Monday, July 5, 2010

Hujung Minggu yang merihatkan....


Hari ini Isnin pertama untuk bulan July 2010. Aku merasa satu nikmat kerihatan yang luar biasa melalui hujung minggu yang lalu. Apakah kerana aku lalui hari hari tersangat sibuk selama ini terutama semenjak kembali dari London atau kerana cara aku menikmati hujung minggu klai ini agar berbeza.

Wahida anak sulungku pulang dijemput ayahnya. Aku memang persiapkan minda untuk mneyediakan nasi lemak special bagi makan pagi. Nasi lemak dengan sambal udang, bilis goreng dan telur rebus. Agak lambat aku menyediakan...lantaran jadilah breakfast cum lunch hehe. annak anakpun sudah agak terbiasa makan pagi yang agak lambat. selesai semua senarai kerja yang dibuat di white board kecil kegemaran harraz itu, aku berihat seketika seepas kami sama sama makan. teringat aku pada Nelli...udang ni kami beli sama sama...aku tersebut pada anak anak..kalau kita jemput aunty nelli Makan pun mesti dia suka...jom kita panggil aunty nelli...terus anakku harraz meluahkan isihatinya..kalau Aunty Nelli ada..mama tak bersembang sangat dengan kita sibuk jee dengan kwn dia tu..hehe..begitu jujur perluahan anakku itu...memang betul pun kalau aku jumpa nelli banyak percakapan kami kami saja yang faham..hehe..Kebetulan Suamiku tiada dirumah.. Selesai berehat aku mengarahkan semua bersembahyang zuhur dan salin pakaian, kami menuju ke TESCO DAMANSARA..memandangkan banyak yang diperlukan kakak untuk persekolahannya.


Diam tak diam mencecah RM300.00 duit dari poket keluar. kami pulang selepas minum petang sekali gus makan malam di KFC...tiga beradik ini sudah lama tidak makan bersama bertiga di KFC.Kyusuk aku melihat anak anakku makan tetapi tidak selaju mereka makan masakanku dirumah. Pulang kerumah ayah mereka sudah sedia menunggu..apalagi masing masing sibuk dengan mainan masing masing..selagi tidak beli selagi itulah muncung..terutama Fayyadh..kerana pada awalnya beliau mengajak aku ke GIANT. sebelah malamnya aku sempat menonton MY NAME IS KHAN...sudah lama tidak berpeluang menghayati cerita dan kisah ...tidak sedar aku mengangis teresak esak...Cerita itu terlalu mneyentuh hati aku...kami menonton bersama sedang ayah menonton bola di ruang tamu dan wahida leka dengan Lap topnya.

pagi Ahad yang damai...bila tiga tiga anak dirumah dan mama tiada kesibukan diluar...terasa sangat damai berihat setelah penat mengejar semua tugas yang dirancangkan. Aku merancang untuk memasak masak lemak cili Api ikan tengiri dan ekrabu Pucuk paku...fuhhhh menyebutnya saja sudah rasa kecur mulut..hehe Kami makan bersama tepat pukul 2petang. Suamiku makan bagai nak rak banyaknya...begitu juga anak anak...hidangan sampingan lain ialah Ikan goreng kegemaran harraz. Aku tidak perasan bila lepas makan semuanya senyap tertidur mungkin kerana kekenyangan...sedar tidak sedar bila aku terasa lapar dan teringat kacang dan asam diatas meja..bila bangun jam sudah menunjukan pukul 6.00 petang. Aku membancuh teh dan mengeluarkan Roti Potato dan Biskut...anak anak tanpa dipannggil semuanya menghurung ke meja makan. mereka sangat gemarkan Oreo dimakan dengan susu.

Sebelah malamnay aku tidak perlu memasak tapi harraz meminta aku membuatkannya Mee Sedap segera...mereka memang suka mee sedap..kami berdua hanya makan nasi...Seronok memangs eronok seseklai berada dirumah mengemas, meyediakan, memasak, makan bersama, buat kerja bersama...minggu depan dan minggu minggu seterusnya aku pasti kembali sibuk da pelbagai activitis...yang apsti masa untuk anak anak memang ada..tapi masa untuk diri ku sendiri seperti minggu ini emmang tidak ada...ada waktunya..masa itu terlalu mahal untuk dibazirkan begitu saja. tidak hairanlah Allah pernah bersumaph Demi Masa kerana sesungguhnyas egalanya bermula dengan MASA...Tiada kejayaan dimasa depan tanpa pengorbanan masa Di hari ini....semoga Allah masih memberikan aku banyka masa...semoga aku masih belum terlewat dalam segala segi...aku sememangnya sangat seronok menggunakan masa dan meletakkannya pada Nilai yang tinggi...dan demi masa inilah...penentu kepada masa bernilai hubungan aku dengan Anak anak....

Masa...terus berlalu...terus dikejar...pasti bertamu....DEMI MASA