Wednesday, April 28, 2010

Meniti Pelangi!!!!!


Minggu ini memang minggu yang paling BUSY!!! kesibukan yang semkain bertambah dengan tempoh masa yang semakin singakt bagai dikejar MAUT. banyak perkara dalam seharian terpaksa ditinggalkan, kepala sendiri pun tidak tentu arah...happy ada..risau ada..sedih pun ada. Ada lagi 4 perkara didalams enarai peribadi untuk dilangsaikan..dan ada 3 perkara pejabat dalam masa dua hari berkerja dan ada banyak perkara urusan rumah untuk 3 malam. mungkin kalau hati kata mesti SIAPKAN...sebelaum pagi hari sabtu. hari keberangkatanku ke LONDON

Satu masa dulu hasrat untuk ke London ini sepenuh hati kerana hati sangat TERLUKA dan TERTEKAN. masa tu pertengah ke akhir 2009. Menjelang february 2010 terasa masa cepat berlalu dalam debaran...ohhh takutnya menempuh habis April. setiap malam kurenung wajah anak anak terutama Harraz yang hampir setiap malam tidur denganku. pelukannya tidak pernah longgar apalagi bila kesejukan penghawa dingin dibilik.

Hajat mesti diteruskan ...memang banyak menafaatnya apalagi suamiku Sani tidak pernah menghalang selagi aku bahagia malah duit, camera , shopping pakaian dibuatnya bagi memnuhi keinginanku..dia juga tumpang bangga dan mengirim barang kegemarannya. yang pasti aku pergi dengan RINDU...rindu pada kasih sayang yang aku tinggalkan.kasihsayang suami dan anak anak yang hidup denganku saban hari. Bukan senang untuk berhubung melalui telefon dan internet. Mungkin perpisahan ini akan mengajar kami semua erti keperluan kami antara satu sama lain dan penyatu kukuh kami kembali.

Buat hubby akan aku tinggalkan sekeping SURAT yang sarat dengan BICARA HATI..aku hargai perubahannya..aku hargai kekuatannya aku hargai ketengana dan kesabarannya. Sekarang dia memperlihatkan padaku dia sanggup berkorban asalkan aku bahagia dengan apa yang aku ingin capai dalam kehidupan ini.

Sepanjng disana aku ingi terus menulis. manulis bahasa jiwa yang tidak pernah padam denagn HARAPAN. Jiawa yang ingin terus menyumbang walau sekecil ayat. Aku ingin menegnali sebanayk mana kawan baru. Ingin melihat corak pemikiran mereka. ingin berkongsi cerita dan ketawa dengan sepupu dan kawan kawanku. Aku sangat percaya Allah sedang menyediakan sesuatu buatku...sesuatu yang ISTIMEWA dari Allah...

hari ini adalah hari terakhir aku dengan para pelajar sebelum mereka menghadapi peperiksaan dan bercuti. sebagai tanda terimakasih aku pada mereka, kami akan berkumpul untuk minum petang di ICE ROOM cafe Nilai. tanpa mereka siapalah aku dan kerja kerjaku.

Malam ini akan bermulalah operasi mengemas rumah. pakaian anak anak perlu disediakan. Menulis setiap peringatan buat along tanpal dibilik along. Along akan mengambil tugas aku sebgai ibu dipagi hari buat anak anakku. Kerja mengejutkan mereka dari tidur akan menjadi kerja along...aku juga akan mengingatkan suamiku
akan tugasan sepanjang ketiadaanku.

Aku kini terlalu MAHIR mengorak jalan jalan bahagia dalam ruangan yang dipanggil peluang dan peluang ini datang hanya setelah TSUNAMI dan Taufan melanda sepanjang perkahwinanku...benarlah bila kita mengecapi bahagia itu kita seakan merasa bodohnya kita meratap dan menagis satu ketika dulu kerana disebalik kegelapan cuaca hujan dan panas rupanya ada sebuah PELANGI yang INDAH!!!!