Tuesday, November 9, 2010

Bahagia yang dicari....


Seharian agak sibuk dipejabat hari ini...namun diwaktu senggang aku sempat menjengah facebook melihat sepintas lalu posting kawan kawan..ada yang emnarik, ada yang biasa , ada yang gembira ada yang berbau duka, tidak kurang juga ada yang sempat melepaskan geram pada seseorang. Terkadang posting posting kelakar itu mampu mebuat aku tersenyum sendirian mencuit hati, terkadang ada ilmu terselit secara halus disebalik lawak dan sinis tulisan kawan kawan. yang paling bermakna bagiku, facebook telah menemukan aku kembali dengan kawan kawan yang terpisah 10 hingga 20 tahun yang lalu...Alhamdulilah.

Indahnya dunia persahabatan terkadang melebihi hubungan adik beradik. Ada beberapa kwn kwnku yang aku seakan rasakan seolah olah dilahirkan oleh ibu yang sama. Terlalu sebati buah fikiran dan persefahaman kami. Persahabatan seperti inilah tempat suka dan duka. Anehnya walau 20 tahun yang lalu kami tidak pernah berpeluang tidur sebnatal dan makan sepinggan, siapa tahu ketika berjumpa selepas 20 tahun sebagai kawan yang kurang rapat akhirnya kami mampu makan sepingagn, tidur sebantal dan kembara bersama. Indahnya silaturrahim...redupnya kasih sayang yang Allah kirimkan sesama kita.

sepintas lalu difacebook juga memepelihatkan aku pelbagai kisah kawan kawan, aad yang sibuk fikir hal kerja, ada yang bertanya khabar kawan, ada yang seakan emmendam rasa. Aku sendiri menggunakan facebook dengan pelbagai wadah adn tujuan. Antaranya menghilangkan rasa sepi dan boring ketika dipejabat dan dirumah. Semakin berusia kita semkain kita perlukan kelompok sahabat sebenarnya dalam cerita mereka ada kekuatan buat kita. Hari ini mata terdorong untuk mebaca beberapa statement kawan kawan yang statusnya its complicated. status yang sama dengan diriku sendiri. Mungkin sebagaimana aku begitu juga tuan punya badan yang menulis status yang sama sukar untuk mebohongi diri sendiri dan sukar jugak untuk menerangkan kepada orang lain apa kemelut yang dihadapi.

Terkadang yang aku pasti mengenali mereka mereka yang berstatus demikaina bila aku kenlai isteri mahu pun husbandnya seakan terkejut, apalah susahnya hidup dalam serba kemewahan malah sang sumai biak budi bahasanya. terkadang juga hati aku berbisik apa manusia tidak pernah ebrsyukur dengan apa yang ada dikelilingnya dan sentiasa mahukan yang lebih dan idamkan yang bukan miliknya...entahlah...mungkin juga begitu. namun sebagai pesanan buat mereka yang aku tidak mapu teka apa bentuk persoalannya, sempat aku kirimkan dipostingku...janganlah sesuatu yang senang kita sukar sukarkan ..buang tenaga...lebih baik tenaga itu disadurkan ketempat yang lebih baik. Aku melihat ramai dikalangan kawan kawan yang suka menunding jari mencari silap pasanagan. memburu bahagia meminta pasanagan yang menyediakan..sedang kita hidup disatu bumbung tapi bercharacter tersendiri sampai kiammat pun matlamat itu tidak akan mampu ditemui kalau tidak diperhalusi tjuan dan kemewahan hikmah yang Allah suratkan disebalik yang bernama JODOH.

barangkali ada waktunya kita terlupa, ada banyak benda atas dunia ini tidak ada penyelesaian..Allah sedang memperlihatkan kita keagungan kuasanya. namun kita diberi pilihan untuk meneroka banyak peluang peluang menjadi bahagia lebih dari hanya menumpu pada pasangan kita. itulah erti bahagia sebenarnya, bila kita bahagia kita akan ceria bila kita ceria secara langsung corak perbualan dan airmuka kita menarik dan pasangan kita hilang stress dengan kita. ada ketikanya ketepika mereka, anggap mereka pasangan hidup yang ditakdirkan Alalh buat kita letaknya ditepi bukan diatas..diatas temaptnya hanya Allah...jangan berhenti meminta ..jangan berhenti berusaha...bahagia ada dimana mana tidak semestinya segala bahagia ada pada insan yang kita sayang, ada pada insan yang kita kahwini...beginilah LUASnya scope kehidupan yang cuma dilihat dari tingkap PERHUBUNGAN.

Tuhanku..aku terus berdiri disini teguh demi kerana mu untuk BAHAGIAKAN anak anakku..ameeenn

Suratan atau kebetulan.....


