Tuesday, July 13, 2010

DEALOVA.....

Minggu ini fikiran seakan buntu...namun tugas seharian hidup sebagai wanita bekerja berjalan seperti biasa. Inilah untungnya bila kita sudah ada planning ...harian, mingguan dan bulanan. Minggu ini adalah minggu menyiapkan report programme sambil menunggu kedatang pelajar pelajar untuk interview penyertaan GROUP PEERS 2010. Aku tahu kenapa aku buntu. Aku sebenarnya tidak cukup rehat bila hujung minggu yang llau aku pulang ke kampung bersama Nelli. Pemanduan yangs angat panjang menegangkan urat leherku...beberapa kali nelli ingin membantu memandu tetapi aku tidak izinkan hanya kerana aku tidak percayakan dia dikala baru memegang stereng GEN 2.

walau pun penat...pulang kali ini aku PUAS. kebetulan Nelli bayar hutang...bolehlah aku berlebih lebih sedikit menghulur. Aku tenguk wajah mak tersenyum riang dengan duit RM500. ya lah aku pulang untuk bawa mak ke kenduri rumah Syamsawal. Mesti mak kena memberi sedikit. Bila di Kuala Berang, kami pulang seketika rumah Ummi...bak mengirimnya durian yang elok isinya. Aku tidak membawa apa apa buah tangan. Biasalah kalau pulang terkejar kejar. namun aku sempat menghulur Ummi RM200...bangga senyuman dia sambil aku berbisik tak payah lah kerja teruk teruk. Dari Kuala Berang aku memandu ke Seberang Takir kira kira satu jam perjalanan. Menziarahi anak anak saudaraku anak arwah Azman yang merupakan sebahagian tanggung jawabku. Alya sudah boleh bertatih...cantik langkah langkahnya...sempatlah aku melihat gelagat Alya yang tidak kedekut persis ayahnya. semua benda ingin dikongsi tapi dia suka menonton aktiviti lasak di TV dan dia akan ketawa mcm lagak ayahnya. Aku tersenyum bangga melihat telatah anak anak saudaraku itu. Bila tiba masa untuk pulang, Adi berkata..Ummi tidur kat sinilah!!! aku membantu Adi memakai baju sambil menjawab...Ummi datang lagi sayang...ummi janji!!! pujukku pada Adi yang nama sebenarnya Ashraf Wajdi...nama yang aku bagi pada dia selepas diminta bapanya Azman.

Bila kami bersalaman dikereta, Alya menangis sambil menghulurkan tangan ...aku faham Alya nak ikut...mungkin dia ingat kami sekadar keluar berjalan jalan...lalau aku memegenag Alya...mengciumnya dan berkata Ummi datang semula....sayu hati aku melihat telataha dik beradik yatim itu....itulah anak anak saudaraku yang aku rasa seperti anak aku sendiri. Aku memandu dengan tennag bersama mak, Nelli dan anak lelaki ku Fayaydh dan Harraz menuju ke rumah mak di Bandar Cheneh Baru. Keesokannya selepas urusan Nelli selesai kami kembali ke Kuala Lumpur.

Semalam leher aku masih terasa tegang kesan keletihan ini. Tapi aku masih memerah otak menerima ajakan seorang kakak yang aku kenal sedari dulu untuk meluahkan isihati nya. Aku kira sebahagian ibadat dalam hidup aku berjumpanya di Nandos jaya One. Ini bukan cerita pertama yang aku dengar berkisah kepada cerita rumah tangga. kita semua perlukan RUANG. Lebih lebih lagi apa bila situasi amat menekan. Banyak yang kami bualkan...banyak yang aku pelajari tentang hakikat perasaan. Kalau dulu, dapat melihat atap rumah pun jadilah untuk melepas rindu...sekarang selepas 20 tahun kahwin sesenang je ayat ..GO TO HELL...boleh terkeluar dari mulut orang orang yang kita sayang. |Inilah hakikatnya...masa berubah..kasih berubah...dari sayang boleh jadi benci...dari benci boleh bertukar sayang. Apapun kami sama sama akui...sebaagi perempuan walau terpelajar macam aman seklai pun kami perlukan support group. Untuk berpeluang sama sama melahirkan rasa hati melihat pengajaran kembali bangun untuk belajar berdiri di atas kaki sendiri..hakikat jodoh di tangan tuhan memang tidak mampu disangkal sedari dulu. Dalam perjalana pulang kerumah...nun di sudut hati aku merasa INSAF...ternyata apalah sangat kasih sesama manusia...tidak payah lah meletakkannya terlalu tinggi..Allah berikan kita rasa kurang dan kecewa untuk kita cari jalan pasti menemuinya.

Sesungguhnya aku seronok BERBAKTI dengan caraku sendiri....tidak mengapa kalau kita tidak berada di sisi seseorang di kala bahgianya..tetapi pada ku HARUS aku berada di sisi seseorang di kala DUKA hatinya....Padaku ini satu KEPUASAN DIRI.

Biarlah...aku mengarap mimpi indah disebalik cerita duka orang lain...meyapu air matanya..mengembalikan senyum manis mereka....|Terimakasih tuhan atas anugerah ini..aku ingin terus menjadi mimpi indah dalam hidup semua orang disekelilingku....DEALOVA