Tuesday, September 7, 2010

Sesuci LEBARAN


Bahang RAYA mula terasa bila semkain sunyi perjabat dan persekitaran. Aku masih meneruskan hatri hari seprti biasa cuma akhir akhir ini mood kerja sangat merudum tapi aku amsih mendengar kes kes disekeliling aku. Perbincangan demi perbincangan tidak putus samada bersemuka atau secara online.

Dalam FB penuh gambar adn ucapan RAYA. Semua mengapa kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya, memohon maaf sesama kita, ucapan berhati hati pulang ke kampung, pesan berpesan untuk saling berkunjung. Aku tidak hairan RAYA dengan juadah, aku tidak hairan dengan baju baru yang sedondong, aku tidak hairan bicara bicar perhiasan wanita untuk beraya, juga perhiasan perhiasan rumah. Hati aku TERUSIK dengan pengertian RAYA yang sebenarnya. RAYA yang menjadi tradisi kemenanagan selepas KEMENANGAN PERANG BADAR, bentuk perjuanagn yang diwariskan pada kita hingga kini. Tersentuh hati mengahyati bait bait takbir yang mengimarahkan syiar kemenangan itu. Itu yang lekat dihatiku. Kemenagan suci jiwa dan raga kita, kemenagan mendidik nafsu dan hati. Mendahulukan yang utama, melupakan sengketa, merapatkan jurang pemisah. INDAHNYA kemenanagn RAYA ini.

Bila aku mengenangkan itu semua, hati begitu sayu, rantaian mutiara jernih seakan bersusun akan keluar dari kelopak mata. Hati begitu bersyukur, kalau lah kita tidak menang dulu..aapkah kita akn merasai nikmat ajaran ugama kita ini. Besarnya perjuanagn Rasululah dan sahabat sahabat terdahulu. Kini corak perayaan sudah banyak terpesong aku tidak mahu menmabah credit terhadap pesongan itu.

RAYA denagn kemegahan, kereta baru, serba baru, bertemu rakan dan taulan untuk up date perkembanagan terbaru untuk memberitahu kemampuan dan kehebatan. kanak kanak disogok dengan duit RAYA, itu yang lebih utama, Kuih kuih raya, kalau pergi kerumah yang tiada berkuih banyak, cacat cela dan umpat keji berlaku. SEDIHHHNYEEEEE. Aku inginkan suasana raya yang sederhana, pada hari itu semua kita bersegera, berpakaian lengkap dan bersemanagt, mendahulukan ampun dan maaf, memberi maaf dan menerima maaf, suami isteri, anak anak anak, ibu bapa, adik beradik, jiran tetanga, sepupu sepapat, saudara mara dan kawan kawan dekat dan jauh.

Pada hari itu, sedekah buat yang TUA dan tidak UPAYA, sedekah buat kanak kaank semampunya, gembirakan hati kanak kanak walau kita tidak mengenali dia. Gembirakan hati orang tua walau kita bukan anaknya. Luahkan rasa kasih dan sayang penuh keinsafan bersama adik beradik. Sesama sendiri bukan medan untuk bertewas daris egi material. Sesama sendiri bukan untuk mengorek rahsia dan buraikan sesuka rasa.Kita manusia memnag tidak pernah sempurna. jauh sekali PERFECT, justeru itu kasih sayang yang mampu mengikat kita demi membetulkan keadaan. Setiap insan perlukan RUANG perlukan masa dan bimbingan.

Kerana kasih sayang juga, kita mengingati mereka ayng telah tiada, mengunjungi PUSARA mereka, mereka perlukan DOA kita, penyatuan kita, sekaligus mengingatkan kita apa yang kita ada hari ini cuma SEMENTARA. Penuh keinsafan menerima hakikat hidup ini cuma seketika, kegembiraan ini hanya sebahagian antara derita dan penasaran. yang lebih besar di aats ana, sering mengatur yang terbaik buat kita walau siapa pun kita, kita tidak boleh lari dari hakikat itu.

Aku masih teringat, Bila aku buka mata memahami apa itu raya ketika kanak kanak, jauh dari apa yang dalam ajaran agama. Raya dengan maalm tujuh likur untuk bermain mercun. berbuka puasa penuh juadah selagi yang terlintas diadakan. baju mesti ikut trend, rambut ikut trend, rumah berhias cantik, kuih muih untuk tetamu penting dan tetamu biasa diasingkan dan aku banyak memilih beraya dihadapan TV sambil menadah DUIT RAYA. Sukar mendidik masyarakat hari ini, tapi sekurang kurangnya aku mendidik anak anak sendiri. Baju raya ala kadar, warna tema cuma memenuhi kehendak anak bongsu, kuih muih sedekah untuk tetamu rumah mak. Duit raya untuk orang tua termasuk ibu bapa. yang penting mengapa RAYA itu perlu diceritakan pada anak anak kerana tahun ini semua anak anakku berjaya PUASA PENUH..anak anakku BERJUANG seperti yang disyariatkan.

Manisnya kita masih memiliki ibu bapa yang masih bersusah payah untuk mengembirakan anak dan cucu mereka, sebagai aank yang bertanggung jawab..ringankan beban mereka, mereka sepatutnya diraikan bukan meraikan...TAHUN ini segala perbelanjaan RAYA yang telah dikuarkan mak akan aku ganti sebagais edekahku buat semua ahli keluarga...aku gembiara mereka bekumpul, aku gembira mak dan bak amsih ada..masih ada peluang menikmati air tangan mak yang enak di hari raya, aku ingin menjadi aank yang berada dibelakang kedua ibu bapaku...bukan untuk dipuji bukan untuk disanjung hanya kerana kasihs ayang yang tidak berblah bagi buat semua ahli keluarga. Cuma satu yang terkilan...2 adik lelakiku tiada dihari yang MULIA ini. Seorang sudah pergi mengadap Ilahi, seorang sedang di beri peluang KEEMASAN untuk kembali INSAF oleh ALLAH taala...aku kena berdiri kuat disebalik jiwa mak...MAK SUDAH KETIADAAN MEREKA...

Tiada yang lebih suci dihari mulia ini selian mengucup tangan insan yang melahirkan aku, membesarkan aku, mengucup tangan INSAn yang dipilh Tuhan untuk menjadi pasangan aku..membahagiakan anak anakku...memeluk adik beradikku...meyambut tangan tangan jiran tetanga yang pernah membahagiakan mak....dan mengunjungi pusara insan tersayang Azman dan Nenda Tuan syarifah....seakan sebahagian diri ini sudah bersama mereka dialam sana....Kasih suci kita akan tetap bersatu SESUCI LEBARAN.