Thursday, November 26, 2009

Rezeki Kelahiran Ke Dunia: Cahaya Pertama


Sebagai Penulisan Tinta Kasih Bonda yang pertama, saya amat terpanggil untuk menyingkap kembali kenangan manis melahirkan ketiga tiga anak saya. Segalanya tersembunyi kegembiraan yang sarat sebagaimana dilalui insan insan lain didunia ini namun tidak kurang juga cabaran hebat disetiap liku dugaan Allah...memang tidak lepas lari tetapi berjaya melaluinya memang akan mematangkan diri kita.

Cahaya mata pertamaku lahir pada 25 October 1997, Disaat keadaan keewangan rumahtanggaku bukanlah begitu stabil. Suamiku bertugas di Alor Setar Kedah sedang aku berada di Kuala Lumpur. Apa bila Dr mengesahkan aku mengandung, aku bukanlah seorang yang melonjak gembira sebaliknya menangis mengenangkan kerja project universiti yang banyak dan bagaimana harus aku lalui segalanya seorang diri. Kandungan ini adalah kandungan bunting pelamin, aku tidak berjaga jaga lantaran nasihat seorang kawan yang sangat aku hormati lagi pun aku seorang yang agak cetek pengetahuan soal soal sebegini. Genap sembilan bulan lahirlah bayi comel kemerahan di Hospital Pakar Damansara berbidankan Dr Maziah dan Dr Musa. Aku melalui proses pembedahan atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan. Suamiku kelihatan tenang menyambut bayi dan mengazankan bayi comel kami. lantas aku mengcadangkan nama buatnya Nur Hidana wahida..cahayamata pertama..kehadirannya membawa kegembiran buat semua dan yang paling ketara sekali buat arwah adikku Azman, Beliau lebih risau berbanding suamiku sendiri tentang kepenjagaan anakku dan diriku. Budaya kami menag berpantang dirumah ibu. lantas selepas selesai segala urusan hospital, kami sekeluarga terbang ke Kuantan bersama bayi kecil dipangku ibuku dan aku sendiri dipangku sang suami. Itulah penerbangan pertaman anak kesayangan ku ini agar suatu hari nanti langak beliau akan melalui penerbanagn keserata dunia adalah sebahagaian kehidupannya.
Melalui tempoh berpantang bukan mudah bagi orang seperti aku yang suka aktiviti luar dan cepat bosan dengan sesuatu perkara yang sama. Apalagi bila berpantang, neneka pun turut sama menjaga. Arwah nenek seorang yang sangat cerewet perihal pantang bersalin. Terlalu banyak 'Tidak Boleh'..samapi aku naik stress. Terkadang aku sanggup berkurung dibilik seharian lantaran tidak ingin semeja makan dengan nenek. Antara larangan nenek yang sangat ketara ialah, aku tidak dibenarkan duduk bersebelahan dengan sumaiku..hehe kelakar bila mengingatkannya, nenek kata nanti urat peranakan tidak kecut!! Genpa 45 hari, aku terpaksa bersiap pulang ke Kuala Lumpur untuk meyambung tugas. lagi pun aku sangat rindukan wajah pejabatku, kerusi meja dan buku bukuku. Bila aku mencium bayiku untuk kali terakhir, tidak kusedari air mataku tumpah bagai hujan yang deras dengan penuh sebak aku berkata pada mak. "Mak saya tinggalkan amanah Allah pada saya untuk seketika, mak jagalah dia, mak peliharalah dia lebih dari mak menjaga dan memelihara saya" mak meraung sambil memeluk bayiku dan aku. Masa ity hanya kami yang memahami bagaimana kasih ibu dan anak tidak boleh dipisahkan sebenarnya.Air mataku bukan mudah untuk kering walau perjalanan ke Kuala Lumpur hampir sampai. Tidur pertama ku pada malamnya tanpa bayi disisi amat ngeri terasa kosong dan kehilangan lantas kupeluk bantal dan aku menagis sepuas puas hati. Kalaulah diri ini diberi banyak pilihan nescaya kita tidak mahu mebuat pilihan untuk mengeluarkan air mata sebnayak ini, untuk menghibkan hati menahan sebak kerinduan, Tangis manja anakku wajah mongel dan gebunya seakan menjadi imej kekal dimata sehinggalah aku melelapkan mata menjelang subuh hari.
Diam diam dalam hati aku berbisik...sayang mama akan pulang...pulang untuk mendakapmu...menyusukan mu..maafkan mama sayang dengan perpisahan ini..percayalah kita berpisah untuk lebih mengasihi..lebih menghargai. saban hujung minggu yang lapang, aku dan suami kerap pulang menghiburkan anakku sehinggalah hampir setahun kemudian barulah suamiku dapat peluang bertukar ke pejabatnya cawangan wilayah persekutuan. Dalam serba kekurangan kami memulakn hidup baru bersama, saban hari makan bersama, saban hujung minggu keluar bersama, masa bergerak begitu pantas, kami sempat meyambut hari lahir anakku yang kedua di sekolah tadikanya buat kali pertama sebuah kek yang besar dijamukan kepada guru dan kawan kawan sebagai tanda bahagia ini perlu dikongsi.

Cepatlah besar Anakku sayang...cepatlah besar untuk menjadi seorang INSAN.