Friday, May 17, 2013

Bersahabat ke BOROBUDUR



Usai pilihan Raya ke 13 Malaysia, keesokannya jadual aku ake ke Jogjakarta. Selepas trip bersama Nana, inilah baru aku kembali bertrip dengan kawan, kali ini kak Nonie beriya iya meminta aku belikannya tiket. Malamnya aku tidak beriya iya sangat lantaran keputusan pilihan raya yang terlalu menyakitkan hati. Serasa hilang semangat seketika, tidurpun dalam kesedihan, kami tidur hamper jam 4 pagi. Aku seakan menyerah diri pada suasana keesoakannya, kalaulah kata kak nonie tak jadi, aku pun turut serta.
Paginya, seawal jam 10 pagi kak Nonie sudah menghubungi aku. Aku janjikan padanya tepat jam 1 tengah hari aku akan menjemputnya untuk ke airport. Maka bersiap siaplah aku ala kadar, buat pertama kalinya aku begitu bersahaja menyiapkan diri dan bekalan pakaian untuk 3 hari 2 malam. Kami sekeluarga menuju ke Restaurant Ayam Kampung di Kota Damansara untuk makan tengah hari. Kalau bukan kerana ulam pucuk gajus, aku tidak begitu berselera seperti sedia kala. Keputusan pilihan Raya kali ini betul netul mengecewakan aku malah mencetus rasa marah dan terkilan pada pemerintah sekarang yang begitu jahil sifatnya.
Tepat jam 1 tengah hari kami bertolak ke Airport, aku memilih untuk tidak susahkan orang, dan aku susah sedikit kerana orang tidak mengapa. Kerana itulah, pergi dan balik dari airport, biarlah urusan aku dan hubby yang sangat memahami minat aku. Alhamdulilah, kami sampai masih awal, aku bersalaman dengan Harraz dan hubby, kami sudah terbiasa berpisah sesekali dan sesekali jugalah hubby memikul semua tugas aku dirumah dan dengan anak anak. Alhamdulilah bukan senang untuk dapat lelaki sepertinya dari satu aspek itu. Sambil berbual dicafe, aku temani kak nonie makan, biasalah kak nonie sering saja salah faham, berkawan dengan orang berumur kena sabar, begitu juga dengan orang muda, malah tidak terkecuali dengan mereka yang tidak begitu terdidik dan terbuka mindanya. Benarlah menjadi orang yang diberi banyak kelebihan oleh Allah ini kena banyak BERSABAR dan MENGALAH.
Kami sempat solat Zuhur dan Asar secara jamak takdim disurau airport yang sangat ramai orang dan hamper tiada ruang. Maklumlah rata rata mereka yang balik mengundi beransur kembali ke kampung masing masing. Menuju ke balai berlepas, aku singgah mendapatkan sebuah buku di kedai buku yang terletak ditengah tengah perjalanan jodolnya Good Boss, Bad Boss. Travelling and reading both are so meant to me. Alhamdulilah kami menunggu tidak sampai satu jam, akhirnya kami masuk ke pintu perlepasan dan bergerak menuju ke Jogjakarta.
Jauh rupanya Jogjakarta, hampir 3 jam perjalanan. Aku masih terasa kenyang untuk memesan makanan. Kami dua dua tertidur, kesan tidur lewat pada malamnya dan kak Nonie lagilah kerana dia seorang yang akan ke pasar dan ke dapur sebelum meninggalkan keluarga. Alhamdulilah, kami sampai dengan selamat, dan air port Jogjakarta itu kecil sahaja tidak  seperti Surabaya dan Palembang. Ketika kami hampir ke melepasi kastam, tiba tiba kami dipanggil semula dan diarahkan masuk ke bilik khas dan disoal siasat dan dijalankan pemeriksaan anggota badan termasuk perut aku ditekan tekan dan ditanya mengapa buncit. Kerana kami yakin kami tidak salah dan bawa apa apa yang salah, aku selamba saja dan melalui pengalaman ini sebagai satu pengalaman yang mahal. Kak Nonie apa lagi membebel bebel dia, semua perkataan keluar dan aku sedapkan hatinya sambil mengatakan, “rilex kak depa jalankan tugas saja”.
Perjalanan teksi airport mengambil masa dalam 30 minit. Sesampai kami dihotel, waktu Maghrib sudah masuk. Pertama kali aku sangat tidak puas hati dengan hotel kelolaan Agoda. Biasa ok saja, kali ini bilik sangat kecil dengan harga yang kami bayar, malah tidak ada fridge dan air condnya pun tidak sejuk. Pengajarannya, lain kali lebih baik tempah terus dengan pihak hotel, bayar booking melalui kad kredit dan baki bayaran bayar dihotel. Itu lebih baik. Aku sudah give up Agoda dan booking dot com ni.
Kami mandi  rehat seketika dan solat maghrib dan Isyak Jamak takdim. Sejurus itu kami keluar makan malam, rupanya hotel kami betul betul dibelakang Jalan Malioboro yang sepanjang jalannya ialah jualan pelbagai barang. Aku pasti keadaan ini sangat mengembirakan kak Nonie. Kami tidak perlu keluar duit untuk transport lagi pergi balik. Sementara menunggu makanan sampai, aku sempat menjenguk kedai buku disebelah dan sempat menyambar sebuah buku ‘you tell more than you say’ ahhh buku lagi, kenyang jiwa tenguk buku. Makan malam pertama kami agak menyelerakan, semestinya citarasa Indonesia dan minumnya jus Alpukat. Yum yum berselera aku makan, aku memang gemar sayur, tauhu dan tampe. Sekembali kami menjengah jengah gerai sekitar dan peluang untuk ke Borobudur.
