Tuesday, December 1, 2009

Dunia Online: Kekasih gelap?..hehe...Misteri pertemuan!



Mungkin tajuk ini agak keterlaluan buatku coretkan disini tapi inilah hakikatnya. Setelah aku melalui rasa tertekan , kekecewaan, kesunyian malah segala rasa yang dihadapi oleh seorang yang telah buntu fikirannya, itulah rasa yang aku rasakan. Perit pedihnya hanya tuhan yang tahu. Untuk terus berharap, aku takut sangat kecewa, untuk berhenti berharap takut meyusahkan, mengecewakan dan mnehampakan orang lain. Tidur malamku jarang lena..ya aku sedang diduga dan aku perlu alihlan fikiran begini. Sekurang kurangnya aku perlu alihkan sebuah rasa yang terllau utuh dihati...perasaan kasih sayang dan cinta abadi yang pernah bersrang dan sebati dihati ini terhadap kehidupan rumahtanggaku.
Walau bagaimana kemelut dimuara kasih kami, hubungan kmunikasi aku dan sumai seperti biasa. Aku boleh bercerita apa saja begitu juga dia. satu hari aku meminta izinnya untuk memulakan aktiviti chatting. Lalu aku meulakan dunia onlineku yang amat terasing bagiku dengan melayari laman WAYN. Aku kemaskinikan profile diri dan aku mula menambah kawan. Niat dihati cuma satu sekadar suka suka. lagi pun semua kawan dipejabat sudah lama berkecimpung di online, kiranya aku agak ketinggalan. Aku merasa agak kekok berbual dengan kawan kawan lelaki emlayu di online. Kuat sangat rasa bersalah dan akhirnya aku dropkan semua nama mereka dan memulakan nama kawan kawan bukan melayu sahaja alsan ku untuk membaiki bahasa inggerisku.
Dalam ramai ramai kawan yang meninggalkan mesej dan yahoo Id mereka, ada satu profile yang menarik hatiku seorang jejaka dari Australia berusia 42 tahun, apasalahnya berkawan. lalu aku tawarkan persahabatan dan meninggalkan yahoo Id ku di peti mesejnya.
Dari situ bermulalah sejarah persahabatan jarak jauh kami.Tiga hari pertama bersembang dengannya aku rasakan agak cuak kerana aku sebenarnya cuba mengelak orang yang datang dari latar belakang muzik. masuk seminggu, aku kagum dengan sifat lembut dan berterus terang serta kesungguhannya bertanya khabar, terus menatiku ditalian, kisah kisah kehidupannya dan yang paling ketara dia kelihatan begitu dekat dengan cara hidup orang Asia. saban hari kelapangan dia pasti menatiku di alam maya. sapaannya..tegurannya..jenakanya...ceritanya..sebahagian kehidupan seharianku dipejabat. kalau kesibukan kami tidak putus mengirimkan email diawal pagi dan petang hari. hari hari bekerjaku sangat menyoronokan walau pejabatku agak kesunyian dan meletihkan.
Tidak cukup dengan chatting, kami sering bertukar gambar, gambar sendiri, gambar anak anak, gambar keluarga, gambar rumah...bermacam macam gambar. Setiap minggu apa s aja aktivitiku dan aktivitinya sering dirakamkan untuk tujuan gambaran melalui email. Akhirnya selepas sebulan, kami mula berani berbual melalui telefon. Dia memulakan telefon sejauh News South wales ke Malaysia semata mata untuk bercakap denganku dan aku pun mula menelefonnya tidak kira tengahari, pagi, atau malam bila waktu terluang. Suara dicorong telefon seolah olah sudah sebati antara kami. kami boleh bergelak ketawa selama satu jam ditelefon dan sedar tak sedar aku seolah olah sudah sangat mahir berbahasa Inggeris.
Tipulah kalau aku katakan antara aku dengannya sekadar suka suka. Mungkin ya kalau diminggu pertama, sebenarnya masuk minggu kedua email emainya cukup menyejukkan jiwaku memujuk kalbuku dan menyedapkan rasa dihatiku. satu hari, aku memberitahu suamiku apa yang telah berlaku dihati ini, airmataku mengalir kala itu dan aku meminta suamiku berbuat sesuatu agar memenangi semula hati ini. Suamiku juga menangis tetapi belai tidak berbuat apa apa. Seolah olah biarlah cinta antara kami berlalu pergi. Sedang hubunganku dan dia semkain mesra. Aku cukup rasa bermakna bila aku rasakan dia ada didalam hatiku, aku mungkin tidak layak untuk meminta lebih sedangkan aku masih isteri orang.
Dalam sebulan, kami hanya tidak berhubung puratanya seminggu sahaja. berpuluhan email dan gambar tetap menjadi tukaran kami.Bertelefon paling kurang seminggu sekali. Aku bertanya pada diri sendiri....kenapa dengan aku ini...walau jarak usia kami terlalu jauh. Umurnya mencecah 60, dia insan yang kesunyian, hidupnya hanya muzik tapi hatinya sangat keen kepada Asia dan kehidupan timur. Aku bersembangd engan ramai orang tapi aku tidak merasa sepertimana aku merasa bila aku bersembang dengan dia.
Setelah hampir setahun,Pada satu hari, aku mengesyaki sesuatu lantas aku bertanya secara baik dan beliau menafikannya. Selang seminggu mendiamkan diri tiba tiba aku menerima email darinya meminta maaf kerana merahsiakan satusnya memiliki siteri dan anak perempuan berusia 7 tahun. Aku tidak terkejut, cuma aku bertanya semula kenapa sampai ambil masa setahun baru meberitahu aku, akhirnya dia bercerita segala kedudukan rumahtangganya padaku secra jujur dan ikhlas. dan sbenarnay NASIB KAMI AGAK SAMA, CUMA CERITA KAMI BERBEZA. Lihatlah dunia, dalam kita begitu sukar menepuh segalanya , rupanya kita tidak keseorangan, ada orang yang lebih sukar menepuhnya dan hati, perasaan , kekecewaan, harapan yang dlaluinya hampir asma dengan kita. Aku bertambah yakin dihati Allah itu maha Adil sekali. Aku tidak pernah kecewa mengethaui dia beristeri, malah aku akur persamaan kami makin merapatkan kami namun ada satu jurang yang membezkan kami.... UGAMA.
Sedikit sebanyak dia mengkagumi aku melaui emua dalam keperitan demi anak anak. dan Aku meberitahunya kelebihan Ugama kami mengajar kami begitu. Biarlah kita berkoran untuk insan yang kita sayang terutama anak anak kita, dan kalau kita tiad ruang bahgia dialam nyata, cukuplah sedikit bahagia dialam maya ini...pertemmuan ini amat bermakna dan kami akan terus berhubung hingga akhir hayat. Dia menceriakan hari hari suramku...TERIMAKASIH JIMMY!!!

