Sunday, November 29, 2009

Suratan takdir: kepergianmu sebuah kehilangan Abadi...pergi tidak kembali


Masih segar diingatan ini, bagaimana hari yang penuh kesibukan kerja. Selepas meeting aku bergegas balik ke pejabat yang perjalanannya hampir 1 jam dibawah panas terik mentari tengah hari ...baru sekejap duduk mengadap PC ..mengambil udara nyaman penghawa dingin tiba tiba telefonku berdering.Bila aku mengangkatnya kedengaran suara adik Lindaku meraung menangis sambil berkata .."Angah kita dah tak ada abang"..aku tergamma "tak ada abang?..abang ke mana?" soalku..."rilex lah jangan menangis" tambahku lagi. "Abang kita dah mati" "kenapa?"..pekikku "accident ke?" tanyaku bertalau talu..tiba tiba sebuah rasa hiba yang teramat sanagt meyerang dijiwa ..lantas aku tahan dan mengengam sedikit kekuatan didepanku adikku hampir pitam..lantas aku berkata " dik jangan mengais sayang..anagh ada kat sini...jom kita balik jumpa jenazah abang " pujukku pada adik Lindaku.
Aku megambil kereta Universiti, sepanjang perjalanan ke keretaku di PJ..pak cik driver menasihati aku supaya bersabar..tempuhi dengan tenang dan cekal. Aku tidak henti henti megucap, megazankan diri, berwirid dan bertahmid mohon kekuatan Allah untuk meneruskan perjalanan pulang. Tiba dirumah, Aku telefon suamiku, beliau tidak ada pilihan terpaksa agak lambat pulang dan aku tidak sesekali menunggunya kerana ku ingin mengucup dahi adikku buat kali terakhir.

Ahati aku bertambah hiba melihat Linda dan fatin meraung dan menagis memeluk aku..begitu juga nak anakku..tetapi aku perlu kuat..mereka memohon kekuatan yang s edikit dari aku. kami pulang berkonvoi terus ke hospital Besar Kula Terengganu. sepanjang perjalanan itu, aku tidak henti henti membaca surah yasin buat adikku...terbanayng bayang segala yang aku lalui bersamanya, kemas dan terperinci...suka dukanya..kecewanya..sengsaranya ..tangisannya...airmataku gugur bagai hujan hampir mengelamkan bunyi bacaanku. dalam hati aku memujuk, angah redha man pergi..angah redha daik..cepat dan pendeknya umur mu dik..angah puas hati berkorban buatmu...rupa rupanya kegembiraan ini terllau singkat...pertemuan ini sangat pendek dik..tapi kita tetap adik ebradik dunia akhirat.

Sesampai di hopital bilik mayat. sekali lagi Linda meraung dan terjelepuk...aku berkata dalam hati..dik angah datang menzirahi mu...angah tahu adik boleh melihat dan mendengar angah...bila aku memeluk adik iparku..terasa luruh isi hati bila mendengar adik iparku merintih...kenap abang yang diambil tuhan angah..kenapa tidak orang lain dan aku dapat rasakan adik iparku Izan lembik dalam pangkuanku. Sabarlah sayang..Allah maha mengetahui kita sama sama kehilangan dia...Jenazah dibawa balik kerumah mertuanya untuk disembahyangkan. Aku tidak putus putus berada disisinya mebaca yasin sambil menatap wajah kesayanganku ini. Aku melurut lembut pipinya..keningnya..dik..pergilah sayang..anagh akan meyusul kemudian hari...kita kan bersua juga.

Sebelum jenazah diangkat ke pusara pengabidannya, aku melihat anak anak saudaraku yang belum mengerti apa apa mencium abah mereka, lantas aku memeluk afiq dan adi...sekemas kemasnya. dalam hati aku berkata kata...Man angah berjanji anak anak man adalah anak anak angah juga...angah tidak akan tinggalkan mereka..angah tidak akan melupakan mereka..angah berjanji sayang. Kelihatan adik Iparku terpelsuk dipenjuru jenazah ..bengkak matanya dengan tangisan belaiu mengandung 6 bulan. ya Allah hanya engaku yang mampu meberi kekuatan buat hambamu. Aku memeluk adik iparku dan berbisik sabarlah sayang..kita lepas dan redhailah kepergiannya kerana inilah kehendak Allah. Berplaing kebelakang, aku melihat ibuku kebiruan wajah sayunya menahan sebak kehilangan anak...aku tidak berdaya...tidak mampu berkata apa apa buat ibuku...hanya memeluk dan air mata kami bersatu. Ibuku berkata..mak hahalkan dia pergi angah..dia ibarat mentol lampu yang paling terang dihati mak..dan ketiadaannya membuatkan cahaya disekeling mak suram sesuramnya....

