Tuesday, May 20, 2014

Allah yang PERMUDAHKAN



Hari ini 21 May, hari ke 2 untuk bulan ini menulis di blog ini dan tidak pada blog blog lain. Hari ini merupakan hari ke 3 terasa ada sesuatu perubahan pada diri selepas mengamalkan zikir nama Allah pada setiap jam dengan zikir yang berbeza...saat ini tepat jam 12 tengah hari giliran untuk aku berzikir Ya Muqiit menyeru pada Allah tuhan yang maha mencukupkan segala keperluan hambanya. Subhana Allah...aku begitu teruja dengan pengalaman baru zikir ini dan aku yakin perubahan ini berlaku kerana ada perubahan dalaman yang sedang terjadi pada diriku.

Perubahan ketara ialah semenjak Isnin iaitu hari pertama senarai zikir zikir dibuat dan dimulakan, aku seakan demam dan seluruh tubuh terasa panas termasuk lidah dan tekak, hampir hampir aku batalkan temujanji untuk berbincang pada petang Isnin itu, namun memikirkan peluang besar dan menghormati waktu orang lain, aku gagahkan diri yang sangat tidak berdaya itu memandu, bila ke clinic, Dr mengatakan aku tidak apa apa sedang aku hampir pengsan dan mata berpinar pinar tengah hari itu, terpaksalah aku menelan PCM yang sedia ada, seharian di pejabat, aku tidak mampu buat apa apa pun. Alhamdulilah malamnya, perbincangan kami sungguh menjadi dan aku kembali bersemangat hingga badan berpeluh peluh.

Keadaan berulang esoknya, tapi kali ini tiada demam, cuma terasa tidak boleh untuk fokus dan tidak berdaya untuk melakukan kerja kerja penulisan report, fikirku mungkin aku tersangat excited untuk bertemu abang Mie pada petangnya, rupanya ianya berulang lagi hingga hari ini. Sehingga jam 12.30 pm ini, aku tidak melakukan sebarang kerja kerja pejabat yang tertangguh itu berbanding minggu lepas. Aku cuba menerima keadaan aku dan cuba memahami, nun jauh di sudut hati terasa ada sesuatu dalam diri sedang melakukan adjustment. Alhamdulilah, perancangan spontan banyak terjadi, how to handle tetamu, handle abang, handle utk visit adik adik, mengajar Harraz matematik yang akan bersambung malam ini setelah 2 malam off mengajar, dan paling aku gembira, aku sudah ada rutin yang sempurna untuk pembacaan harianku. Pagi bukuSelf Help, malam pula buku Panduan orang orang soleh. Alhamdulilah setiap hari hampir 1 jam pagi dan 1 jam sebelum tidur.

Semenjak malam pertama baca buku panduan orang orang soleh, satu kenyataan yang menangkap mata hati ini ialah bina hubungan istimewa dengan Allah ketika solat, iaitu hubungan hati, hingga merasakan solat itu lazat, hingga terasa begitu takut dan kerdil berdepan dengan boss yang paling ditakuti yang mengetahui semua gerak geri dan naluri dalaman kita, bayangkan, dalam solat kita memuji, mengingatkan diri akan kebesaran dan kekuasaannya, balasannya, memohan perlindungan, rukuk tanda hormat dan sujud tanda berserah, subhana Allah, semenjak itu terasa ada hubungan hati yang menjadikan sukar untuk aku menundakan solat, apa lagi mengenepikannya, terbit rasa malu pada Allah, terbit rasa kehinaan bila tidak berusaha untuk mengadakan suasana yang lebih sempurna, mengejar dan mengutamakan ruang dan peluang pada solat, dan setelah sekian lama, hari ini solat Dhuhaku bermula semula. Semoga Allah permudahkan aku untuk meneruskan hajat merebut puasa sunat Rejab pula esok harinya.

