Thursday, May 31, 2012

Tinta Kasih Bonda: June tirai FOKUS dan GIGIH



Alhamdulilah syukur kehadrat Allah yang memudahkan segala yang sukar, dan mengadakan segala yang tiada. Alhamdulilah diam diam Mei sudah sehari kebelakang, dan June 2012 sudah bermula. Bulan yang terkumpul didalamnya permulaan longgokan kerja kerja hakiki sebagai pegawai psychology disini. Aku akur pada apa yang diharapkan Boss dan aku mencuba yang terbaik dan akan terus bermohon semoga segalanya dipermudahkan. Diruang pejabat yang sederhana ini, aku bersama 3 lagi rakan berjuang membina kerja sebagai satu ibadah dan pandai pandailah membawa diri. Dekat dan rapat bukan bermakna sepakat, jauh dan berjarak bukan juga bermakna benci. Ruang sederhana ini walau tidak terisi dengan ceria dan gelak ketawa cukuplah terisi dengan rasa hormat dan tenteram jiwa yang bersederhana semata mata untuk terus berkerja dan berjasa. Alhamdulilah dan dalam apa jua keadaan aku memilih untuk patuh dan mengalah sambil mencari the bright side of everything yang boleh mengembirakan hati sendiri.

Jam 11 pagi, satu jam lagi untuk rehat panjang hari Jumaat. hari yang meriah dengan surah Al Kahfi. Alhamdulilah semalam kami sepakat sekeluarga membaca Yasin beramai ramai.Aku pasti rindu saat saat begini terutama disertai Apik bersama. Minggu depan Jumaatku seorang diri. Sebahagian pagi ini yang agak terisi dengan kerja URGENT dari Boss, malah sempat berbincang mesra sebagai staff dan boss sambil terselit agenda sahabat. Aku akan terus pegang ingatan boss...FOKUS KERJA ZA. Menjalani hidup hari hari sebagai aku yang sederhana dan ingin membuang perkara yang tidak bagus dan membetulkan perkara yang belum sempurna bermula pada diri sendiri. Alhamdulilah kalau ini yang terbaik sebagai rezeki dan aksih sayang Allah pada aku. Jam 12 tengah hari nanti aku ingin pulang untuk bersama anak anak menyediakan makan tengahari yang simple speggeti sup angel hair. Ada satu perasaan INDAH bila menyediakan makanan pada anak anak dan melihat anak dan hubby makan apalagi kali ini aku melihat dan merasai Azman junior ada sekali. Agenda malam ini yang telah aku janjikan dengan mereka ialah NAIK TRAIN KE KLCC.

Inilah maknanya hidup, walau sesibuk mana pun, walau seghairah mana pun PRIORITY adalah anak anak. Melayani mereka sepenuh kasih sayang seakan mengembalikan tenaga dan ketenangan. Kalaulah fayyadh tidak UPSR mau rasanya pindahkan terus mereka kesini. sabarlah hati, tahun depan fayyadh dan kakak ke Asrama, tinggallah harraz dengan mama dan ayah menebus masa masa lalu yang bahang dek kemelut rumahtangga. Kisah kami menjadikan anak anak kami  matang dan sangat bersatu hati. Aku tak pasti orang lain, tapi pada aku, aku tidak akan sesekali mengecewakan hati mereka bertiga, aku akan bantu mereka membina misi hidup yang tersendiri yang penuh kebaktian pada keluarga, masyarakat dan agama Insya Allah.

Masalah akan terus jadi masalah kalau kita melihat dan menerima sebagai masalah, malah hal hal lain pun kana jadi masalah dan kita menjadi terlalu jumud untuk melihat selain dari masalah dan hidup menjadi lemas. Open the mind and Open the heart, there is no life as easy as we think.so we should take things easy to make an easy life. All everything begin with the way we think, perceive, feel and behave. Inilah yang aku katakan pada diri sendiri. Kenyataan ini menjadikan aku melihat dunia ini penuh nikmat dan perlu disyukuri, hari hariku Indah, tadbiri minda untuk tadbiri hati dan diri sebelum mentadbir orang lain. Alhamdulilah, ayat ayat Allah tidak pernah dusta malah penuh MIRACLE. Allah lepaskan kita kedunia diiringi nikmat dan tali kukuh darinya apa nikmat itu perlu didustakan malah tali itu perlu diketepikan?. Dunia ini hanya tempat sementara, bersama nikmat juga diberi rezeki kehidupan dan tanggungjawab. untuk apa kita bertanggungjawab? untuk mereka atau untuk diri sendiri? kalau untuk itu KECEWALAH jawabnya., letihlah akhirnya, sebab semua itu datang dari perancangan Allah, semestinya untuk Allah insya Allah cahaya bahagia pasti mencelah. Bertambah bahagia lagi bila usaha kita dihargai dan dikenang sampai bila bila malah dicontohi sebagai satu pelajaran dan budaya. Ya Allah harumnya kebaikan disisimu itu belum lagi dilihat melalui balasan diakhirat sana.

Hati ini bagai menangis, menginsafi kebesaran Allah,mengingati khilaf diri masa lalu kini dan akan datang. sama sekali sebagai hambanya tidak layak untuk bermegah dan sombong dengan HAK sementara ini. Alhamdulilah ya Allah, aku sedar, aku tidak miliki apa apa selain keinginan untuk dikasihi olehmu, keinginan untuk mengaih cinta dan Keampunanmu, kesanggupan berjuang untuk agama dan umat nabi muhamad, mendaulatakan ilmu agamamu, budayakan bacaan Quranmu, bersihat diri dengan amalan puasa dan Qiyammu, bahagia dengan kasih sayang melalui kemuliaan silaturahimmu ya Allah. Dihari Jumat yang mulia ini, ampuni dosa dosaku, rahmatilah aku, jayakan hasrat dan cita cita baikku, lindunglah aku. tiada selain tempat mengadu buatku ya Allah kerana aku percaya hidup dan matiku hanya untukmu. Sihat dan sakitkku dari mu, bahagia dan deritaku dariimu, susah dan senangku keranamu, cuma aku yang perlu ingat, usah membutakan mata dengan cahaya keimanan, usah menulikan telinga dengan keagunganmu, usah menzalimi nikmat nikmatmu. Tuhan ya Karim, peliharalah insan insan yang aku sayang agar mereka juga disayangi mu, berilah mereka taufik dan hidayahmu. Temukan kami dijannahmu satu hari nanti.

Amin ya rabbal Alamin


Wednesday, May 30, 2012

Tinta Kasih Bonda: Bakti dan Budi penawar Sakit



Cerita sakit datang lagi. Semenjak khamis lepas hinggalah hari ini badan masih terasa bisanya dan pernafasan bagai tercunggap cunggap. Hari ini wajib masuk office walau sakit masih bersisa, kerja kerja persiapan power point terakhir sudah terlalu hampir waktunya. Monday semuanya perlu diserahkan kepada committee taaruf untuk dipakai oleh semua counselor yang bakal mengendalikan sessi breifing. Insya Allah Allah sediakan aku jalan dan Allah permudahkan, esok petang akan aku serahkan pada Mdm Khairani untuk disemak dan jumaat masih ada masa untuk sebarang tambahan.

Alhamulilah, dalam sakit ada nikmat, dalam diam ada kebaikan tersendiri. Selama aku sakit, aku tidak begitu endahkan dunia luar, malah aku lebih mencari apa peluang dalaman yang mampu aku mantapkan. Cuma aku sedikit ralat, bila bagai ditakdirkan aku tidak dapat pergi ke kenduri mak su di Terengganu. Anak anak pun naik ke Kuala Lumpur dengan bantuan adikku Iwan. Tengahari Ahad, barulah dapat berita yang kem tahfiz yang sepatutnya dihadiri anak anakku dan apik telah ditunda ke cuti sekolah akan datang. Bermakna anak anakku dan apik iaitu anak arwah adik akan berada dibawah jagaanku selama lebih seminggu. Alhamdulilah inilah masanya untuk aku berbakti pada arwah dan isterinya lebih lebih lagi berbakti pada seorang anak yatim. Dalam sakit sakit aku masih mampu menyiapkan syarat dan jadual mereka. Hafal 3 surah sehari dan akan didengari oleh Kak Nana dan malamnya aku sendiri yang akan check. Pagi bangun seawal 6.30 pagi berjemaah subuh dan baca surah AlWaqiah. belajar 2 jam sehari kalau tidak buat homework, perlu buat exercise dalam buku. Semalam sempat aku mengajarkan karangan yang akan diprint dan diminta hafal. Kewajipan berjemaah disetiap waktu, aku lantikan imam, fayyadh diwaktu zuhur dan Apik diwaktu Asar, kecuali bila ayah ada, semua solat diimamkan ayah. waktu maghrib pasti ditunggu dengan bacaan yasin beramai ramai dan sebelum tidur dibaca surah AlMulk. Setiap kali lepas solat, apik masih segan bila dicium kecuali aku. Alhamdulilah semoga perkara kecil ini memberi makna yang besar buat hidup mereka. Aku rasa sangat bahagia mungkin kalau aku tidak diduga dengan sakit, aku tidak berapa diam mindanya, mungkin kalau aku sangat sihat lain pulak ceritanya. Sakit mungkin pada zahirnya adalah cara Allah menyekat kebebasan aku, cara Allah memperlihatkan pada aku jalan lain untuk rasa bahagia. this is the bright side of pengalaman sakit kali ini.

Nikmatnya hidup dikelilingi anak anak. Syukur alhamdulilah aku diberikan zuriat oleh Allah. Satu amanah besar yang tiada tolak bandingnya. bayangkan kawan kawan lain yang masih belum berzuriat, bayangkan juga kawan kawan yang masih belum kahwin dan bayangkan juga kawan kawan yang menjaga anak seorang diri. Aku bersyukur bahtera perkahwinanku masih mampu dan teguh untuk diselamatkan. Apa lagi bila aku begitu positive bermohon pada Allah walau dengan apa cara pun, Allah memberikan miracle yang tidak terduga oleh akal manusia. Alhamdulilah. Anak anak tersenyum bangga bila berganding dengan kedua ibu bapanya. Semua ini sebahagian dari nilai rezeki Allah yang terlalu dipermurahkan Allah pada aku. Hari ini aku dipejabat mampu fokus dengan kerja kerja last minit yang masih bertimbun, dirumah sudah aku panaskan lauk pagi tadi dan berpesan pada hubby untuk masak nasi. Seawal pukul 5.30 petang, aku akan pulang dan terus masakan spegetti yang sudah ditunggu tunggu oleh semua. hari ini juga apik akan belajar makan speggeti chicken bolognese, makanan yang simple dan berkhasiat.

Sekejap lagi sementara menunggu waktu pulang, aku akan browse hotel berdekatan untuk satu malam membawa mereka main kolam pada sabtu dan ahad hujung minggu ini. Satu hobi anak anak ialah mandi kolam, aku masih terkilan tidak sempat membawa lagi 2 anak anak saudara Adi dan Alya bersama. Insya Allah akan cuba hubungi Izan untuk naik ke KL. kalau tidak jadi, mungkin ada rezeki buat mereka dilain kali. Akhir akhir ini aku diam dari mak. bukan merajuk bukan juga menjeruk hati. Serasa aku mak dan bak sedang berbahgia dengan habuan dari kerajaan. Aku tumpang gembira untuk mereka tapi aku tidak perlu menyebuk, tugasku tetap sama perlu mengirimkan wang belanja dapur buat mereka. Aku bukan tempat untuk orang berbahgia, aku hanya menjadi tempat bila ada masalah besar lebih lebih lagi hal hal keewangan. Aku sangat pasti, dengan aku orang sukar untuk bercerita pasal wang, kegembiraan dan perancangan mereka. memahami keadaan itu, lebih baik aku diam dari menyibuk. Itulah sebahagian dari takdir aku, namun rezeki Allah buat aku tidak pernah kurang malah saban hari semakin bertambah. Insya Allah akan terus bertambah.

Aku semakin hampir untuk menamatkan bacaan Quran untuk tahun 2012. Alhamdulilah mungkin dalam minggu ini, diawal Rejab yang mulia dan insya Allah bacaan seterusnya dengan makna akan dimulakan kembali sebaik habis bacaan ini. Aku perlukan Quran Terjemahan yang terkini bahasa Malaysia. 

jiwa segar dengan Bacaan Quran. Alhamdulilah.










