Thursday, April 28, 2011

APRIL: kesungguhan dan Kemaraan


Diam diam kita sudah berada dipenghujung APRIL. Bulan yang memaksa aku menjadi lebih creatif, lebih berfikir, lebih merancang kerana inilah bulan Kelahiran aku. Setiap 7 April pasti mengingatkan aku pada Arwah Nenda Tuan Syraifah Binti Tuan tengah. kasih sayangnya tidak terperi masih terasa tangan kasarnya mengorek telingaku dan daun rokok serta bedak sejuknya menjadi dua barang Nostalgia yang masih tersimpan hingga kini. Sudah 4 tahun Nenda yang kupanggil Cik mengahdap Ilahi pergi setelah beliau berupaya menunaikan rukun haji walau dalam penuh susah payah sebagai ibu tunggal. itulah nendaku yang penuh KASIH SAYANG.

7 April juga mengingatkan aku kelahiran adik lelakiku Iwan. Satu satunya adik yang sentiasa berada didukunganku bila aku pulang dari asrama. Adikku yang hingga kini masih tercari cari peluang hidup sempurna, kisah hubungan panasnya dengan bapak menjadikan dia sering tidak keruan. walau siapa pun dia dia tetap adikku DUNIA AKHIRAT, dia tidak pernah menzalimi aku jauh sekali memburuk dan memfitnahkan aku kerana itu aku tidak boleh mendengar cerita susah darinya dan aku berhempas pulas memeujuknya untuk menyelamatkan dirinya. Angah sangat sayang padamu dik...kerana mak hanya ada kamu sebagai anak lelakinya...anak anak saudara terutama anak arwah memandangmu sebaagi penganti ABAH mereka. sungguh mulia dan tulus pandangan itu.

Meraikan Awal April aku terpanggil untuk merakam detik detik bahagia iwan aku dan keluargaku di Johnny Steam Boat, ketika itu aku teringat pada 2 lagi adik adikku kalaulah mereka ada sama keharmonian ini lebih sempurna. hati aku tersentuh dan hampir mengeluarkan air mata bila melihat begitu ghairahnya bapakku makan, betapa berseleranya dia...inikah yang dinamakan BAHAGIA ...aku bahagia kerana aku mampu memberikan ayahku peluang begitu dan aku bahagia melihat mak berbual mesra kembali dengan Iwan dan bapak dan aku sangat bahagia sesekali melihat anakku datang dan menciumi ketiga tiga mereka.

April juga sering menggegarkan POKET suamiku. Saban tahun dia pasti mencari cari apa yang aku suka untuk dijadikan HADIAH walau aku tidak berharap. Menjadi wanita bekerja dan suka berbisness setakat untuk membeli barang barang yang digemari masih boleh dibeli sendiri. Aku sudah bosan dengan HABIB JEWEL...memakai barang kemas bukanlah kepuasan bagi aku, cukuplah aku memiliki satu set barangan emas putih yang pernah dihadiahkan hubby sempena anniversary yang ke 12 dulu dan sempena sepenuhnya aku MEMAAFKAN dia. Hingga kini barangan ini melekat padaku dan sedikit pun tiada rasa jemu aku memakainya. Tahun ini aku begitu diasak dengan impian berforografi lebih lebih lagi bila sering melihat posting Rin..Posting Zikri..Posting Azlan..aku mula pandai membuka Nikonian Akademi..aku mula meminati satu angle tersendiri bila aku menilai gambar gambar kawan...aku suka aspek Life and Humanity. gambar orang buat kerja, gambar kanak kanak riang dan sedih, gambar wanita dan persekitarannya. Aku mula berangan sebuah CAMERA yang tidak CIKAI.

2010 hadiahku dari hubby dan anak anak adalah camera sony yang SMART dan handy. Aku sangat sayang kamera ni. dan camera Olympus yang lama aku pinjamkan pada anak saudaraku yang aku anggap mcm anak sendiri tapi mungkin TIDAK LAGI dan mungkin aku sudah tidak boleh mendapatkan semula barang personal aku tu. tak pa lah. Dek kerana ingin melupakan CERITA SEDIH berkisar pada kamera dan kasih sayang, lantas aku belikan sendiri CAMERA LUMIX G10 dan aku sangat merasa bertuah memilikinya dan hubby membayarkan harga kamera tersebut padaku semula katanya anggap itu HADIAH. HAdiah yang lagi hebat dan sangat aku berhajat akhirnya aku dapat dari hubby yang faham penerokaan hobi dan perkembangan diri yang sedang aku jalani. Benar seklai bila kita kehilangan sesuatu yang tidak seberapa jangan ditangisi Allah pasti mengantikannya dengan yang lebih BAIK lagi!.

April 21 2011 adalah tarikh keramat bagi aku kerana tarikah ini sudah menentukan aku kini berada diera 40. banyak aspek aspek perlu dipertingkatkan Carrer, Famili, Financial, Spiritual dan Education aku...Alhamdulilah setakat bulan April ini aku melihat disetiap aspek itu ada PROGRESS. Aku pernah memasang IMPIAN untuk meliahat Kaabah diusia ini, kita hanya mampu merancang Allah lebih bijak mengatur. Bulan April ini masih bukan rezekiku untuk melihat Kaabah Insya Allah sudah pasti ada aturan yang lebih sempurna yang telah Allah tetapkan untuk aku jalani bersama Impian untuk melihat kaabah itu dan menciumi Hajaru Aswad itu. Allahu Akbar aku terlalu ingin kesana.

