Wednesday, February 20, 2013

16th Anniversary : Rezeki JODOH




21 February 2013 adalah tarikh KERAMAT dalam hidupku. Alhamdulilah hari ini aku masih diberikan peluang oleh Allah melaluinya sebagai ISTERI SANI. 16 tahun yang lalu, pada tarikh inilah jam 2 petang kami sah sebagai SUAMI ISTERI. Hari ini aku abadikan sekelumit rasa bahagia atas peluang ini di FB..ALHAMDULILAH 21 Feb 2013 genap 16 tahun REZEKI JODOH ini...segala susah senang, ketawa gembira, sedu sedan, sudah kita lalui bersama ..Terima kasih Allah kerana DIA MASIH DISISI..semoga kami bersama terus GAGAH meniti UJIAN dan DUGAAN..Amin ...tuntut dinner kat THE SHIP mlm ni cik hubby Khamsani Ismail.
Rezeki, Ajal, Jodoh pertemuan dan Kelahiran sepenuhnya ditangan Allah. Aku merasai kehebatan itu. Bukan sedikit cabaran rumahtangga yang aku lalui namun kalau sudah jodoh, pasti tidak kemana. Sesekali mengimbau masa lalu yang semakin jauh aku tinggalkan, kesakitan kekecewaan, lemas dengan air mata dan sebuah perasaan tertekan yang tidak berketepian. Akhirnya Allah menarik aku ketepi dan memperlihatkan aku pengkalan yang KEKAL ABADI. Terima kasih Allah, terima aksih kerana memilih aku untuk melalui semua ini.
Seimbsa lalu bila dikenang kembali, aku seakan berada diruang yang sudah tidak cukup udara untuk bernafas. Aku lemparkan jauh jauh harapan bila kelihatannya seolah aku STUCK di tengah tengah jalan. Seingat aku segalanya beransur kembali selepas aku jatuh sakit pada NOV 2011 selepas seminggu kembali dari Seoul Korea dan antara idea terbesar yang pernah diputuskan selama disana, aku dan dia sudah BERAKHIR.
Siapalah yang tahu, kita merancang sesuatu yang kita fikirkan BAIK dan PERLU, sedang Allah terus menyediakan jalan cerita yang PENUH RAHSIA ditangannya sahaja dan diluar jangkauan akal kita. Siapalah kita sebenarnya untuk tidak bermohon pada Allah sepenuh hati siang dan malam. Pengalaman sakit itu menjadikan aku TERFIKIR, mengapa aku sakit begini tiba tiba, dalam tempuh itu, Hubbylah yang setia menemani aku disisi. Menjawab soalan dalam diri, aku temui jawapannya sendiri, AKU SANGAT JAUH DENGAN ALLAH. Di kala umat Islam solat dan bacaan Yasin di tahun baru, aku meriah berlibur di Myong Dong. Semasa disana lagi, hati aku mengecam diri sendiri, apa aku buat ni?..apa aku buat ni?.
Alhamdulilah menyedari JARAK SEMAKIN BANYAK, aku gagahkan diri dalam sakit mencari penawar melalui bacaan Al Quran, baca dan baca dan terus baca disetiap waktu. Akhamdulilah 5 bulan aku melihat hasilnya, aku didorongkan seorang teman untuk berjumpa seseorang. Alhamdulilah selepas sessi rawatan ini aku semakin sihat dan KESIHATAN YANG BAIK itu aku menfaatkan dalam menggandakan ibadat dan doa doaku menjelang Bulan REJAB.
