Wednesday, March 9, 2011

2 Blog Baru...




Khamis yang lebih segar dari biasa kesan tidur yang panjang dan penuh kerehatan. Bila MINDA segar, Idea datang tidak putus putus, serta sedikit kesukaran yang dihadapi untuk fokus juga tidak timbul, masa berlalu laju tidak terasa dek pengisian kerja yang penuh dan semangakt kekal walau jam sudah menunjukan hampir pukul 3.30 petang.

Menulis sudah menjadi sebahagian dari hidupku. malah semkain banyak idea yang melintas untuk aku tuliskan dan aku semakin minat dengan BLOG. Blog menjadi wadah perkongsian MINDA dan idea buat keluarga dana rakan taulan. Apa mereka komen, apa mereka fikir itu bukan pentings angat buatku tapi apa mereka dapat dan apa yang mampu kutinggalkan buat insan insan tersayang itu KEUTAMAANNYA apalagi dalam setiap liku yang digambarkan ada PENGAJARAN seumur hidup.

Tinta Kasih Bonda adalah blog pertama yang terlahir dikala aku sudah tiada arah lagi untuk menyelami rasa hati sendiri. Siapa yang mengikuti blog ini mesti perasaan perubahan SUASANA kehidupan aku. Memang betul MENULIS adalah satu TERAPI yang sangat baik. Tulislah apa saja sudut yang anda lihat untuk dikongsikan sekurang kurangnya buat diri sendiri. Ekoran dari Tinta Kasih Bonda, aku mengarap idea menulis blog kedua selepas aku diketuk bertubi tubi dengan hajat kawan kawan yang ingin berkongsi resepi ibuku. Lantas lahirkan Makohmak blogspot. Blog itu akan memuatkan lebih 150 resepi pelbagai jenis dari simpanan kehidupan mak selama ini Ini ada lah kenangan buat aku adik beradik dan menjadi wadah perhubungan sesama kawan. Blog ketiga pula ialah Teratak Kasih Bonda, blog ini akan menceritakan kasih sayang dan keutuhan kerjasama dan nilai kekeluargaan. kesemua blog ini diinspirasikan oleh MAK. Merenung wajah mak menjadikan aku semkain banyak idea untuk menulis dan menggarap Impian.

Dari ketiga tiga blog semestinya Tinta ksih bonda memiliki setting paling tidak sempurna kerana ini adalah kali pertama berblog aku tidak begitu mahir untuk menentukan apa yang aku mahu dan bagaimana harus aku cuba dapatkan. Aku bukanlah seorang yang sangat TERROR dengan teknologi maklumat tapi terus mengajar diri untuk semakin berani dan adapt dengan perubahan zaman dari masa kesemasa. Akan muncul lagi blog blog baru yang sudah ternampak nampak idea dikepala, fotografi juga sudah menjadi semakin penting dan mendapat tempat dalam kehidupanku. Aku sedang sarat menyusun keperluan skill yang lain seperti bengkel mepelajari teknik fotografi, bengkel baking, bengkel penulisan skrip dan bengkel petikan gitar. entahlah apa yang bakal lahir nanti dari kisah hidup aku tidak dapat aku gambarkan sekarang.

Aku banyak meninjau blog orang lain, blog yang penuh dengan tulisan bahasa percakapan menggambarkan imej tuan punya diri kekadang baca pun tidak faham, kalau kita menulis orang tidak faham sama seperti SYOK SENDIRI.Banyak blog blog yang ditulis remaja dan dikongsi dengan bernainya salah laku salah laku mereka, kalau orang orang bijak pandai tidak menulis dan menukar teknik mereka menulis maka kelompok begitu akan hanya terus leka bersama geng geng mereka dan semakin jauh dengan sebauh PENGAJARAN. Untuk mereka yang sedang parah hatinya, aku yakin dengan mengikuti blog aku akan terasa ada KEKUATAN tersendiri sekurang kurangnya aku sudah menyumbang dari kejauhan. Amin.

Ada juga blog yang agak menarik dan detail mengalahkan research paper mungkin ada orang yang srious 24 jam dan memerlukan blog blog sebegini, taidak mengapa sekurang kurangnya mereka menyumbang. Aku ingin membanyakkan blog agar salah satu dari bahagian blogku diikuti oleh berbeza kumpulan dan sesuatu yang aku sampaikan SAMPAI pada kumpulan yang pelbagai. Diseblaik cerita rsepi ada aku selitkan perasaan terhadap ibu, nilai kekeluargaan dan aksih sayang adik beradik. Disebalik Teratak Kasih bonda ada banyak Nilai Kerjasama dan peranan keluarga. Kita terkadang bukan INSAN terbaik tapi kita cuba untuk berada di TRACK yang baik untuk menghasilkan sesuatu yang baik uat diri sendiri dan orang lain. Insya Allah.

Ketiga tiga BLOG ini aku tujukan khas buat insan insan yang sangat aku sayang dikalangan keluargaku JAUH DAN DEKAT serta sahabat sahabat HANDI TAULAN yang pernah mengenali diri ini, mengharungi episod persahabatan jarak dekat atau jarak jauh, serta kawan kawan yang terjumpa hanya disini. Aku tidak mampu menafikan..I LOVE PEOPLE..banyak benda yang masih aku terus menrokai untuk memahami mereka dan sekitra kehidupan mereka, semoga usaha usaha yang penuh minat ini menjadi jendela jendela utama kearah IDEA IDEA yang lebih besar suatu hari nanti..Redhai setiap langkah ku ya Allah!! Aminnnn