Aku ingin menulis sesuatu...sesuatu yang aku terfikir dalam dalam semalam. pengalaman semalam mengingatkan aku beberapa perkara tentang hidup..tentang diri. Semalam agak sukar tidur. Frank telefon aku sekadar melayan selagi tidak melebihi had. pada firasatku Frankk adalah seorang yang menyamar untuk mendekati aku..siapa dia sebenarnya aku malas untuk mencari jawapan yang detail..lantak..as long as aku tidak meletakkan segala yang dibualkan sebagai serious.

semalam pulang dari kerja, aku berkejar, sedari tengahari aku teringin speggeti oli, ternampak nampak dan bila menjelang pukul 4 petang keadaan pejabat semakin sibuk aku hanya mengalas perut dengan biskut oats. dan sebelum bersiap balik Dk telefon bertanya khabar dan mepelawa aku makan, lalu aku mengusulkan aku sudah jemu dengan roti telur dan teh tarik, aku memberitahu hajatku untuk makan spegetti oli.kami bersetuju untuk pergi makan bersama sambil berbincang di centre point dan aku perlu menjemputnya didepan Jasima.

Sepanjang pemanduan aku tersangat lapar, bila kita terlalu lapar pelbagai makanan menjelma diminda, aku terfikir mee goreng mamak, tosey telur, teh tarik...semua tu senang sahaja untuk order di kedai jasima ...kalau malas situ je getus hatiku.tapi dek kerana janji dan aku pasti Dk begitu happy untuk bercerita dan melawak dengan aku sambil makan. Aku tahu hidupnya ada terselit sebuah tekanan. Sambil menungunya aku mebeli sekeping coklet bar. Bila aku menghubunginya untuk meberitahu aku sudah sampai aku mengunyah coklat itu, kurang sedikit rasa terlalu lapar, 2 kali call aku direject dengan busy status lalu aku hantar message i am starving here...kemudian dia membalas mesej ku dengan maklumat situasinya...gor bit tension at home, will contact you later. lalu aku beredar untuk makan sendirian di kedai berdekatan.

Sambil aku memesan makanan masa itulah aku terlintas sejak di Luton lagi ada beberapa makanan yang aku idam idamkan tidak kesampaian. Aku teringin Potato Jacket suddenly turn order aku diambil orang lain, Aku teringin doghnut yang dibeli ja kat Chessire oak , aku hanya makan donut ditesco yang tidak sama citarasanya. aku teringin spagetti oli akhirnya bertukar menjadi nasi goreng cendawan yang sangat teruk rasanya. yang pasti ketika berjlan jalan di Oxford street, fa membeli pizza dari gerai Arab..bila aku gigit sedikit pizza tu ..aku terkejut rasanya sangat sedap. Dari potato jacket, Donut, spagetti oli inilah impian ku yang tidak kesampaian diwaktu aku terlalu menginginkannya, dan sebaliknya situasiku menentukan aku hanya untuk makan nasi goreng cendawa yang tidak pernah terfikir dalam fikiran walaud alam sebulan yang lalu. dan gigitan pizza yang aku sangka tidak sedap dek kerana kejemuan dengan domino dan pizza hut rupanya sangat silap...gigitan itu menjadi kenangan lantaran rasanya sangat sedap dan tidak mampu untuk duluahkan dengan kata kata. Aku akan ingat oxford street untuk pizza arab, aku akan ingat jacket potato dan donut bila aku rewang rewang lagi musim bunga atau panas nanti...dan untu spegetti oli bila ad peluang jalan jalan walau seorang diri...bila bila aku boleh memakannya. Apa yang ingin aku lihat disini, kita merancang, perancangan kita akan lebih mudah tanpa melibatkan orang lain, sebijak mana pun kita mengatur, takdir Allah lebih mengatasi segalanya, dia yang menentukan apa rezeki kita pada hari itu, juga kita akan sellau diuji apa yang kita idamkan tidak semestinya kita dapat tanpa izin allah. Bukan semua berada didalam pilihan sendiri ...pernah aku terdengar, kalau sudah bukan rezeki kita, sesuatu yang didalam mulut pun pasti terkeluar.

