak boleh menemuinya hari ini, kalau dengan kawan pasti yang terbaik ada agenda makan, kalau terfikir untuk makan, sangat sempurna bila ada kawan. Budaya aku makan dan kawan tidak boleh dipisahkan bagai irama dan lagu, kalau dipisahkan suasana menjadi sangat DULL.

Aku yakin selepas aku menemui Mahadi, pasti aku akan ditemukan juga dengan pemilik BMW itu, aku cukup kagum dengan wataknya, setiap kali waktu solat, dia pasti singgah dimasjid tepi pejabat aku dan orangnya jauh dari sombong, malah sedia memaafkan kecuaian aku yang bersedia untuk membayar ganti rugi ini. Aku ingin modelkan orang orang kaya yang sangat suka menolong walau siapa saja. Aku ingin mengorek resepi kejayaan dan liku liku yang mereka lalui. Mereka adalah the great resourceful person buat aku. Antara Mahadi dan tuan punya BMW pasti akan menjadi kwn aku satu hari nanti. Siapa sangka, dalam aku terkial kial menolong Li dan BMWnya, aku terlanggar BMW juga dan membawa satu peluang rezeki dan pertemuan yang lain pula. Sungguh manis janji Allah disebalik kebaikan sesama ummah, sungguh bermakna rezeki rezeki berselirat yang Allah taburkan dimuka bumi ini, sungguh unik terciptanya pertemuan yang sudah kemas diatur Allah di  Luh Mahfuz lagi. Aku melihat dan mengalami sendiri, justeru tidak ada lagi nikmat dan kasih sayang yang aku ragui.

" Yang mana satu diantara nikmat nikmat tuhan kamu yang kamu hendak dustakan (wahai manusia dan Jin)" Surah Ar Rahman ayat 13. Sesungguhnya tidak terhitung betapa besar dan banyaknya nikmat dan rahmat Allah kepada manusia, namun hanya orang orang yang berakal saja mampu berfikir dan mensyukurinya. Allah pasti menjanjikan pulangan yang lebih besar pada hambanya yang bersyukur. ya Allah jadikan aku seorang hambamu yang bersyukur......Amin ya rabbal Alamin








TABAH jangan GELABAH


Ahhhhh Jam sudah 3.30 pagi, aku masih gagal melelapkan mata penangan KOPI KAW yang diambil masa perbincangan 3 jam dengan kak Ima petang tadi. Lagi satu jam, masa untuk aku bersolat dan bersahur. Diluar angin cukup kuat, memberikan rasa sejuk dan nyaman ketika berbaring untuk cuba pejamkan mata. walau apa pun aku baca, gagal juga untuk mata ini terpejam malah emakin banyak agenda yang tercetus diminda. Esok Isnin entah bagaimana keadaannya bila semalaman tidak tidur. Mungkin bagaikan zombie, jasad saja bergerak, jiwa dan roh entah kemana.

Janji yang dibuat 2 minggu lepas akhirnya tertunai hari ini. Aku ada banyak agenda dengan Kak Ima. Alhamdulilah perbincangan berjalan dengan baik, malah Kak Ima seorang yang profesional dan helpful, tak rugi aku luang masa dengan such a resourceful person macam dia. Insya Allah dia setuju dengan apa yang aku rancang dan Insya Allah juga dia akan turut serta bila tiba masanya. Bolehlah aku rely on dia, dimasa yang sama kami bagai serampang 2 mata. Dia akan taja hala insurancenya dan aku akan popularkan IOPE dan supplement Mella Clear.

Dalam berbincang hal hal bisness terselit sedikit sesuatu yang aku tidak duga. Kak Ima bagai sekian lama ingin sampaikan sesuatu pada aku tapi peluang pertemuan itu agak sukar dek keduanya sangat sibuk. Aku sangat berterima kasih dengan perkongsian Kak Ima, sedikit sebanyak meyakinkan apa yang aku rasakan selama ini, dan ternyata walau pun kami baru berkawan, kak ima lebih percaya dan rely on pada aku. Tidak sukar kalau sama sama profesional. banyak kata sepakat yang kami capai menjadikan aku lebih mengenali hati kak Ima. Aku melihat potensi besar kalau aku dan kak ima bergabung tenaga. banyak kak Ima bagi nasihat terutama dalam hal berhati hati dengan kerenah orang. Bukan semua orang senang dengan pencapaian kita.

Seawal turun dari rumah, aku berniat untuk belanja Kak Ima. Apa lagi bila bulan ini pendapatanku mencecah puluhan ribu, rezeki Allah tidak siapa terduga. April bulan rezeki melimpah ruah dari segala segi. Bulan kemaafan juga bulan yang banyak Allah kabulkan doa dan permintaanku. Biasalah Kak Ima, dia akan awal awal menolak duit aku 'Akak belanja' laju saja mulut yang kuat mengomel itu offerkan makanan dan minuman. Akhirnya kami memilih kopi kaw di Coffee Bean cuma bezanya dia ais aku panas. Selesai pertemuan, aku memeluk erat kak Ima. Aku sangat senang dengan dia. Sikapnya yang bersahaja itu menampakkan natural dan kejujuran, selama ini kita selalu tersilap dengan kemanisan yang terlebih lebih belakang teruk rupanya. ami berjanji untuk beberapa follow up, aku ken kerja keras sbab diperingkat perbincangan aku yang kena mulakan dengan contact kak Ima. kak Ima sudah terlalu sibuk selepas jawatannya direvise oleh majikan.

Dalam perjalanan menuju ke kereta selepas membelikan sebuah beg duit warna pink sepadan dengan Hand beg dari Finaz, aku terfikir sendirian memang benar semakin maju langkah kita semakin banyak ranjau dan duri, semakin kabur juga antara kawan dan lawan, begitu tipis garis perbezaan keduannya yang begitu mengelirukan. Aku tahu apa yang aku mahu, aku sedang mengatur langkah satu persatu, diwaktu waktu begini sudah pasti aku sangat harapkan sokongan, tapi yang datang lebih banyak cabaran. Aku redha dan tempuhinya penuh sabar, cukup segelintir yang aku temui cukup untuk menguatkan aku, samatelah lagi kekuatan sebenar adalah dari Allah. Aku sama sekali tidak akan menolak sesiapa saja yang datang dalam hidup aku, tetapi aku tidak akan mencari orang yang tidak memberi apa apa maksud. Aku akan mengelak dengan orang orang yang bakal membawa defeat pada aku. Aku hanya akan atur strategy kemas bersama orang orang yang positive, resourceful dan profesional. Sedikit aku kongsikan dengan hubby, 'suara hati saya tidak pernah berbohong bang, cuma pertemuan dengan Kak Ima hari ini menguat dan membuktikan lagi apa yang saya rasa. kak Ima lebih berani meletakkan TERM yang dia nampak. saya tidak pernah merasa saya deserve perasaan dengki dan iri hati orang kerana saya tidak pernah merasa hebat, semuanya saya lakukan hanya mengikut suara hati ini, dari keadaan saya tak tahu apa apa, memang betul sekali bila kita semakin berjaya orang semakin dengki, kawan menjadi musuh, ruang dugaan semakin terbuka, baru saya perasaan, saya semakin layak rupanya'. Aku meluahkan pada hubby.

Angin diluar sana masih bertiup kencang. Sesekali kedengaran pintu berkocak dilanggar angin malam. Bicara indah di malam hari, teringat kata kata Tuan Guru Nik Aziz diwallnya tadi, semakin kelam gelapnya malam, petanda semakin dekat datangnya fajar pagi. Beginilah hidup bagi insan seperti aku, entah mengapa dari zaman sekolah rendah hinggalah mencecah umur 40an aku tidak pernah sunyi dari dengki dan iri hati orang. Malah kdg kdg orang yangs angat hampir dengan hidup aku, wahal bukanlah aku sangat bangga dengan apa yng aku ada dan aku capai, namun aku tidak nafikan, kerana dengki dan iri hati mereka menjadikan hati aku lebih dekat dengan Allah, menjadikan aku yakin Allah tempat aku berserah dan bermohon, Alhamdulilah aku tidak akur tunduk dengan akar akar yang berselirat sepanjang perjalanan aku itu, malah dengan suara hati yang terang, dengan doa yang tidak pernah putus, dengan segelintir rakan tapi berkualiti yang aku temui, semuanya menjadi MUDAH dan INDAH TERSUSUN. Aku percaya takdir rezeki bukan pada approval manusia, tapi pada redha Allah yang maha ESA.

Hidup semakin mengajar aku erti TABAH dan jangan GELABAH.

Al Fatihah...Pemergian Yanti


Peluang terus diburu untuk tetap cuba mengambil masa menulis diblog ini walau masa terlalu mencemburui aku, terlalu banyak yang ingin dicoretkan, telalu banyak idea idea yang melintas, namun dek kerana kesuntukan masa, entah ingat lagi entahkan tidak bila terpaksa bertangguh begini. Ada 2 hari lagi penutup tirai April. Sayang rasanya kalau tidak cuba sekurang2nya ada 2 tulisan. walau mata sudah agak berat terasa, dan ada beberapa kerja yang perlu dikejar terutama packing order dan kemas kitchen selepas menghidangkan makan malam yang simple berdua.

Semenjak kelmarin, ketka menunaikan solat Zuhur dimasjid Simpang Lima, sejurus sebelum meneruskan perjalanan untuk kerumah Ayah Da par yang lebih dikenali sebagai Ide, aku terbayng bayang wajah cantik Adik Yanti, tutur bicaranya, ketawanya, manjanya yang meminta itu dan ini dengan aku. wajah yang manis itu rupanya sangat singat pinjaman usianya oleh Allah. Dia pergi meninggalkan kami buat selama lamnya. Kami sekeluarga baru berpeluang menziarahi Ide dan kak Chik turut sama berduk atas pemergian Adik yanti semenjak seminggu yang lalu. Aku kira manusia yang dipertanggungjawab untuk memberitahu kami sememangnya sangat tidak stabil akal dan esmosinya, lantas mengenepikan peri pentingnya penyebaran berita kematian kaum keluarga sebegini. Sehingga malam ini, disetiap waktu solat, wajah yanti terbayang dimata, rasa bersalah dan terkilan meluap luap kerana tidak sempat melawatnya sakit dan tidak sempat turut serta memandi dan menyembahyangkan jenazahnya buat kali terakhir. Semoga Roh mu ditempatkan bersama orang orang beriman dik. Maafkan kak Liza atas ketidak sempatan ini, Kak Liza sendiri binggung memikirkan sikap dan reaksi org org tertentu dalam keluarga kita. yanti memnaggil aku Kak Liza.

Lama aku tidak bersembang dengan Ide dan Kak Chik, Ide seakan tidak mahu menatap wajah aku mungkin terkilan, aku sudah lama tidak menjengah rumahnya dijalan Yadi Klang itu. Itulah tempat pertama aku bersinggah sewaktu mula menapak takdir di Kuala Lumpur. Lama jugak barulah Ide kembali ceria bersembang, masih kelihatan menahan sebak dan kesedihan atas kehilangan besar itu. Aku memeluk kemas kak Chik mengambil sedikit walang yang masih bersisa, dikala ide bercerita bagaimana cekalnya Yanti menghadapi menghadapi saat saat getirnya, aku seseklai menyapu air mata. Tidak dapat untuk aku gambarkan apa perasaan aku ketika itu, yng pasti aku TERKILAN sebab tidak bersama Yanti menyapu air matanya, mengukirkan senyuman terakhir buatnya. yanti pegi diusia yang begitu muda 27 tahun. Pemergian ditangisi seluruh ahli keluarga terutama tunang tercinta.

