Monday, July 26, 2010

Rezeki Nisfu Syaaban


Semalam NISFU SYAABAN..kebetulan aku berpuasa..Alalh meberikan aku peluang mengahayti Nisfu syaaban maalm dimana buku baru catatan diri dibuka setelah buku lama di angkat ke langit. Paginya aku mebaca emial kiriman kawan akwan...untuk memeprbanaykkan amalan bacaan yasin bagi memeriahkan nisfu syaaban.

Seharian berpuasa...tenang saja hati...minda seakan tajam untuk mebuat sesuatu dengan jayanya.. alhamdulilah...segalanya berjalan dengan lancar melainkan report programme. Petang sebagaimana yang dijanjikan aku dihubungi kawan lama yang aku panggil dia Zila. Aku memang tahu apa yang sedang diusahakan zila itu sungguh bagus kerana anak sulungku sudah menggunakannya SCORA A. Ternyata sistem latihan latih tubi mengguna kan soalan solan yang sudah biasa keluar akan menambah lagi daya ingatan sianak. 3 bulan Nana menggunakan programme latih tubi melalui score A dan aku melihat peningkatan akademik yang sangat drastik pada anakku itu. Dengan score A, bukan susah lagi untuk mencapai kecemrlangan akdemik yang sukarnya ialah untuk memnatapkan sahsiyah diri si anak dari masa kesemasa.

Zila melangkah masuk ke pejabatku tepat pukul 6 petang, kemas peluakn kami semenjak
15 tahun tidak bersua terasa rindu yang lama tidak melihatnya terungkai dan pelukan ku padanya terasa agak longgar terasa dia kurus tidak seperti teman teman lain. Sedari awal aku perasan Zila ketawa dalam kesedihan..aku boleh melihat sedih itu pada anak matanya. Bila dia bertanya khabar kehidupan aku...aku bersuara terbuka...yang aku tekankan ialah perjalanan yang kita lalui ada lesson tersendiri tiada sebab untuk aku berahsia kini aku kembali BAHAGIA dengan hidupku.Dari raut wajahnya sedaya upaya dia mengelak dari membuka topik hidupnya dan aku sama sekali tidak suka mengorek rahsia orang selama mana tuan punya badan tidak secaar sukarela membukannya. Aku memang menanti peluang untuk menyertai satu team yang boleh membuat kerja all out untuk mencari peluang hidup. Tenaga aku jadi banyak bila aku membuat kerja kerja bersama team.

Selepas mendengar keterangan Zila, aku merasa yakin dengan team ini tapi aku perlu melihat preview programme terlebih dahulu bagaimana mereka bergerak. dan Zila berjanji akan memberi nomborku pada seseorang yang aakn menghubungi aku untuk tujuan preview.Selepas kami berborak aku persan jam sudah 7.15 petang aku mengajak mereka bergegas ke cafe berdekatan untuk berbuka puasa. Aku memesan jus buah dan spagetti cream souce with mushroom.. aku suka sesuatu yang simple..dan sambil makan Zila mula membuka cerita.

Kisah zila menjadikan hatiku rawan. Benar kata Zila bukan tidak mahu bercerita tapi bila bercerita tidak boleh mengelak terbuka keburukan orang lain yang sudah bukan suaminya tapi tetap bapak kepada anak anaknya. Aku kaget mendengar seluruh hidup wanita ini sudah didambakan pada sang suami di rumah, dipejabat dan rumah mak mertua. Gaji yang sepatutnya dapat selayak seorang yang memegang segulung ijazah hanyalah duit makan anak anak dengan alasan bika kaya nanti baru kita berbagi. Dek kerana mendengar kata suami, hidup diteruskan dari seorang anak hingga 4 orang hinggalah tiba tiba suami terjatuh ketangan wanita lain. Berpoligami itu suruhan Alalh itulah hujah bila diminta alasan, bila hidup bermadu segala masalah tempias juga kepada hamba Allah ini. Hidup sudah tidak lagi aman. Dipendekkan cerita sang madu jatuh sakit setelah beranak seorang, demi kemanusiaan, masih berbuat baik dan membantu dan dalam diam diam suami seklai lagi mencekup peluang beristeri isteri no 3. Isteri kedua meninggal dalam derita setelah sempat mengamanahkan anaknya kepada Zila. kini zila bukan lagi seorang isteri tapi seorang ibu tunggal yang berkhidmat kepada 4 anak sendiri dan seorang anak tiri. pada aku Zila bukan manusia tapi MALAIKAT...aku berdoa didepannya ya Alalh ko bahagiakanlahs ahabatku ini...sungguh mulia hatinya..sungguh sabar jiwanya.

kami berbual kecil sambil meneruskan makan dan dalam hati ku tiba tiba rindukan suamiku dirumah. Aku diam diam berkata setiap kali aku mendengar cerita luka hidup orang lain setiap kali itulah aku emlihat suamiku sebagai sebaik baik manusia yang pernah berbuat salah dan ingin kembali mebahagiakan keluarganya. Selesai maakn kami bersurai kali ini kami bayar masing masing...sepanjang pemanduan ke rumah hati aku menangis kecil bertakbir pada Alalh kerana aku melihat sebuah kekusutan perjalaann hidup insan lain yang sudah hampir putus asa dan sedang berenang mencari jalan keluar dan aku melihat apa yang aku alami cuma sedikit dati kelukaan kelukaan itu. Ya Allah hanya kaulah tuhan yang maha pengampun dan maha penyayang...aku percaya kau tuhan yang maha ADIL..bantulah aku bantulah sahabat sahabatku Amin.

Inilah rezekiku menjelang nisfu syaaban...rezeki bebuka puasa..rezeki pertemuan seorang kawan dan rezeki sebuah pengajaran hidup. Terkadang hidup idak selalunya INDAH...mohonlah pada Allah untuk diberi keindahan dan dikekalkan sifatnya buat kita menikmati.