Thursday, March 1, 2012

Pilihan ALLAH


Tiada semulia lafaz ALHAMDULILAH yang perlu aku mulakan bila jejari ini mula menekan key board untuk terus mula meneruskan perjuangan dipenulisan blog ini. Hari ini 2 March, kita sudah berada dibulan March 2012 bermakna February sudah ditinggalkan dan hanya menajdi kenanagan dan pengajaran.

Alhamdulilah cuaca hari ini sangat baik, mood hari ini juga sangat TENANG, kepala juga rasa begitu ringan, tiada tekanan dek masalah kesihatan mahu pun cuaca. Hari ini juga barulah boleh memakai jubah yang sudah diambil dirumah Chw semalam sempena hari Jumaat. Alhamdulilah satu kelainan hari ini bila memulakan hari dengan sarapan berama Adik Fatin dan Radzi diRestaurant Amar bersebelahan University. Apalagi pagi Jumaaat yang tenang ini berkesempatan membaca Surah ALWaqiah dan mendengar suara CERIA sepupuku Suaniza. Alhamdulilah aku bersyukur pada Allah kerana masih merasai nikmat nikmat sebegitu.

Berbicara tenatng NIKMAT ALLAH, semalam seharian aku merasai satu KEPUASAN JIWA bila aku berkesempatan MENIKMATI banayk pertemuan yang bermakna. Bermula dengan pertemuan dengan Kak Manizah dan akhirnya pertemuan dengan sahabatku Anis. Aku memang akan terus bertenaga bila banyak peluang menemui orang baru dan lama. Terasa seakan berada dipuncak dunia. namun dalam banayka banyak pertemuan itu, pertemuan dengan Kak Siti Rohimi lah yang paling meninggalkan KENANGAN MANIS buat aku abadi dihati. Kak Siti yang bergelar Dr Siti seorang pensyarah yang baru mendapat gelaran Dr lantaran berjaya kejayaannya mencapai tangga tertinggi dalam bidang akademik. Aku mengenali semenjak tahun pertama aku didunia pekerjaan. Dialah seorang Principle yang sangat seronok aku berkerja bersama dan bila dia menajdi deputy dean, kenangan akud an dia sama sama mengendalikan keadaan disuatu programme terus terpahat dihati.

Sedari dulu hati aku berkata, AKU SUKA DIA. Dia seorang yang sangat jujur, telus, ikhlas dan FIRM. walau begitu, intonasi suara dan senyuman sering disulami dalams etiap tutur katanya samada hal persahabatn mau pun hal kerja. Aku kenali dia sebagai seorang yang KUAT SEMANGAT, KENTAL, BERPENDIRIAN dan BAIK HATI. Aku terasa kasih sayangnya sebagai sahabat dan selama aku duduk berbual dengannya seumur itulah aku tidak pernah mendengar dia bercakap pasal orang lain. Akus angat kagum dengan dia.

Dalam pertemuan semalam, aku sempat menghulurkannya Brooch kupu kupu berwarna BIRU. Aku menag niatkan pemberian itu sedari awal, biarlah aku abadi dihatinya sebagai kawan baik. Aku ingin berada dihatinya. Dia peluk bahu aku dan mengucapkan terimakasih atas ingatan itu. Sebenarnya apalahs angat brooch yang bernilai 5k won itu berbanding tempuh hubungan persahabtan yang lama dan kekaguman aku pada dia sebagai sahabat yang nilai dirinya sukar untuk aku temui pada sahabat yang lain. Aku bersyukur kerana Allah memilih dia sebagai salah seorang sahabatku. namun dipertemuan semalam, aku terlihat ada KESEDIHAN dimatanya yang lembut. Ada KEKECEWAAAN namun aku tidak berani ebrtanya walau dalam perbualannya ada kiasan yang digambarkannya seakan dia berdepan dengan cerita hidup yang agak tertekan. Doaku sebagai kawan semoga Allah memebrikannya sesuatu yang lebih bermakna pengganti kegembiraan berkat kesabaran dan jerihnya melalui tempoh tempoh duka. janji Allah itu pasti dan Allah itu sangat Adil sifatnya. Aku juga boleh hidu KECEKALANNYA dalam menghadapi kemelut itu. Puas aku dan dia bertukar tukar ANGLE...aku ceritakan pengalaman yang sedikit, dia keluarkan semua TEORI TEORI bisness yang perlu aku ketahui malangnya aku tidak mengeluarkan pen dan kertas menulis setiap tutur bicaranya sebagai rujukan. Alhamdulilah ini adalah sahabat kiriman tuhan buat aku berbentuk sokongan.

Seharian aku tidak masuk kebilik bertugas. bayangkan lah kaalu aku tidak bekerja dan hanya memenuhi pertemuanpertemuan yang disusun begitu, itulah yang aku suka walau seebnarnya meletihkan dan agak tidak sesuai dgn umur sebegini tapi pakan daya semuanya datang dilembaran 40an. Sekurang kurannya aku amsih mampu merasa peluang sebegitu. Kini terlintas pada aku untuk membuat senarai panjang kawan kawan berdekatan, atau ebrjarak dan merancang pertemuan dgn mereka. Semestinya mereka adalah kawan kawan positive yang sama wave length dgn kita dan kalau tidak mencari ilmu bersamanya kita berpeluang memberi ilmu atau sekurang kurannya sama sama KETAWA menghalau sebuah duka yang bertandang seketika. Insya Allah dengan izin Allah dan aku ingin terus berdoa untuk diberikan jodoh pertemuan, rezeki perkenalan, kemanisan perhubungan penuh berkat yang membuka banyak peluang peluang yang menjadi seakan PINTU BESAR kepada REZEKI yang LEBIH BESAR.

Seharian hari ini, aku mengingati Nikamt Allah kesan pertemuan semalam dan kenikmatan semalam, lantaran itu hati merasai indahnya hidup ini dengan jagaan Allah dan apalah sangat dengan ujian dan dugaan yang baru menjengah tiba, selain lebih mematangkan diri kita, lebih mengenali sikap sesetengah manusia lain, selain dari menduga tahap kesabaran dan juga membuka ruang untuk lebih duduk bertafakur MEMINTA tanpa HENTI iabrat seorang pengemis yang mengemis kasih Allah dan kasih TUAN pada hamba pengemisnya didatangkan dalam bentuk nikmat yang tiada taranya. Persiapkan Akal untuk melihat dengan TAJAM dengan mengapai redha dan penuh sabar. Aku akhiri juga dengan sebaik lafaz Alhamdulilah selama mana hidup ini bertuhan selama itulah sangat sempurna sebenarnya walau penuh kekeurangan yang LAIN selain Allah.

Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamduliah...tidak mengapa orang lain tidak memilih aku, atau nasib tidak memilih aku asalkan aku berada dalam linkungan pilihan Allah yang penuh kasih sayangnya.

Amin.