Tuesday, December 22, 2009

Dia Ibuku.....




Mak…
Sejuknya tanganmu mengelus lembut rambutku ketika aku sakit
Cerianya senyumanmu bisa menghilangkan resah dikalbu
Hangat pelukanmu menghilangkan seluruh ketakutan yang menyelubungi diriku
Aroma masakanmu sentiasa mengamit kerinduan dihatiku

Mak..
Raut wajahmu memberitahu aku sebuah erti kehidupan
Derita bersulam air mata suka dan duka
Sebuah Cahaya kasihmu hilang tiba tiba
Bagaimana bisa aku menghentikan air matamu
Airmata itu datang dari hatimu…
Hati yang mengasihi anak anakmu....
Pergi satu seolah hilang seribu….



Insan yang kupanggil Mak ialah satu satunya ibuku…walau kemana ku pergi walau siapapun aku walau terpisah dengan kematian sekali pun kenyataan tidak akan berubah…tengku Aini adalah ibuku dunia akhirat. Aku bangga beribukan dia…bertambah bangga dihati bila aku memahami perjuangannya. Padaku dialah dunia kami anak beranak..penasihat tanpa tauliah tapi mampu menjadi penawar hati yang tiada taranya. Dialah Ibuku.


Masa kecil kami tiga beradik seingat aku mak seorang yang sangat garang. Hingga aku terfikir adakah aku ini seorang anak tiri. Dimasa itulah aku selalu menumpang kasih dan perhatian ibu sudaraku yang kupanggil Ummi. Ummi adalah satu satunya kakak mak yang seiya sekata sehati sejiwa. Kegarangan mak beransur bila adik Linda dilahirkan…adik manjaku tapi garangnya persisi mak! Hehe. Mak aku garang kerana terlalu ingin menjaga kerbersihan rumah tidak hairanlah, rumahnya selalu mendapat nombor antara 1..2..3 dan mak membawa pulang hadiah hadiah kebangaannya saban tahun.


Aku agak terpisah lebih awal dengan keluarga lantaran tinggal diasrama menyambung persekolahan menengah dan Universiti. Jarak inilah telah merenggangkan kami. Aku pernah membuat mak menangis sekali seingat aku..dan aku rasa bersalah hingga hari ini bila aku teringatkan airmatanya. Puncanya hanya aku mendiamkan diri kerana aku terlalu rindukan ummi dan diam aku dirumah merimaskan mak. Mak cuba berbual tapi aku tak layan dan seharian aku tidak makan hanya baring dan bangun mengaji Quran. Sedang aku mengaji mak masuk dan menangis sambil bertanya apa salah dia…arghhhhhh mak tak salah tapi aku dah buat mak menangis. Jarak jauh dengan mak telah merapatkan lagi aku dengan Ummi.
Aku masih teringat. Hati aku tersentuh bila melihat mak berjaga malam menyiapkan baju rayaku. Aku beritahu mak aku tak perlukan baju raya mak tak perlu susah susah. Tapi mak beriya iya sangat dan mak sendiri tak ada baju raya. Tiap kali pulang ke asrama, mak pasti menyiapkan sambal bilis kegemaranku yang mejadi kegilaan semua kawan kawanku..aku bangga sangat!!!! Kuih raya buatan mak pun sedap hinggakan aku menjadi serangan utama kawan kawan bila pulang ke asrama…Biskut bakul yang sangat kreatif.

Mak seorang yang pandai bergaya, bergaul dan yang paling ketara pandai memasak. Masakan mak terlalu istimewa dan tidak mapu ditiru oleh sesiapa walau sama resepinya. Aku rasa disitulah terletak rahsia air tangannya. Air tangan yang penuh ikhlas..Air tangan dari seorang yang sangup berkorban demi melihat anak anaknya bersatu dan bahagia. Mak boleh mejadi contoh pemimpin seingat aku memang mak aktif memimpin kaum ibu dikampung. Maks erring mewakili kampong kami ke persidangan persidangan wanita Malaysia. Aku bangga dengan mak…terutama bab bab wanita dikampung…mak berani bersuara. Bila mak bersuara mak terlalu original dan ikhlas menerangkan sesuatu. Mak juga seorang pendengar setia bila kaum hawa bermasalah disekitar rumahnya tapi mak bukan seorang yang suka menjadi ahli mesyuarat tingap yang suka bertenggek berjam jam di halaman rumah orang lain. Alhamdulilah.