Wednesday, May 23, 2012

Tinta Kasih Bonda: GAGAL tapi BERNILAI


Hari ini akan gagal, jika aku menjadikannya gagal. Hari ini akan tidak memebri apa apa kebaikan jika aku membiarkan begitu. Kegagalan aku untuk kepejabat pagi ini, ingin aku buktikan ada sesuatu lebih baik untuk aku siapkan. Mohon Allah perlihatkan pada aku, dengan izinnya kita manusia mmapu berubaha ke arah yang lebih baik. Insya Allah.

Kesan ubat selsema yang dimakan jam 2.30 pagi tadi betul betul mejadikan aku tidak sedar pagi sudah tiba. Semalaman tidak dapat tidur dengan sakit kepala dan hidung tersumbat dan hingus padat. Sesedar jam sudah 11.30 pagi. Aku sudah tertinggal solat subuh dan hubby langsung tidak mengejutkan aku untuk solat subuh mungkin dia sendiri pun terkejar kejar dan lebih mementingkan diri dan masanya. Aku tidak boleh bersandar pada dia untuk pelaung aku dengan Allah. Cara kita letak Allah dihati dan minda tidak sama, kerana itulah hadirnya iman pada manusia berbeza. Aku sama sekali tidak boleh menyalahkan dirinya. Untun orang orang yang diberikan Allah pebantu dalam hidup, yang membantu membina keimanan diri atau sama sama membina tetapi dalam situasi aku, aku yang menjadi pengingat, pemangkin, pengerak dan orang yang sering ebrtanya pada hubby dan anak anak..dah solat?. Lantikan ini adalah dari Allah. yang menemukan aku dengan situasi ini ialah Allah. Aku tidak boleh merasa [enat dan tidak boleh membandingkan nasib dengan orang lain. Nasib aku sudah tertulis ditangan Allah semua ini dan balasan yang besar disi Allah.

Sesudah mandi, aku capai mathurat untuk melawan ada satu rasa kecewa dan tertekan yang sedang cuba mengambil tempat dihati. Alhamdulilah berkat mathurat dan mukjizat ayat ayat Alllh didalamnya  minda aku pantas berfikir positive dan mencari THE BRIGHT SIDE dari pengalama tidur semalam, bangun pagi tadi dan sepanjang membac mathurat. Terus minda meneroka kerja kerja dalam rumah, dan terus minda meneroka kerja kerja peribadi yang tertangguh. Untuk lebih cantik dan sempurna lagi, harus dicatatkan dalam TO DO LIST. Aku terfikir satu perkara semenjak semalam, aku lupa dari mana unsur ini aku baca atau terlihat. Jangan semua perkara disandarkan untuk dilakukan secara kerja kumpulan. Ada kerja kerja menjadi kerja peribadi dan pelru diletak sebagai kepuasan diri. Ada orang buat kerja untuk dilihat oleh orang lain dan mengharap pujian. Aku takut jika aku memiliki syndrome itu. Aku dibesarkan dalam keluarga yang sering memuji aku. Kayanya takdir Allah, aku berkahwin dan masuk dalam keluarga yang perkataan pujian seakan HARAM.

Merenung pada diri, kini aku perasan. Ada nilai nilai kekecewaan yang sangat dalam pada hati aku. Aku ketepikan semua itu dan hidup dalam DENY. Aku dapat rasakan, dalma sub conscious sangat besar dan menebal. hari ini aku ingin CONFRONT the hidden rebellious yang sekian lama mengambil tempat hingga menajdikan akus seorang yang CEPAT BORING dan PROCRASTINATOR. caranya tidak lain yng tidak bukan ialah mengakui. Mengakui aku mengharap suasana seperti dulu, aku rindukan pujian, aku dambakan perhatian dan aku happy didepan orang dan berusaha membuat oarng happy walau hati sendiri sakit. Aku perlu buang semua ini dan meletakkannya dengan RASA BERIMAN, RASA KEHAMBAAN dan IKHLAS pada Allah. Aku hanya Niza yang biasa. Tidak apa kelebihan pun yang membuatkan aku layak dipandang baik dan bagus disemua mata manusia yang memandang. Allah sentiasa melihat aku, sentiasa mendengar detik hati yang orang tidak tahu malah hati sendiri kadang kadang tidak perasan. Kalau aku IKHLAS dengan Allah, aku GEMBIRA bukan kerana orang tapi kerana Allah.

Hari ini aku teruskan niat dari semalam untuk berpuasa. Inilah puasa pertamaku dibulan Rejab. Ini baru pengorbanan pertamaku pada Allah untuk tidak makan dan minum serta melakukan aktiviti yng aku suka. tapi memilih untuk melakukan aktiviti yang disukai Allah. Jaga hati dan diri, jaga peribadi, jaga kebersihan diri dan rumah, jaga hati suami dan anak anak, hormat orang tua dan oarng yang lebih tua dari kita. Panjangkan silaturahim, maafkan semua orang walau pahit mcm mana pun pengalaman dengan mereka. Aku cuba untuk terus senyum cuba untuk terus bersapa walau muka orang lain bagai mencuka. Aku akan teruskan rasa bahagia bersama orang orang yang bahagia dan membahagiakan disekeliling aku. Aku aka berusaha keras membantu mereka yang tertekan dan tiada arah tujuan hati, minda dan tujuan hidup , nereka adalah rezeki untuk aku mencari kebaikan. Sikit je aku tolong merek insya Allah Allah akan tolong aku banyak seluas kekuasaannya pada langit dan Bumi. Biarkan mereka walau apa saja mereka fikir dan bercakap tentang aku. Silap silap gaya sia sialah ibadat mereka kerana memiliki sikap dengki dan khianat. Alhamdulilah setakat ini hati ini tidak pernah mengizinkan 2 unsur ini didalam hati, dengki dan khianat.

Allahmdulilah dengan izin Allah terciptalah hari ini, walau pada zahirnya AKU GAGAL tapi dengan izin Allah aku boleh menjadikan hari ini dipenilaian terbaik dan tetinggi disisi Allah. Usah mencari HEBAT dimata manusia, sebab selera manusia itu pelbagai dan tidak terpenuh permintaan mereka, tapi beruasalah untuk HEBAT disisi Allah kerana Allah yang memiliki KUNCI HATI manusia yang memberikan kita RASA BAHAGIA dan MEMBAHAGIAKAN.

1.25 petang, waktu Zuhur sudah masuk, masa untuk mengadap tuhan bermohon hajat yang BETUL untuk membetulkan hati dan diri. Mohon kasih sayang dan cinta yang berpanjangan darimu ya Allah.


Tuesday, May 22, 2012

Tinta Kasih Bonda: Positive Nest



Alhamdulilah, hari ini 2 Rejab, namun aku tidak berpuasa kerana berhajat untuk breakfast bersama hubby, malangnya dia demam selsema dan tergolek dari semalaman. Alhamdulilah juga hari ini semuanya sudah kembali sedia kala, Cuma aku tidak pasti hatinya. Apa pun aku yang akan terus bertindak bila tercetus apa saja idea untu kebaikan bersama. Aku tidak mahu berkira dan aku tidak mahu berharap pada orang lain menentukan hari yang bakal aku jalani dan lalui.
Bersarapan dengan hati tenang dan gembira kebetulan pula dari kasut hingga ketudung ada warna Pink, ditambah pula handfon dan purse juga berwarna pink, glooming rasa ceria dan gembira walau semalam teruk diduga perasaan. Bila hati gembira banyak KEKUATAN dan POSITIVE. Semalaman aku berusaha keras menghindari dan menangani rasa down. Balik kerumah, sesudah solat aku mengajaknya makan malam dan dia menolak kerana tidak larat dan terus tidur. Aku tidak pasti, mengapa dalam tidur, aku memeluknya sambil berkata, Za minta Maaf abang, za marah abang teruk, za sakit hati sangat. Seakan tindakan luar sedar. Sebelum itu aku bermohon pada Allah dan tidak berhenti berzikir untuk belajar melihat dari pengalaman ini. Ternyata MARAH bukan BENCI, tapi marah kerana KECEWA dan TERTEKAN. Namun bukan semua orang berfahaman begini dan bukan semua orang belajar dan keep reading. Kesan marah mungkin KEKAL dalam hati mereka.
Dalam kereta menuju kepejabat tadi, aku berjanji pada diri untuk tidak marah. Aku berjanji bukan kerana dia, aku berjanji kerana Allah. Kesan marah lebih besar dari penyelesaian, even marah langsung tidak meneylesaikan masalah Cuma sekadar hemburan kata kata dari mulut dan hati yang tertekan. Kerana marah semalam, aku tidak boleh kerja, kerana marah semalam, aku tidak boleh focus, kerana marah semalam aku tidak mampu mencari nilai positive dan kerana marah semalam aku buang masa. Banyak kerosakan berlaku kerana marah. Aku perlu mengatasi marah ini, atasi dari diri dan atasi dengan orang lain. Diri sendiri menekankan lagi spiritual dan positive thinking. Dan dengan orang lain, aku perlu buang standard yang sering aku LETAK TINGGI kerana orang lain tidak seperti aku. Untuk itu urusan urusan penting yang melibatkan high expectation,aku perlu urus sendiri aatu dengan orang yang sudah aku pastikan kredibilitinya.
Hari ini POSITIVE menjadi tagline aku. Stay positive, think positive, act positive. Bermula pagi tadi, it is ok and no harm makan sorang sorang yang akhirnya berkesempatan memyegarkan silaturahim dan berkongsi isu positive dari talk yang didengar semalam. Beri kegembiraan pada kwn kwn dengan gurauan warna dan gaya mereka. Buat panggilan telefon walau terasa kwn itu agak dingin sekadar memulakan step, I am Ok with you. Mencari positive quotes untuk dikongsi di FB dan sekali gus membuka folder khas POSITIVE. Buat call untuk hubby mengajaknya menonton wayang since Wednesday is movie day. Kejadian semalam betul betul sudah diketepikan, sakit hatis emalam betul betul dilupakan dan kemaafan sebanyaknya diberi sebelum tidur semalam dan memohon maaf dalam tidur semalam. Ya Alalh biarlaha ku belajar dari pengalaman ini walau BERAT macam mana sekali pun, walau worst mcm mana sekali pun attitude oarng yang aku damping. Ternaya kita tidak mampu mengubah orang lain, tapi terus terusan MENGUBAH DIRI SENDIRI.
Alhamdulilah, pertolongan Allah begitu cepat dating, malah semua ini juga  boleh membentuk LESSON dibawah satu tajuk kendali Kemarahan. Aku berjanji, aku tidak memilih marah kerana Allah dan aku tidak ingin membenarkan iblis dan syaitan menyentuh tubuh badanku, apalagi duduk didalam hatiku. Inilah pleuang yang mereka dapat bila aku marah.
Pengalaman semalam menjadikan aku ingin membuat satu sarang. Sarang yang redup disukai oleh semua orang, sarang yang boleh membuatkan aku lebih bertenaga  dan banyak idea, sarang yang mencipta banyak kebaikan untuk dihantar kelangit dan tidak pernah mengharap balasan dari orang perseorangan. Sarang ini adalah sarang yang aku namakan POSITIVE NEST.  Kalau positive nest aku kuat dan teguh, aku tidak akan terubah kerana orang lain disekiling aku, terutama yang negative, amlah aku akan bertambah kuat dan besar bila yang mengujungi aku dan bersapa denganku ialah mereka yang positive. Inilah mottonya.