Ide juga melahirkan rasa kecewa, banyak keluarga tidak tahu. Lama aku bersembang dengan Ide, banyak jugak musykil dan persoalan kami sama sama leraikan. Aku harap Ide faham dengan apa yang aku hadapi, apa yang kita mampu buat kalau kita dikelilingi orang orang negetif dan sombong dengan kedudukan dan kuasa yang dia ada. Kami sama sama kecewa dan sama sama mengurut dada. Ide cekap bertanya semua persoalan yang bermain dikepalanya, bersaksikan 5 orang, aku bercerita apa yang berlaku, pada asalnya aku sangat malas untuk bercerita, biarlah terus menjadi tanda tanya diminda siapa yang melihatnya. Bercerita seakan mengoyak hati sendiri. Memikirkan apa Ide rasa kalau aku mengelak, mungkin Ide akan rasa kami tidak menganggapnya sebagai keluarga. Lalu satu persatu aku leraikan pada Ide bukan berharap sokongan sekadar menjawab persoalan yang ditimbulkan olehnya. Ide cepat berkata, 'tak hairan dengan apa yang terjadi, Ide cukup kenal siapa mereka ini'. Ide juga membuka ceritanya, sedikit sebanyak cerita Ide meberikan akus edikit semangat. Dalam keluarga memang berlaku cerita porak peranda.

4 jam dirumah Ide, aku, hubby dan adik adik meminta diri. Kami berjanji akan datang lagi terutama bila kenduri Bojo. Biarlah pemergian Yanti menjadi titik bersatu kembali aku dan keluarga ini. Kesibukan, musibah dan banyak komitment menjadikan kami rengang walau aku tidak pernah melupakan mereka. Aku mengucup tangan Ide meohon ampun dan maaf dengan janji akan datang lagi, dan aku memeluk kak Chik kemas sambil berbisik tabah hati ya Kak ..kita sama sama kehilangan Yanti. Jalan Yadi yang aku tinggalkan hampir 15 tahun kini kembali dihati. Semoga aku belum terlambat berbakti pada Ide, kak Chik dan anak anaknya sebagai sebuah keluarga dan sebagai tanda terima kasih aku atas jasa baik mereka satu ketika dulu. Ya Allah kau binalah ukkhuwah kami sekukuh kasih sayangmu pada hamba hambamu. Doaku semoga Allah memudahkan Ide dan Kak Chik melalui hari hari kesedihan ini.

Semadilah dengan aman Adik Yanti...Al Fatihah.


Tuesday, April 24, 2012

Cerita BAHAGIA dan TENANG


Bila kita MENGEMBIRAKAN hati orang lain, tempias kegembiraan itu juga akan terkena pada diri kita, ada kalanya dalam usaha usaha membina kegembiraan, kita juga bertemu secara tidak sengaja KEGEMBIRAAN utk diri sendiri, ianya DOUBLE HAPPINESS dan selamanya adalah lebih baik dari DOUBLE TROUBLE. Inilah IDEA yang terpantul diminda aku semalam, dikala aku membuat keputusan untuk gembirakan hubby dibilik karaoke sempena free 1 head for bday celebration. Aku tahu dia sangat suka sesi melalak. Melihat senyumnya pada keputusan yang dibuat ketika dinner, bahang kegembiraan itu sudah menyelinap keseluruh hati dan jasad aku.

Benar sepertimana kenyataan yang aku baca, kegembiraan sifatnya berjangkit, mereka mereka yang happy dalam pembawakan mindanya akan mampu memberi kegembiraan walau hanya dari sinar mata dan suara pada orang lain. Semenjak seminngu dua ini aku sangat HAPPY. Satu persatu petunjuk dan peluang datang menjengah diri, asas utama yang terbina dalam tempuh itu ialah BELAJAR MENERIMA. Menerima seadanya orang dan keadaan memberikan kita ruang ketenangan phychological, apa lagi bila ditambah dengan nilai spiritual approach dengan hadirnya solat, bacaan quran, Mathurat dan zikir Asma Ul Husna. Bila wujud saja 2 element ini, maka physical akan terbentuk sihat dan menyihatkan.

Alhamdulilah, sakit dikhianati tidak menjadikan aku CUAK dengan orang apalagi orang orang ini tidak kena mengena dengan kisah berkenaan. Aku percaya, nilai hati yang telus dan bersih lebih menjadi faktor utama menerima ilmu dan keimanan sebenar. walau ilmu sarat, keagamaan tinggi tapi hati terlewat dari jadual pembersihan, maka berlakulah conflict dalaman yang mengelirukan dan sedikit sebanyak menjejaskan hidup orang lain. Apa lagi kalau hati yang tidak telus dan bersih tidak pernah BERBAJA IMAN dan ILMU, maka tiadalah peranan akal yang mengawal nafsu didalam hati dengan watak watak yang mengelirukan. Alhamdulilah, dugaan yang dilalui tidak menjadikan aku seorang hamba yang berputus asa, malah aku semakin percaya, kalau 5 orang yang membina 'doubt' kita, ada 50 orang yang kita masih berpeluang membina hubungan yang lebih bermakna. Bumi Allah ini luas, pilihan dan peluang ada dimerata ceruk dan selekoh, bergantung pada takdir dan rezeki kita.

Satu janji pada diri yang aku akan pegang sampai bila bila, berikan HAK ALLAH walau dalam sukar bagaimana sekalipun, barulah berikan hak sesama manusia. Insya Allah bila hati sering mengingati Allah, apa saja yang kita minta dari sebesar besar permintaan hingga sekecil kecil keinginan pasti dipenuhinya. Hidup akan lebih selesa bila kita berjaya mendapat apa yang kita minda dari Allah, dan sekiranya tidak, Allah lebih tahu belum tiba masanya, terimalah keputusan yang diberi Allah sepenuh hati walau tidak tercapai dek akal cetek kita untuk mentafsir sebabnya mengapa. Mendahulukan hak Allah adalah lebih mudah dari memberi hak pada sesama manusia. Sikap manusia yang pelbagai itu menjadikan mereka begitu, ada setengahnya suka mengomel, ada yang suka lebih lebih, ada yang sangat cerewet. Itulah lemahnya manusia, kerana itu usah berharap sesuatu balasan yang baik dari mereka bila berurusan, tetapi berilah yang terbaik kerana Allah, kerana Allah akan sertai KEBERKATAN bila kita buat sesuatu kerananya walau hati sendiri TERLUKA.

Dalam usaha membina KEGEMBIRAAN orang disekeliling kita, utamakanlah yang BERKEPERLUAN kerana itu satu tuntutan. Allah mengirimkan kita kedunia ini BERSEBAB bukan saja saja. Usah membina ruang saja saja yang bertunjangkan perasaan sendiri tanpa melihat kenapa dan mengapa disebalik yang tersurat dan tersirat. Alhamdulilah, mengembirakan orang sudah sebati dalam diri aku. Aku puas melihat senyum pada wajah yang selama ini sedih. Aku merasa cukup dengan melepaskan tekanan pada mereka yang tersepit. Kalaulah aku mampu memetik bintang, akan aku jadikan keronsang buat mereka yang aku sayang apa lagi yang memerlukan. Hati sendiri biarlah aku serah pada Allah. Aku tidak boleh berharap melihat banyak ruang yang tidak sempurna yang tidak pernah diusahakan untuk diisi oleh mereka sendiri. Biarlah Allah yang berhak memberi balasan setiap usaha dan kegembiraan yang aku usahakan. Bersama itu sudah cukup aku nimati KEPUASAN HATI dan sebuah KETENANGAN.

Semalam minda aku figure out something. Kalau aku berjaya dapat apa yang aku impikan melalui idea idea asal yang tercetus ini. habuan buat semua ahli keluarga ialah UMRAH ditanah suci. Aku ingin memberi dan menyediakan langkah itu buat mereka sebagai hadiah TERISTIMEWA sepanjang hayatku sebagai tanda kasih aku pada mereka semua. Kalau takdir rezeki itu buat aku, yang berlipat pasti terlerai, yang jauh pasti dekat, yang dilangit pasti jatuh keriba. Tiada tempat lain yang PASTI buat aku mengadu dan meminta, hanya pada Allah. Aku hanya belajar menjadi insan yang diredhainya. Menggali kekayaan rezekinya dan mengagih kepada mereka semua dengan syarat tukarnnya IMAN dan KASIH SAYANG. Alhamdulilah nafas segar yang kian terasa. Minda terisi yang kian berperanan membuat perhitungan. perasaan dihati penuh kasih sayang suci sebagaimana saranan ilahi. Aku gembira ditakdirkan begini melalui liku liku yang akhirnya mengheret aku untuk lebih melihat keesaan ilahi. 

Bahagia dan gembira itu tempatnya dihati. walau kemana kita pergi, dengan siapa kita temui dan bagaimana jalan ceritanya, ianya tetap TERKESAN dihati. Hanya hati yang tenang akan kekal bahagia. Hanya mengingati Allah dan mencari redhanya akan terbina benteng KETENANGAN. Hanya kalau kita berusaha melengkapkan diri saban waktu dan ketika dengan ayat ayat Allah penuh ikhlas dan menjauhi larangannya menjadi bukti kita mengingatinya dan mencari redhanya. Meletakkan hak Allah sebagai keutmaan, maka bersusunlah hak hak lain mengikutnya dibelakang dangan sendirinya sebagaimana janji Allah dengan izinnya. Bahagia dan Tenang iu saling berkait. Tidak akan sebenarnya bahagia tanpa TENANG dan adanya tenang pasti akan BAHAGIA. Sebenar benar tenang itu hanya diperolehi dari Allah.

Membina hubungan dengan Allah tidak sesukar hubungan dengan manusia kerana Allah maha mendengar, melihat dan memahami. Walau apa pun bahasa yang kita guna, walau apa pun situasi kita, walau apa pun rupa kita, kita tetap disambut oleh Allah sama rata. Berbeza dengan manusia, mereka sangat selective malah terkadang lagi tinggi ilmu dan pangkat, lagi terhad ruang waktu dan peluang untuk menemui mereka. Seawal melihat wajah kita mereka sudah judge kita macam macam seakan merekalah tuhan yang lebih berkuasa. Ada jalan yang menguntungan lebih mudah, tapi sifat manusia suka menafikannya, suka menyusahkan diri sendiri malah suka menzalimi diri sendiri tanpa disedari. Bina hubungan dengan Allah, insya Allah Allah akan bina hubungan yang lain lain bila ketenagan itu menjadi lubuk kebahgiaan. 

