Thursday, March 8, 2012

Restu ILAHI


Jumaat tiba lagi, hari yang paling aku suka, hari yang mengingatkan aku tentang kewajipan surah Al kahfi. jam hampir pukul 11 pagi, surah alKahfi belum lagi dimulai dan ada satu karangna kes yang perlu disipakan hari ini.

Pagi ini pertama kalinya aku breakfast agak panjang tanpa dirancang. Ini semua gara gara perbincangan serious dgn staff department lain yang kebetulan singgah dimeja pagiku dgn 3 keping kuih dan nescafe tarik rahim yang mesranya aku panggil IM..padamula kelihatan segan dan takut takut akhirnya menjadi sangat ramah. Im merayu pada aku untuk menguruskan trip keluarganya ke Korea. Sibuk dia bertanya segalanya yang berkenaan misi lawatan, tempat tempat menarik dan bayran. Aku cadangkan lawatan dibulan Nov sempena aku dan kawan2 Law yang bakal pergi sekali. Sambil menyelam sambil minum air, kalau ada skill insya Allah tak lemas. Sambil melayan kawan kawan trip aku bawa balik stock business alhamdulilah. mengapalah minda aku sekarang menajdi sangat gila busienss, setiap detik aku terfikir, apa boleh buat, apa boleh dihasilkan, siapa yang terlibat, mengapa orang suka. Semua ini terkadang menjadikan aku cepat letih. Aku janjikan paad IM akan ada special discount buat dia dan famili. rasa seronok memulakan hari dgn perbincangan sesuatu yang kita gembira dan sesuatu yang buat orang gembira. Alhamdulilah rezeki Allah ini sangat nikmat sifatnya.

Kelmarin, sepanjang petang selepas lunch aku mengadap muka Razif. pelajar yang senyap senyap aku gilap bakat dan kebolehannya, aku bina keyakinannya, aku support kekuatannya, aku dokong cita citanya dan aku beri sokongan dan gudance dikala dia DOWN. Doa aku moga dia akan berdiri sebaris menteri satu hari nanti, doa ku juga semoga silaturahim berpanjangan, dia bakal menjadi IDOLA anak anakku. Sifat dan perawakannya sungguh menyenangkan hati dan hubungan kami sebagai mentor mentee sangat rapat. Disini akulah ibu dan kakaknya, terlalu besar penghargaan itu, terlalu istimewa kurniaan sebhg rezeki Allah dan aku bersedia memberi apa saja yang aku ada pada seseorang berpotensi dan memerlukan seperti dia. Kami berpisah tepat 6.30 petang sama sama menghala kemasjid selepas 4 gelas teh o panas kami habiskan. Aku pusa bila berjaya melepaskannya dengan penuh CERIA dan LEGA. Tuhanku kau lindungilah dia...dia bunga bangsa, dia tunggak pendidikan ummah dimasa akan datang.

Pagi ini kepala agak berdenyut, namun rasa gembira dan seronok membuatkan aku terlupa akan denyutan itu, seronok juga bila mengenangkan malam ini akan balik menatap wajah bonda dan merasai tulus kasih babay yang menghiburkan Mia. Esok petang bakal kembali dengan anak anak selepas menyiapkan keperluan kem tahfiz mereka. Alhamdulilah Apik bakal turut serta. Aku tidak akan menegnepikan Apik dana dika diknya, apa yang anak anak aku dapat mereka pasti dapat. Aku sudah faham perjalanan hidup yang Allah sediakan buat aku, walau penuh ranjau, bertemankan istiqamah yang dicari melalui hubungan dengan Allah, insya Allah aku mampu hadapi dengan penuh cekal. Alhamdulilah dan Jumaat depan bakal memeluk Izan, Alya dan Adi...ya Allah jayakan rancangan ini sebaiknya. Suara ceria Izan sudah kedengaran dicorong telefon . Mungkin dia rindu untuk mencurah rasa dan beban tekanan dihati. Kesian adik iparku mengahrungi hidup penuh dugaan seorang diri.

Aku tidak sempat untuk berfikir sesuatu yang mengarut bila jadual hidup aku penuh aktiviti dan perancangan positif. Masih banyak pertemuan yang tertangguh, masih banyak perbincangan yang tidak diselesaikan lantaran tidak cukup masa. Alhamdulilah gerak hati ini tidak pernah SILAP, dorongan yang diilhamkan selalu saja menguntungkan aku dan mengembirakan aku. Terimakasih Allah, sekeping hati yang bersih tidak mungkin mampu berbohong, tiada ruang untuk dendam kesumat, cemburu, patah semamngat dan sakit hati. Alhamdulilah aku akan terus menjaga hati ini agak ianya mampu menjaga aku kembali.

Teringat aku pada smsku untuk Razif semalam, sama sama kita membina hidup berbudi, sama sama kita menjaga diri dan hati, hati ibu jangan sekali dilukai dan harus didahului. Perkasakan MINDA bentuKkan matlamat teguhkan usaha jangan lupa memohon restu ILAHI. Pesan ini juga buat diriku sendiri.

Ya Allah restui dan redhailah aku dan usaha usahaku ini...sesungguhnya melayari hidup dengan nikmatmu menjadikan terasa ingin hidup seribu tahun lagi. Amin.