Tuesday, May 1, 2012

DOA DOA dan aku


Hari pertama bekerja bulan Mei 2012. Hari ini juga Adik Fatin masuk hospital untuk bersalin. Seawal 5 pagi aku terbaca mesejnya dan tidak berdaya membalasnya kerana tersangat mengantuk. Pukul 6.30pagi Bonda telefon berpesan jangan biarkan adik dan tolong tenguk tengukan bagi pihaknya. Insya Allah jangan risau Bonda yang paling penting DOA BONDA.

Banyak kejadian terubah dengan peranan DOA. Aku menyaksi banyak yang aku minta dalam doa dimakbul tuhan. Alhamdulilah, kerana itulah aku ingin membina kehidupan berbudayakan DOA. Lagi bnayak kita berdoa, lagi tinggi kepergantungan kita pada Allah, lagi dalam rasa kehambaan dan lagi Allah sayangkan kita, Insya Allah. Kalau orang kurang berdoa dan merasai dirinya boleh melakukan sesuatu tanpa lafaz Insya Allah sebenarnya dia sangat sombong dan takkabur. Berdoalah penuh YAKIN, berdoalah dengan ayat ayat yang telah dijanjikan Allah, lebih baik setiap ayat yang dilafazkan itu kita tahu maknanya. Melafazkan ayat itu melahirkan rasa GERUN dan TAKUT kita sebagai hamba Allah.

Alhamdulilah, amalanku setiap kali sebelum melelapkan mata, aku pinta pada Allah untuk permudahkan hari esok, keinginan pada peluang untuk beribadat, murahkan rezekiku esok hari, tabahkan hatiku menghadapi dugaan dan ujian yang datang secara tiba tiba. Alhamdulilah juga, semenjak doa doa ini dibuat sebelum tidur, saban hari aku rasakan melalui waktu pagi pergi kerja dan berdepan dngan kawan kawan menjadi mudah dan tenang. Ternyata Allah sangat pengasih dan penyayang pada hambanya. Cuma kita yang sering terlupa mengingatkan diri untuk menjadikan Allah kekasih kita, dan mengambil jalan mudah untuk mementingkan hal hal lain selain urusan dengan Allah. wa nauzubillah.

Dalam kita berperanan dengan doa, Doa BONDA paling mustajab. Allah telah meletakkan tingginya status seorang ibu sesuai dengan pengorbanan yang dilaluinya. Apa lagi kalau seorang ibu beriman. Kalau kita dambakan doa tulus dari ibu, gembirakan hati ibu, walau ibu semula jadi hatinya sangat menyayangi anaknya. hanya orang orang yang gembira dan bahagia mampu mendatangkan sebesar besar ikhlas. Bila seseorang yang ikhlas berdoa, pasti Allah memakbulkannya. Bila perginya seorang ibu dan ayah, bukan sedih sebab berpisah, tapi sedih kerana sudah tidak ada DOA mereka yang mengiringi hidup kita. 

Seorang anak juga wajib berdoa pada ibu bapanya. Doa dari anak anak yang soleh menjadi penawar sampai syurga. Hubungan yang tidak akan terputus. Aku sering berkata pada diriku, kalau sayangkan mak dan bak, aku perlu menjadi anak soleh yang membahagiakannya. Semenjak aku mendengar pesan dari seorang pakar, setiap kali baca Al fatihah, sedekahkan pada Ibu anda, insya Allah rezeki anda akan berlipat ganda. Bermula minggu ini, ada 5 orang penting yang aku sebut setiap kali aku membaca fatihah, Hubby, mak dan bak , anak anakku dan waris terdekat yang sudah kembali kerahmatullah arwah Azman adikku, nenda Tuan syarifah dan Atuk tengku Chik. Aku akan terus berdoa buat mereka hingga kenafas terakhirku.