“Keep your thoughts positive because your thoughts become your words. Keep your words positive because your words become your behavior. Keep your behavior positive because your behavior becomes your habits. Keep your habits positive because your habits become your values. Keep your values positive because your values become your destiny” 








Monday, May 21, 2012

Tinta Kasih Bonda: Air Mata Rejab 2



Jam sudah 2.00pm, aku masih sarat dengan perasaan yang berat kesan kejadian pagi tadi.  Pukul 10 tadi, aku sudah keluar makan pagi nasi lemak dan ayam goring, nasinya cuma sedikit cukup untuk mengalas perut dan segelas teh tarik kurang manis.  Sejurus selepas makan aku menuju ke dewan solat yang berdekatan cafe masjid, membasuh muka dengan penuh rasa lega untuk berdiri menunaikan solat dhuha bermohon pada ilahi agar dipermudahkan rezeki. Rezeki Allah itu sangat luas kerana Allah sangat kaya mencakupi langit dan bumi. Terburai air mata dikala aku mengalunkan untuk diri sendiri ayat kursi, banyak airmata berkumpul dikelopak mata dan terasa seram sejuk dan sendu didada bila meneruskan bacaan ayat itu. Alhamdulilah, 10 ayat kursi dan 10 ayat surah Al-Ikhlas sempurna dibaca. Aku berdoa bermohon dipilih untuk diberi rezeki yang melimpah ruah dek tanggungjawab yang banyak disekelilingku. Pulang kepejabat, aku masih sukar focus pada kerja. Aku hanya melayan email dan membaca sesuatu yang bagus untuk minda

Menjelang pukul 1 tengah hari, aku cuba menghubungi anak anak, manalah tahu bila mendengar suara mereka hati ini menjadi lega. Lepas bercakap dengan 2 beradik itu, fayyadh dan harraz perasaan ini tetap sama cuma berkurang sedikit. Aku juga tidak selesa untuk bercakap panjang, terasa penat dan sesak nafas. Menjenguk wall rakan rakan diFB jugak suddenly menjadi muak, ternyata aku masih berada distate yang stabil.  Aku malas untuk berfikir tentang dia, hari ini aku hanya ingin fikir pasal minda dan perasaan aku. Aku ingin coordinasikan balik minda dan perasaan. Insiden pagi tadi sudah menenggelamkan minda dan lautan perasaan berapi dengan kemarahan, sedih dan kecewa. Apa lagi bila diingatkan, sudah banyak kali terjadi insiden yang serupa, Nampak gayanya dia ni kalau aku tidak mengamuk, dia tidak belajar apa apa. Aku mengamuk bukan untuk suruh dia belajar, tapi aku sudah tidak mampu menahan perasaan ini.BURST!..peliknya dunia rilek dan bersahaja hamba Allah ini. Lemas kita dibuatnya. 

Apa aku nak buat petang ini?. Yang pasti  jam 9 malam ada appointment dengan Brian, aku ingin menghubunginya agar temu janji itu hanya boleh dibuat di Old Town white coffee dibawah rumahku. Aku tidak bersedia untuk driving dimalam hari menuju kekawasan yang semak dan jem sebagaimana semak dan jemnya perasaan yang bercampur baur menggangu ketenangan minda aku. Semalam, aku tidak sempat buat apa apa sekembali dari pertemuan dengan Noni, selepas solat Isyak terus mengaji dan tidur untuk bangun awal solat tengah malam. Hajat dihati berpandu akal, hari ini biarlah aku tunaikan kerja kerja kain baju yang masih tak terusik sebab weekend balik rumah mak. Seawal 5.30pm aku sudah boleh reach home. Masih panjang masanya hingga appointment malamnnya. Kalau ikutkan rasa seronok kerana nak lepas geram mau saja rasanya pergi mengurut dicurve. Tapi dari pengalaman yang lepas lepas, saat saat begini buat apa pun akan jadi rugi sebab STUCK. Biar je masa berlalu, sambil teruskan aktiviti biasa dan banyak bersolat.

Kalau kwn kwn berduka, aku sepenuh hati mendengar luahan hati mereka, meliahat dalam konteks yang betul buat mereka dan mencari peluang terbaik untuk mereka capai. Bila aku sendiri berdepan dengan situasi yang keruh, stuck dan down begini, aku tidak Nampak sesiapa pun untuk berkongsi. Kawan kawan semuanya bersifat self fish dan judgemental. Mereka tidak pernah boleh merasai apa yang aku alami. Kalau setakat untuk bercakap biasa biasa dikala ini, aku tidak perlukan biasa biasa punya cara mendengar. Aku mungkin kembali ke bilik utama sendiri, bersama buku buku, kain baju dan loneliness tersendiri. Semua itu sudah sebati dengan hidup aku. Aku yakin Allah tidak akan biarkan aku sendiri. Aku ingin merangka ruang hidup yang lagi mencabar untuk diterokai. Aku menghubungi kak anne untuk projek community service. Harap mala mini juga Brian tidak perasan dengan tone suara aku yang TERTEKAN ini. Aku tidak pasti semua ini berapa lama lagi. Sememangnya THINGS HAPPEN FOR MANY REASON.

Ya Allah aku akan terus bermunajat padamu Zuhur nanti ...moga engkau permudahkan urusan hamba ini..... amin.

Tinta Kasih Bonda: Air Mata 1 Rejab.



Alhamdulilah syukur pada Allah diawal pagi tadi aku berpeluang bangun dan berjaga untuk merebut pelauang pintu langit terbuka pada doa doa seorang hamba pada tuhannya. Alhamdulilah 3 solat berjaya aku tunaikan memohon taubat pada Allah pada solat taubatku, memohon pemusatan hati pada Allah pada solat tahhajjudku dan memohon terbina dan rajin beramal, sihat tubuh badan untuk memikul tanggungjawab yang diberikan dan kejayaan pada usaha anak anak dalam peperiksaan pada solat hajatku. Alhamdulilah aku berkesempatan solat sunat subuh dan solat fardhu subuh malah sempat mengalunkan ayat ayat penerusan untuk tamatnya bacaan Quran buat kali pertama untuk tahun 2012. Alhamdulilah kalau inilah anatara rezeki rezeki yang tiada tolak bandingnya buat aku dari Allah s.w.t

Tidak sampai 2 jam, aku terduga. Dugaan yang memecahkan benteng ketenangan pagi 1 Rejab. Aku sudah agak lama tidak menzahirkan kemerahan, entah mengapa pagi ini, aku hampir menangis kebuntuan bila menunggu hubby mengambil keretanya ditempat yang aku tidak ketahui, dimasa yang sama talian teelfon bimbitku diblock. Hampir setengah jam aku mundar mandir keatas kebawah mencari kereta hubby, terasa gelap dunia, terasa ingin menjerit lebih lebih lagi melihat jam ditangan sudah 8.15 pagi dan sekaligus membayangkan kesesakan lalu lintas yang bakal ditempuh, perut pula berkeroncong dan dada mula berbunyi kerana mengah mundar mandir. Peluh pagi sudah mula keluar, sakit rasanya menahan rasa menangis, menahan rasa bagai ingin melaung. Otak sudah berputar putar dan hati juga sudah berkata kata, setiap kali aku dambakan seseorang, setiap kali itulah aku akan jatuh kecewa dan tersasar dari landasan gembira. Ya Allah mengapa aku sering begini. Aku betul betul helpless disaat itu. Ingin rasanya aku terpa sapa sapa saja untuk meminta pinjam telefon tapi sapalah pagi pagi busy begini boleh melayan aku, selagi aku sabar aku sabar dan tunggu walau menggigil jiwa dan badan.

Bila nafas sudah seakan lemas, dan air mata sudah bertakung dikelopak mata ini, barulah terkeluar mesej ditelefon 'kereta dekat taman'..sepantas kilat mulut aku terkeluar...SHITTT.!! dan dalam bunyi mengah masih kuat (Aku Asthamtic) aku terus terpa kearah yang dikatakan dan serasa ingin aku balun orang yang buat aku macam seorang yang bodoh terjonggok menunggu penuh sakit hati. Aku hembur kemarahan atas sikap pasifnya. Ini bukan kali pertama, sudah banyak kali dan dia tidak pernah belajar menghayati masa yang berlalu. Bila aku tidak tiba, dia tidak akan call, dia terconggok saja tunggu..what a stupid creature!! itu je yang mampu aku gambarkan how pasifnya sikap manusia yang terpilh untuk hidup dengan aku ini. Selama ini untuk teruskan hidup, aku yang fully awake, aku yang fully alert dan lebih dari pro active namun ada waktunya insiden hidup menggagalkan proactive itu. kalau kita bercakap depan orang, pasti mereka kata, alah benda dah nak jadi. pada aku benda yang nak jadi hanya terjadi kalau kali pertama. Ini sudah seakan rutin MISS COMMUNICATION bila aku harapkan dia aku gagal reach apa yang aku mahu, walau apa yang aku mahu itu jauh lebih rendah dari apa yang orang lain sudah langsung tidak peduli. Aku terasa seakan aku dan dia berjarak. sudah seminggu juga aku bermimpi, mimpi yang sama seperti dulu aku dan dia seakan jauh dari satu sama lain. Aku tidak pasti apa maksud disebalik semua ini, dan aku juga tidak pasti mengapa mimpi sebegitu keep going walau ketika itu aku dan dia tenang dalam hubungan.

Aku tidak pasti apakah ahri ini aku berjaya atau tidak keluar dari tekanan situasi pagi ini, Belakang terasa berat, kepala berdenyut denyut, terasa ingin bersendirian dan terasa tidak lalu untuk menjamah makanan walau perut berbunyi berkali kali. Merajukah aku?..kecewakah aku?? aku tidak pasti apa yang aku rasa sekarang. tapi yang aku pasti ada selonggok gumpalan perasaan yang sarat, yang susah untuk aku lerai dalam beberapa jam yang dekat ini. Ini adalah waktu waktu sukar buat aku. Aku tidak bleh berjumpa orang, aku tidak boleh jawab telefon dan aku jauhkan telefon dari aku. Semua hal yang aku rancang untuk pass pada hubby aku terpaksa buat sendiri. Biarlah aku penat asal hati tidak sakit. Sukar menempuh hidup dengan orang yang hanya biarkan arah tersendiri menentukan nasibnya. Orang yang seakan percaya semua hanya boleh turun begitu saja dari langit dan sekali gus meletakkan martabat umat Islam ini rendah dan sering berada dibawah. Islam tidak pernah sempit, Islam tidak pernah menyusahkan pengikutnya, namun ramai menggunakan konotasi Islam sebagai melempias tabiat buruk sendiri. Tak pa lah asal Allah redha kata mereka, wahal kamus redha tak pernah buka mungkin. Apa yang mereka buat jauh sekali dengan konsep redha.

Aku tidak ingin menjadi hamba yang meletakkan kuasa ditangannya sendiri. Aku ada Allah tuhan yang pengasih dan penyayang. Maha melihat dan memahami apa yang aku lalui. Aku akan terus bermohon diberi petunjuk dengan musibah hari ini. Kalau inilah insiden yang meleraikan ikatan antara aku dan dia, aku redha. Aku hanya mampu bermohon setelah pelbagai usaha aku lakukan, kini masa untuk aku berserah, hidup yang singkat ini untuk mencari kebaikan bukan meletakkan ditepi bara api yang akhirnya terbakar diri. Aku akan teruskan usaha usaha yang sudah biasa aku lakukan, aku akan sibukan diri dan aku akan membudayakan masjid sebagai tempat aku mencari ketenagan. Akhirnya aku terpaksa akur, kita hanya mampu merubah diri sendiri dan kita tidak mampu merubah orang lain yang sudah jauh sebati dengan cara mereka.

Sempena REJAB yang mulia ini ya Allah, kau dengarlah suara hatiku...suara yang mencari cari arah mana yang sudah engkau sediakan seabgai laluan terbaik buat aku. Aku tahu, aku tidak pernah dizalimi oleh mu melainkan aku yang memilih untuk menzalimi diri sendiri. Aku tahu, kau kurniakan hambamu banyak cahaya, sedang hambamu yang sering membutakan mata. Ampunkan dosa dosa kami, jauhilah kami dari jalan yang memungkinkan berulangnya dosa dosa, kami hamba yang naif ya Allah. Peliharalah kami sebagaimana engkau memelihara kekasih kami Nabi Muhamamad S.a.w. Amin ya rabbal alamain.

Friday, May 18, 2012

Teratak Kasih Bonda:Teman dan sejahtera


Alhamdulilah kupanjatkan syukur pada Allah atas kurniaan RAHMAT KEHIDUPAN yang terlalu indah dan tersembunyi rahsia pelajaran dan pengajaran sepanjang usia dan setiap detik masa dan waktu. Hari ini Jumaat, hari yang sentiasa mengingatkan aku untuk mewarnainya dengan bacaan Al kahfi. Alhamdulilah juga, dengan izin Allah hari ini aku bebas dan bersih untuk terus menunaikan amanah dan menikmati IBADAT pada Allah. Tuhan yang menjadikan aku dari sehina hina kejadian tapi diberi penuh kenikmatan sepanjang jalan, dan didatangkan dugaan untuk membentuk hamba yang dekat dengannya. 

Untuk Jumaat kali ini, tangan terpegang buku kecil ayat ayat MANZIL. Buku ini diberikan oleh mdm Norliza sebagai tanda hati dan persahabatan. sudah lama aku tercari cari bilakah masa yang sesuai untuk amalan Manzil, sebab sebelum tidur aku selalunya membaca surah AlMulk. Hari ini kucapai manzil dan terasa ingin membacanya sebelum mula kerja sebagai amalan harian. Maknanya elok dibaca ketika sarapan pagi. Alhamdulilah saban hari Allah memberikan aku idea untuk pengisian spiritual diri sendiri. 

