Sunday, June 12, 2011

Catatan Perjalanan Ke Korea 1



Baru habis waktu rehat yang hanya berlasa perut dengan keropok, goreng pisang dan mushroom goreng, cukuplah kerana terasa terlalu malas dan sayangkan waktu untuk ke canteen. Bila makan bersama kawan kenalah banyak mendengar lagi terkadang waktu makan pun jadi terhilang selera dek kerana bahan bahan yang agak sensitive dikongsikan kawan kawan. Sementara menunggu appoinment seterusnya tengah hari ini, tangan laju membelek tajuk tajuk penulisan yang telah dibuat diiphone. Aku mesti habiskan penulisan Korea ini bisik hati kecil ku. Sebagai catatan pertama perjalanan ke Korea, aku memilih catatan pertama yang dibuat beberapa minit sebelum kapal terbang meluncur menuju ke Incheon airport.

Aku tidak pernah terduga akan melalui perjalanan seorang diri seklai lagi untuk tempuh waktu separyh dari perjalanan udara yang terdahulu iaitu 7 jam. Inilah takdir dan cabaran yang aku gagahkan hati untuk menyahutnya apalagi hubby tidak pernah menghalang malah menggalakkan selagi aku mampu mencari sesuatu yang amat bermakna. hati aku sedikit getir mengenagkan aku keseorangan kenegara yang tidak berbahasa Inggeris ini walau disana Adik Li anak neighbour mak menunggu aku.

Perasaan bercampur baur, gembira, cemas, getir, resah serba sedikit, aku tenangkan diri beberapa kali, keresahan lagi bertambah bila melalui 2 jam waktu pejabat kerana aku mengelak untuk memohon cuti pada hari tersebut. Resah semakin menekan diri bila aku tidak berjaya membuat supersize luggage, dan aku terpaksa membayar 75 ringgit kerana pada asalnya aku tidak apply luggage untuk kesana dan tambahan luggage sekembali dari Korea memandangkan aku seorang diri bukan lagi 40 luggage bersama nelli.

Seimbas aku terkenang, percutian ini dirancang aku dan Nelli atas sebab sebab bisness cum leisure. dalam tempuh setahun dari tarikh booking, bermacam macam terjadi termasuk nelli sudah mendirikan rumah tangga dan Nelli ada lasan tersendiri yang kuat untuk pergi. Aku tidak suka menghukum malah aku menghormati pendirian Nelli walau kalau aku ditempat dia aku tidak akan mengecewakan seseorang yang bernama sahabat seperti mana pernah berlaku sewaktu aku trip ke Surabaya dgn Rosma dalam demam demam aku gagahkan diri demi Rosma aku teramat pasti akan hajat Rosma untuk berdua duaan dengan aku. benarlah kata orang, kita hanya mampu merancang, Allah yang lebih tahu dan lebih bijak mengatur, Alhamdulilah aku amat berlapang dada walau TIADA NELLI disisi.

Semua urusan selesai dalam tempoh satu jam sebelum boarding time termasuk 5 list penting yang perlu disipakan diairport termasuk currency exchange. Braulah aku mampu mengambil nafas lega dan minum kopi bersama hubby yang sedari tadi setia menemani aku, sambil menikmati coffee dia sempat merakankan wajah wajah aku sebelum berlepas, suami mana yang tak sayang isteri, aku tahu setiap kali aku perlu berjauhan dengan dia, aku dapat rasakan dia begitu keberatan melepaskan aku pergi, dan kami berpisah diboarding pass line dengan satu BIG HUG aku buatnya dan dia berbisik ketelinga ketika menciumi pipiku..I love you za.. dan aku meberikan lambaian terakhir sepintas lalu sambil meluru laju untuk checking.Aku menahan rasa sedih memandang mata hubby selepas mendengar ucapan keramat itu.Diwaktu yangs ama telinga aku menagkap siulan berirama sedih dari seorang jejaka, aku tidak pasti ini adalah kebetulan atau dia sengaja menyiulkan begitu kerana perasan situasi aku.

Sejurus aku masuk ke perut kapal terbang dan mencari tempat duduk, aku terpandang tempat duduk kosong yang sepaptutnya ada Nelli, kalau Nelli ada...bisik hatiku..kalau nelli ada pasti ketawa terdekah dekah kami berdua..pasti perjalanan ini lagi seronok..nelli oh nelli semoga sekarang dirimu sedang beruli bahagia dan aku lebih lebih lagi menumpang bahagia itu. Untuk mengatasi rasa keseorangan itu, aku menulis apa yang terlintas pada perasaan menggunakan iphone, sehinggalah seorang pramugari datang menghampiriku dan berkata NO Phone Madam! oops sorry ucapku sambil terus memadamkan talianku. dan terasa kapal terbang sedang bergerak perlahan lahan meninggalkan Kuala Lumpur.

Selepas 7 jam, Aku tiba di Incheon Air port, aku hanya mengikuti line line yang dilalui oleh semua orang dan Alhamdulilah laluan check in immigresen begitu mudah dan aku kebagasi claim untuk mengambil luggageku dan menolak troli keluar melalui kastam dgn hati yang agak cuak kerana ada kiriman Li dan Maria yang aku tidak pasti perlu dideclare atau tidak, dan hampir 1 jam menunggu barulah aku menemui Li yang terlebih dahulu menghubungi hubbyku. Kami pulang kerumah dan motel yang sudah ditempahnya menggunakan TRAIN, kali pertama aku melihat pasarana KOREA yang begitu canggih dan aku berihat keletihan selepas minum kopi dan berbual mesra dengan isteri Li yang baru aku kenali bersama kawannya. Aku juga bersyukur berjaya melaui rasa gusar bila menunggu Li begitu lama dan usaha usaha menelefonnya tidak berjaya dan gagal berhubung dengan counter counter talian disekeliling gate kerana masalah BAHASA. Korea adalah antara negara yang mementingkan bahasa sendiri dan komunikasi dgn orang orang Korea dgn bahasa inggeris ibarat Ayam bercakap dengan Itik..Alhamdulilah aku tunaikan solat isyak jamak taakhir, solat sunat dan bacaan yasin sebelum tidur dimotel yang unik dan cukup selesa buatku.

Catatan bersambung pada diperjalanan ke 2