Wednesday, March 2, 2011

Mohon KEKUATANmu ya Allah


Cabaran BERPUASA menguji kesabaran kita, namun magic nya puasa menghilangkan rasa MARAH dan sebarang rasa yang bertuankan syitan melekat dijiwa. Benarlah puasa mennycikan JIWA dan PERUT. Tadi hampir separuh sudah siap penulisan ini, entah bagaimana semuanya terpadam sekelip mata.

February sudah berlalu, Kini March menjelma, 3 March baru aku mampu menjenguk blog ini, hari ini khamis hari yang segar apa lagi bila berpuasa. walau pun tidak makan tapi bila kita satukan niat, hati dan jiwa kerana Allah segalanya rasa segar. Perjalanan hari ini terasa panjang kerana 3 March hari pertama dibulan March aku berpagi malah semalam tidak berapa mampu melelapkan mata dek kerana kepala sudah mampu berfikir dan tidak sabar untuk melalui hari ini.

Hari ini rancangan puasaku untuk bersulam dengan aktiviti masjid. Minggu sebelumnya aku berpuasa dan berbuka di Shopping Complex. Bersolat di ruang solat tingkat 2 One Utama sambil mencuba kasut baru yang dibeli dengan kad debit. Bila tiba time berbuka, aku meluru ke ATM mechine, ahh Dugaan betul, Mesin tidak boleh digunakan aku hanya ada 12 ringgit semuannya duit seringgit dan syiling. Mengintai menu menu yang layak, aku meemsan roti chseese mushroom, terlebih dahulu aku bertanya harganya, senyum mamak tu, dan ketika aku membayar mata aku melihat ruang yang menghidangkan ROJAK, puasa katakan, Mungkin mamak melihat aku seakan teringin lalu dia offer ..you nak Rojak, tak pa lah uncle..saya tak cukup duit kut ni, sambil aku mengira duit dalam beg dompet, ngam ngam, duitku untuk satu lagi rojak, lalu aku mebayar ketia tiga makanan tersebut.

Allahumma lakasumtu wabika aaamantu waala rizkika aftortu birahmatikaya arhamrohimin..aku berbuka dengans egelas teh tarik, Roti cheese mushroom dan Rojak, melihat teh tarik aku teringat DK, aku tengah menjauhkan diri dengannya untuk memperlihatkan keseriusan aku meminta dia menjelaskan hutangnya.Dk seakan teman minum teh tarikku jadi setiap kali melihat teh tarik aku pasti teringat kenagan perbualan aku dengannya. Semasa makan, aku terfikir, beginilah agaknnya perasaan mereka mereka yang tidak ada duit, malah ada orang berpuasa bukan kerana ibadat tapi kerana nak jimatkan duit. Nmaun Alalh masih memberikan pahala dan keberkatan. jangan puasaku jadi agenda DIET sudahlah, kerana itulah aku ingin adakan aktiviti masjid.

Khamis malam jumaat adalah permulaan jumaat, hari yang bakal berlakunya Qiyamat, hari yang merupakan penghulu kegala hari segala perlakuan baik dihari tersebut dilipat gandakan pahalanya. Pembukaan mlm jumaat sebaiknya dengan yasin dan sehariannya dengan surah alkahfi. Petang ini aku akan menyertai jemaah masjid dengan bacaan yasin dan kuliyah maghrib berserta solat isyak berjemaah. Cukuplah aku membeli sesutau untuk berbuka bersama mineral water. Sebelum tidur aku akan mulakan bacaan al Khafi dan bersambung ketika zuhur dan asar keesoaknnya. Inilah lubuk ketenangan diri semoga semua ini akan menjadi rutin Isnin dan khamisku.

Hidup memang banyak kesukaran. Kesabaran hanya boleh diperolehi melalui pendekatan diri pada Allah. Bertahan tanpa banyak beribadat tidak dinamakan sabar.Sabar ini milik Alalh tanpa mendekatinya kita tidak akan mampu memilikinya. Dikiri kanan dan belakangku penuh DUGAAN. Pejabat, Rumah, Adik beradik kegebiraan hidup hanya boleh dibilang dengan jari, unsur yang sangat membawa bahagia ialah mak dan anak anak. Inilah tunggak hati ini berpaut menumpang gembira. Alalh datangkan dugaan untuk kita semkain merapatkan diri dengan Allah. untuk kita lebih mengenali kebesarannya, mengakui hikmahnya, kemanisan Iman beriman kepadanya. inilah Ubat Stressku.

Aku bermohon pada Allah, kalau disebalik kesusahan banyak kasih sayangnya tidak mengapalah aku paling kebelakang dalam segala HAL. tidak mengapalah tiada siapa menemani, tidak mengapalah tiada siapa menyokong, tidak mengapalah tiada siapa yang mengingati dan merindui aku. Aku ingin terus bersujud mencari REDHA Allah. Mencari kasih sayang Allah hanya Alalh yang mampu melindungi aku dari kehinaan perbuatan manusia, tipu daya orang oarng yang aku sayang. Aku tidak berdaya aku hanya ingin terus meminta PINJAM AKU KEKUATANMU aminnnnn