Alhamdulilah, aku sudah bertemu pintu besar kebahagiaan sebenar cuma perlukan sedikit usaha untuk membuka pintu pintu kecil ketenangan yang banyak dan pelbagai. Aku akan terus meneroka dan berkongsi khas buat tatapan anak anak dan generasi akan datang. Pengalaman adalah guru yang tidak perlu dicari, ianya akan lebih mantap bila ditemani ilmu ilmu dunia dan akhirat. Titipkan pengajaran satu persatu kemas dihati, Allah sedang memerhati penuh teliti hinggakan sura hati kita difahaminya. Usah takut untuk mencari diri sendiri, disebalik itu tersisip redha ilahi untung direnungi dan dikejari.

Ya Allah jika bahagia dan tenang ini sedang segar tumbuh dihati, suburkan ia dengan kuasamu, rimbunlah ia sebagaimana rimbunnya kasih sayangmu, redhalah ia menjadi milik aku, sempurnakanlah ia melalui perlaksanaan tanggung jawabku sebagai hambamu. Amin ya rabbal alamin.






Monday, April 23, 2012

Hadiah hadiah BESAR dari Allah


Hari ini 24 April sudah 3 hari berlalu ulang tahun ke 41 yang saban tahun aku, kwn kwn dan keluarga raikan. hari ke 3 ini barulah berkesempatan membaca semua mesej mesej diFB dari kwn kwn, email email dan sms yang bertalu talu diterima sempena 21 April 2012. Ulang tahun rasmi aku melangkah ke usia 41. Pengalaman 3 hari ini sangat membuat aku TERUJA.

Melepasi terlebih dahulu kesibukan dan dateline kerja hakiki dan kerja suka suka, aku siapkan terlebih dahulu report financial utk claim kembali wang yang telah aku dahulukan buat programme pelajar, dan terus fokus pada perbincangan online dengan Li malah sempat call sekejap ke korea untuk lebih berpuas hati. hari ini sebelum balik perlu berkejar ke money changer utk tukarkan wang dan pass pada mdm Rose and the group awal pagi esok. group ke 2 lady Trip ke korea akan berlepas 26 April. barulah fokus seketika menjawab mesej kwn kwn yang memenuhi wall dan inbox diFB. sambil menjawab, aku terasa amat TERHARU banyaknya doa doa yang menghujani aku Allah kirimkan melalui kawan kawan ini. Alhamdulilah. Mereka terdiri dari kawan baru dan lama. Aku sama sekali tidak berkecil hati ada kwn kwn yang tidak wish bday diFb atau fon, aku tidak anggap wish the bday itu satu keutamaan, kalau terlihat dan terfikir untuk buat just buat. Mereka tidak mengirim berita dan ucapan bukan bermakna mereka tidak favour kita, semua manusia ada kesibukan tersendiri. Entertain mereka yang hantar ini sudah cukup buat aku tercunggap menyiapkannya.

Terimbau kenangan dipagi 21 April. Seawal 6 pagi anak sulungku menelefon happy bday mama. lembut suaranya dihujung telinga. Terharu aku bila seawal dia ingin mengadap tuhan untuk bersolat subuh disurau, dia teringatkan aku dan hari penting aku. Malah dia bertanya apa yang aku mahu darinya...sebagai Ibu tiada sebaik harapan untuk anaknya.."mama hanya mahu kakak menjadi anak yang solehah, kuat berpegang dengan agama dan mampu memiliki skill tertentu untuk membimbing dan berbakti pada orang orang disekeliling kakak". Itulah pintaku pada wahida anak sulungku memecah heningnya pagi dikem lembah Azwin yang dingin tempat aku out station untuk 2 hari. Pagi itu aku bersolat sunat subuh dan sempat mengalunkan Al Waqiah. berjemaah dengan kwn kwn dan aku mengambil kesempatan memeluk semua mereka erat selepas jemaah. Aku begitu menghargai SILATURAHIM kerana aku percaya ada nikmat besar disebalik apa yang Allah suruh. Silaturahim itu SURUHAN Tuhan. Dunia senaman pagi semakin sebati dengan jiwa aku sejak mencecah 40an, Awal aku tiba dipadang dan mengambil tempat paling depan. Kami mengambil masa 20 minit untuk warm up sebelum aktiviti WATER CONFIDENT. Di akhir acara, coach memanggil aku dan ustaz sharif keatas stage senaman, diajar cara mengurut belakang dan semua peserta dipanggil untuk mara dekat dengan stage. Bila habis cara cara diajar, tiba tiba coach mengumumkan bday aku dan meminta ustaz dan kwn kwn menadah tangan untuk membaca doa buat aku..Ya Allah aku hampir mengeluarkan air mata, susah payah aku menahan sebak yang hadir ketika itu, ada lebih 50 org sedang berdoa untuk aku, ya Allah kaulah tuhan yang menyusun semua ini, kalau selama ini aku menangis seorang diri menahan sakit diri dikhianti, hari itu kau perlihatkan pada aku sabar aku terjawab, ada lebih 70 orang kwn kwn memberikan aku doa dipagi indah yang menjadi kenangan seumur hidup aku. Alhamdulilah apalah sangat dengan sakit dari seorang dua yang kita alami. Indahnya hidup ini bile dahulukan hak Allah dan tanggung jawab dalam banyak perkara. Aku menerima ucapan, salam dan pelukan bertalu talu membuatkan aku terasa amat TERHARU. sekembali dari programme, aku mebawa semua keluarga makan malam IKAN BAKAR diTanjung Lumpur Kuantan.

Semenjak Jumaat sehari sebelum bday, aku sudah tidak berpeluang langsung untuk online. mengejar stock dengan kwn..mengejar drop order dipejabat pos dan mengejar discussion group 1 Lady tip untuk bertindak pada group 2. hingga aku hanya sempat luch sandwich diperjalanan ke Lembah Azwin. Alhamdulilah terasa hidup kembali sihat dan bugar dengan izin Allah. Aku lebih teruja, dilembah Azwinlah, seorg demi seorang approach aku untuk sertai Lady Trip. Untuk  Nov, aku sudah mengumpul 15 nama termasuk adik Linda dan kak Umai, Alhamdulilah. Aku juga akan duduk berbincang dengan zila, untuk buat jadual aktiviti ladies sepejabat, kami akan adakan aerobik, kelas renang,  jogging dan Bowling. Suka suka suka sangat. More group aku join, more customer utk lady trip dan iope, even waiting list utk join group ke India dan Europe tahun depan pun dah boleh listkan. Friday petang mesti jumpa kak Ima dan Before Friday kena duduk balik dengan Zila. ya Allah aku bertambah berjaya dan bersayap dengan izin dan redhamu. pagi ini seawal pukul 8 pagi sudah ada sms dan call masuk untuk order Iope. Alhamdulilah.

2 hari di Teratak kasih Bonda adalah peluang terbaik untuk aku berehat sambil melayan kerenah Mia. Aku sudah telefon Maria untuk letakkan status Order hanya diproceed pada selasa. Aku betul2 memilih rest dan stay at home 2 hari, ahad dan isnin, apalagi kali ini hubby juga bercuti. Petang ahad, bak abwa balik ummi tanpa dirancang, sulit juga bagi aku menatap wajah ummi dan kawal diri dalam kadar keluar dari comfort zone. Berdepan dengan orang yang kita sayang menyerang kita bertubi tubi melalui telefon tanpa usul periksa pada kesahihan apa yang didengar. Apa yang berlaku cukup membuat hati aku TERLUKA tapi perlu MEMAAFKAN, senyap bukan bererti BERSALAH, tapi sayangkan Silaturrahim, akal kata berhati hati untuk memahami hakikat MEREKA supaya tidak terus TERLUKA. Pertama kali dalam hidup, aku bersahaja dengan kadar keluar dari comfort zone, aku perlu cari siapa aku dan siapa mereka. usah bercerita sepenuh kasih sayang dan sepenuh hati kalau dia bercampur gaul dan goyang dengan kita bila dicucuk oleh org org yang tidak senang dengan kita. sayang tidak semestinya kena SELALU BERSAMA. sayang juga tidak bermakna perlu SEIYA SEKATA. Aku merenung, seminggu lamanya aku terigau igau wajah ummi dalam mimpi, Allah hantar ummi sehari lepas bday, aku gembira dapat mengucup tangan dan pipinya walau dalam sukar mengawal diri, banyak yang tidak perlu dibincangkan lagi sebab perbincangan akan LAGI MELUKAKAN HATI. kali ke 2 aku mengucup ummi dan memeluknya dengan rasa aku sangat sayangkan dia setaraf dengan sayangnya aku pada mak, cuma beza dengan mak aku tiada ancaman, dia dia gelagatku diperhatikan dan akan diperkatakan mengikut nilaian mereka, sejurus sebelum aku beredar dari rumah mak untuk kembali ke KL. Sayu hatiku bagai tersembur semua air mata ini bila mendengar sura lemah ummi memohon maaf pada aku..Ya Allah bukan usaha aku dan bukan juga usaha ummi untuk kami bertemu tapi inilah rancangan manis yang kau anugerahkan buat aku, kau jawab doa aku, kau pertemukan hati kamis semula. Dia tidak pernah bersalah dengan aku, dia mangsa 2 keadaan dan situasi sikap sikap mereka yang tidak bertanggung jawab dan TIDAK CELIK MATA HATINYA. Aku akan terus mengucup tangannya yang pernah menyuap nasi kemulut aku, tangan yang pernah dan sering memberikan aku semangat untuk berjaya, tangan yang membuatkan tidur aku lena dikala aku resah waktu kecil dulu. Walau dia hanya ibu saudaraku, dimata, hati, minda dan hakikatnya dia setaraf ibu sendiri. Kasihnya melimpah ruah buataku selama ini menjadikan aku KAYA dengan KASIH SAYANG buat orang lain. Inilah anatar hadiah terhebat Allah bagi buat aku, selain doa kawan kawan, peluk cium hubby dan anak anak. ya Allah bagai TERPADAM segala luka yang pernah ada dihati ini. Ajaibnya aturanmu tuhan.

Sempena Hari jadi ke 41 ini juga, pagi ini aku dan hubby merancang untuk ke Cameron Highland bercuti berdua...mungkin ini juga hadiah TERHEBAT dari Allah selepas hadiah hdiah HEBAT yang lain. 3 hari untuk aku siapkan tempahan hotel, kemas rumah, urus client, urus bisness, kerja, client dan paper work dipejabat dan GREAT LUNCH dengan sepupuku Ja. ya rabbi Ya rasul...Alhamdulilah atas sempurnanya agama dan hidayah milik Allah. Pilihlah aku untuk terus menerimanya sampai mata ini TERPEJAM. Aminnnn.