Sesambil menunggu tibanya waktu rehat yang panjang, aku perlu menfaatkan pada penulisan blog. Hari ini seawal semalam Kak umai sudah mengingatkan aku untuk keluar makan dan sembang sembang bersamanya. Sudah berminggu minggu tertangguh dan sudah bunyi lain macam tone rajuk kawan seorang ini. Aku terpaksa menolak perlawaan Noni semalam sebelum tidur, walau rancangan Noni untuk berjumpa aku agak penting. Alhamdulilah Allah masih memberikan aku kekuatan untuk menjadi insan yang mengutamakan orang lain dan bukan diri sendiri selamanya. Aku tidakpasti mana hendak dituju, ada kalanya aku seronok menjadi follower dan ianya lebih baik kalau kita beriya beri idea tapi dibelakang kita orang mengungkit itu dan ini. Persoalan tempat, makanan dan dengan siapa tidak pernah menjadi SUKAR pada aku.

Bersambung.....

Hampir pukul 4pm, aku baru 20 minit masuk semula kepejabat, agak lama keluar kali ini bersama Kak Umai dan Zalilah, kali ini memang aku berhajat untuk belanjakan mereka. Kami memilih Johnny Restaurant di One Utama. Aku yang orderkan menu steam boat dengan chicken soup bersama dessert dan minuman masing masing. Alhamdulilah sangat kenyang dan lazat serta begitu mengembirakan hati. Insya Allah dengan izin Allah aku ingin jumpa Zalilah lagi. Dikesempatan yang ada, aku luahkan pada Kak Umai apa yang ingin aku sampaikan dan apa yang aku simpulkan dan sudah aku buat ACTION. Aku harap dia faham walau tidak perlu menyokong aku. Manusia bebas untuk putuskan apa saja sendiri sekurang kurang dia faham stand aku pada seseorang diantara kami. Alhamdulilah hatiku lega rasanya.

Dalam minda disaat ini tiada apa yang ingin difakuskan lagi. Ingatan untuk pulang ke Teratak kasih Bonda membuak buak. Rindu pada anak anak, Bonda dan bak serta anak aank saudara. Ada beberapa kerja perlu disiapkan sebelum mengikuti kereta adik Linda pulang, baju baju perlu berada dijemuran, dan order order  IOPE untuk hari ni perlu dibuat. Badan terasa lemah dan mata terasa berat mungkin kerana air susu dan makanan yang sedang diproses. Sebelum balik sempatlah bersiap mandi manda dulu sambil menunggu dijemput Adik. Esok bakal menemui Alya dan Izan juga. 2 insan yang sangat dirindui. Tidak mampu untuk mencari masa menziarahi mereka diKT. Setakat ini jadula kerja dan urusan dengan client hampir penuh saban hari. Itu petanda rezeki semakin baik. Alhamdulilah ketika memeluk kawan kawan tadi, mereka sempat mengucapkan teima kasih dan mendoakan agar rezekiku bertambah tambah. teman teman beginilah yang bakal mengindahkan lagi dunia ini. Semuga kalian juga dilindungi Allah selalu.

Alhamdulilah semoga kita semua beroleh sejahtera. Amin


Tuesday, May 15, 2012

Tinta Kasih Bonda: Kita dan PERCEPTUAL STYLE


Alhamdulilah Rabu yang bertenaga dengan izin Allah. jam sudah 11.45am, sambil menunggu temu janji BRANCH singkatan breakfast dan Lunch sekaligus dgn Kak Nina, ada baiknya coretkan sesuatu diblog ini untuk selitkan nota PERCEPTION dalam penulisan kali ini. Nota ini perlu digaul dgn kisah aku, sebab ketika ianya dicari dan ditulis, ianya adalah jawapan kepada situasi yang sedang dihadapi ketika itu. Ianya penting dan tidak harus dibuang begitu saja. Teori persepsi sepatutnya difahami oleh semua terutama mereka yang kerjayanya DEAL dengan manusia.

Manusia mempunyai PERCEPTUAL STYLE tersendiri. Mengapa? Ini adalah kerana ianya terbentuk dari unsur persekitaran dan cara didikan. It is said that perceptual style is the way you take in information through five senses, and make them MEANINGFUL to you. It acts as the FILTER between SENSING and UNDERSTANDING. It is the CORE of who you are. It impacts your VALUES, BELIEFS, FEELINGS and PSYCHOLOGY. Manusia berbeza mengikut INDIVIDUAL PERCEPTUAL STYLE. It has grown with us as we have aged and developed. It influences the decision we made, action we take, the direction we choose. because it define our reality.

In trying to understand people we meet or people we deal with, it is essential effort to learn about 6 Perceptual Styles. They are activity, adjustment, flow, goals, methods and vision.

Activity - This people jump into life with both feet. They fully engage with the confidence that the details will sort themselves out. They believe constant action and involvement with others will determine the direction, ideas and pursuits.

Adjustment- They see the world as an objective reality that can be known if they take the time together complete information about its intricacies and complexities.

Flow - They are instinctive advocates for the natural rhythms of life. They see the complex connectivity among seemingly unrelated people, environments and situations.

Goals - They stride through life focused on the accomplishment of specific results and well defined objectives. They experience a sense of urgency and clarity of purpose.

Methods - They approach life in a practical matter of fact manner. They focus on new things need to be done.

Vision - They face the realities of a situation with serious intend and optimistic perspectives that a solution will be found and confidence that if one is not, there are always other alternatives to be explored.

Manusia ada ciri unik tersendiri. Semuanya hebat untuk digunakan mengikut keselesaan masing masing. sesuatu yang hak dan batil terang untuk dilihat. Sesuatu yang  jahat walau niatnya baik tetap jahat, apalagi sesuatu yang baik tapi niat sebenarnya jahat. Kita pilihkan perbuatan baik dan niat baik, kita pilihlah untuk jadi lebih productive dan menyokong insan insan lemah. Kita pilihlah untuk menguruskan diri sebaiknya tanpa menyusahkan orang lain, malah mampu juga menolong menguruskan orang lain bile perlu. Semua perbuatan kita akan memberi kesan pada orang orang sekeliling kita dan sekali gus membentuk persekitaran kita. Niat baik, perbuatan baik akan mendatangkan BAIK juga buat orang lain Insya Allah.

Tulisan ini bersambung selepas LUNCH DATE dgn Kak Nina. Hari ini adalah hari ke 3 menerima lunch treat, alhamdulilah murahnya rezeki Allah buat aku, sedari monday , tuesday dan wednesday. Kami bincang pasal ittinery Lady Trip untuk July seramai 12 orang dan lain lain persoalan trip. kalau ikutkan bukan mudah melayan kerenah manusia, tapi while doing business kita tak boleh set double standard, ocean of customer would be very variety in type so no choice. Kerana itu, kenalah smart dan perkasakan diri dengan ilmu psychology dan kemanusiaan, cultural, people practice in urban and rural areas. Alhamdulilah ini sebahagian ilmu tuhan yang memperlihatkan pada kita KEESAAN nya.

jam sudah 2.30 tengah hari. masa untuk solat dan meneruskan kerja sebelum temu janji dengan Noni pada petang nanti sekali gus menyampaikan order set A trial IOPE.

Alhamdulilah, kasih sayang Allah sentiasa mengiringi saat dan waktu kita. Ingatlah detik yang kita lalaui dan bakal tempuhi hanya KERANANYA. Ampunkan aku dan kasihi aku Ya Allah...Aminnnn




Monday, May 14, 2012

Tinta Kasih Bonda: DIAM ubi BERISI


Alhamdulilah syukur pada Allah atas nikmat kehidupan yang tiada taranya ini. Alhamdulilah pagi ini lebih CERIA dari semalam..lebih INDAh dari semalam, lebih TENANG dari semalam walaupun tidur tidak cukup. walau pun dikejutkan dengan bil maxis yang tinggi kali ke2, walau pun terkail kial menghubungi celcom untuk switching number. Semuanya tidak mengacau KEINDAHAN hari ini. Siapa yang memberi setelah MEMINTA penuh RENDAH HATI DAN DIRI pada Allah tuhan yang esa sebelum melelap mata semalam.

Aku siap berada dikatil semalam tepat 2.30 pagi, mengantuk usah cakaplah apalagi setelah penat bertemu kawan kawan Nonie dan Sue disamping ketawa bunga bunga silaturrahim kami, berkongsi juga keajaiban IOPE yang semakin kelihatan ketara pada wajah aku sendiri dan sering ditegur kawan kawan. Semalam Sue memborong 3 set, dan Nonie confirm akan mengambilnya dalam pertemuan esok iaitu hari Rabu. Sue sangat berpuas hati lalu dikhabarkan dengan penuh kesungguhan pada Nonie. Aku manusia paling gembira, disamping kongsi kebaikan, semakin imarah juga persahabatan. Alhamdulilah inilah dinamakan KEINDAHAN KEHIDUPAN.

Walau pulang lewat, walau penat, walau megantuk...order yang ada perlu disiapkan. Alhamdulilah ada bantuan esoknya sebab hubby bercuti, tidak perlulah aku menyusup keluar dari office meredah panas dan jem untuk kepejabat pos. Tak sampai 15 minit siapkan order, terus berada diatas katil selepas membasuh muka dan menyapu cream malam. Rasa gembira yang dibawa pulang, rasa gembira yang dibawa hingga tidur menjadikan aku teringat, maha kaya Allah yang menentukan pertemuan hari ini, diselitkan juga peluang rezeki disebalik rezeki pertemuan itu sendiri. Aku merasa maha agung Allah itu, dan terlalu pemurah sifatnya pada hambanya yang meminta dan berusaha. Alhamdulilah, lantas ingatan itu menajdikan aku ingin terus bersandar pada Allah. Selepas membaca ayat ayat zikir sebelum tidur, aku terus memohon ..Ya Allah ya tuhanku permudahkan urusan kehidupanku esok hari, bangunkan aku kembali dari kerehatan sementara tidur ini, bangunkan aku pukul 6.30 pagi, untuk meneruskan urusan supaya tidak terlewat janji dan aturan yang telah ditetapkan. Permudahkan urusan meetingku dengan boss dan rakan sekerja, permudahkan persiapan report dan draft idea sebelum masuk meeting. Aku meneruskan kehidupan ini keranamu sebelum aku berdepan dengan kematianku. Itulah doa doaku sebelum tidur.

Alhamdulilah, Allah mendengar doa kita, pagi ini TERASA INDAHNYA. Begitu mudah melaluinya, tiba tiba juga hubby terjaga tanpa dikejutkan untuk bersolat subuh dan terus bersiap lalu menawarkan diri untuk menghantar aku ketempat kerja. Mudahnya...bisik hatiku. jalan pula sangat lengang walau sudah 7.30 pagi. Sampai dipejabat tepat 7.48pagi. Masih awal, lalu selepas punch in sempat kami bersarapan bersama. Aku hanya mengambil sebiji telur, segelas nescafe tarik dan sepeket buah aprikot kering. Kami berbual ringan isu kehidupan dan peluang. kalau dizinkan tuhan, aku ingin merangka tata cara hidup keluarga muslim yang simple. inilah kehidupan yang tenang yang aku impikan. Sebelum hubby pergi, aku sempat mencium tangannya dan berjanji untuk bertemu petang nanti dirumah. Kasih sayang, ketenangan, keceriaan dan keteguhan hubungan paksinya ialah KEIKHLASAN KITA DENGAN ALLAH.

Kini jam 11.45 pagi, aku keseorangan dipejabat sementara yang lain terlibat dengan meeting pengambilan pelajar. Aku siapkan mana yang perlu dan terkini yang datang secara tiba tiba. Hari ini menajdikan aku nekad untuk menukar talian telefon dari maxis ke celcom kerana tidak tahan dengan servisnya yang lembab tapi bayarannya tinggi. Mungkin kalau berkesempatan, dalam perjalanan pulang nanti aku singgah dicelcom centre Taman Tun Dr Ismail. Alhamdulilah ini juga penunjuk jalan untuk tidak kerugian. Aku tidak kisah rugi asalkan aku belajar dari pengalaman rugi itu.

