Monday, June 6, 2011

wajah wajah Kesayangan HAMBA


Ada sedikit waktu yang tertinggal sebelum session pukul 2 petang menjengah bilik ini. Semenjak semester baru dibuka, bilik ini begitu hangat menjadi tumpuan pelajar, pelajar langsung tidak merasa segan mau pun malu untuk berurusan dengan aku..aduhai bahagianya senang untuk aku berurusan dengan mereka. Untuk waktu yang singkat ini, ada bainya aku menggunakan salah satu catatan yang dibuat diiphone ketika menunggu anakku wahida di KL sentral 2 minggu yang lepas.

Suasana bising dan hingar bingar membingitkan teling. Aku tidak begitu petah untuk selalu berada disituasi ini, tapi inilah sebhg kehidupanku satu ketika dulu, sawal tingkatan satu, aku sering sendirian mencari eknderaan awam untuk pulang ke asrama walau ayah berkereta sendiri. Kali ini kali ketiga selepas aku kesini mengambil Rin dan mengahntar Shahrin pelajarku, klai ini aku datang dengan penuh rindu, rindu untuk melihat reaksi wajah anak kesayanganku ini yang bakal menjejakkan kainya buat kali pertama mengembara bersama kawan kawan dalam sessi lawatan sambil belajar ke HadYAi thailand.

sambil menunggu, seimbas lalu aku terkenag pelbagai riak wajah pertama dalam proses tumbesaran anakku ini, satu satunya anak perempuanku yang bagiku sangat ISTIMEWA..dia memiliki bakat SENI yang besar seperti ayahnya dan begitu ADVENTURE dan INGIN MAJU seperti mamanya..Alhamdulilah atas kiriman Amanah Allah ini yang begitu membahagiakan. Masih aku teringat, bagaimana RIAK WAJAH pertama Nana ketika dia sudah boleh melangkah berjalan setapak 2 tapak, girang dalam ketakutan. Bila langkah seterusnya dia berteriak kegembiraan, aku hampir menangis melihat kemajuannya itu sebab sebelum itu aku terasa mengapa anak En Khair dah boleh berlari..hehe. masih segar diruang mataku, raik wajah pertamanya ketika melangkah kealam persekolahan seawal 4 tahun, ada gembira dan malu hinggakan bila dia bersama kawan langsung tidak berplaing pada mamanya, dia sangat bangga dengan kawan kawannya, aku masih teringat setiap pagi senyuman bangga walau mengantuk kerana ghairah untuk kesekolah demi kawan kawan.

Seketika aku juga terimbas, wajah pertamanya BERTUDUNG ..innocence dan selebet ketika kali pertama dia ditinggalkan kesekolah agama di section 14. wajah selebet itu penuh risau bila mama terlambat mengambil waktu tengah hari.wajah Kerisauan anakku ini masih segar dalam ingatanku, risaunya dia bila memasuki darjah satu bersama kawan kawan lepas seminggu wajah ini bertukar wajah yang sangat gembira setiap hari bila pulang dari sekolah sambil mengucapkan selamat tinggal kepada kawan kawannya. wajah TENANG penuh anggun sempat menjelma diruang mataku ketika anakku ini pertama kali naik stage untuk merangkul kedudukan teratas dikelasnya mengatasi anak anak cina dan elit seksyen 14, aku tumpang bangga walau ketika itu hanya tuhan yang tahu satu tanda tanya sudah banyak bermain dalam fikiranku tentang suasana perkahwinanku dan suami.

sama sekali aku tidak akan lupa wajah penuh ketakuatan Nana buat pertama kali kedatangan PERIOD seawal darjah 4, dari riak lentuk bahasa badannya aku dapat membaca anakku ini sudah semakin matang dan aku dan dia sudah banyak berkongsi suka duka dan air mata. Sejarah juga telah melkarkan dalam hidupku, wajah pertama Nana menagis tanda bahagia bila dia diumumkan salah seorang pelajar cemerlang UPSR dalam teriakan tangsian yang kuat dan limpahan air matanya sempat dia berkata INI SEMUA BUAT MAMA...bagaimana harus aku katakan bukan sedikit NIKMAT ALLAH buat insan seperti aku. Besar malah terlalu besar rasanya. Wajah yang masih tidak lekang dari pandangan mata ini, bila kali pertama aku hadiahkan dia peluang menaiki AIR ASIA ke Serawak, aku melihat wajah bangganya penuh purnama kali pertama dan hingga kini terbina satu dimensi hobi buatnya MENGGEMBARA.

Ketika aku masih menunggu, aku masih berteka teki bagaimanlah riak pertama wajah anakku ini melalaui pengalaman untuk ke HAD YAI ini, adakah excitednya mengatasi riak kepenatan kerana seminggu bergelumang dengan buku dan nota, dan ketika telefon berbunyi memberitahuku dia sudah tiba lantas aku dan hubby bergegas ke terinal menunggu dari ruang makan Dunkin Donut itu, yaaaa dari kejauhan aku terlihat wajah yang penuh senyuman lebar tapi ada riak kepenatan namun mata penuh sinar. Aku memleuk dia dan terasa tangannya sejuk dia menggengam kemas kamera kesayangan yang aku bekalkan. kami sempat bergambar dan aku berbisik ENJOY your self sayang..lihatlah dunia kerana ini sebahbian BUKTI kebesaran Allah. $ hari berlalu, aku menunggu kepulangan Nana tapi klai ini sedikit pun tidak terduga, Nana pulang dengan wajah yang penuh SUGUL dan BENGKAK matanya, puas aku bertanya dia tidak berhenti henti menangis ..seketika dia mengambil nafas lalu berkata..MAAFKAN KAKAK MAMA..KAKAK SUDAH HILANGKAN KAMERA MAMA...tersentap aku seketika..kuakui bukan dia tidak kesal tapi aku pun terlupa berpesan padanya untuk EXTRA CARE and CAREFUL of HER OWN FRIENDS...aku menghubungi Bak untuk meminta solat hajat agar hati insan yang berkenaan TERASA untuk MEMULANGKANNYA semula...kita berserahlah..ada rezeki adalah..kalau tak ada anggaplah mungkin ada yang lebih baik Allah akan sediakan atau tkarannya ialah sebuah LESSON yang betul betul menyentap hati anakku itu...belajar berhati hati dan menghargai ..cukuplan LESSON itu selama lama nya TERSEMAT dihatinya dan menemani proses kematangan yang bakal dilauinya dari masa kesemasa..

Sayang anakku sayang..Raut wajah kalian tidak pernah LEKANG dari kanta pengelihatan Mama walau dalam PEJAM dan JAGA...