Wednesday, April 18, 2012

Kerja SENANG yang membawa TENANG

Alhamdulilah, syukur kupanjatkan pada Allah atas nafas yang masih bersisa ini, peluang yang masih ada ini, nikmat yang semakin bertambah ini, ketenagan dan kebahgiaan yang semakin dapat dikesan dari sehari ke
sehari. Inilah dunia kecil ku, dunia seorang wanita, isteri, ibu, pekerja, anak dan baru berjinak menjadi ahli perniagaan. Dunia yang saban hari menjadi semakin besar untuk aku terokai dengan izin Allah, semakin banyak hasil terokaannya, semakin banyak juga kesyukuranku pada Allah kerana memilih aku untuk melalui semua ini. Ya Tuhanku janji mu telalu MANIS sifatnya. Pagi yang MUDAH kerana sudah dipermudahkan oleh Allah atas doa doa sebelum tidur, cepat betul Allah menjawab permintaan aku hambanya yang masih banyak kekurangan ini. Walau jalan Jem, minda dan akal dibuka Allah untuk mencari alternative, perjalanan kepejabat hanya 25 minit, sedang jalan sesak. Hari ke 2 aku membudayakan zikir asma ul husna, selepas semalam aku memulakannya setelah mendapatkan buku zikir itu lewat perpisahahan dengan kak fairuz semalam. Bermula dengan lafaz Allah, 66 kali pada waktu Zohor dan Asar, aku zikirkan Ya Jabbar dalam satu pertiga perjalanan, dan seterusnya AlQuddus, Al jabbar memerlukan sebanyak 262 dan Al Quddus memerlukan sebanyak seribu. Kerja senang dan hati menjadi terlalu TENANG. Seumur hidup aku, inilah baru pertama kali aku berusaha mencari dan memahami dan merancang untuk amalkannya. Walau selama ini biasa mendengar tapi hati ini belum terpanggil untuk menikmatinya. Allah hu Akbar. Pagi yang mudah dan dipermudahkan Allah ini juga sedikit terganggu bacaan zikirnya kerana rezeki Allah jatuh keriba. Bertalu talu panggilan telefon dan sms dari customer untuk order order IOPE dan Mella Clear Advance. Masya Allah besarnya keagunganmu. Badan sihat, hati tenang dan rezeki masuk, berkatnya ya hayyu ya qayyum yang dizikirkan semalam hingga mata ini terus terlelap. Aku mengambil langkah CERIA setiba dipejabat, mencari kak Noni, semalam bunyinya ada sesuatu yang tersirat dihatinya. Sambil memesan jus apple dan mee hoon goring berkadar, aku mengambil tempat duduk berdepan dengan kak Noni dan beberapa kawan lain. Sesekali freshkan silaturahim reasa begitu bermakna sekali. Aku berikan kak Noni 1 jam mengikutnya kebilik untuk sessi luahan hatinya. Frankly speaking..apa pun org kata pasal kakak sorg ni, aku tidak boleh lupakan persahabatan dia…air tangannya begitu mengikat hati aku. Yang lain bagiku tidak penting, asalkan aku pandai bawa diri dan andainya berlaku sesuatu kelukaan dihatinya,dan dihatiku, aku anggap itu satu dugaan. Menyambung tugas seharian yang sudah dirancang lebih awal sepenuh hati, ada 2 pelajar yang mengisi temujanji pukul 10 sampai pukul 12. Aku dikejutkan dengan sms wang masuk ke account. Li sudah membuat bayaran share Lady trip wahal kawan kawan rombongan baru jejak kaki ke Malaysia. Telus betul Li ni, hati aku berbisik. Allah memberikan aku seorang kwn yang kdg kdg lebih telus dari darah daging sendiri. Selesai tugas aku menghubunginya melalui FB, kami berbagi untung 50 50. Aku tak kisah sangat, aku tahu dia penat. Katanya biarlah, kak za pun penat mencari kawan. Lantas aku teringat seorang kawan yang aku anggap kakak tidak boleh diketepikan dalam hal ini. Kak umai orang yang bertanggung jawab membuka mulut pada kwn kwn para pensyarah . Aku rasa aku kena berterima kasih atas sumbangannya, lantas aku menghubunginya dan sekaligus menghentikan rajuknya. Seorang kakak yang suka merajuk hehe. Kami berjanji untuk bertemu dan acara makan makan berdua bersama. Lepas aku belanja dia baru hati aku tenang, dan aku juga akan belanja hubbyku untuk ambik berkat dan bagi sedikit duit ini pada mak dan bak. Biar semua orang merasa. Lady trip padaku ada potensi besar, tak perlu modal tapi kena kembangkan network dan aku ada byk Co partner. Alhamdulilah otak geliga tiba tiba ini adalah anugerah Allah buat aku, dan Lady trip ini menjadi satu lagi pintu rezeki. Ada 4 perbincangan demi mengembangkan idea ini, sekali lagi china dgn Li dan kawan di Beijing, pak wan utk Indonesia, maia untuk Europe dan kaki ma untuk India. Aku tak tahu bagaimana perjalanannya nanti, namun kekuatan kepercayaan aku pada bantuan dari Allah adalah satu senjata yang sangat besar. Bila mohon dan Allah izinkan, semuanya menajdi mudah. Amin. Hari ini perancangan aku kemasjid. Kali ini seorang diri sebab hubby ada latihan muzik setiap hari rabu. Harapnya ada kuliyah agama yang hebat malam ini sebagai pengisian hati. Semalam aku dan hubby hanya berjemaah dirumah itu pun hanya waktu Isyak, hubby lewat tiba disebabkan jalan jem teruk bila hujan lebat. Namun air mata aku menitik setiap kali aku kucup tangannya selesai doa dan munajat pada Allah. Air mata itu datang bersama jiwa yang aku suarakan padanya..AMPUNKAN SAYA ABANG. Selesai solat, kami keluar makan malam bersama, aku teringin hubby mengecapi keenakan ikan bakar yang aku nikmati dengan adik Linda. Semasa berjalan menuju ke restaurant, hubby menarik tangan dan pinggang aku agak aku terselamat dari laluan kereta, insiden itu meyentuh hatiku. Masih ada bunga bunga cinta yang mekar Allah titipkan buat kami. Bila kami berikan hak Allah dalam hubungan ini, Allah akan kembalikan bunga bunga itu. Untuk aku, walau aku seorang isteri, walau tugas suami sebagai ketua, biarlah aku mendahului segalanya, kalau aku boleh berusaha mengembirakan hati sendiri dengan usaha usaha yang tidak sedikit dlm perlbagai bentuk, mengapa aku perlu berkira untuk berusaha kerana Allah. Ya Allah aku ingin mengambil peluang ini kerana aku yakin AKU YANG DIPILIH OLEHMU. Tiada lain yang terisi dihati ini hanya REDHA ALLAH semata, Alhamdulilah selepas aku melalui semua ini rupanya ada moment yang lebih indah menanti. Aku akan terus berseru hati ini, berseru pada insan insan yang hampir untuk terus berusaha memberikan HAK ALLAH. Ya tuhan, panjangkan umurku, sempurnakan hasrat dan cita citaku selama ianya mendokong keesaanmu. Amin ya rabbal Alamin.

Tuesday, April 17, 2012

RAHSIA PERANCANGAN ALLAH

Hari ini badan terasa lagi ringan Alhamdulilah, seawall pagi terima panggilan telefon dari mak menanya khabar kesiahatan aku, saya OK mak aku jawab spontan…harap mak lebih OK. Dalam hati sebenarnya tidak sabar untuk mengambil semula anak anak untuk tinggal bersama, mereka adalah penawar dalam apa jua keadaan. Tahun depan harraz mesti sekolah disini semula banyak pelajarannya perlu dipantau, abang akan ke asrama dan kakak akan ke asrama baru yang lebih dekat supaya senang ayah hantar dan jemput. Alhamdulilah kakak sudah banyak boleh urus diri sendiri, malah kerja kerja rumah sudah boleh diharap. Hubungan kami macam kawan baik, tiada rahsia diantara kami anak beranak. Entah mengapa hari ini hati tercari cari kak Fairuz, mungkin dia belum balik dari Phuket, bila aku cuba dailkan no telefonnya menjerit dia. Za, akak baru terfikirkan za, ingat nak ajak makan, kebetulan aku sangat lapar sebab hanya minum susu dan sepotong kuih tepat 8.30 pagi tadi, kami terus decide untuk makan tengah hari lebih awal bersama. Yang lagi seronok kami diikuti Kak wahida. Sambil makan banyak yang kami kongsi, kisah yang berkisar disekeliling, untung bila ada kak wahida yang ada penaglaman kerja dipejabat agama. Untuk kes kes tertentu banyak dia bagi advice. Begitulah hidup, kalau tidak berfikir panjang mungkin tersalah langkah, kita melangkah pada tapak yang bakal membebankan kita. Kami sama sama merenung pada kes kes yang kami dapat, dalam banyak hal perempuan dan anak ajdi mangsa, dan ramai perempuan ini NO SELF ESTEEM sebenarnya sebab itu mereka terlalu suka bergantung dan takut berdiri sendiri dan melompatlah dari satu dahan ke satu dahan. Pesan kak wahida, kita perlu menjadi pandai, perasaan bukan segalanya, minda kita harus tangkas kalau tidak selamanya kita menjadi mangsa keadaan. Banyak action yang dicadangkan Kak wahida yang bakal difollow up nanti. Sambil berkawan, kita membantu orang dan jauh sekali untuk bercerita seperti warung kopi disebalik perkongsian kawan ada ruang dan peluang untuk menolong dan ditolong. Kak fairuz macam biasa pasti berat melepaskan aku pergi selepas lunch, seperti biasa bila masuk kebiliknya kami akan ketawa puas puas, bukan ketawa pasal org lain tapi ketawa pasal kami sendiri, aku dan kak fairuz tak ada rahsia. Dia ketawa berdekah dekah pasal cerita baju HARD ROCK CAFÉ JAKARTA. Kami berpisah dengan janji untuk mengintai waktu akan ke manicure dan pedicure bersama lagi. Dia berjanji untuk menemukan aku dengan anak sulungnya fauzan dan belanja aku makan, “alah kak soal belanja tak kisah, tapi akak membawa saya masuk dalam keluarga akak dan temukans aya dengan semua ahli keluarga sudah cukup buat saya faham akak sangat menyayangi saya”. Kami sebenarnay juga merancang untuk berkumpul diteratak kasih bonda suatu hari nanti. Kak fairuz sangat teringin untuk menemui mokku, ratu hatiku dan begitu juga ibunya yang aku panggil mama. Berpisah dengan org org yang kita sayang sering membawa janji untuk bertemu lagi…Ya Allah kau temukan aku lagi dengan Kak fairuz, kau bahagiakan kami dunia dan akhirat. Waktu yang banyak free hari ini memberikan aku sedikit masa untuk berlama di FB. Aku teringat untuk bertegur dengan Sah, seorang kwn masa sekolah dulu. Matang cara percakapan sah, dia segan dengan aku dulu, maklumlah aku antara top student masa kat sekolah. Sempat Sah berkata pada aku, “Za awak ni baguslah masih mcm dulu walaupun kita tak baik sangat dulu sebab awak tu ulat buku.” Sama je Sah, tak ada apa yang merubah kita, apa lagi kalau kita berubah pada kebaikan, kita akan bertemu lagi satu point kehidupan sebagai sama sama hamba Allah yang mencari Redhanya. Siapa pun saya, siapa pun sah sekarang, kita tak boleh lari dari dugaan. Lama juga bersembang dengan sah, dia kini berada ditanah Arab menemani suaminya bertugas. Sedari dulu aku tahu Sah ni budak baik bukan kaki merayau kat Supermarket atau Stesyen Bas. Aku sempat dropkan Sah no telefonku,” kalau anak masuk UIA, carilah Za” pesan terakhirku pada Sah. Dimasa yang sama aku menjawab teguran kawan baru yang mengadu pada aku. Lin namanya. Mendengar cerita Lin sarat dengan tekanan, tapi dia seorang yang positif. Aku janji untuk jumpa Lin satu hari nanti. Dia antara orang yang berusaha keras mencipta perubahan pada diri. No wonder dia add aku. “Lama dah saya cuba nak tegur kak za tapi takut kak za tak jwb” katanya. Aku pasti jawab kalau aku free atau aku jawab agak lewat kerana mendahulukan kerja kerja didepan mata terlebih dahulu. Spontan aku tegur postingnya “Macam berat je bunyi posting tu Lin”. “Ya kak saya tengah sedih”, jawab Lin spontan. Aku berikan Lin sedikit masa, sekurang kurangnya berikan dia sedikit kelegaan dengan tekanan yang dihadapinya walau aku kurang faham hujung pangkal cerita. Ternyata dia sangat tertekan. Cukup aku memberikannya sedikit bantuan kemanusiaan dengan skill yang aku ada. Begitulah hidup, tiada yang terlepas dari Ujian dan Dugaan, cantik ke bodoh ke, hodoh ke, cerdik ke, kaya ke, miskin ke, tiada yang terlepas. Hanya sesiapa yang menjadikan dugaan dan ujian itu sebagai tangga keimanan akan berusaha merubah diri kearah lebih mendekatkan diri pada tuhan, jadilah dugaan itu momentum perubahan. Semua bergantung pada kita, ilmu dan akal kita, tidak kemana kalau kita hanya ingin menangis, kita kehilangan manusia manusia disisi tapi kita ad ruang untuk lebih mengingati Allah. Banyak aku berpesan pada Lin. Kita hanya bagi apa yang termampu. Aku bukan yang terbaik tapi kecintaan ku pada kawan baru dan lama sama saja, kecintaan ku pada dunia menolong dan dunia berkongsi terlalu tinggi. Aku suka mengajak mereka menacri pertolongan dengan Allah. Tak banyak yang mampu manusia lakukan, Allah penentu kerana dia yang mengetahui segala yang nyata dan tersembunyi. Dunia perkongsian menjadikan aku rapat dengan kawn kawan. Rahsia mereka kemas dalam simpananku yang kdg kdg menjadi renungan dan pengajaran buat diriku. Mendengar keluh resah mereka, memahami kemelut situasi mereka menjadikan aku merasa masalah aku KECIK saja. Aku langsung tidak berada disituasi yang payah dan rumit seperti mereka. Mengingati itu menjadikan aku sangat bersyukur dengan nikmat yang sedang Allah tabor padaku, dan berazam dari masa kesemasa untuk menjaga nikmat nikmat itu agak tidak sampai aku KUFUR NIKMAT dan menjadikan Allah menariknya semula. Ya Allah seringkali kau datangkan insan insan begini sambil kau membuka mata hatiku, aku tidak pernah sendiri, aku tidak pernah dizalimi oleh mu dan aku sebenarnya sangat BERUNTUNG dilahirkan Islam, masih ada IBU BAPA, ceria dengan ADIK BERADIK dan SAUDARA MARA, diring dalam hidupku kasih sayang KAWAN KAWAN dan peluang peluang besar melalui PERSAHABATAN. Maha kaya engkau tuhan yang bijak mengatur, lemahnya aku makhluk istimewamu yang masih banyak perlu belajar ini memahami dan terus mencari RAHSIA PERANCANGAN yang sudah engkau lakarkan INDAH di LUH MAHFUZ sana. Aku ingin terus SUJUD dan SYUKUR membesarkan KEAGUNGANMu Ya Rabb.

