Tuesday, June 4, 2013

Cerita GUITAR


Alhamdulilah masa terus berlalu. Bagaimana sibuk pun jadula kehidupan, mohonku pada Allah disetiap sujud, ya Allah permudahkan usaha KEIMANAN dan KETAQWAAN ku. Alhamdulilah hari ini Surah Ar Ra’d sudah hampir dipertengahan. Bacaan Surah Dukhan untuk hari ini juga sudah terlaksana, indahnya hidup jika masa sepenuhnya terisi dengan amalan untuk Allah disamping mengejar menafaat dunia dan berusaha keras menjauhkan diri dari insan yang mengamit kekeruhan kehadiran syaitan bersama.
Hari ini antara hari yang ditakdirkan agak SUKAR buat aku. Bermula pagi ini dengan doa Ya Allah permudahkan laluan sukarku. Alhamdulilah, berkat doa pada Allah, sejurus selepas bacaan Quran, kekuatanku datang semula. Terasa hidup ini sepenuhnya KEPERGANTUNGAN pada DOA PADA ALLAH. Agenda harian diteruskan, agenda blog dan penulisan adalah HAPPINESS VALUE yang sudah menjadi SATU KEWAJIBAN. Teringat untuk menulis cerita AKU DAN GUITAR.
Pagi Khamis lalu yang Indah memberikan aku idea spontan untuk mencari Lagu lagu berserta lirik yang kuat untuk programme. Aku tertekan lagu Siapalah aku yang dinyanyikan seseorang bersama petikan guitar. Sungguh asyik mendengarnya berulang ulang. Semenjak detik aku mendengar alunan petikan guitar itu hingga keluar rehat terdetik SATU SUARA HATI ‘aku ingin belajar Guitar’. Sepantas kilat aku teringat, kami ada guitar dan hubby pandai main guitar. Lantas aku text hubby sebuah pesanan ‘please bawa balik guitar’.
Khamis hari aku berpuasa sunat, balasan sms dari hubby memberitahu dia akan belikan guitar sambil keluar temani aku berbuka puasa. Kami duduk berbual di Mak Cik Briyani menanti waktu berbuka. Melalui perbualan yang mengembirakan itu, aku menyingkap sebuah SUARA KEGEMBIRAN MAKSIMA hubby kerana tidak menyangka akhirnya aku benarkan guitar dan budaya muzik kembali dalam rumahtangga kami. Ah hidup ini sukar diramalkan. Apa yang kita ketahu terlebih dahulu tidak semestinya betul, we are so lucky bila proses menambah ilmu saban waktu membuka banyak kunci yang sekaligus menyekat ruang dan peluang untuk lebih menikmati hidup. Apalagi menghargai orang lain termasuk kesukaan pasangan kita. Ah selama ini bertapa kejamnya aku. tanpa segan silu, malah sepenuhnya bertanggungjawab dengan setiap rasa dan tindakan, aku mengucapkan maaf tidak terhingga pada hubby. ‘Maafkan Za, saya hanya manusia biasa yang terlalu inginkan kebaikan, apa saja bentuk kebaikan yang diberitahu orang, itu yang diterima dan ingin diterapkan, terlalu takut anak anak tersasar dari trak kehidupan sebenar’.
Aku melihat betapa INDAH sebuah senyuman dari jiwa hubbyku, gerak dan bahasa badannya, betapa banyak gembira itu, begitu juga banyaknya RASA BERSALAH aku pada diri sendiri juga pada dirinya. Alhamdulilah Allah masih memberikan aku peluang untuk melalui semua ini. Hampir saja aku makan sambil mata berkaca menahan getar bahagia yang datang secara tiba tiba ini, dan aku pasti getar ini datang dari REDHA ALLAH. Selesai makan dan tunaikan solat Maghrib, kami sama sama ke puast muzik Bently, begitu teliti hubby memilih guitar, inilah tanda kenangan kami bersama. Dia adalah muzik dalam hatiku, walau aku bukan seorang yang mengutamakan muzik, namun tidak mampu aku nafikan muzik itu perlu dalam hidupku. Ketika dia mencuba memainkan beberapa lagu, aku terpegun dalam hati berbisik ‘betapa berbakatnya insan ini dan betapa kejamnya aku’. Ah betapa kita tidak sedar kadang kadang sesuatu yang kita TERLALU MAHU meragut rasa bahagia orang lain.
Dalam perjalanan pulang, aku dengan gembiranya mengisytiharkan dialah GURU BARU aku untuk subjek guitar. Semoga kami makin terbina ikatan yang membahagiakan siapa tahu, bila berharap kita berharap yang baik baik kerana kata kata dan suara hati adalah SATU DOA. Dua hari aku meninggalkannya kerana pulang kekampung, dan aku pasti dua hari itu tidak menimbulkan apa apa kebosanan baginya dengan adanya guitar. Semalam Isnin sepatutnya kelas pertamaku bermula. Disebabkan ada sesuatu yang menimpa aku, dia pun turut sama HILANG MOOD. Aku tunggu esok malam, kalau segalanya kelihatan sukar, minggu depan aku daftarkan diri untuk belajar guitar dengan orang lain. I don’t mind if I have to pay. J
Melakuan sesuatu yang SANGAT TERINGIN dan tidak pernah lakukan ialah BREAKTROUGH yang bakal membesarkan lagi COMFORT ZONE kita. Life is about living out of comfort zone. I love to make my own SELF COMMITMENT J because life is too short to rely on others to make you happy.
I can say to myself GO GO GO GO ZA J