Meraikan 40 tahun kelahiranku...Aku memastikan sesuatu yang seronok dan luar biasa untuk diraikan, manalah tahu inilah ambang segala kemungkinan buat aku dan mereka. Demi Damia semestinya aku perlu tempat yang sejuk takut dia memangis malam malam nanti rosak pulak programme kami, memikirkan zamri dan hubby sendiri jenis yang tidak boleh tinggal nasi dan suka mamakan sesuatu yang berat waktu malam, fikir punya fikir elok diselingkan aktiviti yang boleh dikongsi bersama, Linda suka bowling aku agak kurang so antara Bowling dan karaoke jauh mcm langit dgn bumi apalagi karaoke menyediakan hidangan buffet yang mewah...so akhirnya pagi seharis ebelum menjelang 21 April aku terlebih dahulu memutuskan RED BOX menjadi tempat pilihan kami dan RM42 plus plus dgn free satu kepala dan less 40 percent due to promotion month before 9.00pm bayaran pada malam itu hanya RM160 untuk kami berlima dan boleh makan sepuasnya dan menyanyi sepuasnya.

Dikala aku sibuk mengambil makanan ..tiba tiba Adik Linda menyentap tanganku katanya pihak karaoke ingin tanyakan sesuatu, lantas aku meluru kebilik ohhhh rupa rupanya LAGU HAPPY BIRTHDAY dengan sebiji KEK kecil yang bernyala lilinnya dalam kegelapan bilik itu berserta sorakan adik adik dan suamiku mengamatkan suasana dan serentak mereka mengucapkan HAPPY BIRTHDAY ANGAH ..aku dan Aiman mematikan api lilin dan memotong kek. Linda dan fatin adatng menciumi aku dan membrikan aku sebungkusan HADIAH ..ini saja yang kami ammpu ngah..kata mereka..angah tak harap apa apa dik...cukup ko org semua jadi insan yang BAIK hatinya. lantas mereka berdua mengapai mikrofon dan menyampaikan lagu AKU ADA KAMU. bait bait dalam lagu itu sungguh menyentuh hatiku dan aku tidak sedar air mata aku bergenang kalau lah aku boleh meminta dengan Tuhan hari ini aku ingin meminta ya Allah panajngkanlah umurku untuk aku lebih lama bersama mereka. Sesekali fatin dan Linda yang meletakan lengannya kebahuku mengoyangkan badan mengikut rentak lagu AKU ADA KAMU...

AKU SANGAT BAHAGIA...BAHAGIA dengan ADIK ADIKKU...BAHAGIA DENGAN KELUARGAKU..BAHAGIA DENGAN ANAK ANAKKU disaat ini aku tertanya rupanya ALLAH menunggu untuk mengurniakan aku kebahgiaan yang lebih banyak selepas aku berhadapan dengan segala ancaman, susah payang dan kejerihan hidup Alhamdulilah.

Sempena genap 40 tahun usiaku, Buat mak dan bak...Terimaksih kerana kalianlah PERMULAAN aku hingga aku mampu menikmati sinar segar mentari dan sejuknya malam ditemani bulan, kasih sayang , susah payah kalian sering menjadi ILHAM yang emminta aku untuk berusaha menjadi INSAN sebgaiamana TAKDIR aku dihidupkan dimuak bumi ini, Buat Adik adikku Linda dan fatin...Hidup angah tidak sepi malah sentiasa CERIA dengan kehadiran kalian, walau kalain tidak masuk Universiti, Allah membekalkan kalian berdua sekeping hati yang BAIK dan BERSIH yang sering memberitahu angah KEBENARAN sesuatu perkara, walaupun kalian ADIK namun ada waktunya kalian mampu membetulkan banyak perkara. Buat Hubby...sekarang Za sangat faham..In life Allah doesnot give you the people you want, instead he gives you the people you need to teach you, to hurt you, to love you and to make you exactly the way you should be...Perjalanan takdir hidup ini rumanya TERLALU MANIS bang! buat anak anak mama dan anak anak saudara mama...kalain adalah JANTUNG HATI mama...pengikat kesejahteraan, pemegang keteguhan hati ini dikala kegoncangan...tiada sebaik baik Amanah yang Allah berikan pada mama selain KALIAN..kalian menjadikan mama ingin terus MENCIPTA BAHAGIA. khas buat adik iparku..Zam dan Radzi...angah selamanya tidak mencapai apa yang angah mahu tanpa BANTUAN kalian...kita akan terus bersatu menjaga MAK dan BAK dibawah naungan kasih sayang dan kemesraan di TERATAK KASIH BONDA.


Inilah Kisah April Ini..April yang mengajar aku melihat KEHIDUPAN ku lebih POSITIVE dan semakin pandang dengan pandangan mengecil segala undur unsur negative dari hari ke sehari...APRIL ...bulan kesungguhan dan bulan KEMARAAN...Demi cita citaku untuk terus berbakti kupanjatkan DOA buatmu ya Rabbi semoga hidup ini menajdi sebhg perjuangan Ibadah kehadratmu...Aminnnn