Sunday, April 15, 2012

KERANAMU YA ALLAH

Alhamdulilah pagi Isnin yang Indah ini badan sudah kembali SEGAR dan SIHAT berbanding 3 hari yang lepas. Aku bertahan untuk tidak ke Klinik sekadar meminum jus kurma, banyakkan air suam dan mengambil parcetamol dan piriton hanya sebelum tidur. 2 hari dalam keadaan tak tentu arah kearna gagahkan diri untuk happykan Nana anak perempuan tunggalku, itu pun banyak perancangan tidak dapat diteruskan dan banyak juga perancanagan mingguan tidak terbuat. Dikala begini emosi aku sangat RAPUH lebih lagi bila berdepan dengan hubbyku.lantas terkeluarlah posting spontan ini di FB "Ahhh masih banyak dikelilingi orang orang langsung tidak berempati....kosentrasi mereka hanya pada diri mereka sahaja, malah merasa bangga dan hebat dengan nilai sebegitu :(". Posting itu juga aku tujukan pada orang orang lain disekeliling aku yang kerjanya mendesak saja macam budak kecik. Sungguh sungguh aku RIMAS dengan orang tua tapi perangai dan emosi sangat keanak anakan ini tapi takdir buat aku makin aku tak suka makin banyaklah yang datang menjelma. How aku handle?. Aku biar saja, lagi dilayann lagi menjadi jadi, orang orang mcm ni sensitive tak bertempat, bercerita sangat pun tak boleh. Orang orang mcm ni aku anggap easy come, easy go je dalam hidup aku, susah kalau rapat sangat dengan mereka sebab mereka sensitive dan sgt mudah terasa dan aku tidak betah untuk bercerita semua tindak tanduk aku pada orang, bukan mereka yang menjaga pintu syurga aku dan aku tidak perlukan kelulusan mereka didunia pun. kalau kita tak sihat, busy , stress jadi bertambah tambah dengan orang orang mcm ni. Lebih baik aku diamkan diri buat kerja yang aku rasa happy sendiri. Pagi ini aku breakfast seorg diri, kemudian datanglah Yati kawan sepejabat yang pernah ke Bandung bersama. kalau dengan rakan sepasukan travel apa lagi topiknya travel lah. Aku pesan pada yati tgok tgoklah pakej murah, kita pergi bersama. Dia nampak happy bila aku pesan begitu, may be dia ingat how aku tolong dia masa diBandung, bila kita mengembara dengan kawan, kita akan lebih mengenali kawan kawan kita. dalam sibuk menyiapkan kerja, aku terbayang bayang wajah Ja sepupuku, aku rindu kat dia ke ni?..bisik aku pada diri sendiri, lantas aku capai fon dan dailkan no telefonnya. suara ja menjerit halus bila mendengar suara aku, sambil minta maaf ..kenapa pulak nak minta maaf Ja..Allah berkan angah gerak hati rupanya Ja tengah terfikir fikri nak jumpa angah. So kami berjanji untuk lunch date khamis ini dengan izin Allah dan diharap sepenuh hati Allah izinkan. Aku gembira mendengar berita Ja sudah menyiapkan PHDnya..kini dia bergelar Dr Suaniza dan aku juga gembira dia akan menambah lagi bilangan ahli keluarga. Semoga semuanya berjalan dengan baik dibawah rahmat dan lindungan Allah Ja. Angah tahu hati Ja..Ja lah salah seorang manusia yang angah tidak sia sia memberiakn hati dan kasih sayang tulus ikhlas apa lagi kita bersaudara.Dengan tenaga yang ada hari ini walau belum pulih sepenuhnya, aku berhajat petang ini untuk beroprasi mengemas diruang tamu. kami hanya akan dinner berdua, hubby pasti penat semalam terpaksa tidur dipejabat kerana waktu shifnya sangat rapat. Biarlah dia berihat malam ini lepas dinner, aku belum bersolat untuk aktiviti kemasjid tapi aku tetap mebaca mathurat terjemahan dan Quran terjemahan bila berkesempatan. hajat dihati yang pasti telah ditulia malaiakat, aku ingin baca mathurat menjelang maghrib dan Almulk sebelum tidur. Insya Allah. Ada 3 list utama yang perlu dibuat sebelum menjelang pukul 1 tengah hari, postage Iope, bank in duit mak dan bayar maxis. Aku perlu keluar dari pejabat sekejap lagi untuk settle semua perkara itu dengan izin boss. Semalam bersama adik Linda dan Fatin kami mengunjungi Charity sale Datuk Farida. Satu idea yang sangat bagus oleh tokoh conglomerat mcm dia mengeluarkan isi almarinya yang tidak diperluakn lagi untuk dijual dan semua wang perolehan disalurkan seratus peratus kerumah kebajikan. Aku tinjau beg beg, kasut kasut dan baju baju datuk dan anaknya, ahhhh orang macam aku masih tidak layak membelinya, agaknya siapalah yang beli. Aku hanya rembat sehelai blouse grey Christine Dior dengan harga RM50. Memang muat dengan aku, diam diam badan aku sudah sebesar datuk rupanya hehe. yang lain lain juga aku berkenaan tapi Ratusan Ringgit, kalau nak keluarkan duit sebanyak itu, lebih baik yang baru. Agaknya mereka ni baju bajunya Riban riban, beg begnya belasan riban. Frankly speaking aku terasa bagaimana hidup org org kaya ini terlalu hampir dengan membazir, terlalu jauh dengan nilai empati dan simpati dengan nasib mereka mereka yang malang.Itulah dugaan menjadi kaya. Aku sekadar meyokong supaya lebih ramai org org kaya turun padang satu hari nanti. Memerhati gelagat mereka, tak ubah hidup macam mat salleh. bersalam dengan gesel gesel pipi lelaki dan perempuan, cara berpakaian, cara bergaul, ini depan kita, kalau sesama mereka diclub club sosial tak tahulah. Alhamdulilah syukur pada Allah aku tidak berada dlm corak kehidupan sebegitu. Tidak perlu telalu kaya sampai asing dengan orang lain yang sederhana dan ada tembuk yang tinggi dengan org org miskin dan tak perlu menjadi terlalu miskin hingga terpaksa mengharapkan bantuan orang lain untuk hidup. Itulah matlamat hidup didunia ini buat aku. Namun sebagai islam yang banyak tanggung jawab, aku terus berusaha meraih rezeki Allah kerana aku tidak boleh hanya fikirkan kecukupan aku, aku ada mak bapak, adik adik, anak anak saudara dan insan insan yang malang dikeliling aku. Aku sangat yakin rezeki yang didatangkan pada aku sebhgnya untuk mereka. Dikala begini aku perlu hayati dan syukuri, ada baiknya bersunyi dari bercakap yang bukan bukan, adai baiknya mendiamkan diri berfikir tentang diri, hati, bakti dan mati dari bercerita pasal kehebatan yang tidak seberapa sekadar memenangi hati seseorang untuk terus disamping kita, ada baiknya sepi tidak berteman dari berteman kawan kawan yang tidak ikhlas dan cepat menghukum pada perkara yang kita tidak mampu ceritakan semua dan tidak bersifat untuk belajar dari masa kesemasa. Ada baiknya menggunakan masa masa terluang untuk berdoa dan terus berdoa, berdoa pada yang baru seketika telepas waktunya agak diampunkan dosa dosa yang disertakan bersama, berdoa pada perkara bakal berlaku agak lebih kemas tujuan satu satu perkara kerana Allah dan sekaligus berada penuh dibawah peliharaaan Allah. Kita kata kita lakukan semuanya kerana Allah tapi apa buktinya kalau sebenarnya bukan semua perkara kita sandarkan pada Allah, bukan kita mencari masa walau sejenak untuk merenung apa yang kita hendak lakukan dan memohon agak Allah jayakan, peliharakan dan izinkan. Alhamdulilah, hari ini doa doaku dimakbul Allah, sebelum tidur semalam aku pinta dengan Allah, peliharalah ibu bapaku, anak anakku, suamiku, adik beradiku, saudara maraku jauh dan dekat, sahabat sahabatku walau apa pun mereka kata dan perbuat padaku, dan pintaku pada Allah, gagahkan aku untuk bangun esok hari, sempurnakan kerja kerjaku, teguhkan hati untuk berdepan dengan boss, sihatkan aku, banyakkan ideaku , banyakkan masa buatku. Aminnn hari ini terasa agak berbeza dari hari hari lain, terasa adanya Allah yang membantu, bermula dari segarnya bangun, hingga saat ini segarnya minda dalam mengeluarkan idea idea dam fikiran. Sesungguhnya hidup dan matiku hanya KERANA MU YA ALLAH.

