Tuesday, December 7, 2010

Bisikan Luhur Kelukaan!!


Alhamdulilah, hari ini 2 Muharram, bermakna tahun baru bagi umat Islam. Istiqamah dan nafas baru patut dimulakan. Hari ini aku sudah begitu sihat, bila erlebih sihat, mulalah tidak boleh tidur kerana idea terlalu banyak hinggakan tidak tahu mana satu yang harus dimulai. Cuma satu saja janji ku pada diri bersempena tahun baru ini, aku ingin membudayakan solat duha dan solat tahajjud, selain membudayakan handy book at any waiting area !!!. handy book itu sudah seminggu aku praktiskan ..bila anak anak tiada disisi, sepi dan sunyi maya sekeliling kuisi dengan BUKU. Ahad lepas banyak buku buku baru yang diborong lagi....semuanya ada kegunaan jangka panjang buat diriku...

pagi ini segar minda kuisi dengan ritual reading ...Relationship book..selepas small discussion dengan Zul pembantuku...Zul pasti agak sibuk mengendali pelbagai bentuk appoinment untuk minggu ini dan minggu depan. puas membaca sekitar 2 jam, membawa aku ke ruang makan pagi kerana aku sedikit makanan untuk meneruskan pengambilan daily supplement...Evening Primrose Oil, Multivitamin dan B complex...B complex boleh menajamkan lagi daya tumpuan. Selepas itu barulah aku draftkan TO DO LIST. Ada 15 semuannya berkaitan secara langsung dan tidak langsung dengan kerja. hari ini hari kerjaku panjang, 8.00 pagi hingga 10 malam. Banyak aku boleh laksana kan dan pastinya mana yang tidaks empat ditolak ke esok hari.

Dalam aku mengdraftkan To DO LIST, aku terpandang sususan handy dairy disebelah meja, lantas ku capai, dairy 2008, semestinya sudah tidak berguna, Ku selak helai demi helai mencari kalau kalau ada sesuatu yang berguna untuk diterima pakai hari ini dan seterusnya, lantas mata terpandang Coretan luahan hati...yang pasti sekarang aku tidak mapu meluahkan bisik suara hati sebegini..sebenarnay ini adalah kelebihan hati terluka...lantas aku koyakkan dan berhasrat untuk menulis balik diblog ini. Catatan ini dibuat pada tahun 2008, tahun yang aku terumbang ambing, nafas seaakn halus dan lemah...tahun yang kurasakan seakan air maat sudah kering..tahun yang saban malam tidurku tidak lena dan saingku sukar untuk melihat dan mendengar tawa...tahun ini juga membawa penghijrahan aku untuk memilih bekerja di Nilai...seakan membawa hati...aku perlukan perubahan walau hanay pada environment diketika itu.

catatannya berbunyi begini:-

dalam suka ada duka
dalam riang tawa ada airmata kecewa
dalam penuh kemanisan ada keperitan bagai jadam
Ada perit luka dihati ini..
dalam kemarau panjang, ada hujan yang menyegarkan
dalam kegelapan ada cahaya bersinar terang
gelapnya malam, cantik dihiasi bulan dan bintang walau cahayanya tidak cukup terang
dalam hujan dan panas yang silih berganti
kita bersua PELANGI INDAH berseri

dalam sebuah perjalanan hidup yang panjang
ada banyak persingahan lama atau sementara
bosan bertukar ceria
hujan bertukar panas
ada juga selekoh dan liku yang berbahaya
ada mula dan akhirnya
ada hidup dan kematian...

Allah menyusun segalanya begitu sempurna...cuma kita selaku hambanya begitu lambat untuk mengerti nilai kesempurnaaan itu....

Ada sekeping NOTA khas buat diri sendiri...inilah suara hatiku berpesan buat diri sendiri...:-

Za

tabahkan hati
Kuatkan semangat
bahagiakanlah diri
cerikanlah hari harimu
INGAT
Allah menentu segalannya
Allah memilih sesiapa dikehendakinya
Allah memberi apa yang kita PERLU bukan apa yang kita MAHU
Allah MAHA mengetahui dan memahami
Berserahlah hanya kepadanya...
INGAT
Anak anak adalah tanggungjawab
Kerjaya adalah lubuk rezeki
kawan kawan bagaikan saudara sendiri
USAH TERLALU KECEWA
hanya kerana CINTA seakan telah pergi

Tegakakn KEBENARAN kerana Allah
walau dalam caci dan nista dari mereka yang diharapkan
setelah habis memberi peluang dan menerima segala kecaman
setelah ikhtiyarmu hinggga TITIS TERAKHIR..
kembalilah pada BATAS DIRI yang ada...
KERANA
Siapalah kita untuk merubah orang
Siapalah kita untuk sekadar berserah tanpa usaha dan tawakkal
sedang Alalh kurniakan Akal
Sedang Allah sisipkan peluang

TEKAD SEMANGATMU Za
Ayuh terus maju kedepan
lupakan hari hari gerimis semalam
tsumani kasih yang menjadi sejarah hidup
hingar bingar yang tiada kesudahan
KERANA masa itu EMAS
PELUANG itu bukan SELALU DATANG sifatnya
Ruang Bahgia terkadang PENDEK tempuhnya...
Hapuslah air mata sedih...tapaklah mencari bahgia yang tersisip disetiap penjutru hidupmu...


TERUSKAN MENAPAK!!!! langkah demi langkah....


Inilah aku...sedari dulu sebenarnya aku adalah seorang yang suka menulis dan meluahkan apa yang sedang bermain diMINDA.

BISIKAN LUHUR untuk mengarah HALA TUJU MINDA...percaya dengan positif ..HIDUP MASIH BELUM BERAKHIR!!!!