Mak seorang yang kuat suara hatinya. Kalau mak berpesan sesuatu, aku tidak berani melanggarnya kerana pengalaman zaman kanak kanak banyak mengajar aku erti takut menipu mak. Kata kata mak sangat betul…sangat masin. Aku tidak berani buat mak marah, bila mak marah kata katanya yang terlontar bisa menjadi…aku takut sekali. Mak cukup perasan dengan perubahan air muka anak anaknya. Dia cukup mengenali senyuman yang penuh atau tidak. Ada kelukaan dan keperitan atau tidak Berahsia dengan mak adalah satu kerja yang sia sia padaku. Aku suka mak tahu rahsiaku. Kami sama sama mengeluarkan airmata dan mak pasti meminta aku fakirkan anak anakku sebagaimana dilakukannya. Perkongsian ini sangat mujarab..sangat melegakan. Walau aku berijazah, aku perlukan mak lebih dari seorang yang perPHD..kerana mak aku hebat boleh dibawa ketengah ketepi. Sayang mak!!!

Airmata mak kali kedua mengalir dan menyentuh hati tapi kali ini air mata bahagia. Aku terlihat mak mengesat air matanya bila aku gengam kejayaanku. Aku berbisik ditelinga mak..terima kasih mak..dan mak memeluk aku…hangat pelukan itu..terasa hingga ke hari ini. Semenjak hari itu hubungan kami bertambah rapat semula. Aku cuba penuhi apa saja hasrat mak..citarasa mak..keinginan mak..yang termampu. Aku bangga apa yang ada pada badan mak itulah apa yang aku pakai..apa jenama kegilaanku juga aku berkongsi dengan mak. Sesekali bawa mak keluar makan makanan yang sedap sedap terasa satu kepuasan. Mak sudah lama terjeruk memasak untuk kami didapur yang serba kekurangan. Mak memang hebat!!!

Aku beruntung kerana ada mak. Bila aku melahirkan anak segala galanya mak. Seolah olah bukan aku yang beranak tapi mak yang beranak. Aku cuma berihat segalanya mak yang buat…bukan aku minta tetapi aku sendiri tidak mampu menghalang sumbangannya. Anak pertama ..anak kedua… dan anak ketiga. Semenjak itulah mak meninggalkan segala kerja kerja amalnya. Kerana sayangkan kami dan cucu cucunya. Dia sanggup menumpukan sepenuh hatinya kerana anak anakku dan cucunya yang lain. Mak pernah meminta pada adik beradikku yang lain jangan merasa dengki pada hubungannya dengan anak anakku kerana anak anakku dalam belaan dan didikannya. Paling menyentuh hatiku hubungannya dengan anak bongsuku. Anakku itu sangat suka menangis malam tanpa sebab kata orang sawan tangis. Aku selalu putus asa dengan tangsian anakku dan mak lah tempatnya sampai serak suara mak mendodoikan anakku. Aku menagis kebuntuan dan kesihankan mak..dapat aku bayangkan bagaimana mak melauinya masa 6 kami kecil dulu tanpa bantuan sesiapa. Terimakasih mak!!!

Kini, acara pulang kekampung bersama mak adalah acara wajib buat anak anakku. Menjelang cuti sekolah, anak anakku pasti membilang hari untuk pulang tinggal dengan mak menikmati hidangan makan pagi cara kampong yang lazat dan pelbagai. Meng habiskan masa berbual dan bermain diruang tamu rumah mak dan bermanja dengan mak. Mak pun seminggu sebelum cuti sekolah pasti telefon untuk membuat perancangan untuk mengambil anak anakku. Mak datang dengan bas ke Kuala lumpur dan membawa 3 anakku pulang dengan bas ke kampong. Mak oh mak….penyayangnya hati mu!!!! Terlintas ingatanku pada nenda ku Tuan Sharifah…betullah mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Apa yang mak buat inilah pengalamanku dengan nenek suatu masa dulu…aku memiliki seorang nenek yang sangat penyayang…aku sentiasa mengenanginya semoga begitu juga mak dan anak anakku nanti.