Adikku disemadikan diperkuburan Islam kampung Gemuruh berdekatan rumah ibu mertuanya, dan isterinya...dia pulang dengan penuh kasih sayang diiringi tangisan sebuah kehilanagan oleh seluruh ahli keluarga. Dia tetap akan dirindui oleh semua kami dikedua belah pihak dan aku tidak pernah merasa asing dengan keluarga mertuanya mereka terlalu penyayang...adikku bertuah kerana seorang yang penyayangs epertinya menduduki tapak kehidupan yang penuh kasih sayang cuma takdir berkata terlalu sempurna kedudukan itu..justeru itu terlalu singkat keindahan yang kita nikmati bersama. Allah lebih mengetahui...ku abadikab lirik lagu ini huat adikku Azman...kasih sayangnya segar dihati tepap mejadi sebutan dan maina dijiwaku..

Gementar seluruh jasadku
jantung dan hati bagai diragut
mendengar berita pemergianmu
sayangkuuuu
Masih segar hangatnya ciumanmu
Masih terasa cerianya gelak tawamu
bagaikan mimpi didalam jaga
Kau pergi tanpa pesan
Tak kan ku lupakan renungan kasih sayangmu
Tak kan ku lupakan senyuman Ikhlasmu
ohhh sayangggg
Ohhh sayangkuuu

hanya tuhan yang tahu rahsia pertemuan
hanya tuhan yang tahu rahsia perpisahan
semadilah sayang dengan Aman
Doa kudusku kuiring buatmu
semoga kita kan bertemu semula
disana nati kitakan bersama
sayangggku....ohhh sayangggkuuuu.

Jauh Perjalanan..banyak Pengalaman..Bandung 2008


Aku dan aktiviti..sememangnya tidak dapat dipisahkan. Ada saja idea yang muncul dikepalaku untuk melakukan aktiviti aktiviti bermakna buat kehidupanku. Kata orang bertemu kawan juga menyingkap pintu rezeki benar sekali, pertemuanku dengan kawan kawan yang bersama sama saban hari menaiki bas antara Kuala Lumpur ke Nilai menemukan aku dengan Kak Noni. banyak citarasa yang sama antara kami selain makan dan bercerita hehe...yang paling ketaranya ialah MELANCONG...melihat tempat orang sambil bershopping kadar termampu. Untuk kesekian kalinya selepas aku melawat negara kangaroo pada 1994, inilah masanya aku terasa pasport antarabangsaku itu sangat berharga. Terpaksalah mebayar RM300 untuk mengaktifkannya semula.

