Friday, October 12, 2012

Jadi DIRI SENDIRI




Jumaat datang lagi. Hari yang biasanya dialunkan bacaan Al Kahfi. Namun adakalanya Syarie membataskan pencapaian seorang perempuan sebagai satu kelebihan tapi masih boleh digantikan dengan bacaan terjemahan. Jam 3.15 petang baru selesai sessi dengar dengar dan renung renung dengan Kak Nonie. Memang SABAR itu manis sifatnya, kita tidak sama sekali KALAH dengan BERALAH, malah menang dan semakin TENANG. Selalunya waktu waktu begini, rutin bacaan sudah selesai, seperti biasa hari Jumaat sering dirasakans angat pendek kerana banyak aktiviti dan TENAGA BERKURANG. Alhamdulilah setakat ini aku masih berada DALAM WAKTU maknanya aku BERTENANG, kalau melebihi waktu aku perlu RISAU kerana banyak yang perlu dikejar.
Badan terasa agak tidak selesa, mungkin sebab demam masih ada dan semalam terkena hujan tambahan lagi makan tidak betul dan terkejar kejar. Alhamdulilah apa yang dirancang terlaksana dengan baik dengan izin Allah. Bacaan Bimillahilazi La yadurru maasmihi syaiiun wahuwa samiu alim sangat penting untuk memulakan hari, kerja dan perjalanan. Itulah amalan yang aku sering amalkan Cuma bila terjadi sesuatu yang tidak diingini, ianya seakan terlupa untuk membacanya..Maha Kaya Allah. Meneruskan kerja dengan berblog sambil minum air suam untuk mengembalikan kekuatan tubuh dan minda. Kalau ikutkan hati mahu rasanya flat saja diatas katil yang pasti rugi masa dan tenaga.
Diluar hujan mencurah curah, biasalah bila menjengah bulan Oktober, hujan disebelah petang bagai menggila menghilangkan bahang panas bumi dan kekotoran debu kota. Aku suka hujan berbanding cuaca yang sangat panas, tapi dengan cuaca yang sering hujan agak sukar untuk buat sesuatu diluar sana. Semalam aku kehujanan kembali dari ziarah ET sahabat satu university yang sudah 12 hari menemani anaknya di Ward HKL. Aku nekad untuk menemuinya sekaligus melahirkan rasa simpati dan sokongan padanya. Berusaha untuk memulihkan anak yang dilahirkan cacat bukan suatu yang mudah untuk dihadapi. Inilah kemelut didatangkan Allah menguji ET. Alhamdulilah, aku akhirnya boleh pegang Zarif, boleh peluk ET, zarif seorang bayi yang aktif walau banyak kekurangan. Sangat faham bila namanya disebut dan diajak tepuk. Aku akur apa yang ET lalui tidak semudah orang lain. Alhamdulilah dalam seribu sukar dan cabaran semalam, aku berjaya melakukan perkara dalam TOP SENARAI untuk dibuat iaitu melawat kawan dan saudara mara yang sakit selain meraikan majlis yang diundang.
Diawal pagi tadi Kak Umai menghubungi aku melalui sms untuk menemaninya ke meeting puspanita. Dalam kehairanan, aku berfikir sejenak apa jawapan yang perlu diberikan untuk menolak. Pada aku usulnya sangat tidak wajar dan menyusahkan aku. kalau aku pergi pun aku tidak gembira, bila tidak gembira hati merunggut bila merunggut terus JAUH DARI IKHLAS. Aku terus menjawab sambil mencabar diri untuk berani utk berkata TIDAK, terus aku taipkan “Sorry kak, saya tak naklah sebab tak boleh”. Ayat ringkas tapi panjang kalau diminta ELABORATION. Alhamdulilah aku terus rasa bahagia kerana berjaya menolak dengan baik dan hati aku tak kisah apa saja REAKSInya. Diusia usia begini aku seharusnya bijak membawa diri jangan menggalas beban secara tidak sengaja mahupun sengaja. Tenaga kita yang bersisa masih banyak ruang yang lebih penting yang diperlukan. Kita bukan budak budak sanggup buat apa saja untuk social approval dan bukan juga seorang yang NAIF dengan SELF PITY. Hala kita kita tentukan dan hala kita mendokong tujuan yang lebih besar kerana agama dan kerana manusia sejagat, kita tidak ada masa untuk PLEASE PERSONALLY orang orang tertentu. Sampai bila berterusan menjadi BADUT dan support orang yang tidak mahu membina dirinya sendiri. Atas TIKET KAWAN bukan bermakna semuanya KITA PERLU BUATKAN, kita perlu jaga BATASAN DIRI SENDIRI bila berurusan dengan kawan.
Aku sayangkan semua sahabat sahabatku, juga semua yang pernah ada kaitan dalam hidupku tapi bukan bermakna aku perlu ikut semua cakap orang. Alhamdulilah aku mampu fikir, malah aku terus mencari ilmu agar minda aku tidak dipengaruhi dan diperbodohkan oleh orang lain, sebaliknya dari KACA MATA ADIL dan JIWA KASIH SAYANG aku ingin terus berada disisi kawan kawan, keluarga jauh dan dekat untuk member pandangan dan membetulkan cara mereka yang MENYUSAHKAN DIRI SENDIRI. Allah tidak pernah menjadikan mereka itu sia sia, Cuma ada yang datang dalam hidup kita sebagai penyokong dan ada juga sebagai pengajaran, people in or life, some of them can be like TOKEN some are here to give us LESSON. Aku tidak harapkan apa apa selain REDHA dan PASRAH. Namun untuk mereka mereka yang mendokong cirri ciri dalam hidupku, insya Allah akan aku kenang mereka hingga akhir hayat, malah aku akan terus doakan agar mereka dicucuri REZEKI dan RAHMAT yang berterusan.
Yati telefon untuk bertemu lagi. Aku tidak harapkan apa apa dari Yati tapi aku mengatakan YA. Jiwa aki begitu peka pada mereka yang didalam TEKANAN dan perlukan PANDANGAN. Apalagi kalau mereka saudara dan kawan. Aku janji dengan Yati sejurus lepas waktu pejabat kami akan bertemu di Longue One world sambil menilai muzik live band yang baru untuk bulan Oktober disana. Aku bukanlah keen pada muzik, tapi inilah tempat terbaik untuk kami BERTEMU dan BERBINCANG. Nilai sebuah persahabatan bukanlah HARTA dan WANG RINGGIT, bukan juga BUDI yang dipinta dan diserah, tapi sahabat yang baik tidak sanggup membiarkan sahabatnya menangis seorang diri, kebuntuan dan tekanan. Aku bangga bila hanya aku yang tahu BISIKAN HATI MEREKA. Semoga jasa yang sedikit ini akan bertukar menjadi PAHALA disisi ALLAH. Antara sebab seseorang semakin JAUH dengan dirinya, bila tiada seorang pun SETIA MENEMANI DUKAnya. Setiap manusia completely different, hanya kesucian islam dan keihlasan hati yang mampu meletakkan kita sama. Usah cepat labelkan sesama kita, jalan cerita hanya Allah yang tahu. Pintu taubat dan destinasi syurga juga Allah yang tentukan bukan kita selemah lemah manusia seperti kita..
Ya Allah limpahkan aku SEMANGAT yang GIGIH dan KASIH yang SUBUR..Aku ingin jadi DIRI SENDIRI…amin