Petang nanti ada meeting Unit. meeting yang jarang2 dibuat, meeting yang aku harapkan ada nilai kerjasama yang baik dari ahli unit as a team. Setakat ini walau apa pun dugaan, aku diamkan diri saja, minda aku sudah terlalu sibuk untuk fikirkan unsur negative yang kelihatan. biarkan mereka dengan cara mereka, aku tidak rugi apa apa, malah semakin KUAT DAN TABAH sedangs eperti yang dikatakan Ustaz Azhar Idrus, sesiapa yang didalam hatinya ada hasad, dengki dan khianat, maka semakin berkuranglah pahala malan yang dikerjakannya sebagaimana api memakan kayu api. Besar peranan berhati baik disisi Allah, tiada sebab untuk kita tidak suka seseorang, dan sangat sonsang kalau kita hanya sukakan orang macam kita dan berharap semua orang macam kita berfikir dan bertindak. Aku kesal masalah begini ada pada orang cerdik pandai dan berkedudukan. Prinsip aku senang, walau apapun umpat keji mereka, walau bagaimana pun cara mereka psycho aku, walau bagaimana dingin pun pembawakan diri mereka pada aku, sedikit pun tidak menjadi kudis. Allah bersama aku selama mana aku ingatkan Allah dan aku ada cita cita dan tujuan hidup yang lebih KEMAS DAN BUSY. Aku tidak perlu menghabiskan tenaga dengan mereka, dan tidak juga perlu melihat apa saja yang boleh menimbulkan suara suara negetif didalam hati. Biarlah aku terus DIAM UBI BERISI.

Ya Allah, hari ini begitu indah kau ciptakan buat aku, insan kedil yang sentiasa memohon rahmat dan barakahmu, detik waktu yang kau pinjamkan padaku adalah amanah yang besar yang harus aku penuhi dengan sesuatu yang menghasilkan pulangan lumayan diakhirat dan sedikit imbuhan dunia, jika banyak nanti dikhuatiri aku akan LALAI dan SOMBONG. Indahnya mengingatimu dalam SUSAH DAN SENANG, dan dalam SEDIH DAN GEMBIRA. Panjangkan tempuh tawadduk ini sebelum aku mengadapmu nanti, agar cukup buat aku menikmati LAZATNYA KEHAMBAAN ini dan menebus dosa dosa masa lalu dan masa kini yang sering terjadi. Ya  Allah mohon rasa KASIH DAN CINTA yang melimpah ruah, mohon HATI YANG KUDUS dan SUCI untuk meneruskan amanahmu pada kehidupan duniawiku. Peliharalah GERAK GERIKU selalu agar aku sentiasa dibawah RIMBUNAN INAYAHMU. Amin ya rabbal Alamin.

Ya Hayyu Ya Qayyum


Tinta Kasih Bonda: ONE for ALL


Jam di screen telefon sudah 5.30pm bermakna waktu pulang sudah tiba buat kami warga UIA yang bekerja hari ini walau mungkin ramai melalui hari ini full of monday blues. Mood kerja hari ini agak spoil, kerana tidak cukup tidur, semalaman menonton you tube Dendang Perantau bersama hubby dan selepas itu mengikuti isu isu politik terkini, kisah UMNO dan pembangkang yang menambahkan lagi mata ini sukar untuk pejam.

Alhamdulilah, dalam mood yang tak berapa sempurna, aku berjaya melalui hari ini bagai dirancang. Pertemuan dengan Lynda berjalan dengan baik, cuma menunggu pertemuan dengan Sue yang ditangguhkan dari semalam. Cuma satu pertemuan yang terpaksa ditangguh pagi esok untuk Lynda hostel yang memesan cleanser 1 set. Hari ini kiranya ada 3 COD, tak sangka Lynda sahabat yang sekian lama berjanji untuk bertemu mengambil kesempatan meluah segala yang terbuku dihati nerkisar kisah kerja dan kehidupannya terus membeli satu set A untuk kembali kelihatan berseri dan ceria. Seronok berniaga sesautu yang mendatangkan hasil dan kebaikan pada orang ini, bukan setakat mendengar luahan customer dikalangan kawan, siap boleh juga berniaga IOPE..sekaligus THREE IN ONE. Alhamdulilah rezeki Allah tiada siapa boleh menghalang dan menduga kehadirannya.

Lewat tiba dioffice hari ini, memaksa aku untuk balik lewat. Sedari semalam lagi dalam kepala sudah terlintas banyak orang nak jumpa minggu ni. Dalam pukul 11 pagi tadi sempat mengisi dairi. dari isnin hingga Jumaat, setiap hari ada 3 pertemuan. Semuanya berwawasan bukan saja saja buang air liur. waktu breakfast, lunch dan dinner time. Malam ini dinner dengan Sue, esok breakfast dgn Imahs ambil bincang perkara ebrbankit projek Ulul Albab, tengah hari cuba cari Nor, dan malam jumpa Brian untuk Roti canai dan movie date follow up slot yang diminta aku isikan. Dalam banyak banyak temu janji, hari khamis paling seronok, jumpa yatt dia sudah janji untuk bawakan cake valvet, aku makan je annti hehe. cuma hajat dihati untuk kesurau dirumahnya bersama mengisi progarmme bersama ustaz jemputannya tidak kesampaian. Petang Jumaat perlu dikosongkan khas kerana peluang balik kekampung berweekend dengan anak anak sambil tinjau pembelajaran Fayyadh dan bermanja dengan Mia sekali gus menghilangkan kerinduan Harraz pada ibunya.

Aku sebenarnya tidak sangka akan menjadi sebegini PROACTIVE. Namun  iklim sekelilingku bukan semuanya  indah. Boss macam biasa agak dingin dengan aku, aku cakap 5 jawabnya 1, aku ketawa mukanya serious je, Aku hanya ditegur bila ada hal urgent yang penting, kalau tidak aku seakan tidak wujud,  jauh sekali untuk merancang keluar makan dan minum sekali. Entah apalah yang ada didalam hatinya hanya Allah yang tahu. Kalau dulu aku sangat sibuk dengan kerja UIA, sekarang kerja Uia tidak banyak mendatangi aku, ruang dan peluang ini lagi kemas untuk diisi dengan fokus aku pada kerja luar yangs edang dibina. Alhamdulilah. Aku tidak begitu kisah dengan hal pejabat bercuaca dingin dan beku ini, begitu juga hubungan kwn kwn yang dulu bukan main manis, sekarang sedap je mengata itu dan ini dibelakang, aku sudah membina kemas inside STUBBORN yang positive yang menjadikan AKU TIDAK KISAH. Kegembiraan aku, keceriaan aku bukanlah ditangan mereka. Aku akan bina kehdupan aku berpaksikan dengan kekuatan yang dibina melalui hubungan aku dengan Allah. siapa yang datang padaku aku akan sentiasa menganggapnya rahmat dan siapa yang meninggalkan aku sedikit pun tidak meninggalkan kudis dihati. Mereka tidak semestinya tercipta untuk aku.

Semalam penuh kenangan, tanpa aku duga hubby memberikan aku sebucket bunga Rose Pink yang digubah indah, bersama sekeping card. PROMISE TO MY SOULMATE. Aku seakan bermimpi, dan tersentuh hati aku membaca kata kata dikad itu. Aku tidak tahu apa yang perlu diucapkan, hanya sepatah kata terima kasih dan dia mengenggam erat tanganku dalam perjalanan pulang kerumah. Seakan Allah sedang menyediakan dan menghubungkan kembali kami dalam kebahgiaan. Seakan tuhan sedang mengembalikan suasana yang diperlukan anak anakku. dari masa kesemasa, aku berbincang dengan suami, bagaimana untuk menjalani hidup sepenuhnya sebagai keluarga muslim. Kami terokai kehidupan masing masing yang terlalu banyak KOSONG. Kerana itulah anak anak bertempiaran mencari pengisian tersendiri,yang terjumpa bagus baguslah, yang terpesong maka terpesonglah. semoga kami anak beranak masih berpeluang membaiki dan membina semula rumah cinta dan kasih sayang kami.  Dalam hal ini, mendekatkan diri pada Allah oleh semua ahli keluarga adalah jalan terbaik.

Semenjak aku sakit minggu lepas, aku semakin tenang dan fokus, mohonku pada Allah untuk aku bijak mentadbir diri dan fokus pada keperluan yang hakiki dan sampingan dengan adil. Aku semakin mudah mendidik hubby, semakin rapat dengan anak anak dan adik adik. Idea idea bisness CAFE AIR TANGAN BONDA sudah semakin menjadi minat Adik Linda dan Fatin, kalau kami ada rezeki, insya Allah aku ingin menyatukan aksih sayang dan kenangan kami adik beradik dan keluarga dibawah satu management business. sayang dengan peluang yang ada, kepakaran, resepi yang bagus, minda busienss, kaki tangan yang tersedia cuma yang paling besar dan perlukan pengorbanan ialah MODAL. Biarlah ini menjadi agenda terakhir selepas agenda Butik dan training yang semakin bercambah dikepala. Alhamdulilah IOPE dan Lady Trip masih ditahap yang sama. Manisnya berbuat baik kerana Allah, sebab Allah akan balas kebaikan dan nikmat tanpa diduga seawal didunia.

Semoga, hubby dan anak anak, kedua ibu bapaku, adik adik dan anak anak saudaraku semuanya diberikan hidayah yang besar oleh Allah sebagai pulangan terbaik pengorbananku sebagai satu satunya anak yang diberi kelebihan sebelum mata ini TERPEJAM. Aku ingin melihat mereka bahagia diulit manisnya IMAN dan nikmatnya RAHMAT yang Esa. Allah yang maha agung, ONE FOR ALL...... Amin




Saturday, May 12, 2012

Tinta Kasih Bonda : Intai MARAH dan Kesannya


Alhamdulilah syukur kehadrat Allah untuk pagi yang indah ini keseorangan dirumah menyediakan keperluan sendiri sambil menyiapkan kerja kerja ringan seorang suri rumah sambil berkesempatan menghirup teh O panas dan 2 biji karipap Ikea yangdibeli semalam. Cuaca hari ini agak mendung, angin kuat masuk kedalam rumah menjadikan udara segar dan dingin. Tenang rasa hati, kalaulah waktu waktu begini mampu mengadakan solat Dhuha, alangkah nikmatnya. Insya allah waktu waktu begini akan berulang lagi dengan izin Allah. Sesekali bersendirian itu sangat NIKMAT.

Untuk semalam, dan hari ini aku cuba mengintai isi kandungan buku ANGER MANAGEMENT in a week. untuk chapter Sunday dan introduction of the book sudah dihabiskan. Kesimpulan dari intoduction page dalam buku ini ialah Marah itu satu KEBIASAAN. kita menjadi marah bila apa yang kita dapat tidak seperti yang kita harapkan. Marah dikira satu emosi yang harus diterima tapi tidak ditempat kerja, kerana kesan marah yang dinampakan akan menghasilakan tindakan aggresive yang membawa kepada Disciplinary Action. Tujuan buku ini bukan untuk menghapuskan EMOSI MARAH, ia hanyalah untuk mendiidk kita menjadi KURANG MARAH. Matlamat teringgi ialah, kita memerlukan provocative yang lebih besar untuk marah. Buku ini membantu untuk mengenali menagpa kita marah dan bagaimana menyadurkan rasa marah yang betul melalui teknik teknik yang disediakan. Buku ini juga membantu kita untuk menolong kwn kwn, customer dan mungkin boss sendiri yang  yang sedang berdepan dengan rasa marah.

Apa itu MARAH. ianya adalah sebahagian emosi sihat yang ada pada manusia. Bila marah, bahagian badan kita membawa signal tertentu yang membawa kepada rasa tidak gembira dan memutuskan kepada ACTION. Ransangan marah akan membantu kita menjadi kuat untuk FIGHT the RIGHT. Pengawalan kemarahan adalah berbeza mengikut tempat, kalau ditempat kerja, kita harus mengawal kemarahan kerana tempat kerja adalah Rational Place tambahan pula hubungan kerja selalunya tidak begitu rapat untuk mereka tolerate dengan kemarahan kita. Berbanding dirumah, kita lebih FREE untuk melepaskan rasa marah. Ramai dikalangan kita keliru antara aggresive dan kecewa. Kita perlu memahami kaitan antara marah, kecewa dan aggresive. Sebenarnya kecewa adalah penyebab rasa marah. dan aggresive pula ialah perbuatan yangdilakukan ekoran dari rasa marah yang keterlaluan. Ianya adalah satu perbuatan yang meninggalkan kesan pada physical dan emosi orang lain. Bila tahap aggresion itu tinggi, kita namakan dia RAGE. Ianya diapat dijelaskan melalui keadaan bila seseorang bertempik, merah mukanya, bergetar, mengancam dan juga memukul. Kita berada ditahap KEMARAHAN yang Kronik bila :
1. Selalu Marah dan mudah marah.
2. melempias kemarahan dengan keterlaluan seperti Meletup dan aggresive
3. Too Intense
4. Lama dalam kemarahan.

