Sunday, January 16, 2011

Terus BIMBINGI aku!!


Alhamduliah..pagi ini terasa hening..nun disudut hati terasa tenang walau semalam masih terasa kerasnya tekanan dikepala, sukarnya mencari jawapan dalam waktu yang seingkat, sukarnya melihat hati terluka dan sukar juga untuk ketepikan dan anggap semua ini tidak penting...kalaulah mampu mungkin itu jalan dan pilihan terbaik. Sakit sakit badan masih terasa ..sakit kerana menahan TEKANAN. walau tangisa terlontar bagai kanak kanak kecil namun kesannya masih terasa. Kalaulah anak anak tahu sakitnya IBU menanggung SEKSA..tidak mungkin mereka memlilih jalan untuk pentingkan diri apa lagi pada perkara perkara yang terlalu kecil dan bisa dirundingkan. Dek kerana itu jugalah, aku terlalu memahami sengsara IBUku yang masih brtahan untuk berdiri sebagai seorg isteri dalam keadaan SERBA TIADA.

IBU ku mengahadapi suasana TIADA kasih sayang sejati dari ayahku..tiada perhatian..tiada ucapan lembut dan gurauan senda. Setiap malam aku lihat Mak hanya tidur kerana keletihan mak emnumpukan tenaga dan mindanya pada kerja rumah dan layanan pada anak anak dan melupakan keperluan hati sendiri. mak bukan tiada hati dan perasaan.rasa cintanya pada anak anaknya mengatasi segalannya. Itulah MAK yang HEBAT dimataku. Asas sebenar kehidupan bergelar isteri terlalu RAPUH. Bila saja hubungan dengan suami tidak sihat, LUKA dihati sentiasa didalam...aku percaya dengan teknik DIVERT..malah aku mengamalkannya. Aku hanya FOCUS pada harapan anak anak untuk melupakan sengasar hati sendiri memang ternyata OK tapi ada waktunya REBAH menyembah bumi dengan lodakan emosi yang sekian lama TERTAHAN.

Semalam, Sikap wahida yangs ekian lama aku amati, semenjak tinggal diasrama, bila pulang wahida kelihatan tidak begitu menghargai tempoh 2 hari bersama, dalam tempuh yang pendek itu jugalah dia amsih ingin mendahulukan EMOSI nya yang terkadang KECEWA dek kerana expectation yang terlalu TINGGI dan KEDEPAN. Ciri lader memang ebgini, dia hanya tahu apa yang dia mahu, org org disekeliling terasa rimas. Sebagai Ibu, menunggu hari anak pulang seperti yang dijadualkan, seawal minggu hati sudah meyanyi kecil, kepala terus berfikir apa yang perlu disediakan, apa yang perlu buat agar dia gembira, jangan pergi lewat nanti dia bengang menunggu, siapa, bagaimana dan bila terus bermain diminda siibu bagi memastikan seawal sebelum Maghrib anak sampai kerumah dengan SELESA.

Kali ini, kepulangan wahida kali pertama untuk tahun 2011 TANPA adik adik menggangu, eterkadang campur tangana dik adik dalam ekbisingan dan tutur kata gurauan juga menajdikan dia masam muka sehari suntuk..PUAS aku bersabar kerana fikirkan dia tengah mendidik dirinya. Kali ini TUMPUAn sepenuh padanya juga terkeluar isu yang membuatkan mukanya MASAM dan tidak diendahnya panggilan dan pertanyaan MAMA. Aku tercari cari sebab mengapa dan aku berbisik pada Hubby, dapatkan jugak buku dia malam ni..nanti dia anggap kita tidak mendahulukan apa yang dia mahu dan minat. Mungkin kerana , aku sudah letih bersabar, aku juga sedang memendam satu perasaan yang SARAT dans angat TERTEKAN, bila dia tersu ebrmasam muka setelah beberapa kali aku cuba mengajaknya berbual, dan bertanya why kakak?..sapaan mesra ku dilayan sepi..hati aku mula mennagis dan berkata SAMPAI HATI kakak buat mama mcm no body. Terasa aku jatuh dari tempat tinggi, berkecai hati adn harapan. Aku sedikit pun tidak menduga, hari sabtu yang ceria denga pelbagai aturan jadual berakhir dengan aku tidur dalam air mata dan disebelah paginya masih terasa janggal pada diri dan ada desakan seakan BOM yang bakal meletup dalam hati.