Bila imbas kembali, hujung minggu yang lepas, weekend yang menemukan semula aku dengan perasaan dulu yang pernah wujud, dan semakin hilang saban hari. Bagai terulang semula sebuah rasa itu, aku hampir menangis ketika memandu kereta menjemput hubby di Stesyen Bas Pekeliling, begitu juga ketika kami keluar makan dan jalan jalan, terasa bagai terulang semula saat saat manis ketika baru bergelar suami isteri dan ketika sarat rasa bahagia dengan suara manja dan teriakan anak anak. Subhana Allah terasa kerdil diri ini, terasa besarnya pemberian Allah dan tengah hari itu lah, aku mula solat berjemaah semula dengan hubby, selepas solat, aku kucup tangannya sambil memohon ampun dan maaf, dan aku berjanji untuk terus menjadi makmumnya. Ketika aku bercakap cakap dengannya keluar tentang kelebihan zikir, dan terkeluar idea, alangkan bagusnya kalau nama Allah yang 99 itu kita jadualkan untuk menzikirkannya setiap satu jam satu nama, dan dalam sehari dari 6 pagi hingga 12 tengah malam. Isnin terus aku cuba make it possible... ya setakat ini gambarannya seakan aku perlukan 5 hari. Semoga ini menjadi hadiah terbesar dari Allah bila aku memohon maaf pada hubby dan kami kembali mengecapi hidup suami isteri yang lebih bahagia dengan keajaiban miracle dari Allah.

Ya Aku perlukan katakan pada diri, Isnin hingga hari ini, aku bagai dalam pemulihan, ada sesuatu yang Allah sedang pulihkan, aku semkain mengenali diri, semakin bertenang, semakin hidup hati dan rasa ini, dan yang paling terserlah, aku semakin bahagia memulakan kerja kerja baking. Sabtu ini aku rancang untuk membuat moist chocolate cake pada hari Sabtu untuk slumber party dengan adik adik di rumah acik dan Ahadnya akan buatkan Chicken grilled with lemon and herbs untuk hidangan kami dua beranak. Ahad yang lepas ketika hubby di rumah, aku siapkan Victoria Sandwich cake, bukan main lagi hubby dan Harraz makan, aku hampir tidak percaya, makanan sesedap itu adalah air tangan cinta dan keikhlasan aku, subhana Allah.

Semoga, akan ada ruang ruang khas tersusun indah untuk aku terus menulis setiap malam di rumah, dan fokus yang tidak berbelah bagi ketika di pejabat. 3 hari sudah berlalu di pejabat, aku tidak pasti berapa hari lagi ianya akan mengambil masa dan yang pasti selepas ini aku seakan berkejar sedikit untuk mengejar tarikh akhir Fabulous May. Hujung minggu ini juga, aku tertunggu tunggu perubahan baru menciptakan pagi yang indah di Masjid Allah bersolat subuh dan terus ke padang untuk riadah dan breakfast sambil membaca buku. 

Untuk melihat orang lain berubah, pertama kita perlu berubah, mohonlah dengan Allah semoga segalanya dipermudahkannya. 

Allahu Akbar.



Tuesday, May 6, 2014

Fabulous May



Hari ini 7 May 2014, hari ini barulah terpanggil untuk menulis kembali di blog pertama ini. hari ini untuk tahun 2014, barulah terasa blog ini tidak sama dengan blog blog baru yang lain. 7 May juga bersamaan 7 Rejab, aku belum memulakan puasa Rejab lagi walau hanya satu hari, jika diizinkan Allah esok menjadi peluang terbaik untuk memulakan aktiviti perkembangan spiritual Rejab 2014.  Hari ini istimewa dalam banyak hal terutama kesedaran untuk mengandakan lagi ruang membaca di siang dan malam hari. Subhana Allah terasa semangat kembali membara dengan bacaan bacaan kegemaranku itu. Hari ini juga permulaan baru bekerja setelah lama bercuti tahunan dan emergency kerana menyertai Logistic team money and you yang sesungguhnya bagai membuka ruang baru yang lebih besar pada diri untuk melihat dan merasai potensi..Subhana Allah.

May ini aku gelarkan FABULOUS MAY, April setiap tahun menjadi GATE ke ruang baru bersempena umur baru. May menjadi ruang baru buat aku yang kini berumur 43 tahun 15 hari bagai terasa kelahiran semula, bagai terasa ruang besar yang banyak boleh diisi. lakaran lakaran impian juga sudah aku tuliskan semula semasa bertugas di Gambang semalam. Cuma ianya perlu di tuliskan semula, dan dilekatkan pada dairy dan wall dinding untuk dilihat hari hari. Ada 30 senarai dan aku ingin lengkapkan ia menajdi 50 senarai. Kesempatan bulan May yang tenang di pejabat juga memberikan peluang bertenang untuk aku replan, rethink and redirect Subhana Allah perancangan Allah tidak pernah ada cacat cela.