Kedua dua jalan kendalikan kemarahan ada kesan negative sama ada melempiaskan kemarahan atau memendam kemarahan. Memendam kemarahan akan membawa kepada pelbagai jenis penyakit termasuk high blood pressure, kemurungan, Stress dan depression, heart disesase. Atas dua sebab kendalian kemarahan secara melepaskan dan memendamkan itu tidak bagus, maka perlualh kita mengendali kemarahan itu dengan cara yang betul. Marah dengan kendalian yang betul adalah satu keperluan untuk berdepan dengan orang ramai yang banyak kerenahnya.

Tulisan ini akan bersambung lagi....

Mengingat rasa EXTREME MARAH yang pernah aku alami ialah bila berdepan dengan kerenah kakak dan anak saudaraku. Aku sangat KECEWA dengan mereka, sudah hidup dibadai pelabagi dugaan, namun hati tetap sombong dan angkuh dengan diri sendiri dan sangat bijak meminuplasikan keadaan. Kami sekluarga adalah mangsa manipulasinya yang sudah hilang sabar, terutamanya aku, bila semkain banyak aku korbankan masa danw ang ringgit, baru aku tersedar, aku sudah berusaha pada sesuatu yang sia sia. Puncak kemarahan itu membuatkan aku terasa ingin terkeluar segala isi perut setiap kali terbaca posting posting lakunannya di FB yang penuh Islamik kononnnya..lalu aku block keduanya supaya hati aku tidak lagi berkata kata...dan aku hanya meluahkan sebaris perumpamaan di wall FB aku ..."Terkadang manusia ini ibarat MELEPAS ANJING TERSEPIT, sudah kita lepaskan dia, kita pula dia GIGIT". Aku tetap mengatakan sebagai mansuia biasa itu adalah sekecil kecil hak buat aku. Siapalah aku untuk menyalak hal keluarga sendiri yang selama ini aku kemas dan bernanah pendam didalam hati, namun kalau tuan punya diri terasa dan takut untuk BERDEPAN dengan aku, mereka semua takut dengan bayang bayang sendiri. Memnag mereka senang melepas diri dari berdepan dengan aku atas persoalan mengapa MEMPERBODOHKAN AKu yang sering membantu mereka, INGAT siksa dan azab Allah itu pedih, mereka sedikit punt idak boleh lepas. Aku dengan rela hati menyerahkan hal ini pada Allah, sejak kejadian itu rezeki aku melimpah ruah, kegembiraan dan ketenangan tidak pernah putus dan kami BERTAMBAH GEMBIRA tanpa mereka. Namun aku dan keluarga sedikit pun tidak berdendam, sering aku ingatkan pada mak dan adik adik. kita doakan semoga SATU HARI, Allah membuka pintu hati mereka, mudah mudahan saat itu bukanlah dikala nyawa sudah berada di Halkum. Apa yang terjadi mungkin sebagai balasan atas HIPOKRITNYA mereka kepada kami semua selama ini mungkin sudah tiba masanya Allah meminta kami untuk fokus hanya pada yang perlu dan patut dan lupakan kerja sia sia pada orang yang sia sia.Kalau satu hari mereka kembali pun, hati kami tertanya..adakah mereka sudah berubah, sejauh mana boleh percaya, sejauh mana boleh diharapkan. Aku tidak mungkin mengulangi kebodohan masa lalu aku lagi...dan untuk kesian kalinya dalam hidup, satu hakikat yang perlu diterima, ilmu, amal dan iman menjadikan manusia berbeza dan berpecah belah walau datang dari perut yang sama belum tentu hati dan akal juga sama.

Semoga Allah membantu mereka dan aku bersyukur aras pengajaran ini kalau tidak hingga kini aku masih diperbodohkan mereka.

Amin




Friday, May 11, 2012

Tinta Kasih Bonda : Bunga KEBAHAGIAAN


Alhamdulilah, hajat dihati kesampaian untuk bersunyi sunyi dengan BUKU sendirian. Sesampai saja dirumah, menarik nafas lega dan terus mencapai buku yang dipinjam dari Imah. banyak pahala Imh dapat, bukunya itu menjdis antapan rohani dan jiwaku pada petang ini. Alhamdulilah juga hubby tak mengajak keluar makan awal awal bila dia asyik dengan you tube sambil menunggu waktu maghrib.

Mengintai bunga disebalik BUNGA KEBAHAGIAAN yang ditulis oleh Dato Nik Aziz, Menteri besar Kelantan yang bertaraf ulamak itu. gaya bahasa yang simple cukup memahamkan aku dasar keperluan hidup manusia pada perkahwinan yang telah digariskan dalam ISLAM. Kesempatan msa terluang ini, biarlah aku kupas sedikit pengajaran yang dapat aku simpulkan dari buku itu dari kata penghantar hingga ke bab ke 4. Setiap jam ingin sekali aku menambah ilmu didada, kalau tidak dengan membaca, berbincang atau mendengar dri mana mana sumber ataus ekurang kurangnya melayari internet, atau paling kurang merenung dan berfikir.

Bunga yang dijumpai, bunga yang disimpulkan sebagai BUNGA KEBAHAGIAAN. Allah berfirman bahawa bila mati seorang anak adam itu, maka terputuslah dia dengan pahala dan balasan baik kecuali 3 perkara, harta yang dibelanjakan pada jalan Allah, Ilmu yang dimenafaatkannya pada orang lain dan anak soleh yang mendoakan kesejahteraannya dunia akhirat. Anak soleh menjadi sebahgiaan dambaan sebagai mana dambaan pada harta dan ilmu. Anak soleh hanya boleh didapati dari sebuah perkahwinan penuh barakah dan suci. Perkahwinan kerana Allah, menyatu 2 insan dari terjerumu kelembah hina perzinaan dan terselamat dan berbuat pahala kebaikan yang besar melalui jimak suami siteri yang halal yang melahirkan zuriat Islam yang beriman dan beramal soleh. Manisnya Islam...manisnya aturan Allah s.wt.

Allah jadikan kamu dari pasanganmu yang sebaya dengan kamu supaya kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram. Kuasa jodoh dan pertemuan itu sepenuhnya ada ditangan Allah. Kita dinasihatkan memilih jodoh kerana Allah berdasar pada 2 perkara penting. Imans eseorang dan akhlaknya. tanpa 2 perkara ini maka rosak binasalah kehidupan yang bakal dibina. Dalam bku ini juga mengariskan sifat mulia suami dan sifat mulia isteri yang harus diamalkan. anatar yang paling menyentuh hati aku ialah, jangan sesekali isteri menolak kehendak suami untuk dilayan, dan jangan sesekali isteri melayani atau berkawan dengan seseorang yang suami benci atau tidak suka. Sekiranya berlaku situasi suami melakukan kesalahan, jika isteri tidak boleh menerimanya, lalau isteri berhak untuk minta perpisahan sebaliknya jika isteri bertahan dan terus melayani suami walau hatinya terluka maka sangat besar balasan pahala dan janji syurga dari Allah.

Seperkara yang ingin aku semaikan pada anak anakku. Bila memilih pasangan, pilihlah orang yang beriman, yang hatinya baik kerana takutkan Allah, kalau dia tidak menyukai kita suatu hari nanti, maka dia tidak akan menganaiyakan kita. orang yang beriman hatinya sedar dalam perhatian Allah secara senyap dan terbuka.

Beruntunglah wanita yang bergelar isteri, berbahgialah wanita yang bergelar ibu, dalam susah dan getir ada penawar yang penuh hebat dari Allah. usah takut dengan jodh dan ketentuan brsamanya Allah kirimkan rezeki yang tidak kita ketahui. Alhamdulilah inilah antara yang mampu diingati tanpa meujuk didepan buku itu lagi. Tulisan ini akan bersambung dengan lebih sempurna sekadar berkongsi dan mengingatti hati dan jiwa sendiri. Penawar yang mujarab itu ada pada doa doa dan ayat ayat Allah. Kita sebagai hambanya wajib berusaha mencari dan beramal sebaik mungkin untuk membentuk diri menjadi hamba Allah yang penuh diredhai.

Wa Allahu A'lam

Thursday, May 10, 2012

Kerehatan untuk LEBIH SIHAT


Pagi Jumaat yang kurang INDAH kerana tidak mampu menghayatinya sepenuh hati lantaran KEUZURAN tabii seorang perempuan. jalan raya yang sibuk bertumpu ribuan kereta menuju ketempat kerja masing masing, aku sedikit gelisah, namun cuba tenangkan hati dengan zikir zikir rutin perjalanan ke pejabat dipagi hari, Al Aziz dan Al Jabbar. Alhamdulilah berkat doaku semalam, dalam sibuknya jalan raya dan dalan keterlewatan bangun pagi, aku hanya habiskan 20 minit merentas pelangi damansara ke Seksyen 17 petaling Jaya. Bukankah ajaibnya sebuah doa dan zikir. Alahmdulilah ya Allah. manisnya lankah diringi doa dan zikirmu.

Aku cuba hubungi Nik kawan baru yang semakin rapat denganku kerana IOPE, sudah lama Nik mencari aku untuk lunch atau breakfast bersama sambil mengambil order. Aku sudah awal awal siapkan order Nik, sedaya upaya insya Allah aku tidak mahu hampakan dia. Aku juga hubungi Lynda, lecturer English department yang sudah lama tertangguh pertemuan dengan aku. Alhamdulilah selesai perbincangan dengan mereka untuk janji yang telah diupdate. Agenda besar hari ini ialah mengadap boss, untuk 2 hari cuti sakit dan prosedur permohonan training. Alhamdulilah walau tidak mesra sebab aku sangat berhati hati, namun perbincangan kami tenang. Boss memberitahu dia bekukan sebarang training dan aktiviti lain untuk sepanjang Mei dan June untuk semua kami menumpukan pada progress dalaman Unit. Aku doakan agar idea boss yang bakal diketengahkan dalam meeting minggu depan akan menyatukan kami dalam kerja dan sekaligus membuahkan rasa gembira dan semangat berpasukan terutama untuk aku. Semoga Allah membuka pintu hatinya, alangkah ruginya tenaga kalau melayan rasa tidak puas hati yang tidak berkesudahan. kalau perlu beralah, aku beralah sebaik mungkin demi ketenangan semua pihak. Aku agak teruja untuk meeting unit buat kali ke2 untuk tahun 2012 bersama penganti Zul, semoga ada nafas baru dalam unit ini dan semoga ada berita gembira buat hatiku dengan mereka. Aku tidak berharap untuk bina chemistry, ada ketikanya position dan lokasi kita tidak membawa kepada chemistry tapi kita bertindak profesional, kita berteam demi kerja, semangat kerja berpasukan penuh profesional sama sekali menjauhkan mainan perasaan.

Ada satu kerja sedang menunggu sentuhanku, sementara itu aku mengambil sedikit masa untuk berblog, lama ku tinggalkan lantaran banyak urusan dalam kehidupan.  Hubby menelefon dengan suara penuh gembira, tapi dalam kegembiraan itu bertanya keputusan untuk aku pulang ke kampung atau tidak. Aku tidak mampu menjawab sebab tidak boleh putuskan segera. Serasa demi menjaga kesihatan, aku tidak boleh balik. Bila aku terlalu penat, dengan cuaca sekejap panas dan sekejap hujan ini, aku mudah mendapat demam. Hujung minggu ini, aku ingin tumpukan pada buku, rumah,kain baju, masakan simple, draft idea dan buat kemas kini account IOPE. Kena rancang sebaik baiknya agar 3 hari 2 malam dihujung minggu tidak sia sia, hari ini sudah masuk satu hari. Aku masih binggung, haruskah aku mengikutnya untuk menemui ibunya malam ini. kalau kehadiran kita membuat orang merasa kekok untuk berbincang, mengurang kegembiraan orang, menambah unsur tidak gembira, lebih baik tidak pergi. Itulah jawapan yang bakal aku katakan pada hubby nanti. Kalau pergi biarlah pulang dengan gembira, jangan hati berkata kata. Aku tidak mahu menjadi TITIK menyemak dimata orang lain, kalau aku ini memedihkan mata orang, aku tidak rasa apa apa untuk tarik diri dan disappear. Aku terima kalau beginilah takdir buat aku. Bukan semua orang sukakan kita, itulah hakikatnya. Superstar macam Siti Norhaliza pun ada sekumpulan orang membenci. Itulah manusia penuh cacat celanya, hanya Allah yang boleh menerima kita walau siapapun kita dan bagaimana besar pun dosa kita. Allah tuhan yang maha pengasih dan penyayang.

