Sunday, December 29, 2013

Berani untuk terus BERUBAH






Alhamdulilah, syukur pada Allah atas nikmat dan rahmatnya. Masa terus berlalu begitu pantas, sekeliling seakan berputar ligat, anak anak semakin membesar dan mengerti, kerja kerja pejabat seakan lebih mudah berbanding dulu, hati semakin kuat dan sabar, minda semakin ligat melihat ruang dan peluang, subhana Allah begitu agung aturanmu, hamba ini tidak mampu lalui tanpa jagaan dan pengawasanmu. Hari ini 31 October 2013, hari terakhir bulan oktober dan esok bermulalah hari baru untuk November 2013 dan esok jugalah bermulanya Hubby bertugas di JPJ Pahang.
Apa yang aku rasa? aku lebih positif berbanding dulu, malah mungkin sangat positif, aku katakana pada diri malah inilah yang aku ucapkan di sana sini, perpindahan ini terbaik buatnya dan terbaik buat aku juga terbaik buat anak anak termasuk keluarganya. Allah memberikan laluan yang lebih luas buatku untuk menumpukan sepenuhnya pada kelebihan diri yang diberikan pada aku. Manusia berbeza masing masing ada kelebihan dan keunikan tersendiri. Aku begitu yakin dan berpegang pada apa pengetahuan yang aku ada. Inilah lebihnya sentiasa menambah ilmu pada diri Alhamdulilah.
Bermula esok jugalah, segala urusan hidup aku pikul dengan sendiri, hantar anak sana sini, berdua dengan Harraz di mana mana dan hanya sesekali bila balik fayyadh dan Kakak kami pasti bersama. Hubby akan mengunjungi aku mungkin setiap hujung minggu. Aku redha, andai dalam tempuh ini, dia diketemukan Allah dengan insane yang lebih layak buatnya, aku sedikit rasa bersalah dengan Allah sekiranya aku tidak redha, aku yakin dengan jalan dan laluan yang sedang Allah buat untuk aku. Kelihatannya Hubby berat meninggalkan kami, hari hari kedengaran dia merungut menghitung hari, kedengaran dengusnya setiap kali aku bertanya perihal beg dan pakaian. Semalam dia memutuskan untuk kembali semula ke Kuala Lumpur selepas waktu kerja untuk bersama kami di hujung minggu ini. Aku tidak rasa apa apa terpulanglah pada tuan punya diri, berdaya memandu pergi mari atau memilih untuk berihat dan bertemu kawan untuk rumah sewa juga wajar padaku.
Jadual hidup ada sedikit perubahan, kalau dulu bangun 6.30 masih cukup masa buat aku, esok kena ubah, paling lewat 6am dan sebaiknya 5.30am. Kembali berpagi menghantar Harraz dan sampai awal ke pejabat. Ahhh Allah memang hendak aku berpagi pagi untuk melebarkan pintu rezeki kami. Pulang kerja juga  tepat jam 5 petang dan aku hanya perlu belikan makanan untuk berdua. Dan seterusnya agenda keluarga dan diri sendiri serba sedikit sebelum kembali melelapkan mata. Agenda mengemas serba sedikit, acara ibadat, acara senaman, acara projek dan acara buku. Ahh malam yang bahagia buat aku dan hanya sesekali memberi ruang  untuk movie dan bertemu klien atau business person.
Hujung minggu ini agak padat dengan agenda bersama anak anak dan esok akan berkejar ke sana sini mengambil dan menghantar anak anak. Semoga Allah mengurniakan tenaga yang banyak buat aku untuk menyegerakan hal hal keluarga dan kehidupan. Allah pasti membantu hambanya, malah Allah akan membuka jalan jalan kebaikan yang banyak selama mana kita ikhlas dan jujur dengan diri sendiri dan merasai kehambaan yang tinggi pada diri. Semoga perancangan di akhir hujung minggu untuk pulang melawat ahli keluarga termakbul, mak tidak begitu sihat, bak juga tidak segagah dulu. Apa dalam tempuh dua tahun ini kembali bertugas di Kuantan dan hidup bersama mereka menjadi pilihan aku dari Allah, atau sebaliknya andai banyak peluang lain terbuka dan akhirnya aku terpaksa akur untuk mengundur diri dari UIA. Hanya Allah yang tahu, kalau ikutkan niat di hati, sayang aku pada asas kerja di sini hanya Allah yang tahu, namun disetiap liku hidup pasti ada ruang untuk menempuh yang dinamakan PENGORBANAN. Ada ketikanya untuk mendapat ikan yang besar, perlu keluarkan sedikit modal dan pengorbanan untuk dapatkan umpannya.
Alhamdulilah, syage ke 10 coaching session benar benar memenemukana ku dengan jati diriku, shine and bringhness yang ada pada essence diri ini menarik benda benda, peluang pelaung dan orang orang baru dalam hidup, dan ianya juga menjadi silau pada sesetengah orang. Aku terima penuh redha tanpa apa apa, aku hanya sekadar manusia biasa yang kini melihat hidup ada up and downnya yang tersendiri, namun kali ini aku pastikan ianya tidak lari dari garisan sebenarnya yang sudah digaris sebagai pilihan dalam hidup.
Aku serahkan diri pada Allah, bagaimana dan dengan siapa Allah tentukan, aku terima dengan penuh redha. Semoga langkah ini terus laju menapak satu persatu ke ruang ruang yang sudah digaris kemas penuh redha oleh Allah.

Amin ya Rabbal Alamin.