Aku bertanya pagi ini sendiri, adakah aku takut untuk merancang?sama sekali tidak kerana ku melihat faktor faktor gagalnya sebuah rancangan bersifat situasi. DK tidak akan berjanji kalau dia tahu akan berdepan dengan situasi tension dirumahnya, dan aku tidak mungkin gagal untuk makan kalau bukan kerana aku berjanji dengan dia. Kalau dilihat secara mudah, elakkan meletak hope kita dengan orang kerana kita tidak pasti situasi orang. hope kita, kita laksanakanlah untuk mendapat rasa bahagia. dengan orang, ketika ada adalah..ketika tiada jangan dicari.

namun aku terus yakin...Allah sering memberi apa yang aku inginkan, cuma terkadang lewat sedikit dan terkadang aku tidaks angka sama sekali. walau bagaimana pun semuanya tetap istimewa dipengelihatanku, aku yakin alalh maha mendengar dan melihat. Sesungguhnya suratan atau kebetulan, kedua duanya milik Allah yang abadi.

Redup kasihmu Tuhan


Sekembali bertugas dipejabat ini, hari ini fuhhh penuh appoinment dan temujanji pelajar..ada kes serious ada kes yang sangat popular..kes keewangan..senak juga kepala otak memikirkan logik dan tidak logik pada setiap eprmohonan pelajr yang terkadang exegeratte dan terkadang juga kelihatan kes kes daif..hati seakan meyeka airmata bila terlihat kes kes daif yang keterlaluan..dalam kita bahagia dan mewah masih ramai yang seksanya menempuh hidup dengan ketiadaan keewangan yang cukup.

Petang ini agenda makan malam yang tersendiri ..menu pilihan dengan peneman pilihan. saja bila otak semak begini ingin berada disisi orang yang boleh buat kita ketawa. Seawal tengahrai aku telah memaklumkan hubby untuk belikan makanan buat anak anak dirumah. Agendaku agak tersendiri hari ini.Aku ingin makan spagetti oli direstaurant terdekat rumah bersama DK. Mungkin kalau ada eksempatan membawanya untuk menghantar baik pulih telefonnya.

malam ini mungkin semkain ketara kepenantan, malam ini wahida akan menyusun pakaiannya dan esok aku pasti menggantikan hubby untuk menghantar anak kesekolah. Appoinment dipejabat sangat sibuk minggu ini dan aku masih mencuri curi kesempatan untuk membaca buku buku yang emnarik hati yang dibawa pulang dari UK. buku relationship. buku buku fa yang aku bawa balik seawal hari kedua aku telah bawa ke pejabat dinilai...Di pejabat ini banyak ketenagan untuk aku merenung dan menghayati setiap pembacaan buku buku itu.

Semalam aku makan malam roti canai telur dengan DK , hari ini pun dia mencadangkan makanan yang sama...manalah tekak aku boleh menerima makanan yang sama saban hari...klaua dia hendak melihat aku gembira , dia kena ikut pilihan hatiku..spagetti oli..hahaha. barangan kirimannya telah selamat aku berikan, bukan main gembirannya dia melihat sweater purple pilihanku..dia suka purple katanya dan perfume davidoff katanya mesti wifenya akan rembat..haha..nasiblah..wifenya dengki pada dirinya..haha dan aku bertanya kenapa you tak krimkan saya barang wife you...you pun satu sengaja tak ingat kat dia..I boleh je tolong belikan..purse, handbeg , make up...the best kat UK. entahlah apa jenama persahabatan antar aku dan Dk ni aku sendiri pun tak pasti tapi dia banyak kali berkata dia tiidak suka berkawan sia sia..dan dia dapat banyak menafaat bila bercakap dengan aku. sekadar kata atau ikhlas manalah kita pasti..dengar je lahh..masuk etlinga kanan keluar telinga kiri..hahaha.

2 novemebr aku ke Uk buat kali kedua dan seawal 6 november tengah malam penerbangan balik semula. aku menikmati musim luruh disana ..tiada siapa menduga dalam tem[oh sedekat ini aku mennerokai sesuatu yang baru buat hidupku..ada satu rasa kepuasan, bila melihat airmata sahabt yang teramat egmbira menyambut aku datang bersama bantuan buatnya..lagilah ahti aku emrasa dalam sukar kita menolong orang..hati kita puas bila kita melihat dengan amta kepal sendiris atu situasi yang eprlu ditolong apatah lagi kita sendiri memerlukan ruang tersebut untuk satu satu keadaan tersendiri...inilah yang dinamakan WIN WIN situation.

Aku akan mengambil sedikit masa untuk mebuat penulisan khas tentang pengalaman ini. Luasnya aksih sayang Alalh, luasnya kegembiraan, luasnya ikhtiyar dan harapan....kita sebagai hambanya yang perlu menghambakan diri melihat betapa besar ciptaan Allah dan aksih sayangnya buat kita.

Tuhanku berikan aku SEDIKIT MASA untuk sebuah pengajaran, pembelajaran, pembetulan....semoga aku menjadi insan terpilih disisi mu untuk menikmati semua itu. Redup kasihmu TUHANKU......Ameeen.