Setiap kali pulang, mak pasti menyediakan makanan kesukaan setiap kami mengikut giliran. Mak meningati semua kegemaran kami adik beradik juga menantu menantunya dan cucunya..kalau ayahku tak usah kiralah. dari masak ikan tengiri cili api kegemaranku, kuih bunga kegemaran suamiku, nasi ayam kegemaran adik lelaki, nasi hujan panas kegemaran arwah, ayam panggang kegemara acik, ayam masak merah kegemaran adik bongsu...bermacam macam tak terbilang tapi kemas diingatan mak. Aku masih teringat bagaimana manisnya senyuman suamiku bila kuih kegemarannya sedang digoreng mak takala beberapa minit lagi azan berbuka puasa. tak daya aku menghalang mak dari dudk dan tunggu di meja makan. Itulah keperihatinan mak...kalau ke pasar..pasti penuh ditanganya juadah juadah yang diingatinya pada anak cucu yg berada dirumah. Selagi tidak dijamah, selagi itulah suaranya memangil mangil dari dapur rumah kami. Bila tidur malam, pantang dengr kami terbatuk, mak pasti bertanya seakan terkejut kenapa?..sakit ke?..pasti bangun bersama minyak ubatnya ke bilik kita. Mak seolah tidur tidur ayam menjaga kami semua.MAk oh mak...hebatnya mak akan buat kami sentiasa rindu....

Menjelang buka sekolah mak pasti sibuk untuk siapkan pakaian sekolah anak anakku. Puas kupujuk tak payah mak..saya ada duit saya beli saja. Mak nak buat dengan Tylor yang mahir..arghhh mak terlalu tidak berkira…apakan daya itulah kepuasan hatinya. Mak oh mak…hidup ini sangat terhutang denganmu mak…mampukah aku membalas sebaiknnya. Dua hari lepas dari kejauhan aku melihat mak sibuk membeli goreng pisang dan air buat cucu cucunya di warung tepi jalan. Semasa mak berjalan dengan Afiq anak Arwah Azman kekereta berderau darahku seolah olah aku melihat maksewaktu aku kecil dahulu berjalan dengan adikku Azman. Itulah mak…kasihnya tiada sempadan..sentiasa berjuang…bahagia memberi…bersedia menikmati walau apa saja diberikan. Aku lebih beruntung dari mak, aku sepatutnya sekuat mak.. Dan bila sesekali ada waktunya mak meminta dariku wang secara terpaksa hatiku menangis memarahi diri sendiri…kenapa sampai mak kena minta..aku kena bagi sebelum mak terpaksa meminta ..hatiku berbisik..kerana aku teramat pasti riak wajah sugul ibukku sesekali ditimpa musibah keewangan. Seakan aku ingin berkata didalam hati..sebenarnya apa yang ada pada saya semuanya milik mak…ambillah mak..ambillah..kerana tak ada mak tak adalah saya.

Mak agak berubah selepas kehilangan adikku cahaya hatinya. Arwah Azman bukanlah bergaji besar, dia baru bergaji besar setahun sebelum kematiannya. Tetapi arwah adikku itulah tempat mengadu suka duka mak. 4 anak perempuan dia berkongsi…tidak sama dengan satu anak lelakinya yang bernama Azman…inilah cahaya kasihnya yang tidak bersyarat penuh kejelekitan dan perluahannya akan memberi rasa lega kerana Arwah adikku tidak pernah menyakiti hatinya. Aku sering memeluk mak dari belakang bila aku melihat badan mak bergoyang menahan sebak dan air mata setiap kali membaca yasin. Mak akan merasa bersalah bila meninggalkan yasin setiap malam jumaat. Rindunya pada Arwah memangilnya untuk setia berserah pada Allah. Aku dapat rasakan getir hati mak ketika itu. Dan inilah aku kalau satu hari nanti aku diduga dengan kehilangan anak. Sebenarnya aku lebih memahami mak bila aku terus melangkah menempuh suka duka menjadi mak kepada anak anakku. Mak semangatmu sudah tertanam kemas dihati ini…aku bangga menjadi anakmu…dan kaulah IBUku Dunia Akhirat….semoga Allah sentiasa bersamamu mak. Sayanggggg Makkkkk