Seperti biasa lunch hour hari jumaat agak panjang, aku akan keluar untuk lunch sambil siapkan postage dan keluar lunch. Hajat hari ini untuk lunch dengan adik Linda berdekatan dengan tempat buat postage. Balik office sambung kerja terutama siapkan report dan draft idea programme. Dalam kepala terus untuk merancang untuk plan hujung minggu terbaik siapkan kerja rumah sambil berzikir, penuh pengisian membaca, rehatkan minda dan jiwa. Bila semua ini berhasil idea idea canggih pasti lagi banyak datang dikepala. Alhamdulilah, setiap kali lepas rasa sakit, Allah bagi kesihatan berganda, rasa segar pernafasan, rasa tenang jiwa dan minda. dalam diri aku mengakui tidak pernah ada sesuatu yang sia sia bila sakit itu sendiri menjadi sebuah KEREHATAN DIRI. Sebagai hambanya yang bersyukur, usah berungut bila diduga, laluilah dengan optimis, usah curiga dengan kasih sayang Allah. Aku sayangkan peluang LEBIH SIHAT yang Allah beri ini. Sedari semalam, aku berjanji untuk menjadi insan yang lebih baik lebih memberi menfaat, lebih membantu, lebih menggunakan peluang, lebih memeriahkan keadaan dengan kasih sayang dan lebih matang dalam setiap tindak tanduk.  Syukur atas ruang umur dan nafas yang masih bersisa, masih banyak TUNTUTAN yang belum selesai, rasa KEHAMBAAN yang belum mantap, NIKMAT IBADAT yang belum sepenuhnya dihayati, Nikmat silaturahim hingga ke syurga, Nikmat berzakat yang belum banyak himpunannya...ya Allah kecilnya aku dalam mengejar TUNTUTAN itu, bantulah aku menjayakan HAKIKAT DIRI dalam Redhamu ya Allah. tiada tempat lain untuk mengadu selain darimu tuhan yang mudah memperkenankan HAJAT HAMBANYA. Aminnnnn 






kasih SEJATI dan penyatuan HATI


12.30am jam ditepi screen computer. Berkejar lepas mandi malam bersihkan badan seharian didewan serbaguna sedari pagi bersama team Ulul Albab Project, Dr rahimah dan Dr Siti Rohimi. Aku menumpang semangat dan kekentalan jiwa mereka berdua, puas hati melihat senyum lebar Dr Imah yang mesranya aku panggil Imah walau sudah bergelar seorang Dr, dan seronok berdamping projek research education begini dengan manusia hebat dan detail mindanya seperti Dr Siti Rohimi yang mesra aku panggil kakak. Alhamdulilah ini juga antara rezeki besar yang allah kirimkan buat aku hambanya yang naif ini, yang sering meminta, yang satu ketika dulu binggung dengan bertali arus dugaan dan ujian dalam hidup. Berkat SABAR dan IKHLAS...Alhamdulilah kini semuanya dikelilingku INDAH belaka. Cuma aku terkilan, kesinambungan projek ini untuk esok hari tidak dapat turut serta turun padang bersama pelajar trainer disebabkan surat perlepasan belum jelas tiba dimeja boss.

Sekembali dari programme yang berakhir jam 11 malam tadi, hati tersebut sebut kak Nana, dan fayyadh, hari ini fayyadh sertai Kem UPSR, Alhamdulilah aku sempat kemaskan baju bajunya didalam beg, dan sempat memberikannya ciuman dan pelukan kasih sayang agar dia tekun berbekalkan kasih sayang dan doa dariku. sekembali dari kampung, aku terlantar 2 hari demam sinus, patutlah mengendalikan urusan bisness di kemaman sangat getir rasanya rupanya aku sudah tidak sabil daris efi kesihatan. 2 hari sakit bermakna 2 hari juga au tinggal dirumah penuh rehat, tapi terasa INDAH bila kak Nana ada disisi, Alhamdulilah aku dikurniakan seorang anak perempuan yang baik, yang tekun dengan solat dan bacaan Quran, yang taat pada aku ibunya dan ayahnya, yang tekun mencari jati diri dan kejayaan. Sebesar besar syukur kehadrat Allah mengirimkan aku teman sejati sepertinya. 3 hari makan bersama, tidur bersama, berbual dan buat kerja rumah bersama menjadikan hatiku sangat RINDU malam ini, rasa ingin tahu bgaimana dia mengatasi persoalan dari guru dan rakan rakan atas kehilangannya 3 hari dari asrama. Berkali kali aku berpesan padanya, tabah hati ya kakak, ceritakan yang benar, mintak cikgu call mama. Dia seorang anak yang kuat dalamannya. Malam ini ternampak nampak aku wajah mongelnya, senyumnya, lembuat tutur katanya, cutenya dia sedari kecil. saban hari dia semakin berubah menjadi anak yang matang. Aku sering berpesan padanya BURULAH CITA CITA , nanti CINTA datang sendiri. Cinta yang datang dikala kita bergelar seseorang lebih bermakna dari cinta yang hadir pada seorang bagai pengemis cinta.

Bergegas melihat message di Inbox FB, bergegas membalas dan copy paste mana yang penting, dan begegas menjawab ringkas teguran Brian, aku tiada masa untuk chat. Hujung minggu ini kena draft programme dgn Brian rakan NLP yang hati aku terbuka untuk plan programme training bersama samada untuk public atau untuk UIA. Minggu lepas sebelum balik kampung sempat minum teh tarik engan Brian sebagais essi berkenalan setelah hampir 5 bulan dia menyapa aku dan memeprkenalkan dirinya di FB. Seorang anak muda cina yang berpewatakan inggeris, sangat lemah lembut dan banyak idea. Dia sudah lama mencari seseorang dari back ground psychology untuk team up. Rezeki datang lagi. Aku tidak harap terlalu lumayan, cukup kalau bersamanya ada keserasian yang membuahkan lebih banyak idea. ang penting, aku boleh melihat bagaimana minda cina bekerja. Minggu depan kena fix a date lagi untuk coffee and discussion dgn Brian di area curve. Alhamdulilah juga pertemuanku dengan mai lewat sabtu yang lepas sangat manis sekali, aku hadiahkan Mai sebuah tomato massage dari korea dan sebentuk brooch. Aku gembira melihat perubahan Mai. Perbualan kami mencakupi pelbagai topik tapi yang paling seronok aku mendapat peluang untuk mengikut Mai berguru di Indonesia. Semoga Allah kabulkan doa aku dan dia. Mai akan menunaikan umrah diwaktu terdekat ini, semoga Allah memilihnya sebagai tetamu yang hebat, aku diamkan dulu pasal agenda tour Europe untuk Lady trip dgn mai, memandangkan Mai penuh bersedia hal hal keagamaan sebagai persiapan mentalnya ke Baitullah.

Lewat kunjungan kerumah Imah petang tadi, aku bawa pulang 3 buah buku yang bakal aku habiskan paling lewat end of Mei, Agar solat tidak sia sia, Bunga Kebahgiaan dan  Izharul Haq. Aku jemput imah kerumah ku yang tidak seberpa, teringin rasanya untuk menjamu anak anaknya nasi ayam air tangan aku. Aku kenal hati dan budi Imah, seorang wanita cekal yang penuh sabar dan dialah salah seorang sahabatku dunia akhirat Alhamdulilah. Teringat ucapanku pada pelajar pelajar tadi yang membuat mata Imah tidak ebrkelip memandang aku...walau siapapun kita, walau bagaimana dan dari mana pun asal kita, hari ini kita ditemukan dibawah satu matlamat. Untuk menjayakan matlamat itu marilah kita bina ukhhuwah penuh rasa CINTA. Kita bertuah hari ini kita mmiliki will dan chance, diluar sana masih banyak orang yang ada will tapi tiada chance, dan ada jugak orang yang disogok dengan pelbagai pelung tapi mensia siakannya. kesatuan rasa CINTA kita demi membina tanggungjawab untuk ummah. Aku berjanji kalaulah melalui Imah Allah kirimkan aku peluang untuk membina kemanisan berkhidmatan dan meninggalkan satu tanda hati buat rakan rakan, pejara pelajar dan universiti, aku akan memberikan kerjasama dan sokongan sepenuhnya. Terimakasih Allah, akhir akhir ini kau sebukkan hidupku dengan insan insan yang berhati mulia. Merekalah teman yang dicelah kemesraaan kami kau titipkan kasih sayang sejati dan penyatuan hati kerana IMAN kepadamu. Amin ya Rabal Alamain.


Semoga esok lebih INDAH buat aku...

Thursday, May 3, 2012

BERLIAN SEBENAR


Alhamdulilah segala yang diminta sebelum tidur semalam semuanya teratur dengan sempurna hari ini. Dapat aku rasaka, tiap kali sebelum tidur, bila panjatkan doa pada Allah ecara jelas dalam perhitungkan hari esok minta dijayakan, dipermudahkan pasti keesokannya kita akan banyak berlapang dada dan mampu mengukirkan senyuman yang sempurna. Segala puji bagi Allah atas nikmat hubungan hati dan doa terhadapnya. Semoga hari hari seterusnya aku tidak sesekali LUPA untuk meminta dan berserah sebelum melelapkan mata menikmati tidur sebaik anugerah rehat dari Allah itu.

Duty pertama di Gombak untuk bulan Mei hari ini memberikan aku sepenuh kepuasan. Serasa diri betul betul energetic dan productive. Alhamdulilah group Lady trip 2 yang ditemui dalam pukul 9.30pagi memberikan pelukan gembira  PUAS dan SERONOK. masih aku terasa aura kegembiraan mereka, ucapan terimakasih bertalu talu dan yang paling best.."za next trip mana?" "insya Allah tahun depan Intai Intai India..hehe ". balas aku...but kalau nak pergi korea lagi anytime dan kalau purposely nak pergi bersama must be on November. Aku DOUBLE HAPPY bila kwn kwn happy, malah sempat jugak aku suntikkan mereka idea idea business apa lagi bila kebanyakan merka adalah pakar tenaga pengajar bidang business dan ekonomi. Kegembiraan mereka sudah memeberikan aku SERIBU KEPUASAN. apalagi bila group balik malamnya terus duit masuk account. Murahnya rezeki mu ya Allah.

Sesungguhnya maha kaya Allah mengatur hidup hambanya. Aku tidak mendambakan kemewahan kerana aku sudar kepentingan insan lain dalam hidupku, bila aku memahami disebalik takdir aku sebagai aku, aku terus meletakan hubungan ini satu amanah. Hubungan aku dengan Allah, dengan suami dan anak anak, dengan kedua ibu bapaku, saudara mara dan kawan kawan. Dalam kemurahan rezeki untuk aku, ada bahagian mereka. Aku hanya pengantara, insya Allah sekurang kurangnya aku mampu tinggalkan satu misi yang teguh buat anak anak sudah memadai sebagai wadah masa depan mereka. Akhirnya hari ini juga Allah mengatur cantik pertemuan yang saban lama tertangguh dengan sepupuku Ja. Tak kisah siapa belanja siap, aku pun berhajat untuk meraikan kejayaan dua bisness aku dengan dia, tapi ja seakan beriya iya sangat untuk belanja aku atas kejayaan PHDnya. sambil makan, kami bercerita, aku dan Ja begitu kuat chemistry mungkin fikrah dan nilai sangat sama, apa lagi darah kami serumpun bersaudara. Dari pukul 12 hingga 1.30 tengah hari, terasa masa terlalu pantas, setiap inci perkataan dan idea bukan sia sia, kami saling sokong menyokong. Aku sayangkan dia macam adik sendiri. Dikala aku mengucapkan selamat tinggal dan sekali lagi dengan ejlas aku ucapkan tahniah dans angat bangga dengan dia, aku terlihat riak air mata dimatanya, air mata itu aku pernah lihat ketika menjenguknya di London dulu. Ja seorang yang CEKAL dalam laluan kehidupannya tersendiri, aku berkali katakan pada wahida, contohi acik Ja safwah how she manage her academic. wahida anakku keen ke arah academic.

