Wednesday, September 12, 2012

Gurindam SYUKUR dihati



11 pagi 25 Syawal, Alhamdulilah kerja kerja URGENT bergegas dilakukan pagi ini sempena adanya Amir pembantu office yang 2 hari tidak masuk kerana menghadiri seminar. Hampir selesai kerja kerja seawal jam 11 pagi bila Amir ada. Kini hanya tinggal dua tiga kerja yang IMPORTANT. Insya Allah dengan izinnya masa bergerak bersama jalan penyelesaian satu persatu. Walau kita yang lakukan, walau kita yang fikirkan jalannya, tanpa izin Allah semua itu tidak terjadi. Justeru itu, bila kita bermohon pada Allah segalanya menjadi mudah.
Reading of the day belum dibuat, begitu juga Quranic of the day. Sekarang hanya menunggu waktu untuk masuk ke dewan meraikan kawan kawan sempena Jamuan Besar CFS. Aku harus meneruskan puasa, ini puasa syawal ke 3. Cuma pagi ini aku ralat kerana tidak boleh menunaikan solat subuh, solat hajat, solat dhuha dan bacaan yasin untuk fayyadh atas sebab uzur syarie yang kelihatan menjelang tidur semalam. Solat Subuh harus diganti sekiranya tengah hari nanti semuanya sudah bersih sepenuhnya sambil meneruskan puasa dan bacaan Quran. Saat saat akhir pembersihan diri dari uzur syarie memang agak sukar. Tidak hairanlah mengapa aku sakit kepala sudah 3 hari. Alhamdulilah hari ini betul betul lega.
Syukur kupanjat pada Allah bila berjaya mengimarahkan Surau Asyakirin semalam. Berbekalkan 4 keping French toast dan teh o panas, kami bergerak ke masjid tepat jam 7 petang. Alhamdulilah rasa rindu pada suara Imam dengan bacaan menusuk kalbu masih mampu dinikmati. Hanya 3 org disaf perempuan, selesai solat, ada programme ceramah berkenaan Idul Fitri. Sambil mendengar ceramah, sambil aku menghabiskan 2 keping bekalan dan terus menghirup the o panas yang dibawa. Allhamdulilah insya Allah hari khamis boleh pergi lagi berbuka solat jemaah dan dengar ceramah. Lepas solat terus menuju ke mini market mendapatkan keperluan dapur serba sedikit. Alhamdulilah aku sedang mendakapi kehidupan tenang yang member seribu rasa bahagia. Hati yang bahagia suka membahagiakan orang lain kerana itulah aku begitu suka menyediakan makan untuk hubby. Semalam siap mengoreng nasi dan mengemas kitchen kami yang kecil itu dan hari ini hubby berhajat untuk makan singgam sotong, sambal belacan dan goreng telur dadar. Lepas makan dan solat aku perlu bergegas ke UIA untuk programme career.
Tulisan ini bersambung jam 3.30 petang, bila hamper semua kerja sudah selesai kecuali notices yang perlu dibawa ke Gombak. Menunggu pelajar siapkan jam 4 petang dan terus print. Kerja kerja programme memang tidak boleh lari dari team up dgn pelajar tapi bukan semua group pelajar mantap dan kreatif macam group Qayyum, apa lagi aku tidak ada kuasa penuh ke atas mereka. Namun atas nama kerja, kini aku belajar mengutamakan kerja, bersabar demi siapkan kerja dan faham kerenah remaja univeristi yang kebanyakannya cakap hebat tapi kerja macam ular. Sementara bertemu dengan team sendiri, aku buat seadanya, insya Allah sessi akan datang lagi banyak programme yang perlu dirancang memenuhi keperluan pembangunan pelajar.
Alhamdulilah reading sudah recitation pun sudah. Kini tamat surah Al Baqarah kali ke 2 dibulan Syawal dan akan menjengah surah Al Imran dan Ar Raad. 1 Zulqedah akan mula pembacaan baru iaitu surah An Nisa’. Akhlaq Rasululah juga sudah masuk bab BERANI. Inilah antara sumber ketenangan hari hari. Sesambil menjenguk mesejdi FB, terpandang comment Fudul pada gambar profile terbaru. Tak sangka dalam sibuk sibuk Fudul masih ada masa nak mengambil tahu hal aku. Aku terus menjawab komennya dan segera membuat satu call. Alhamdulilah panjang ucapan syukur dari Fudul bila mendengar aku sudah kembali bahagia dengan suami, dia doakan aku bahagia. Kekadang atas dunia ni terlalu bahagia bila mendapat kawan yang sering mendoakan kita. Fudul antara kawan yang sering menajdi pendengar yang baik buat aku ketika menghadapi ruang hidup yang penuh huru hara. Semoga Allah merahmati hidup Fudul, memberikannya kebaikan dunia dan akhirat….doa tulus dari hati sebagai tanda terima kasih atas sikap baiknya terhadap aku.
Walau jam hampir pukul 4 petang, alhamdulilah tenaga masih banyak, Allah berikan aku tenaga untuk kebaktian yang bakal disumbangkan. Berbuat baik pada suami, jaga makan dan minumnya, iringi dia bersolat dan kembali meyambung tugas pada umat manusia terutama remaja yang masih meraba raba peluang dan gambaran kerjaya dimasa depan. Semoga atas rasa ikhlas yang hadir, atas rasa sedar tujuan kita dihidupkan dan diberikan peranan, semua ini menjadi ibadat disisi Allah yang apsti pahalanya tidak terhitung banyaknya. Berselang seli dengan usaha menyiapkan penulisan ini, aku menjawab panggilan dari Nelli. Hujung minggu menjadi terubah kerana aku perlu membantu Nelli untuk ke Kemaman sambil berhari raya. Insya Allah, Allah maha mengetahui, setiap pengorbanan ada balasan yang tidak terhitung banyaknya. Sesambil itu aku masih boleh menikmati masakan sedap mak dan ciuman kasih anak anakku Fayyadh dan Harraz.

Alhamdulilah gurindam syukur dihati terus berlagu…Terima kasih Allah atas kurniaanmu ….Amin