Jauh Perjalanan Banyak Pengalaman- Bonanza Bangkok 2009


Destinasi keduaku bersama kawan kawan tersayang Noni dan Ima ke Bangkok adalah satu perjalanan yang sangat adventure. Aku seronok melalui pengalaman baru mengenali Bangkok dengan cara tersendiri kami. Kami hanya ada tiket kapal terbang tanpa memikirkan hotel dan yang lainnya. Buat kali pertama jugalah kami tidak bersama dalam sebuah penerbangan.
Penerbanganku dan Noni terawal satu jam dari penerbangan Ima. Kami bertiga ke airport bersama dihantar suamiku. Seronok tenguk Ima mengusik suamiku...kesian sani ditinggalkan lagi hehe..senyum memanjang suamiku, aku tau dia tidak kisah janji aku mampu mencipta bahagia dan melupakan nostalgia kelukaan semalam yang agak sukar dilupakan. Kerana itullah aku bebas merancang apa saja aktiviti sihat bersama kawan kawan.
Setiba di Bangkok, Aku agak seram sejuk...dah lah cuaca Bangkok lebih sejuk berbanding Malaysia dan waktu Bangkok awal 1 jam dari Malaysia. Kami melalui kastam dan Imigresen dengan perasaan kecut perut...hehe maklumlah Thailand. Seberapa ketika, munculah Ima dari celah celah orang ramai kami mengambil teksi menuju ke hotel yang di beritahu kenalan dalam Kapal Terbang.
Di lobby hotel, kami dihidangkan minuman..dahaga punya pasal aku terus melantak dan Noni berbincang pasal harga bilik. Kelihatan Kakak ku itu naik radang ...lantas aku mendekati untuk cuba memahami apa yang berlaku...ohhh harga bilik yang ditawarkan pada kami agak mahal tidak seperti yang dinyatakan dalam internet. kami terpaksa mencari hotel lain, nasib baik begku tidak berat. Lama jugak berjalan akhirnya kami menahan tuk tuk dan meminta pemandunya mencarikan kami hotel dengan berbahasa Inggeris. Akhirnya tibalah kami di ROSE HOTEL.
Hotel ini terletak sangat berdekatan dengan Selom road dan Selom Market. suasana malam yang meriah membuatkan aku seronok mencuci mata meliaht barang barang jualan di Selom Market. Bila kepenatan kami pergi berurut dan berehat di bilik. Seeprti biasa acar berjeneka dan bercerita hingga terlelap menjadi acara utama menjelang tengah malam. Antara kami tiada rahsia hehe.
Keesokan harinya kamiperi ke MPK, Chak Tun Chak...memang murah dan pelbagai tapi time makan sangat terseksa. Bile kami mengenali Uncle Sompang pemandu teksi dia mebawa kami menaiki boat menjelajah sepamjang sungai Menam Chopraya..memang cantik dan menyeronokan. Kalau disebelah pagi ada wet market ...kami terlepas. tak pa lain kali boleh plan datang lagi.
Last sekali sebelum pergi ke Air port, kami bawa uncle Sompang makan di sebuah restaurant sea food. Memang sedap dan halal, agak mahal dan ekslusive dan kami seronok berbual sambil makan bersama uncle Sompang. Bangkok terkenal dengan perhiasan mas putihnya. kalau kemari belilah barangan emas putih dan jewlelary Bangkok teramat murah berbanding Kuala Lumpur tapi aku terkecuali sebab niat asalku hanya untuk berjalan dan dapatkan souvenir buat keluarga.Kami pulang ke Kuala Lumpur dengan satu rasa yang puas tapi berkeinginan untuk datang semula.