Thursday, April 12, 2012

My 41 turning point.

12 April 2012 bersempena genaplah 41 tahun umur pinjaman Allah ini. Alhamdulilah atas tempoh ini, aku syukuri atas kurnian besar dari Allah tapi detik ini biarlah aku abdikan sejarah hari ini khas untuk mengenang bagaimana aku sudah gunakan 41 tahun tempoh umur yang berupa amanah besar dari Allah swt buat diriku. 12 April 1971 aku dilahirkan di Kg Buloh Kuala Berang oleh sepasang suami isteri yang miskin dan serba kekurangan. Hidup dikelilingi saudara mara jauh dan dekat, tidak pernah terhenti sifat ambilberat dan penyayang dari mereka. mak hanya mempunyai satu satunya kakak iaitu yang aku panggil ummi dan dia ku anggap seperti ibu sendiri. Sejarah dunia kanak kanakku yang agak terpinggir sebagai anak no 2, kerana dimata mak ketika itu ialah adik dan dimata bak ialah kakak. Ditambah dengan sikap diam dan menerima seadanya apa yang diberikan orang namun didalam hati ada dendam yang dibawa hingga hari ini, aku ingin menjadi seorang yang lebih baik dari yang diatas dan dibawah aku, supaya satu hari semua orang tahu siapa aku. Tekanan ini sudah menjadi titik tolak kekuatan dalaman buat insan seperti aku untuk meneruskan hidup yang lebih berjaya. Seawal disekolah reandah, impian untuk kemenara gading menjadi paksi, kesusahan keluarga menjadi dorongan, dendam kerana sering diketepikan menjadi istiqamah. Aku bangga dengan langkah bijak bak menghantar aku kesekolah agama yang banyak membuka mata hatiku sebagai seorang manusia yang bertuhan. Selepas keputusan terbaik ini, sekali lagi bak mencipta keputusan terbaik buat aku untuk meneruskan pengajian di UIA. Hingga hari ini, bila melihat bapa pelajar memikul beg, memori 30 tahun yang lalu terimbau, begitulah bak memikul beg menghantar aku ke Univeristi sambil berpesan ...kita org miskin, belajar pandai pandai. Aku hanya seorang anak kampung yang dungu, tapi bak telah meniup banyak semangat berkobar kobar untuk berjaya, tambah lagi simpati aku pada keluarga terlalu tinggi. Sepanjang hidup bergelar pelajar, takdir Allah pada perjalanan itu terlalu manis buat aku. Aku bertemu dengan banyak orang yang sangat menghiburkan dan mendokong setia kawan. Hingga kini kami terus bersahabat. Prinsip bak terlalu banyak mengekori aku, buat orang gembira dengan kita, dan tolonglah orang tanpa mengharap balasan. Inilah rahsia menjadikan aku ramai kawan hingga kini. Aku tidak reti untuk berpuak puak, aku tidak betah untuk hipokrit sana sini. Aku pernah berjanji pada keluargaku, aku akan membalas susah payah mereka, aku perlu memberikan mereka kegembiraan dan kesenangan sekaligus mengubah keadaan mereka. Bila berkahwin, aku memilih lelaki yang sangat dipersetujui oleh bak, kerana suara bak dan mak sangat penting dalam hidup aku. Semakin besar hasratku untuk menyumabng pada keluarga, semkain besar jugalah kepergantungan yang Allah berikan pada kau terhadap mereka. Aku menumpang kegembiraan dan keceriaan keluarga. Aku kira aku mampu menjadi provider buat mereka, takdir Allah menjadikan aku dan mereka saling berkeperluan satu sama lain. Alangkah bertuahnya aku masih memiliki mereka disisi. Budi dan hati kedua ibu bapaku turut menjadi tempat untuk ku mencari damai dan mengubat luka dihati. Inilah suratan namanya. Disisi mereka adalah tempat paling bahagia buat aku dan anak anak. Diduga oleh Allah dengan kemelut rumah tangga menajdikan insan biasa seperti aku ini hilang keyakinan untuk terus membina anak tangga kehidupan bersama seperti orang lain. Atsa rasa tidak yakin inilah, membuatkan aku terfikir untuk mebina teratak kasih bonda buat mereka, kalau aku hilang sedikit kasih suami dengan dugaan ini, biarlah aku membuka ruang kasih yang lebih besar buat semua mudah mudahan bila Allah menyukai hati yang pengasih, luka dihati ini bisa terubat akhirnya, kepercayaan dan keintiman itu terbina semula dengan keajaiban dari Allah. Disinilah aku abadikan kasih buat mereka semua adik beradikku, anak anak dan anak anak saudaraku serta suamiku walaupun satu ketika nanti mungkin bak dan mak sudah tiada. orang tidak merasai apa yang aku alami, orang tidak duduk disituasi aku, orang tidak berfikri seperti aku, aku berhak menentukan apa yang aku fikir demi kebaikan anak anak dan keluarga. Andai mataku terpejam dan nafas terhenti satu hari nanti, sekurang kurangnya nasib anak anak dan keluarga ku terjamin sedikit, selebihnya biarlah Allah yang menyusun aturkan kerana dia sebaik baik tuhan yang berkuasa dan bijak mengatur. Apa yang aku beri pada keluargaku, ini adalah yang terindah dari hatiku buat mereka. Aku tidak kisah kalau aku tidak ada apa apa pun kerana semua itu tidak akan mengiringi aku ke alam barzakh sebaliknya doa anak anak dan keluarga sangat aku dambakan. Alhamdulilah, benar sekali, dalam hidup ini bila kita bahagiakan hati mak, kita maafkan suami, pintu rezeki pasti terbuka luas. Semenjak etrbinanya teratak kasih bonda, rezeki buatku tidak pernah surut malah datang dalam pelbagai bentuk dan dengan cara tidak terduga dek akal kita. salah satu rezeki yang besar yang aku terima dari Allah ialah KEINSAFAN. Bila tiba tiba hati ini menjadi takut, takut pada masa, takut pada amaran Allah, takut pada isi isi al Quran, takut pada terlepas peluang dengan Allah. tiba tiba hati mneyesali kerana selama ini meletakkan entengnya hal hal kegamaan dan tidak pernah menaik tarafkan usaha pada ibadat secara keras dan serious. Aim pada spiritual tiba tiba menjadi No 1 dalam perancangan hari hari, mingguan, bulanan dan tahunan. Alhamdulilah. Selama ini Keislaman dari kecil menjadikan sifat take for granted aku, apa lagi bila tiada pendedahan cara hidup dalam tarbiyah masa kecil, malah rasa cukup bila hanya datang dari pelajar sekolah agama, masya Allah semua ini betul betul mengelirukan aku. Ampuni dosa dosa dan kealpaanku ya Allah.Merenung jauh pada KERUGIAN lalu menjadikan aku sangat SERIK.Wahal tiada yang lebih baik sebenarnya untuk hidup yang paling baik demi Iman dan islam ialah membina keimana dan ketakwaan. Bila 2 urusan ini terjaga, hal hal kebaikan dunia dengan sendirinya terpelihara. Alhamdulilah, Allah sentisa menarik perhatianku padanya, sering mengawasi gerak langkahku, malah terserlah suara suara hati dan bisikan kalbu yang banyak membaikan keadaan ku. Allah masih menitipkan Iman pada sang pelupa seperti aku ini, sisombong mcm aku ini, maha pengasihnya Allah. Cara Allah menguji aku dalam pengkhianatan orang, dalam kasih sayang kawan kawan, dalam tekanan dari insan insan aku memberikan mereka sepenuh hati, tekanan datang silih berganti, diperlihatkan padaku sebaik mana pun manusia mereka tetap tidak sempurna, sepandai mana pun manusia, mereka tetap alpa, sehebat mana pun manusia mereka tetap terhad dalam mengurus hati dan jiwa sendiri. Aku sering keseorangan, rupanya rasa itu yang membawa rasa BERTUHAN. Tiada siapa yang boleh diharapkan sebaik baiknya melainkan Allah, pinta pada Allah sepenuh hati, pasti Allah akan memberikan sesuatu buat diri kita. usah terlalu berharap pada manusia, kita sendiri tidak pasti siapa dia, apa yangd ia mahu sebenarnya, sejauh mana imannya, sejauh mana ketokohannya. Allah yang selalu bersama kita, dalam pejam dan jaga, susah dan senang, suka dan duka, lemas dan ceria. Sebagai hambanya yang diberikan peluang kasih sayang, aku akan terus berusaha dengan solat solat wajib dan sunatku, wirid wiridku, zikir munajat dan mathuratku pagi dan petang, penghayatan alunan kalam suci Quran pada surah surah pilihan yang menjadi amalan rasul rasul, beruasaha untuk bermunajat disepertiga malam seperti bisiknya seorang kekasih pada kekasih yang dirinduinya. ya Allah dari tempuh ini, aku tidak pasti sampai tempuh berapa banyak lagi yang dipinjamkan Allah pada aku sebagai tempuh untuk aku mencari REDHA Allah...mencari nikmat cintanya yang bisa menjadikan aku hambanya yang sejati. Mohon kekuatanmu, kesabaranmu, kecintaanmu yang tidak berbelah bagi ya tuhan semesta alam. Aminnnnn.