Sesungguhnya beruntunglah anak anak yang memiliki ibu bapa dan adik beradik yang suka berdoa. Doa yang lebih makbul ialah doa dari orang orang yang ikhlas, yang menjaga tuntutan solat dan ibadat lain, yang menjauhi kemungkaran dan kejahatan. Insya Allah, aku akan pastikan anak anakku sentiasa berada dibawah rimbunan doa kami ibu bapanya. Aku sering meminta hubby berdoa, Allah maha mendengar sangat rugi kalau kita tidak meminta. Kalau kita hanya pandai meminta, kita pasti TERMALU jika tidak mendahulukan hak Allah. kalau inginkan kesejahteraan dunia akhirat kita memiliki usaha yang besar melalui doa. Doa juga pasti merubah kita untuk menjadi seorang yang taat dan patuh pada Allah, barulah keikhlasan itu tepancar.
Kasih sayang kami anak beranak akan terikat dengan DOA. Alhamdulilah. Dlaam hidup ini, kalau kita mengharapkan doa, kita terlebih dahulu kena berdoa dan memberi banyak doa. Insya Allah berkat doa doa kita, semuanya termakbul. Sesungguhnya perancanagan Allah itu lebih kemas dan sempurna.

Semalam aku terfikir adik adikku. terlintas jugak untuk kerumah mereka dan berjemaah bersama terutama Adik Fatin. Keadaan seakan tidak mengizinkan bila kami masing masing diarah yang berbeza. Aku akan terus bermohon pada Allah semoga aku diberi peluang untuk mentarbiyyahkan mereka dengan keupayaan yang tidak seberapa ada padaku ini. Aku tidak risau dengan anak anak sendiri. Wahida dan fayyadh sedari dulu terbiasa dengan pegangan teguh spiritual dalam minda mereka, tinggal lagi untuk terus membuak ruang membudayakannya. Harraz insya Allah tahun depan kembali hidup dengan aku di PJ, insya Allah aku akan rancangkan budaya hidup yang terbaik untuk membina spritual dan leadershipnya. Aku hanya ada masa sekali sekala dengan anak anak saudara dana dik adik, insya Allah kalau kerap berkumpul di Teratak Kasih Bonda, pasti banyaklah peluang. Aku akan tegur mereka dari hati ke hati suatu hari nanti sebagai tanda aku sayangkan mereka. Aku percaya mereka sudah memiliki hati yang ikhlas dan baik, cuma tidak ada pendedahan dan pembudayaan. Aku lain sebab aku bersekolah agama dan kurang tinggal dirumah. Kalau aku tidak berperanan, maka sia sialah Allah mencipta aku dalam keluarga ini, aku tidak kisah kalau semua wang ku habis, asalkan aku mampu menarik perhatian dan penghormatan adik adik dan anak saudaraku supaya senang kami bersatu kerana Allah penuh redha.

Insya Allah, aku akan terus berdoa memohon peluang terbaik dari Allah. Tiada tempat lain untuk aku mengadu, hanya Allah yang maha mengetahu dan memahami. Semoga Allah akan membuka pintu hati mereka untuk berhijrah dari kealpaan kepada matlamat ketuhanan kerana itulah tujuan kita dijadikan, dihidupakan, diberikan nikmat kehidupan, dimatikan secara tiba tiba, dihisab dan semuanya itu menjai ketentuan nasib kita akhirnya. Aku tidak mahu sendirian disyurga Allah. Aku sayangkan adik adikku, aku juga ingin mengajak mereka menikmati dan menghayati RASA BERTUHAN yang sebenarnya bukan hidup seakan segalanya yerjadi dengan sendiri. Izinkan aku ya Allah...izinkan aku menyeru adik adikku sebagai tanda kasih sayangku pada mereka. Aminnn    Insya Allah.


2 hari lepas, hati aku tersentuh bila terbaca ayat dalam surah Fussilat yang bermaksud, "berdoalah pada aku, nescaya aku pasti menjawab".