Bangkok dalam kenangan.

Pemurah hati Vs Kedekut


Hari ini saya merasa terpanggil untuk menulis isu pemurah hati Vs kedekut. Dalam pengamatan kisah hidup disekeliling saya, saya banyak melihat ada orang yang sangat murah hati dan tak kurang juga orang yang sangat kedekut. gelihati saya bila melihat gelagat orang orang kedekut terkadang mereka gelisah bila duit teksi yang diabayarkan terlebih dahulu lambat dilunaskan oleh kawan kawan lain..hehe pada hal tak berapa sen pun nilai duit tersebut.

Bapa saya seorang yang sangat tidak kedekut. Demi tetamu beliau sanggup berhabis. Emak saya juga tidak kedekut, walau tidak berapa mampu dia jarang memperlihatkan ketidakmampuannya. Adik beradik saya sendiri ada yang sangat pemurah dan ada juga sedikit kedekut. Orang kedekut sellaunya dia seronok menikmati pemberian orang lain, sementara orang kedekut kelihatan risau dan runsing bila menerima tetamu secar tiba tiba padahal tetamu itu pembawa rezeki. Orang kedekeut juga sangat suka merancang budget, dan budget mereka sangat berdikit dan tiada ruang langsung untuk memebri secara suka rela kepada orang lain.

Secara peribadi, saya amat rimas bila berdepan dengan orang kedekut. Terkadang saya berfikir bagaimana untuk membetullkan mind setting mereka. Sebenarnya hidup ini sebahagian dalam harta kita ada hak orang lain. Lebih banyak kita memberi pada yang hak lebih banyak pulangan yang didatangkan oleh Allah Taala. saya melihat sejarah Ibu saudara saya. Belaiu sangat berkira untuk membeli keperluan sendiri, tetapi bila sebut hal kesusahan dari adik beradik, ipar duai, anak anak dan cucu cucunya, beliau pasti bersegera menolong tanpa mengharap apa apa balasan. wahal setiap ringgit yang diperolehi adalah terlalu sukar, menempuh jerih berjaga malam, kejang kaki berdiri. Kerana ibu saudara saya ini seorang pejuang yang penuh kasih sayang.

saya melihat dengan mata kepala saya sendiri, mereka yang pemurah, rezekinya amat mudah. Melimpah ruah tanpa disangka melalui mana mana pintu dan dalam rezeki itu ada ketenangan ada rahmat.Saya melihat sejarah neenk saya sendiri, bila beliau memlihara seorang anak yatim piatu, penuh kasih sayang tetiba rezeki nenek saya melimpah ruah sehingga beliau boleh mengerjakan ibadat haji ke Mekah Mukarramah.Pemurah, berikan penuh kasih sayang dan ikhlas adalah petua ketenangan yang dimiliki nenek saya dan saya rasa semua itu sangat sebati dengan jiwa saya.

Kata Orang duit boleh dicari walau pun duit bukan segalanya. Ketenangan abadi, bahagia penuh rahmat itulah yang sukar untuk dikecapi. Apa guna kalau kita kaya, tapi kita semakin lupa dan dilupakan apalagi kalau kita sering dikutuk dan dicaci tanpa kita sedari.Duit dan harta yang banyak sebenarnya dugaan. Adakah lari atau stabil pegangan agama dan kemanusiaan bila kita diuji dengan harta benda dan kuasa. Semua itu hanya sementara, sekelip mata mampu ditarik semula. bersyukurlah dan jangan lupa keperitan orang lain yang hampir dengan kita. Sifat pemurah juga mampu mebuat orang bahagia, walau tanpa menghulur apa apa. Sekadar jangan mengeji sudah cukup besar peranan kita dalam mebahagiakan orang lain, apalagi kalau kita ikhlas memuji. Biasakan budaya menghargai kehadiran orang lain, terharu dengan pengorbanan dan kesangupan orang lain. janganlah kita terlalu kedekut hingakan memberi sebaris senyuman ikhlas pun kita berkira apalagi untuk memuji kehadiran mereka. Renungan ini juga buat diri sendiri......