Monday, April 9, 2012

RAHMAT disebalik KABUT

Alhamdulilah segala puji bagi Allah tuhan yang memelihara seluruh Alam dan perangcang terbaik kehidupan insan dimuka bumi ini. Allah menjadikan adanya siang dan malam, untuk manusia berusaha mencari kehidupan dan malamnya untuk manusia berehat, atas nikamat nikmat dikirimnya juga ujian yang pelbagai bentuk untuk melihat sejauh mana teguhnya usaha manusia membina iman dan beringat atas tujuan dilahirkan keatas muka bumi ini. Alhamdulilah kalau kita terpanggil untuk beringat dan Alhamdulilah jika kita dikelilingi oleh orang orang yang menyuruh kita beringat serta ruang ruang dugaan itu sendiri sudah cukup besar untuk dijadikan hamparan supaya kita terus beringat. Pagi ini INDAH, ada gerimis yang membawa kedinginan dan menghilangkan kabus asap kota pada udara dan ada sinar matahari dhuha yang sering mengingatkan aku tentang nikmatnya peluang solat dhuha yang harus direbut dicelah kesibukan. Sinat matahari dhuha itu adalah gambaran sinar harapan yang memberitahu aku jangan berhenti berharap dengan bantuan Allah selagi ada sinar mentari selagi ada denyut nafas ini. Hari ini 10 April, bulan April sudah berganjak ke hari kesepuluh, sudah 3 hari salah satu tarikh penting dibulan April untuk terus aku ingat, ulang tahun pemergian nenda tercinta dan ulang tahun adik lelaki bongsuku wan. Wan perlukan dompet, aku terfikir untuk memberikannya dompet tapi adik linda terlebih dulu actionnya oklah moga ada waktu terluang aku akan carikan dia beg sandang untuk dia gunakan pergi kerja. Alhamdulilah adikku ini sudah dapat kerja tetap dan tinggal dengan keluarga. Aku sering berpesan pada mak, jangan terlalu kasari dia, jiwanya fragile dan perlukan sokongan yang kuat, namun sifat menghormati orang sekeliling dan mengambil berat hal anak anak buah dalam linkungan usaha yang termampu olehnya membuatkan aku sayang padanya. Lagi pun kami adik beradik, ada juga nilai unconditional love tu dari tuhan kena pulak dia tidak menyakitkan hati dan tahu bersyukur dan berterima kasih. Aku sering merayu padanya tolong jaga hati mak dan bak, dalam usia sebegitu senja mak dan bak tidak layak lagi untuk menangani kegagalan kita dalam menghadapi situasi hidup jangan kerana kebodohan dan kejahilan kita ibu bapa kita jadi mangsa. Itu sudah KEJAM namanya. Pagi gerimis yang sedikit sesak memberikan aku ruang tersendiri, dalam kesesakan lalu lintas, sempatlah aku memulakan hari dengan Alwaqiah surah pendek yang besar fadhilatnya yang menjadi amalan para nabi dan rasul dan tergolong dalam surah surah pilihan. Alhamdulilah dalam sukar ada ruang dan peluang, memang betul hidup ini bergantung pada minda dan iman kita untuk mentadbirnya, kalau minda positif dibekal pulak iman dihati, insya Allah ilham ilham kebaikan akan terus datang perbagai rupa termasuk bentuk bentuk rezeki yang perlbagai menjadikan hidup ini BARAKAH. Hari ini sengaja memilih Café Aisyah untuk breakfast, sekadar membina kelainan dan kepelbagaian. Bila tiada kawan, pilihan untuk menumpukan pada aktiviti dan fikiran tentang diri sendiri dan perancanagn menjadi pilihan. Masa itu ibarat emas, setiap detiknya biarlah menjadikan kita menggunakan fungsi akal dan minda sepenuhnya kearah tujuan yang terancang. Sambil menikmati Nescafe tarik dan maggi goreng dan sosej, aku pantas membelek mutiara kata yang berkenan dihati diiphone, “ Tidak lurus KEIMANAN seseorang kecuali HATINYA lurus, dan tidak lurus hati seseorang kecuali jika lurus LIDAHnya”. Aku berkenan betul dengan kenyataan ini, kalau kita 5 kali solat dengan takbir Allah Hu Akbar, hidup kerana Allah, hidup untuk membina Iman janganlah pulak diketepikan peranan LIDAH. Aku juga berpesan pada diri sendiri, jangan sesenangnya mengatakan dan melebelkan seseorang terlalu banyak cerita sebenar yang kita tidak tahu. Apalagi kalau orang tiada Iman, lidah adalah senjata yang paling tajam kerana itulah FITNAH itu besar kecamannya disisi Allah. Lesson for the day, aku kongsi di FB, Fb ruang untuk aku membina persahabatan. Untuk aku FB lah ruang persahabatn, FB lah ruang rezeki. Orang yang datang dalam hidup kita membawa rezeki, ada juga orang yang datang dalam hidup kita membawa BALA. Pandai pandailah memilih antara KACA dengan PERMATA kerana sinar kedua duanya seakan sama dan boleh mengelirukan. Skill yang berpaksi pada perasaan syok sendiri tidak cukup digunakan untuk mengenali nilai kaca dalam persahabatn. Mulut manis bergula juga bisa menjadi racun pula. Alhamdulilah, setakat ini Allah menemukan aku dengan insan insan yang memberikan aku hati mereka, kepercayaan, harapan dan kesetiaan. Mereka inilah menjadi team bisness yang sedang berkembang dan akan berkembang. Aku akan terus percaya two heads is always better than one. IOPE aku usahakan dengan Li dan Maria, alhamdulilah bonusnya sudah kami rasai, malah sering juga kehabisan stock. Aku buat proposal lady trip atas usul gergaji 2 mata, untuk win the follower at the same time untuk memudahkan pengambilan stock dikorea. Kini aku sudah berbincang destinasi lain pula untuk lady trip, India degan kak Ima dan Europe dengan Mai, Cuma destinasi Indonesai belum lagi diutarakan pada pak wan. Aku melihat bagaimana kawan yang postif mampu dibina sesuatu yang positif dan menguntungkan kedua dua pihak. Dan pagi ini pula aku diganggu dengan satu panggilan telefon yang membuka lagi satu ruang baru yang aku tunggu tunggu selama ini iaitu property venture. Aku percaya , Allah kalau sudah menentukan rezeki pada seseorang, maka dititipkannya jalan jalan yang membawa rezeki itu. Moga semua idea ini menjadi circle yang bermakna buat aku dan idea Bonda Botique tetap bisness yang akan aku buat untuk Izan adik iparku sebagaiman perbincanagn aku dengan hubby. Aku teringat posting aku semalam, “seseorang yang CEKAL dan BERKEYAKINAN TINGGI tidak akan tersentuh apa lagi rebah dengan hal remeh temeh yang sengaja atau sebaliknya malah dia hanya akan menumpukan kearah PENCAPAIAN MATLAMAT dengan lebih gigih”. Matlamat yang saban hari sibuk aku bina ialah matlamat SPIRITUAL. Hanya Allah yang akan terus menjaga kita, tidak perlulah meminta minta dengan orang lain. Aku memilih untuk serve orang lain tapi akan terus gigih meminta dengan Allah, apalagi kalau Allah memberikan aku nilai sesuatu TERLEBIH LEBIH. Betul kata kata yang pernah aku dengar, kalau kita jaga hubungan dengan Allah, Allah akan jaga yang lain lain untuk kita, dan keimanan hanya dicapai dengan hati yang lurus. Hati yang lurus hanya jika lidah kita lurus. Aku tidak dapat bayangkan bagaimana seorang sahabat boleh mengkhianati sahabatnya dengan membuka aibnya, sedang mereka bersahabat, boleh terus bertanya, aku tidak dapat bayangkan bagaimana senangnya mereka memilih , melempar dan membuang sahabat begitu saja, sedang sahabat sahabat itu telah menolongnya, aku tidak faham bagaimana hidup hanya mengharap bantuan orang lain akhirnya sanggup mengeluarkan kata kata pelbagai tomahan pada orang yang sudah berkorban jiwa raga, masa dan harta benda buatnya. Seorang kawan yang lain menjawab, satu je jawapannya za…manusia tidak akan mampu membalas kebaikan manusia lain. Sebab kebaikan itu hanya Allah yang membalasnya. Seorang lagi sahabat berpesan, kalau nak kenal seseorang, bagaimana ia senang membuka aib orang depan kita begitu juga senangnya dia membuka aib kita depan orang lain. Aku berterima kasih pada 2 sahabat ini yang sudah mengalami dengan orang yang sama. Sifat manusia yang pada awalnya bagaikan kusyen empuk buat kita, caranya membuatkan kita rasa seolah selamat dan tertarik untuk berkongsi, sifat itu juga menjadikan kita berfikir dialah sahabat yang kita cari dan akan kemas kita letakkan dlm circle selamat kita rupanya menggunakan perkongsian kita sebagai nilaian tersendirinya dan bahan untuk puzzlenya yang tersendiri tercipta dimindanya. Ya Allah aku menggangkat kedua tangan ini bermohon kau bukakan hati hati mereka serta mata hati mereka agar mampu berfikir sejenak jangan merasa selesa seolah olah Allah itu tuhan mereka saja dan mereka bebas membuat apa saja konon mereka orang baik baik. Wanauzubilah. Padaku biarlah si Luncai terjun dengan labu labunya, aku serahkan urusan mereka pada Allah, aku teruskan menjaga diruang yang tersedia ada untuk mengumpulkan tenaga dan tumpuan pada hidup aku sendiri. Apa yang telah aku lakukan sudah lama aku ikhlaskan, dan apa yang mereka buat sudah lama aku maafkan, cukuplah Allah menyediakan hukuman buat mereka sepertimana tertulis dalam kalam mulianya, aku hanya manusia biasa tidak layak untuk menghukum orang, tidak layak untuk berjuang pada perbuatan yang sia sia yang akhirnya membawa kerugian pada diri sendiri.Dunia ini sempit saja, apa yang kita perkatakan dan perbualkan satu hari dengan izin Allah akan sampai juga ketelinga kita. Terus hati berkata, ah tidak berubah ubah mereka ini, hidup mereka ceria dengan sessi mengata itu dan ini pada sesuatu yang tak pasti. Nun disudut hati sebenrnya aku bersyukur, untuk diberikan peluang disebalik kemelut ini, peluang untuk aku sisihkan diri dengan orang yang sia sia untuk kita bina hubungan, orang yang jika kita disampingnya tak habis habis cerita pasal orang, orang yang depan kita seakan simpati dengan kita, belakang kita seolah bertepuk tangan. Inilah dunia, didalamnya dihuni oleh pelbagai makhluk, disamping makhluk yang menjadikan alam ini selamat dan tempat terbaik, ada juga makhluk perosak yang tidak sedar dan tak sempat kaji kesan perbuatan diri sendiri. Mereka ini sebenarnya MENZALIMI DIRI SENDIRI. Alhamdulilah Allah memisahkan aku dengan mereka, Alhamdulilah Allah mengekalkan aku dengan mereka mereka yang banyak membina dan mengintai resepi kejayaan dalam hidup. Ya Allah kau bahagiakan hati hati yang pernah membahagiakan aku, kau sayangilah hati hati yang sayangi aku, kau temukan kami semula pada ruang dan liku yang ada dan kau tinggikan marabat keimanan mereka. Amin ya Rabbal Alamin.