Hari ke dua di Jogjakarta, kami mulakan dengan acra breakfast bersama. Breakfast yang sederhana, aku hanya ambil fruit, juice, omelet dan chicken porridge, tak perlu kenyang sangat. Kami perlahan lahan berjalan menuju ke gerai geri yang baru dibuka sambil menunggu Restaurant tempat kami makan malam dibuka kerana kak nonie sudah tertinggal kameranya. Masa inilah aku membelikan t shirt souvenir buat anak anak buah. Sambil berbual, tenguk tenguk barang dan akhirnya kami buat bayran untuk ke Borobudur jam 2 petang. Untuk jimatkan masa, kami beli makanan bungkus yang dijual ditepi jalan. Aku sangat terliur melihat sayur sayur rebus dimakand engan kuah kacang dan nasi, namanya Pecal. Berselera kami makan, dan kak Nonie takut takut dikhuatiri sakit perut, aku biasalah sebab mind setting kata inilah adventurenya seronokkkkk. Usai Solat Zuhur dan Asar jamak takdim, kami menuju ke tempat tempahan ke Borobudur, berkenalan dengan Tina seorang warga German yang seorang diri melancung.
Perjalanan ke Borobudur hampir 1 jam lebih, sepanjang jalan kami berbual, suasana redup dan bau sawah dan kampong amat menenangkan hati. Alangkah bestnya sesekali begini, betapa banyaknya nikmat Allah tersedia buat hambanya untuk dinikmati. Sesampai di Borobudur, kami perlahan lahan berjalan dan sempat mengambil gambar instant, Alhamdulilah tanda kenangan sebuah persahabatan. Ternyata dalam hidup tiada orang sempurna, tapi kita fokus kebaikannya dan lupakan kekurangnnya yang ketara, atau kalau tidak menyenangkan elaklah bila perlu. Aku dapat banyak skill dan wisdom dari kelukaan dan pengalaman sendiri. Borobudur akan terus mengingatkan aku pada kak Nonie walau mungkin suatu hari nanti aku datang lagi bersama cucu cucuku. Kami tidak sempat panjat ke atas, hujan turun dengan lebatnya dan kami berihat dari hujan sambil minum kopi di gerai berdekatan. Betapa aku rasa insaf dan bersyukur dengan nasib diri bila melihat orang orang Indonesia ini dan kehidupan mereka. Masih ramai diantara mereka yang berkaki ayam kesana ke mari. Kami sampai ke hotel semula hampir jam 7 mlm.
Kami bersiap dan terus turun untuk mencari makan. Perut sangat lapar kerana hujan dan perjalanan jauh. Aku cadangkan pada kak Nonie untuk menikmati ayam Pedas won Jawo. Aku teringat Pak wan sering menghantar sms pasal masakan ini. Alhamdulilah sedap jugak dan boleh diulang lagi dimasa akan datang, Cuma kalau bawak anakku Harraz pasti dia agak kecewa dengan saiz ayamnya yang kecil. Kami jalan jalan sambil menunggu nasi jatuh dan membeli serba sedikit dan akhirnya kami pulang ke bilik. Kak Nonie terus tidur sejurus lepas solat Isyak dan maghrib jamak Taakhir dan aku menyambung membaca buku dan seseklai bermesej dengan hubby yang berada di Ciber CafĂ© semata mata untuk menghubungi aku. Bila berada jauh, kita akan lebih faham cara orang menghargai kita. Dalam hati aku berkata, “esok saya balik bang”.
Hari terakhir, kami perlu lakukan apa saja aktiviti sebelum jam 3 petang. Sebagai agenda terakhir, kak nonie terlebih dahulu merancang untuk membeli makanan yang boleh dibawa pulang sejurus sekelpas sarapan pagi. Kami mengambil sebuah beca dan meronda tempat penjualan makanan. Kami juga dibawa restaurant Classic Gudeg, sejenis makanan orang orang Jogja. Kami sempat belikan Gudeg untuk makan tengah hari. Kami merayau rayau mencari salon rambut dan urut kaki. Alhamdulilah kami berkenalan dengan China Indonesia yang sangat baik hati dan peramah. Dia menawarkan khidmat menghantar kami ke air port, rambutku diptong pendek gaya Yuli Yu. Aku suka kemahirannya, ternyata kami boleh mengadakan hubungan bisness yang panjang bersama. Selesai berkemas, makan tengah hari, kami bergerak ke air port.
Aku memesan makanan didalam flight untuk jimat masa balik nanti. Alhamdulilah sebuah percutian yang betul betul menenang dan memerihatkan. Kota Jogja pasti aku kunjungi lagi, kerana suasananya begitu sebati pada jiwa dan hati ini. Terima kasih atas kurniaan ruang dan peluang dari mu. Hambamu ini akan terus melangkah dari segala aspek hidup demi memajukan diri untuk mencipta maju pada perseketiran dan memertabatkan keagungan dan keesaaan mu ya Ilahi.
Destinasi dalam impian ialah Hong Kong dan China, tetapi perlu lalui dulu percutian keluarga dipekan baru, percutian dengan Maria dan Li yang belum pasti destinasinya, Percutian anniversary ke Semarang dan Perjalanan Suci Umrah bersama mak dan bak dan belum pasti lagi siapakah yang Allah tentukan untuk bersama kami bertiga. Kemungkinan Autumn barulah aku boleh merancang ke Hong Kong dan China. In sha Allah.