Sunday, January 9, 2011

Anugerah KETENANGAN...


Seminggu sudah berlalu Ambang Tahun baru, kini menjenguk ke minggu kedua Tahun 2011. Isnin yang selalunya Terlalu LEMAH buatku..Alhamdulilah, walau badai masih datang sabung menyabung berserta guruh dan kilat, namun Isnin hari ini tiada rasa CUAK dan JEMU yang bertandang. Sesekali aku menarik nafas lega...ku ajak hati mengingati TUJUAN..tujuan kita dijadikan..tujuan kita dihidupkan..tujuan kita dipanjangkan umur..tujuan kita masih diberi peluang rezeki dari pelbagai segi...aku mengajak hati bersyukur..aku mengajak hati melihat sesuatu yang lebih penting..yang tersimpan POTENSI diri ini untuk membuat kerja kerja itu dan hasilnya sering kali hati terisi sebuah rasa TENANG yang panjang sekali lagi Alhamdulilah tuhanku ..kau memberikan aku rasa yang INDAH dihati.

Bila hati TENANG, Kerja menjadi mudah, kosentrasi menjadi hebat, perbincangan ditempat kerja menjadi manis...Alhamdulilah berkat DOA ikhlas yang dipohon padamu ya Allah..dengan penuh rasa naif..hamba ini tidak mampu lakukannya tanpa BANTUAN mu tanpa PINJAMAN sifat sifat CEKAL dan TABAH darimu...pinjamkan aku ya Allah demi meneruskan takdirmu yang sudah TERTULIS. Lega bila melihat, kerja yang paling sukar hampir siap, malah masih bertenanga untuk terus berfikir lagi, banyak sungguh tenaga TUMPU kurniaan Allah ini...Aku berdiri mengadapamu tengahhari ini TEPAT waktu yang diharuskan..dan aku sempat melepaskan rindu melagukan bacaan bacaan INDAH kalammu ya Allah. Sykukur Alhamdulilah.

Aku tidak layak untuk MARAH kerana aku memahami. Aku tidak mapu untuk mengajar kerana dalam pengajaranku ada nilai yang sukar diterima dlm keadaan tertentu. Dalam banyak keadaan baiklah kita BERDIAM DIRI. Dalam semua keadaan biarlah kita dahulukan Ilahi..tuhan yang maha mengerti alam ini ditadbirinya penuh dedikasi ..tersergah malah Unik sekali. Ya aku berjaya singkirkan rasa marah, apalagi MERAJUK..waktu waktu begitu sudah lama berlalu...biarlah aku terus melihat REALITI. Memahami setiap situasi..mendalami setiap batas manusia...dan rasa faham ini CUKUP membuat aku berfikir..apa yang lebih PASTI buatku.

Bukankah hidup ini INDAH. Antara suka dan duka masih ada ruang untuk dipilih walau tidak sepenuhnya. walau kecil ruangnya, kita terima..kita berdikit malah mungkin lama lama kita akan sebati dan ruang kecil akan menjadi besar. Alhamdulilah, masih ada INSAN yang mampu membuat aku senyum, ketawa, rasa TERHARU, Bangga malah terkadang rasa terhutang BUDI yang akhirnya pasti kubawa sampai mati. Mengenang anak anak yang sudah TENANG kehidupan yang TERATUR..hati keibaun ini sudah cukup bertenaga untuk mengatakan pada diri..aku seorang insan yang sangat bertuah. Anak anakku bakal BERJAYA. Jalan kejayaan mereja usah dihalang, atau ditaburi dengan permasalahan yang mereka tidak mampu fikir. Aku disini dan begini kerana ingin terus meberi ruang yang paling bahagia buat mereka, aku yakin Allah memilih aku untuk mengharungi sebuah KELAM yang terkadang difikirkan seakan tidak berpenghujung...Aku adalah aku..semua itu aku harus ketepikan yang penting utamakan sesuatu yang lebih PENTING.

Memang hidup ini INDAH bila kita saling perlu memerlukan, janganlah kita menjadi seperti enau dibelukar, melepaskan duri masing masing, saling perlu mewujudkan keakraban dalam hubungan, janganlah hidup menongkat langit...lihatlah dlm kekurangan kita ada kelebihan org lain, kita perlukan org itu..dalam kekurang org ada keperluan pada kelebihan kita...saling meyandar pasti sangat membahagiakan..Alalh menyukai kita menghargai sesama manusia..membentuk silaturahim yang TEGUH dan bersatu penuh MUAFAKAT...kita berkasih saynag kerana Allah..kita melihata KEAGUNGANNYA dalam keunikan manusia..kerana manusia adalah sebahagian hamba dan makhluk ciptaan Allah..tidakkah kita rasa betapa HEBATnya Allah dan betapa perlunya kita berlindung disebalik TAUFIK dan HIDAYAHNNYA...aminnnnnnnnnnn..tuhankku awasilah GERAK GERIKU SELALU