Thursday, July 8, 2010

Sapaan kekasih pertama


Jumaat yang INDAH datang lagi. semalm bacaan yassin sempena malam jumaat khas buat adindaku Azman dan nenekku Tuan syarifah tuan Tengah..moga roh keduanya bersama orang ornag yang beriman dan diredhai Allah. pagi ini agak tergesa gesa ke pejabat...kerja sangat banyak semalam seharain hanya menagani interview dan merihatkan minda sebelum memulakan kerja untuk menyiapkan report programme. On my way driving...ternamapak seorang wanita berjalan membelakangkan kereta ..persisi mak berjalan..hati tertegur macam makkk tu...ohhh makkk terasa hati ini RINDU pada Mak...Saya akan pulang mak...pulang untuk menemani mak ke jemputan majlis kahwin itu.

Aku mebaca email email yang masuk dan mata aku terpacak pada email dari seseorang yang aku tidak menyangka dia add aku di Face Book...ingatkan nama saja sama...memang tak sangka ohhh dia lah orangnya. KEKASIH PERTAMA menyapa semula. Perpisahan kami kerana aku yang putuskan...aku ingin tumpukan study...dalam tempoh sebelum aku gradutae banyak kali dia datang semula dalam hidup ku tapi entah lah banyak alasan yang aku berikan. Sekarang mungkin dia baru buat facebook bila melihat bilangan kwn yang tidak seberapa dan dia add aku. Ohhh dia masih mencari aku rupanya.

Tipu lah kalau aku kata aku tidak rasa apa apa. tapi kejamlah kalau aku tidak menerima addnya sebagai kwn sedangkan aku ada hampir 800 kawan lelaki dan perempuan. Aku tidak tau tentang hidupnya semenjak aku berkahwin dan aku tidak teringin untuk mengambil tahu. Aku tidak pasti apa yang dia tahu tentang hidup aku. Apa yang dia dengar dari cerita orang orang kampungnya kerana dia dan suamiku sekampung. Sebagai seorang profesional, aku yakin aku boleh bersifat profesional disini dan memberinya runag untuk berkawan semula dengan aku. Aku melihat gambar baby yang dipostkan oleh seseorang padanya...ohhh rupanya itulah baby barunya dan diposkan adiknya. Aku gembira melihat dia memiliki adik yang graduate dan cantik. Aku tahu apa derita yang ditanggung ibunya sebelum ini.

Dia meninggalakn mesej pendek pada ku. hari ini dia turun ke laut untuk bekerja. Akus ebenrnya tahu dari arwah adikku yang dia kerja di laut malah ada gambar gambarnya dalam gambar adikku. Tapi aku tidak pernah terdetik untuk menghubunginya semula...pada aku semua sudah HABIS. TUTUP buku. social networking memang betul betul mendekatkan yang jauh dan duinia menjadi semkin KECIL. Aku seakan membuka mulut memberitahu sumai ku yang dia mencari aku. Anehnya mengapa dia tidak add suamiku sekali wahal mereka berkawan sekampung dan berjiran. Ada satu syak yang bermain di kotak fikiran ini tetapi aku akan terokai apa yang dia mahu sebenarnya.

Padaku tidak salah kalau sekadar berkawan. Aku memang ramai kawan. Semuanya kawan kawan positif. Lihatlah kalau dia ingin melihat perubahan aku. Aku memang banyak berubah Physical, spiritual dan mental. Aku boleh mendengar apa saja yang ingin dikongikan olehnya termasuk cerita cerita bahagianya. Aku akui...dengannya aku memang menyombongkan diri. Aku terlalu tegas mengatakan aku TIDAK MAHU satu ketika dulu. Bukan dia tidak handsome, bukan dia tidak baik...aku tidak pasti kekuatan mana yang menyuruh aku mengata begitu dan aku tidak menyesalinya sama sekali. memang kami tiada jodoh...cuma silapnya aku tidak meberikan penjelasan padanya semuanya hanya terpendam di dalam dadaku seorang. Ku akui alasan yang ada sebenarnya terlalu kecil dan TIDAk ADIL sifatnya.

Aku tidak ada rahsia untuk dirahsiakan sekarang. kalau dia bertanya lagi aku akan memberitahunya...sekarang allah telah memperlihatkan pada aku siapa benar siapa salah. Aku tidak malu untuk mengaku kesilapan selagi aku memepelajarinya...Aku sudah ada kehidupan sendiri. walau aku pernah diduga dengans ebuah UJIAn yang maha Dahsyat...aku sudah bertemu dengan kekuatannya sebagai ganti ujian itu...Allah begitu Adil sifatnya. Aku kini bahagia dengan caras endiri dan aku tidak takut dengan siapa pun..aku tidak malu dengan siapa pun selama mereka hanyalah manusia seumpama aku.

Dalam situasi aku..aku tidak menangis seperti sesetengah orang yang pernah berkongsi dengan aku...bila bekas kekasih mencari semula ..dia tidak tentu arah. Itu menunjukkkan ada unfinished business antara mereka. Aku akui dulu dia memang sangat sayangkan aku sampai aku rimas dengan kasih sayangnya. Aku sebenarnya lebih idealistic kerana terlalu ingin berjaya dalam akademik lantaran itu aku mnegenepikannya. Ini adalah pencariannya kali ke 3 selepas perpisahan pertama dulu. Situasi sekarang aku lebih matang untuk mendepani segala keadaan di samping mengaku kelemahan sendiri. walau bagaimana pun kuasa TAKDIR adalah segalanya....

Siapalah Aku Ini....hanya seorang HAMBA yang mecari keredhaan penciptanya.....Peliharalah gerak geriku ya Allah...aminnnnn