Wednesday, May 15, 2013

Cerita RINDU




Ah tiba tiba hati menjadi sangat RINDU. Rindu pada masa lalu, rindu pada kenangan, rindu pada sapaan dan kasih sayang, rindu pada perkongsian. Sejak dari pagi tadi hati bagai digamit rindu, melihat kenyataan keluarga pada wall FB bertambah tambah rindu, lalu aku memilih untuk menyatakan ‘how I miss my big family’. Entah bila rindu yang tiba tiba datang membara ini akan hilang.
Suatu ketika dulu aku tidak malu mengaku, akulah seorang yang kanak kanak perempuan yang terlalu ingin tampil baik dan tidak menyakiti hati sesiapa. Aku membesar dengan api cemburu yang sentiasa menyala, cemburu melihat betapa mesranya mak dan adik lelakiku, cemburu kerana melihat ayah sentiasa membela kakakku, dan aku tidak punya siapa siapa. Aku mengaku, hadirnya seorang insan yang kukira aku kenal isi hatinya yang mesra aku panggil ummi. Sedari kecil seingat sebuah ingatan seorang kanak kanak, aku sedar aku sangat sukakan ummi hanya kerana dia memberikan aku sebuah PERHATIAN YANG TIDAK BERBELAH BAGI.
Suatu ketika dulu, aku halakan rasa cemburu itu sebagai pemangkin kejayaanku. Saban hari aku bertanya pada diri, bagaimana mahu menjadi insan paling disegani dan dihormati, dalam erti kata lain diberikan perhatian yang lebih. Aku temui jawapan sendiri seawal darjah satu, berusahalah dalam akademik, semua orang pasti bangga dengan aku. Kali pertama aku menyandang no 4 keseluruhan darjah satu, ayah mengucapkan ‘bak bangga dengan angah’ api semangat semakin mara untuk terus mengenggam jaya.
Suatu ketika dulu, aku tidak kenal erti apa apa, ketika orang ketawa, kukira orang suka, ketika orang menangis kukira mereka tengah sengsara, dan aku perlu turut merasainya. Terbayang wajah cekal nenda yang hidupnya bagai ketua keluarga kami. Urat urat dilengannya, kerut didahinya, aku tahu dia banyak sengsara terpendam. Sebagai anak kedua dari tiga beradik ketika itu, aku tidak juga lebih pada mak tidak juga lebih pada ayah, sebaliknya seorang diri dan ummilah yang bertahta dihati.
Suatu ketika dulu, aku tertanya pada diri, siapa aku sebenarnya?. Aku tidak betah dengan garangnya ayah dan kasarnya mak, hati aku terlalu sebati dengan lembutnya pujukan ummi. Suara pujuknya saban hari menjadi peransang jiwa aku. pernah aku tertanya, apakah aku anak dia? Yang diberikan pada mak dan ayah yang mesra kupanggil bak. Apalagi sering kali jiran jiran menegur paras rupaku, ‘hok ni macam cik sah’ dan aku senyum bangga.
Suatu ketika dulu aku pernah berjanji dan masih ingat akan janji janji itu aku akan bahagiakan mereka, ingin membalas jasa jasa mereka. Janji seorang kanak kanak yang merasai hidup masa depannya lebih mudah bila tergengamnya cita cita. Suatu ketika dulu, air mata khas dari aku buat ummi dan nenda kerana menyokong perjuangan aku hingga ijazah tergengam ditangan ini. Insan pertama yang berjaya dalam keluarga kami ialah aku.
Suatu ketika dulu, aku terfikir bagaimana ingin merancang hidup agar aku bisa hidup sekali dengan ummi, menjaganya siang dan malam. Ah bukan semua yang kita mahu bisa terjadi, malah aku yakin apa yang terjadi dengan izin Allah adalah sesuatu yang lebih PERLU. Satu kenyataan yang tidak mampu aku sangkal, aku bahagia dikelilingi mereka.
Tiba tiba rindu ini datang, datang merobek robek hati kecil ini, datang bagai meronta ronta, entah apa sebabnya. Ku akui hubungan keluarga itu penting, ku akui memutuskan silaturahim menjadikan ibadah kita tergantung. Lantaran semalam, isu hubungan sekali lagi aku dengar dari perkongsian Jeanet. Ternyata semua kita mengharungi hidup hubungan kekeluargaan TIDAK SEMUDAH YANG KITA BAYANGKAN. Pesan coach kami, always take three times a deep breath before saying something.
Cerita rindu bersambung pagi ini. Ah kesan rindu kelmarin banyak merembeskan airmata sepanjang perjalanan pulang. Berbaloi rasanya sepanjang malam sehingga jam 10 malam, masa dihabiskan bersama adik adik dan anak anak saudara. Inilah waktu yang aku akan rindu satu hari nanti, melihat kelincahan Aeim dan kepetahan Mia. Senyum memerhati keakraban Harraz dan Aiman dan sesekali mengusik manja Alissa disebelah. Adik Linda akan bercuti esoknya, kerana banyak pengalaman di vietnam banyaklah juga pesan aku buat dia. Perihal taxi, perihal wang tukaran, perihal makan dan perihal over weigh luggage. Aku sangat gembira untuk mereka, hidup perlu dinikmati dengan cara sendiri selagi tidak menyalahi batas batas agama dan akidah. Komen komen orang sekeliling tu, letak je tepi tepi tangga rumah.
Beza semalam dan hari ini jelasnya aku tidak mengheret perasaan semalam. Alhamdulilah, aku melihat bagaimana perasaan rindu itu menghimpit diriku semalam, dan dihujung hujung waktu Asar aku seakan kesejukan. Sekembali dari rumah adik adik, aku minum air ustaz Ali tuah, semoga tiada unsur unsur luar datang melemahkan lagi keadaan emosi dan physical. Alhamdulilah misi bersama Harraz berjaya dilaksanakan, kami sama sama selesaikan subject Bahasa Malaysia sebelum tidur yang banyak menekankan Peribahasa. Malam ini bersambung lagi, Harraz perlu menyenaraikan semua peribahasa dan maknanya pada buku catatannya.
Hari ini Alhamdulilah aku lebih kuat dari semalam, hari ini aku berdiri diluar kotak sebuah perasaan yang dihimpit kerinduan. Apa yang kita sayang tidak semestinya harus kita pegang dan miliki, hanya Allah yang mengetahui apa yang kita lebih perlu dari apa yang kita mahu. Semua kenangan akan kemas terpahat didalam hati. Aku akan terus melangkah memperkasakan diri demi tanggunjawab yang sudah digariskan oleh Allah terhadap aku semenjak azali. Antara tercipta pertemuan lagi, sesungguhnya Allah maha mengerti, aku redha dengan permainan takdir ini. Bersendiri bukan semestinya sepi, tapi aku memilih untuk lebih membina erti. Tanggunjawab hidup bukan setakat suka dan tidak suka, malah jauh dari yang terlihat dan terperasan didepan mata. Semoga Allah terus membuka LALUAN PASTI buat diriku.