Akhirnya sebagai destinasi pertama kami, kami meilih BAndung...orang kata It is like heaven...sejuk..syurga untuk bershopping. Arghh apa apalah...padaku yang penting buat sesuatu yang baru. Kami pergi berlima. dan kak noni sempat memperkenalkan aku pada Kak Ima sahabat baiknya yang hingga kini kami berdestinasi bersama. Dibandung, kami menginap di Hotel Bumi sawungaling..aku gemarkan design lama dan belanda ynag ada pada bentuk serta hiasan dalam hotel itu dan yang paling tidak lupa ialah nasi goreng dan jus avocadonya...so yummy..
rakyat malaysia macam aku kalau pergi ke tempat macam Bandung sesekali bolehlah berlagak macam orang kaya..hehe..pantang nampak dan teringin pasti beli...aku seorang yangs angat mudah dalams erba serbi ..berkawan, makan, tempat tinggal, mudah mesra sedikit pun tidak ada masalah buatku. Aku seronok menikmatai hidangan nasi padang disana, berjalan jalan dipasar baru, melihat tempat shopping rumah mode yang moden ala ala Bangsar gitu..hehe..Agenda utama kami memang shopping kerana itulah satu pun tiada yang menyarankan untuk ke tangkubang perahu.
Selama 4 hari 3 malam disana, cukup mmebuatkan kau meneganli lebih dekat kawan kawan yang pergi bersama. Manusai ada untung dan malangnya termasuklah aku, malang disini, untungnya disana..hehe..dan sahabat berbualku saban malam tak lain tak bukan kak Ima. dari ketawa berdekah dekah hingga bebisik macam sepasang kekasih tone perbualan kami sehinggalah mata terlelap sendiri. Insay Allah kami akan ke destinasi seterusnya selepas bandung...iaitu Bangkok...segala kenangan manis tesimpan kemas disanubari dan aku seronok melihat betapa kayanya tuhan mencipa banyak ruang buat manusia dan semuanya inid idatangkan dalam bentuk rezeki. Bersyukurlah aku dijanjikan pelbagai bentuk rezeki oleh Allah dan aku mat menghargainya...sembah dan sujudku buat mu tuhan semesta Alam...sungguh INDAH Bahasa KEKUASAAN mu. Amin

Masih ada Rindu......


Semenjak kelmarin, aku teringat ingat gerakan lembut tangan Ummi memicit micit kakiku, betisku...aku terllau mengantuk pagi itu sepatah perkataan pun tidak keluar dari mulutku..yang aku perasan agak lama picitan ummi padaku. Sesedari dari tidur aku lihat ummi dan mak sedang berseloroh dimeja makan. hatiku teringat ingat rasa picitan itu, tapi mulut berat untk bertanya dan menyuarakan apa yang aku rasa. Semalam, hingga hari ini amat terasa hati ini tersentuh dan penuh rasa bahagia...Terimakasih ummi..Aku bercadang untuk menelefon Ummi dan memberitahu isi hatiku tidak lupa juga untuk megucapkan terimakasih kerana masih ada RIndu dan kasih sayang buat diri ini.
Ya Masih Ada Rindu....aku dapat rasakan picitan itu adalah rindu ummi buatku dan aku juga amat merinduinya. Rindu pada masa masa lalu yang telah lama kita tinggalkan. Dia lah tempat aku bercerita susah senangku belajar..dia lah insan yangs anagt dekat dihati ini...sangat memahami siapa aku dan isi hatiku sebenarnya. Aku sebenarnya dapat melihat cara ummi memandag wahida anakku sepertimana dia emmandag diriku..penuh harapan penuh kasih sayang...sebhagaian diri aku ada dalam diri anakku semoga semua itu merawat rindu dihati ummi terhadap aku yang dulu.
Aku bukan berubah, jauh sekali melupakan semua itu tetapi masa aku sudah bukan begitu...aku sekarang seorang emak, isteri, anak, kakak sulung. dalam memainkan peranan yang terlalu sibuk itu aku tetap tidak lupa sebuah rasa nyaman bila aku berada disisi ummi. Kerana itulah, aku dapat rasakan percutian balik kampung aku tidak lengkap tanpa tidur dirumah ummi, memasak makan tengahari , makan malam dan sarapan pagi. Melihat ummi memandang anak anakku, aku merasa aku masih disitu bersamanya cuma situasi kami hanya kami yang mengerti.Alhamdulilah Ummi tinggal disebuah rumah ynag sangat selesa balasan tuhan kepada sifat murah hatinya walau bukan aku yang menyediakannya, aku tidak mampu untuk menyediakannya...terimakasih adindaku Rashidy kerana meletakkan si tua itu tempat yang sewajarnya terlalu istimewa.
janjiku pada diri ini...akau ingin terus merindu...ingin terus bercinta..ingin terus megintai waktu demi mecari waktu waktu bahagia disebalik waktu waktu yang bergerak terlalu pantas dan terlalu cemburukan kebahagiaan hati ini bila disisimu UMMI....Selagi ada peluang, selagi itu aku ingin mengecapi waktu waktu bersamamu..makan minum..ketawa ..bercerita...Semoga Allah memanjangkan usiamu buat aku melepaskan rindu.