Friday, February 25, 2011

Hidup terkadang sebuah LAKONAN.


Hari ini 25 February, tarikh terakhir menjenguk blog ini ialah 15 February yang lalu. Ada 10 dalam senarai yang perlu ditulis untuk renungan dan kenangan diblog ini dan hari ini lewat kemalsan diri membawa waktu yang sangat sesuai buat aku untuk meneruskan salah satu dari sepuluh yang tersenarai. Hati cenderung untuk menulis hidup terkadang sebuah LAKUNAN.

Pernah aku meletakkan posting difacebook kenyataan penatnya BERLAKON. ramai juga kawan kawan memeberikan komen sambil bergurau mengusik. Hati terkadang cukup terhibur dengan gurauan bersahaja teman teman jauh dan dekat. Selalaunya kalau sola sola serious, adik adikku jarang memebrikan komen agaknya mereka malas berfikir dan mengusulkan mengapa dan kenapa. Tapi mereka percaya apa yang aku lalui walau seberat mana pun aku tidak akan menyusahkan orang selama hidup ini insya Allah.

Lakonan mungkin mudah bagi sesetengah orang tapi tidak bagi aku. kalau hati tidak gembira aku tidak mampu berpura pura seakan sangat gembira, cuma bila hati agak marah, rasa hormat dan sayang mengajak aku untuk bertahan sehingga pada saat aku sudah tidak mampu bertahan lagi apalagi hati sudah mula mengatakan berdiam diri seakan satu kesalahan maka berlakulah LETUPAN LETUPAN kecil yang mengcalar insan insan tertentu. Itulah aku!!

Sehingga hari ini aku masih berlakon. Berlakon untuk mendapatkan semula HAK aku agar mereka mereka tertentu bersungguh sedikit dalam melaksanakan janji. Bila keadaan tidak lagi menyebelahi suasana berterus terang, bila persemukaan cara baik hanya dipandang sepi, aku tidak memilih untuk melancarkan PELURU atau BOM yang berpandu memandangkan aset aset yang masih aku harapkan untuk menjadi rezeki aku dan sedikit pun aku tidak HALALkan menjadi habuan penipuan dan lakonan orang lain.

Dalam lakonan ini aku terpaksa menggunakan kedudukan SUAMI. Suamiku sudah mengancam keadaan aku, kononnnya suamiku sudah mengetahui jumlah wang yang terlibat, kononnya suamiku akan mengambil tindakan undang undang, kononnnya aku sedangs engsara kerana semua kad ATM, kad kredit dan kereta sudah dirampas. Aku sendiri tidak perasaan entah masa bila idea idea ini tercipta dan aku sendiri tidak menduga tone suara dan feel boleh timbul ketika aku bercakap untuk mengrealisasikan tekanana dalam keadaan. Inilah pertama kali dalam hidup aku aku benar benar MENIPU. Menggunakan kemahiran memehami manusia , keadaan, reaksi untuk menipu dan Alhamdulilah HASILNYA sungguh taajub. Cerita cerita aku semuannya diterimannya dengan STRESS, bagai dihambat tsunami kedengaran suaranya yang penuh tekanan dan kebimbangan. Alhamdulilah juga akaun ku terisi kembali dengan jumlah RM1000 untuk tempuh seminggu dan berkali kali dia cuba untuk menerangkan kedudukannya bila keadaannya betul betul tidak berwang.

Aku senyum dendirian, geli hati pun ada, nak kukongsi bersama suami takut akhirnya hubungan friendship langsung tidak boleh wujud, lantas aku hanya diam dan berkongsi dgn adik adik dan ipar duaiku, bangganya hati bila iparku sendiri sanggup berlakon untuk buat police statement dan lawyer statement bila PERLU.Alhamdulilah aku tidak menhadapinya sendirian, ada adik beradikku yang menyokong, kirannya hasil uasaha ini berjaya akan aku ceritakan semuannya pada SUAMIku agar menjadi pengajaran bersama dalam kita ebrdepan dengan ragam dan kerenah manusia.

Adik adikku bersetuju dan memahami siapa aku, pada hematku sedari dulu kita tidak perlu menunggu untuk menjadi TERLALU KAYA untuk menolong orang apalgi mereka dikalnagan kawan, rakan sekerja dan ahli keluarga jauh dan dekat namuna bila kita hendak menolong perhatiakn situasi mereka. Aku mengambil kira amsih ramai dikalangan sahabat kita walau pun bulanannya mantap dek kerana tanggunjawab yang banyak terkadang ada waktunya TERSASAR dari landas keewangan yang biasa. Di waktu begini, mereka terpaksa m,endapatakn bantuan dan sudah tentu dengan pendapatan bulanan mereka mampu membayarnays emula jika mereka jujur dengan janji mereka sendiri. Melihat manuisa dari kacamata jujur dan peluang buat mereka, bukanlah susah untuk memebri ruang kepercayaaan, kalau tak cukup dalam masa sebuan mungkin 3 bulan pasti mendapat balik duit yang dipinjamkan. Lainlah kalau kita berdepan dengan orang yang betul betul tersempit dan tidak berkemampuan, untuk jumlah tertentu yang sudah diniatkan SEDEKAH, berikanlah hak mereka agak keewangan kita menjdi lebih lapang tanpa menharap kembali mereka memulangkan sebarang bayaran. Istilah Pinjaman dan SEDEKAH adalh dua konsep yang berbeza tapi keduanya bersifat MENOLONG.

Aku yakin denga pengajaran perjalanan hidup ini sebahgaiannya Alalh ingin menemukan kita dengan cabaran dan peluang, cabaran mengenali dan menangani sikap manusia, peluang untuk menambah kemhiran dalam diri dalam menangani mereka. Semestinya disatu persimpangan kita akan terjumpa sau cara yang kena dan TEPAT untuk mengendalikan sesetengah golongan. Manusia sememangnya TIDAK SAMA, ada yang LURUS, ada yang BERBELI BELIT mengalahkan ular malah ramai yang LIDAH BERCABAG dan pendustaan hanya bagai makanan baut mereka. Siapalah kita untuk menganggap kita terlalu baik, dalam banyak keadaan kita kerap menjadi MANGSA, bila menyedari situasi itu, kita mesti memulakan langkah yang lebih selangkah BIJAK dari mereka. Matlamat perlu dicapai, matlamat utama untuk memdapatkan balik hak kita tidak semestinya perlu BERPERANG dan BERTEGANG URAT, API KEMARAHAN yang ditimbulkan pasti akan menengelamkan semua PELUANG cukupak sekadar permaian ugutan secara psychology yang sedikit memberi rasa CEMAS pada diri mereka.

Alhamdulilah kupanjatkan pada Allah kerana masih menentukan semua ini adalah rezeki rezeki ku yang juga rezeki buat zuriat zuriatku, adik adikku dan kedua ibu bapaku...biarlah hanya mereka yang betul layak untuk dibelanjakan akan aku belanjakan rezeki pemberianmu ini Aminnnnnnnnn.