Friday, April 6, 2012

KETENANGAN dan AIR MATA BAHAGIA

Alhamdulilah aku bertemu hari Jumaat lagi, hari Jumaat yang menyegarkan walau aku tidak terbangun awal sebagaimana yang dirancangkan. Teringat pesan ustaz Azhar, semua kehendak atas kita, kalau kita mahu dan kalau kita usaha kita boleh dapat, Usaha semalam lebih dari biasa, bacaan Al Mulk sebelum tidur dan penuh doa doa sebelum terlelap akhirnya terbabas juga. Ini satu cabaran bukan mudah buat aku terutama bila tubuh agak tidak sihat begini. Senjata hari Jumaat sudah aku buat sekali iaitu bacaan surah Al Kahfi selepas solat maghrib semalam, kalau Berjaya 3 kali langkah nikmatnya. Aku cuba mencari masa tengah hari ini selepas menghantar COD customer dan skip lunch dengan adik adik. Biasanya kalau melintas Damansara, paling seronok aku selalu lunch dengan adik adik tapi hari ni rasa sayang pulak dengan masa. Sambil balik ambik alamat client dan Mela Clear..baik aku solat zuhur dan baca lagi Al Kahfi. Insya Allah kalau Allah mengizinkan, aku akan baca skali lagi dalam pukul 6 ptg selepas mandi sebelum ke Masjid. Hari ini aku ingin berjemaah di Masjid seorang diri kerana hubby kerja kalau tidak dia hanya ikut saja jadual seharian aku. Alhamdulilah. Semalam kami menonton ceramah Ustaz Azhar bersama sama. Rakaman Ceramah perdana negeri Kelantan. Apa yang menyentuh hati dengan 1.30 jam ceramah itu disamping kagum melihat kecekapan ustaz menjawab soalan Fekah penonton, ialah satu kenyataan kita angkat takbir 5 kali sehari Allah Hu Akbar, menyata dan mengakui Allah maha besar…kita membesarkan Kuasa yang ada pada Allah ..mengakaui dengan sungguh sungguh tapi dalam penghayatan hidup kita seharian kita tidak pun menuju pada Allah. Kita tersinggung, terasa , nak marah, tak puas hati dengan hal hal berkaitan pangkat, perhatian, kebendaan, hubungan manusia, Allah hu Akbar sudah entah kemana pergi. Di akhir ceramah, ibarat belati tikam dihati pada kata kata ustaz, kita datang dari Allah papa kedana malah dari sehina hina air mani sahaja, kita juga pasti akan kembali pada Allah bila bila masa juga dalam keadaan papa kedana tak kira siapa kita dan apa pangkat kita walau berapa banyak harta kita, apa yang kita ada hari ini semuanya sementara. Belanjakn harta kita pada Jalan mengeakkan ugama Allah. Ingatlah Agama Allah semakin ditekan hari ini, pilihlah jalan untuk bersama ulamak, ulamak adalah warisatul anbiya’. Hampir menitis air mata aku. Sehingga aku melepakan mata, aku tertanya pada diri sejauhmana peranana yang aku sumbangkan pada Agama Allah. Alhamdulilah cerama ini sudah membuka lagi minda dan mata hati aku. Alhamdulilah untuk tempoh seminggu dua ini dalam aku sekejap Ok sekejap sakit aku cuba sedaya upaya untuk mempelbagaikan aktiviti ibadat bersama hubby dan bila jumpa anak anak, aku dan anak anak berserta mak dan bak. Kami akan ke masjid, makan bersama dirumah dengan lauk yang dibeli lebih awal dan nasi yang dimasak lebih awal, aku tidak betah lagi untuk terconggok menunggu dikedai sedang masa berlalu begitu saja melainkan ada appointment untuk berbincang hal hal bisness atau programme. Masa masa yang ada byk untuk mengaji quran, membaca, mengemas dan mendengar ceramah. Alhamdulilah kami bukan lagi penonton TV yang setia. Kalau ada cerita best dan terbaru kat pawagam baru aku rancang untuk pergi dengan sesiapa bergantung jenis cerita. Itu pun sebulan hanya sekali dua.Aku suka kehidupanku sekarang, terasa dalam hati aman dan tenteram, semalam terdetik dihati untuk senyap senyap menabung untuk ke rumah Allah. Ya Allah kau permudahkan dan menjayakan hasrat aku untuk mengenepikan RM500 sebulan sebagai usaha kecilku untuk ke rumahmu. Aku ingin berada disana 45 hari, aku ingin menikmati KECINTAAN yang penuh dari mu ya Allah. Kita manusia banyak kekurangan, tida manusia yang sempurna hatta seorang ustaz sekali pun, namun kita perlu berusaha mendekatkan diri dengan Allah saban waktu apalagi terkadang terjadi musibah yang silih berganti tak lain dan tak bukan hanya untuk mendekatkan lagi kita dengan Allah. Usah mengharap kebaikan dan kasih manusia, selama mereka bergelar manusia selama itulah luka dan dilukai terjadi, mereka yang aku temui sepanjang jalan ke arah kebaikan dan agama Allah, mereka ini adalah sebahagian dari rezeki tuhan …rezeki dengan pertemuan. Aku tidak sabar untuk melayan kerenah anak anak dan anak anak angkatku yang akan turut serta dalam prgramme kem tahfiz AlQuran Bulan Mei ini…mereka ialah fayyadh, harraz, Apik, Atik dan Aiman Najmi. Terimkasih tuhan kerana menyediakan aku ruang ruang untuk mencipta kebaikan menegakkan agamamu. Insya Allahaku akan terus berdoa untuk memohon semoga diperbanyakan lagi peluang kebaikan dan keperluan kepada tenaga dan wang ringgit ku demi kesucian agamamu ya Allah. Alhamdulilah atas setiap detik ketenangan dan air mata bahagia yang tercipta. Amin ya rabbul Alamin.

Monday, April 2, 2012

ALHAMDULILAH.....


ALHAMDULILAH ucapan yang sering melintas diminda setiap kali aku pegang keyboard dan memulakan barisan pertama penulisan diblog ini, tiada lain tempat untuk aku berterimakasih selain pada Allah, tuhan yang bijak mengatur seluruh ala mini termasuklah kehidupanku sendiri. Cuma aku yang masih tercari cari KEMANISAN yang masih tersembunyi lantaran akal terlalu cetek untuk menduga maksud aturan Allah yang terlalu dalam dan besar hikmahnya. Alhamduliah untuk saat ini, minit ini, jam ini, hari, minggu dan bulan. Kini April sudah meniti hari.
April bulan kelahiranku, Cuma hari yang selalu aku raikan bukanlah hari kelahiran aku sebenar. Aku bukan Taurus tapi aku Aries. Namun 2 bintang ini sangat synonym dengan karektor aku. Kalau sebut pasal bintang, aku pasti teringatkan kak Noni dia agak mahir dgn psychology bintang sedap mendengar coletehnya tentang kelebihan dan kekurangan orang berbintang sekian sekian. Waktu pejabat aku sedaya upaya focus, minda aku sekarang terlalu sarat dengan idea dan perlu dikeluarkan pada kertas dan perlu didelegate pada orang2 orang tertentu. Selagi aku tidak keluarkan selagi itu badan jadi berat kerana mindaku SARAT. Ini juga bentuk REZEKI dari Allah, orang lain bukan senang nak cipta idea, aku memang sudah sedia ada, bila masuk saja perbincangan spontan ianya TERKELUAR.
Alhamdulilah, sabtu malam aku seakan terpanggil untuk call kak Ima sekadar bertanya khabar. Dekat satu jam kami berbual akhirnya menghasilkan business venture yang sangat baik. Kak Ima setuju dengan idea aku . Insya Allah kalau ditakdirkan rezeki kami berdua, aku dan kak Ima akan sama sama menerajui LADY TRIP ke India. Pengikut sudah ada, Cuma destinasi perlu dipelbagaikan. Aku tidak boleh hanya Nampak KOREA. Kawan2 yang pergi Korea juga berminat untuk pergi ketempat lain. So untuk kali ini entah mengapa seakan ada daya luar yang menolak aku pada kak Ima dan destinasi India pun keluar. Aku dan kak Ima memang minda business, kak Ima banyak tarikan tapi kurang startegi, bila aku letupkan cadangan, dia menjerit kecil kesukaan. Core business kak Ima ialah Insurance.
The same proposal juga aku terfikir untuk dikemukan pada Pak Wan. Kenapa Pak Wan?..Pak wan sangat arif dengan INDONESIA. Ini satu kelebihan, aku dan pak wan boleh bekerjasama, he trust me as a person dari cara dia communicate dengan aku. Aku pulak ingin menggunakan semua yang dia tahu tentang Indonesia, urusan client dan marketing aku yang buat. Rasanya dengan Pak wan boleh buat usul 50 50 untung. Dengan kak Ima pun mungkin 50 50 jugak. Dalam waktu terekat ini aku perlu aturkan pertemuan dengan Kak Ima dan Pak Wan solely untuk business discussion. Penyakit aku sekarang bila sebut business terus segar, terus terpelanting semua sakit2 kepala, mual dan boring. Terus rasa nyaman dan seakan dipuncak dunia. Entah apalah rezeki yang bakal Allah turunkan buat aku. Saban hari aku perlu pertingkatkan usaha usaha ibadat dan kebaikan serta kesabaran. Allah tetap bersama aku siang dan malam.
Alhamdulilah semalam aku putuskan untuk menghantar kak Nana balik ke hostel bersama hubby. Untuk pertama kali dalam hidup akhir akhir ini aku melalui perjalanan yang tenang dgn hubby, sepanjang jalan aku Qada’ bacaan surah pilihan yang tidak sempat, Ai Waqiah, Addukhan, Almulk dan Assajadah dan dalam perjalanan pulang aku mengalunkan mathurat. Kami berhenti di2 buah masjid, masjid Simpang Lima dan masjid Huda. Sebelum tidur, bacaan Arrahman dan Almulk cukup menenangkan hati dan memberikan aku tidur yang lena selepas membaca sebuah article dalam Women Weekly. Alhamdulilah atas kesukaran dan kepayahan yang aku tempuh dalam hubungan suami isteri, adik beradik, saudara mara dan persahabatan akhirnya aku akur mereka semua manusia biasa bukanlah tempat yang HAK untuk aku dambakan, sebaliknya JALAN ALLAH akan lebih besar dan luas untuk menerima aku. Allah lebih sayangkan aku dari mereka mereka semua.

Ya Allah kini bulan April tiba, bermulakan angka lebih 1 dari umurku yang dulu, aku ingin hidup sebagai hambamu yang sedar diri, sedar potensi dan Merasai penuh KECINTAAN pada ilahi. Pilihlah aku ya Allah, gerakan hati dan langkahku hanya untuk kebaikan akhiratku. Amin

Ya Allah…
Aku sering mendamba cahaya kasihmu
Cahaya itu menenangkanku
Aku sering mendamba CINTA agungmu
CINTA itu sangat menjaga aku sebagai hambamu
Aku sering Mendamba PETUNJUKmu
Petunjuk itu bakal menambah KEIMANANku
Ya Allah matikan aku dalam IMAN
Kuatkan aku untuk terus BERJUANG
Demi menegakkan KEBENARAN
Mengukuhan KEBENARAN agamamu
Membuktikan KEKAMILAN ciptaanmu
Supaya mereka juga akan TERUS SUJUD
Memohon PERLINDUNGAN dan KASIH SAYANGmu