Rejab, Syabaan dan Ramadhan kami menjadi TETAMU yang menghidupkan bulan bulan itu, Nisfu Syabaan aku bertemu seorang Guru agama dari Indonesia, bagai luruh segala isi hati bila mendengar mutiara mutiara indah dari mulutnya selama 3 jam hinggalah pada Nuzul Quran, aku diberikan peluang oleh Allah Ke Jakarta bersama Mai, mengikuti pengajian Tuan Guru yang dipanggil Bapak dan buat pertama kalinya aku keluar melangkah tenaga, masa,  wang dan ketepikan keselesaan kerana MENCARI REDHA ALLAH. Segalanya bermula disitu, aku melihat diri, aku melihat kegagalan, kekecewaan, sakit hati, conflict yang datang daalm hidup ini semuanya sudah ditakdirkan dalam hidup aku oleh Allah. Kita tidak mampu merubah semuanya, sebaliknya untuk KUAT mengharungi semuanya, MINTALAH DARI ALLAH.
Semenjak aku kecewa dalam rumahtangga, aku gegang rasa kecewa, aku tidur dengan kecewa, kecewa menjadi iklim yang tidak berubah disekelilingku walau dengans iapa aku berada dan walau dimana aku berada, akhirnya buat pertama kalinya ditahun 2012, kami menyambut Hari Raya penuh bermakna bila akhirnya, aku benar benar SUJUD DAN MENCIUM TANGAN hubby penuh ikhlas dihari raya. Malah, hati aku sudah berdetik untuk kembali berhari raya dipangkuan keluarga Hubby. Semenjak itu, cuaca disekelilingku berubah, tiba tiba kami terasa kosong dan tidak sabar untuk hidup bersama anak anak kembali.
Segalanya bagai SUSUNAN PLOT yang sangat hebat dari Allah. Bila anak anak kembali kepangkuan kami Nov 2012, satu persatu kami dihujani berita gembira, gembira dengan kejayaan anak anak, Fayyadh mendapat 4A 1B dan Kakak mendapat 9A, seterusnya, bergugusan berita gembira menjengah pintu hidup kami, bila kakak mendapat tawaran ke KISAS dan Fayyadh dengan mudahnya memasuki IQKL. Dua pintu KETENANGAN BESAR menjadi milik kami, Kakak saban hari mengutip mutiara di BUMI WAKAFAN dan Fayyadh saban Malam mengadap BICARA ILAHI. Tenang sungguh tenang dengan hadiah hadiah yang besar dari Allah ini. Allah memberi terlalu wahal aku baru sedikit berubah, baru sedikit memberi hak Allah, bagaimana harus aku nyatakan syukur atas semua anugerahnya itu, kerana itulah, terlalu indah rasanya bila sepanjang perjalanan dari sekolah kakak pulan kerumah, kami singgah untuk bersedekah, sekolah yang jaraknya 1 jam 30 minit dari rumah itu kami melepasi  30 buah masjid dikdua belah jalan. Alhamdulilah. Sempena untuk bermohon terus rahmat dan barakah Allah, kami adakan kenduri kesyukuran seekor kambing selamat ditumbangkan dan tidak mampu untuk digambarkan dengan kata kata bila melihat 30 lelaki berkumpul dalam saf diruang tamu TERATAK KASIH BONDA untuk bersolat Hajat. Hajatku dan hajat kami sekeluarga, semoga anak anak terus dipermudahkan Allah dalam perjuangan dan semoga segalanya selamat dan berkat.
Sehingga hari ini, hari demi hari kami lalui penuh rasa bahagia, kami semakin GAGAH berdiri untuk melawan arus kehidupan yang didatangkan Allah khas buat kami mencari KEKERDILAN DIRI dan terus BERSUJUD SEBAGAI HAMBANYA. Alhamdulilah syukurku padamu ya Allah, kerana kasih sayangmu yang tidak pernah putus, kerana kasih sayangmu yang luhur dan ranum sifatnya, segala kasih sayang dalam kehidupan kini seakan kembali dengan penuh warna buatku. Bagaimana harus aku nafikan untuk tidak menyintai dia sedang jelas KAU CIPTAKAN DIA KHAS BUAT AKU. Ya Allah barakahlah hubungan jodoh kami, jadikan ia gelangang untuk kami merubah diri dan mencapai tahap INSAN KAMIL disisimu..Amin ya Rabbal Alamin.