Berkejar menunaikan solat zuhur dan temu janji Dr Imah, bekas sahabat ketika di UIA dulu yang beriya iya mengajak aku berbincang sesuatu. tepat pukul 2 pm, aku duduk penuh hormat dihadapannya yang sedang membetulkan atur cara programme pelajarnya. Sambil meyerahkan LAP TOPnya untuk aku baca sesuatu berkenaan discussion itu, ohhh god bisik hatiku...Dia lantik aku untuk salah seorang CO RESEARCHER. Teruja berdepan sesuatu yang baru dengan perasaan INGIN TAHU dan ALAMI dimasa yang sama terfikir juga, mampukah aku memberikan sepenuh komitment. Melihat proposalnya sangat cantik sekurang kurangnya menjadi SUMBANGAN SEUMUR HIDUP. Imah sangat mengenali hati aku, dan Imah ingin aku ketengahkan skill, penaglaman dan thinking yang aku ada. Bersama seorang lagi co reasercher, yang juga seorang yangs angat aku kagumi dari segi committment dan personality iaitu Dr Siti yang mesranya aku panggil Kak Siti. Kami berbincang dari segala aspek termasuk isu lantikan aku. kami sangat faham suasana dan budaya attitude orang sekeliling. Alhamdulilah hasil perbincangan cukup kemas semua persoalan office barrier trmasuk dalam solusi dan sesungguhnya IDEA dan TEAM sangat kemas. Aku memberikan cadangan kepada team untuk usul perlantikan aku dan dimasa yang sama memberi peluang andai ada cadangan lain dari orang atasan. Serentak keduanya menjawab, "kami tak mahu za". Faktor KESERASIAN sangat penting untuk projek yang panjang dan significant. Kami nak you. Terdiam aku antara percaya dengan tidak rupanya masih ada MATA HATI yang memilih aku. Aku tinggalkan team yang sudah dihujung perbincangan kerana mengejar URGENT MATTER dengan pelajar dibilik One Stop Centre. Sebelum pergi, Kak Siti sempat menarik aku untuk kembali berbincang usul PARTNERSHIP BISNESS. ya Allah mudahnya jalan yang dibuka Allah. Aku terpaksa melepaskan dulu peluang berbincang dan memintanya set kan time dan date, usul sudah ada dalam kepala, cuma dibranstormingkan dan diminta ideanya so kami akan berbagi tugas menulis usul dalam kertas. Aku perlu siapan stage stage sebelum duduk bersama Kak Siti ternyata Allah memberi peluang untuk aku bersamanya untuk Bonda Boutiqe dan Accesories. Insya Allah Insya Allah Insya Allah..dalam nada mindanya aku sudah terbaca...hasrat kami hampir sama..kalau menjadi kenyatan, diperingkat cawangan baru aku memilih adik iparku Izan sebagai manager di Terengganu atau pantai Timur.

Selepas membantu pelajar pelajar dengan kuasa yang diberi, aku menghantar mereka pulang ke kolej yang agak jauh untuk berjalan kaki. Aku cuba mengejar pejabat pos untuk barang barang IOPE diposkan, dalam hati berbunga bunga..lalalalala cempedak dah jadi nangka lalalala. Terasa bagai dishower dengan rahmat yang sejuk dari Allah. baru pagi tadi, cetusan persoalan dalam minda ini, how to mutiply my Money. Alhamdulilah. Kerja semakin bertambah, bermakna aku semakin perlu SMART dalam pengurusan diri dan kehidupan. Sekarang hampir tercampak semua unsur yang merugikan masa dan merobekkan hati, yang ada hanya, idea, sokongan dan istiqamah penerokaan, ucapku pada diri, kalau dimasa yang sama aku ada 5 nature business, aku perlu tinggalkan kerja hakiki yang sedang aku buat kini. Kalau pandai menjadi MASTER MIND dan ada orang orang harapan, insya Allah 10 sekali pun boleh diteruskan dengan kerja hakiki KEKAL. Masih teringat kata kata Dr Subash, dont leave your first rice bowl, from time to time it would be easier for you to handle. Ada kebenarannya pada kenyataan itu. yang penting Contact, Chemistry and Chain. Insya Allah, bersama Kak Siti mungkin aku juga boleh mengorak langkah kedua membina modul BUSINESS MINDED: Contact, Chmeistry and Chain. Asas business yang terlalu kurang perlaksanaannya pada orang melayu. Ramai orang suka kan business, ramai orang tahu dengan business lah pintu rezeki terbuka luas, tapi minda melayu masih ditakuk lama, semuanya berkata MODAL dan buat SEPERTI ORANG BUAT. Aku semakin terasa kebenarna disebalik, You be a PEOPLE ORIENTATION, you can build up the empire.

Ya Allah ya tuhanku, dimalam Jumaat yang penuh kemuliaan ini, mohoku kau permudahkanlah apa yang kami rancang, kau jayakanlah hasrat hati dan kumpulan, kau bahagiakan lah sahabat sahabat yang percaya dan sayangkan aku. Terima kasih ya Allah, dalam menghadapi kenyataan sukar KEHILANGAN SAHABAT yang aku sangka PERMATA, kau gantikan aku dengan BERLIAN SEBENAR. Sesungguhnya kau maha pemurah dan penyayang. Amin ya Rabbal Alamin.


Tuesday, May 1, 2012

DOA DOA dan aku


Hari pertama bekerja bulan Mei 2012. Hari ini juga Adik Fatin masuk hospital untuk bersalin. Seawal 5 pagi aku terbaca mesejnya dan tidak berdaya membalasnya kerana tersangat mengantuk. Pukul 6.30pagi Bonda telefon berpesan jangan biarkan adik dan tolong tenguk tengukan bagi pihaknya. Insya Allah jangan risau Bonda yang paling penting DOA BONDA.

Banyak kejadian terubah dengan peranan DOA. Aku menyaksi banyak yang aku minta dalam doa dimakbul tuhan. Alhamdulilah, kerana itulah aku ingin membina kehidupan berbudayakan DOA. Lagi bnayak kita berdoa, lagi tinggi kepergantungan kita pada Allah, lagi dalam rasa kehambaan dan lagi Allah sayangkan kita, Insya Allah. Kalau orang kurang berdoa dan merasai dirinya boleh melakukan sesuatu tanpa lafaz Insya Allah sebenarnya dia sangat sombong dan takkabur. Berdoalah penuh YAKIN, berdoalah dengan ayat ayat yang telah dijanjikan Allah, lebih baik setiap ayat yang dilafazkan itu kita tahu maknanya. Melafazkan ayat itu melahirkan rasa GERUN dan TAKUT kita sebagai hamba Allah.

Alhamdulilah, amalanku setiap kali sebelum melelapkan mata, aku pinta pada Allah untuk permudahkan hari esok, keinginan pada peluang untuk beribadat, murahkan rezekiku esok hari, tabahkan hatiku menghadapi dugaan dan ujian yang datang secara tiba tiba. Alhamdulilah juga, semenjak doa doa ini dibuat sebelum tidur, saban hari aku rasakan melalui waktu pagi pergi kerja dan berdepan dngan kawan kawan menjadi mudah dan tenang. Ternyata Allah sangat pengasih dan penyayang pada hambanya. Cuma kita yang sering terlupa mengingatkan diri untuk menjadikan Allah kekasih kita, dan mengambil jalan mudah untuk mementingkan hal hal lain selain urusan dengan Allah. wa nauzubillah.

Dalam kita berperanan dengan doa, Doa BONDA paling mustajab. Allah telah meletakkan tingginya status seorang ibu sesuai dengan pengorbanan yang dilaluinya. Apa lagi kalau seorang ibu beriman. Kalau kita dambakan doa tulus dari ibu, gembirakan hati ibu, walau ibu semula jadi hatinya sangat menyayangi anaknya. hanya orang orang yang gembira dan bahagia mampu mendatangkan sebesar besar ikhlas. Bila seseorang yang ikhlas berdoa, pasti Allah memakbulkannya. Bila perginya seorang ibu dan ayah, bukan sedih sebab berpisah, tapi sedih kerana sudah tidak ada DOA mereka yang mengiringi hidup kita. 

Seorang anak juga wajib berdoa pada ibu bapanya. Doa dari anak anak yang soleh menjadi penawar sampai syurga. Hubungan yang tidak akan terputus. Aku sering berkata pada diriku, kalau sayangkan mak dan bak, aku perlu menjadi anak soleh yang membahagiakannya. Semenjak aku mendengar pesan dari seorang pakar, setiap kali baca Al fatihah, sedekahkan pada Ibu anda, insya Allah rezeki anda akan berlipat ganda. Bermula minggu ini, ada 5 orang penting yang aku sebut setiap kali aku membaca fatihah, Hubby, mak dan bak , anak anakku dan waris terdekat yang sudah kembali kerahmatullah arwah Azman adikku, nenda Tuan syarifah dan Atuk tengku Chik. Aku akan terus berdoa buat mereka hingga kenafas terakhirku.

Sesungguhnya beruntunglah anak anak yang memiliki ibu bapa dan adik beradik yang suka berdoa. Doa yang lebih makbul ialah doa dari orang orang yang ikhlas, yang menjaga tuntutan solat dan ibadat lain, yang menjauhi kemungkaran dan kejahatan. Insya Allah, aku akan pastikan anak anakku sentiasa berada dibawah rimbunan doa kami ibu bapanya. Aku sering meminta hubby berdoa, Allah maha mendengar sangat rugi kalau kita tidak meminta. Kalau kita hanya pandai meminta, kita pasti TERMALU jika tidak mendahulukan hak Allah. kalau inginkan kesejahteraan dunia akhirat kita memiliki usaha yang besar melalui doa. Doa juga pasti merubah kita untuk menjadi seorang yang taat dan patuh pada Allah, barulah keikhlasan itu tepancar.
Kasih sayang kami anak beranak akan terikat dengan DOA. Alhamdulilah. Dlaam hidup ini, kalau kita mengharapkan doa, kita terlebih dahulu kena berdoa dan memberi banyak doa. Insya Allah berkat doa doa kita, semuanya termakbul. Sesungguhnya perancanagan Allah itu lebih kemas dan sempurna.

Semalam aku terfikir adik adikku. terlintas jugak untuk kerumah mereka dan berjemaah bersama terutama Adik Fatin. Keadaan seakan tidak mengizinkan bila kami masing masing diarah yang berbeza. Aku akan terus bermohon pada Allah semoga aku diberi peluang untuk mentarbiyyahkan mereka dengan keupayaan yang tidak seberapa ada padaku ini. Aku tidak risau dengan anak anak sendiri. Wahida dan fayyadh sedari dulu terbiasa dengan pegangan teguh spiritual dalam minda mereka, tinggal lagi untuk terus membuak ruang membudayakannya. Harraz insya Allah tahun depan kembali hidup dengan aku di PJ, insya Allah aku akan rancangkan budaya hidup yang terbaik untuk membina spritual dan leadershipnya. Aku hanya ada masa sekali sekala dengan anak anak saudara dana dik adik, insya Allah kalau kerap berkumpul di Teratak Kasih Bonda, pasti banyaklah peluang. Aku akan tegur mereka dari hati ke hati suatu hari nanti sebagai tanda aku sayangkan mereka. Aku percaya mereka sudah memiliki hati yang ikhlas dan baik, cuma tidak ada pendedahan dan pembudayaan. Aku lain sebab aku bersekolah agama dan kurang tinggal dirumah. Kalau aku tidak berperanan, maka sia sialah Allah mencipta aku dalam keluarga ini, aku tidak kisah kalau semua wang ku habis, asalkan aku mampu menarik perhatian dan penghormatan adik adik dan anak saudaraku supaya senang kami bersatu kerana Allah penuh redha.

Insya Allah, aku akan terus berdoa memohon peluang terbaik dari Allah. Tiada tempat lain untuk aku mengadu, hanya Allah yang maha mengetahu dan memahami. Semoga Allah akan membuka pintu hati mereka untuk berhijrah dari kealpaan kepada matlamat ketuhanan kerana itulah tujuan kita dijadikan, dihidupakan, diberikan nikmat kehidupan, dimatikan secara tiba tiba, dihisab dan semuanya itu menjai ketentuan nasib kita akhirnya. Aku tidak mahu sendirian disyurga Allah. Aku sayangkan adik adikku, aku juga ingin mengajak mereka menikmati dan menghayati RASA BERTUHAN yang sebenarnya bukan hidup seakan segalanya yerjadi dengan sendiri. Izinkan aku ya Allah...izinkan aku menyeru adik adikku sebagai tanda kasih sayangku pada mereka. Aminnn    Insya Allah.


2 hari lepas, hati aku tersentuh bila terbaca ayat dalam surah Fussilat yang bermaksud, "berdoalah pada aku, nescaya aku pasti menjawab".