Aku alihkan perhatian dengan menonton DVD..cerita ibu dan anak anak. lakonan Kajol. Kisah ibu yang terlalu sayanag untuk meninggalkan anak anaknya sedang MAUT sedang menanti...kepala aku bertambah sarat. Lantas aku mengalah pada kehendak hati...jangan malu menangis, terus nampakkan sesuatu yang telah menyentuh dan memberikan tekana pada hati ini..Aku mulakan dengan hubby, aku dan hubby selamanya akan TEGANG kecuali kalau aku bijak menjaga hati sendiri, dan aku sandarkan pada adanya wahida hujung minggu itu, namun bila wahida sendiri telah menunjukan TIADA PENGHARGAAN pada apa yang aku buat, ya mungkin hatinya terkadang buta sebab masih keanak anakkan..tapi perlukan aku biarkan situasi ini BERULANG. Aku bercakap dengan wahida hati ke hati dan aku terus menolak surat yang bakal ditulisnya ..sapaan maaf dari ruang ditelefonnya..aku berkata padanya Apa lah ERTInya semua itu kalau semuanya tetap BERULANG ULANG terjadi. tidak boleh ke you bersabar sedikit dalam usaha kami memberikan apa yang you mahu...setiap hari kita pasti berdepan dengan plan dan masa yang drag...dengan alasan dan faktor tertentu.

Disaat ini aku rindukan wahida, mukanya bengkak menangis, sebagaimana bengkaknya muka aku ..tangisan selepas menahan. wahida sentiasa terasa TIDAK CUKUP perhatian, aku tidak faham, esteem dirinya terkadang rendah terkadang hebat. Akhir akhir ini dia merasa dia bagus dengan ilmu ilmu mendekatkan diri dengan tuhan...ya hati ibu ini bangga ..tapi dalam bangga ada risau kalau keadaan itu meletakkan dia merasai dia lebih baik dari org lain dan dia mula membentuk value pada diri untuk senang grading orang lain termasuk ibubapa sendiri...value ini akan perlahan lahan memisahkan kasih sayang kami. Aku perlu betulkan keadaan sebelum terlambat...aku berkata padanya..mak mama org biasa saja, tak ada pelajaran tapi mama tidak suka ada mood yang boleh buat mak tersentak..cukuplah luka yang ada pada mak..jangan tambahkan luka lagi..sebagai anak yang bertanggungjawab dan faham peranan agama..kita kena bahagiakan IBU BAPA kita. meraka sudah banyak berkorban..mereka sudah letih dengan kehidupan yang penuh TEKANAN demi mencipta ruang yang bernama FAMILI buat kita. Aku bukanlah yang terbaik contoh..tapi aku ingin anakku memiliki sekeping hati yang merendah diri dan hati ini yang bakal mebantu dirinya bila dihujani tekanan STANDARD dari daya intelectnya.

Wahida memang Intelect...Dia sukakan buku..dia sukakan dunia Arts dan book shop. dia berfikir dari cara buku bukuan, kadang kadang dia susah menerima org, gurauan orang, sensitif juga ada padanya. Aku sangat sayangkan dia ..satu satunya anak perempuanku yang ku anggap lebih dari kwn sejati. Aku sering berterimaksih bila menciumnya..terimakasih Alalh kerana berikan aku anak dan kawan. cuma satu yang sukar dans emkain dekat dengan hubungan kami...MOODYnya.

Semalam aku merenung diri, Dk kata jangan sedih sedih..I nak you happy.Arghh orang luar..apa sangat yang mereka rasa, bila kita happy keceriaan kita meresap dan mampu memberikan happy juga pada org lain. Bila kita sedih tiada siapa yang sanggup meminjamkan minda mereka utk tolong proseskan puzzle ini buat kita. Beginilah hidup..akhirnya SEORANG DIRI walau menjelang dinahari hati terus terfikir HOW to handle this...orang kata you pakar..ya tapi kerja kerja pakar jadi susah bila melibatkan hati dan perasaan.

Pagi ini langakh aku agak LEMAH. Aku cuma teringatkan Pejabat sebagai tempat kedua dikala berduka sorg sorg. Disini ada kertas kertas yang boleh aku lakarkan..disini ada PC yang boleh aku luahkan rasa dan minda..disini ada buku buku yang boeh aku mencari jawapan..namun dalam hati berkata mungkin kali ini langkah ku TERLUPA..aku terlupa untuk mengatur semua plan plan bahagia dengan DOA pada Allah dan meminta padanya semoaga semua ini meberikan menafaat buat anak anakku. Lantas aku berjanji pada diri, aku tidak ingin lagi merancang apa apa hanya bila aku inginkan org gembira slepas aku meinta pada Alalh ..YA Allah..aku ingin lakukan sesuatu untuk mereka...biar mereka gembira..kau berkatilah usaha usahaku ini..kau gembirakanlah hati hati mereka dalam rahmatmu..berkati kami ya Allah. Biarlahs etiap langkahku selepas ini berbentuk begini...keranamu ya Allah.

Dikesempatan ini aku ingin bermohon ampun dan maaf. dalamw aktu yang sedikit masih ada kelalaian dari diri ini...sedang pemberi rahmat itu adalah seluruhnya datang dari mu Ya Alalh..ampunilah aku hamba mu yang penuh khilaf diri..terkadang terpesona dgn kasih sayang manusia dan milik peribadi jiwa...Aku ingin KEKUATAN mu ya Alalh bimbinglah aku satu persatu..aminnnnnnnnnnnnnn