May ini juga bermulalah proses mengajar untuk Harraz dan bulan ini aku hanya fokus Matematik dan Science hanya di hujung minggu. Semalam sepatutnya bermula tajuk money. Siang hari Harraz mesti belajar sendiri untuk 3 jam dan malam hanya 2 jam dengan mama sambil berbual 9-11 mlm. Apa yang diperlukan, kertas mahjong, semua kertas mahjong yang tidak berguna akan dibawa balik untuk kegunaan mengajar Harraz. Harraz seorang kanak kanak Kinesthetic melayaninya haruslah agak berbeza, dia bukan tidak cerdik tapi semuanya perlu ada hati ada rasa barulah boleh berpijak di bumi nyata baginya. Itulah keistimewaan Harraz. Hari ini juga aku menyatakan pada Harraz kalau dia belajar tak cukup 3 jam, mama tak nak bercakap dengan dia untuk hari itu.

Sebentar lagi meeting akan bermula tepat jam 11 pagi. Meeting OSD yang hanya dua bulan sekali. Dalam meeting ini aku hanya banyak mendengar dan memerhati tapi kali ini biarlah ianya sepenuh hati dan jika ada satu keraguan sudah menjadi tanggungjawabku untuk mengutarakannya. Selama kita bertanggung jawab selama itulah kita setkan pada minda yang we are team.

Hingga bersambung lagi....

Sunday, December 29, 2013

Berani untuk terus BERUBAH






Alhamdulilah, syukur pada Allah atas nikmat dan rahmatnya. Masa terus berlalu begitu pantas, sekeliling seakan berputar ligat, anak anak semakin membesar dan mengerti, kerja kerja pejabat seakan lebih mudah berbanding dulu, hati semakin kuat dan sabar, minda semakin ligat melihat ruang dan peluang, subhana Allah begitu agung aturanmu, hamba ini tidak mampu lalui tanpa jagaan dan pengawasanmu. Hari ini 31 October 2013, hari terakhir bulan oktober dan esok bermulalah hari baru untuk November 2013 dan esok jugalah bermulanya Hubby bertugas di JPJ Pahang.
Apa yang aku rasa? aku lebih positif berbanding dulu, malah mungkin sangat positif, aku katakana pada diri malah inilah yang aku ucapkan di sana sini, perpindahan ini terbaik buatnya dan terbaik buat aku juga terbaik buat anak anak termasuk keluarganya. Allah memberikan laluan yang lebih luas buatku untuk menumpukan sepenuhnya pada kelebihan diri yang diberikan pada aku. Manusia berbeza masing masing ada kelebihan dan keunikan tersendiri. Aku begitu yakin dan berpegang pada apa pengetahuan yang aku ada. Inilah lebihnya sentiasa menambah ilmu pada diri Alhamdulilah.
Bermula esok jugalah, segala urusan hidup aku pikul dengan sendiri, hantar anak sana sini, berdua dengan Harraz di mana mana dan hanya sesekali bila balik fayyadh dan Kakak kami pasti bersama. Hubby akan mengunjungi aku mungkin setiap hujung minggu. Aku redha, andai dalam tempuh ini, dia diketemukan Allah dengan insane yang lebih layak buatnya, aku sedikit rasa bersalah dengan Allah sekiranya aku tidak redha, aku yakin dengan jalan dan laluan yang sedang Allah buat untuk aku. Kelihatannya Hubby berat meninggalkan kami, hari hari kedengaran dia merungut menghitung hari, kedengaran dengusnya setiap kali aku bertanya perihal beg dan pakaian. Semalam dia memutuskan untuk kembali semula ke Kuala Lumpur selepas waktu kerja untuk bersama kami di hujung minggu ini. Aku tidak rasa apa apa terpulanglah pada tuan punya diri, berdaya memandu pergi mari atau memilih untuk berihat dan bertemu kawan untuk rumah sewa juga wajar padaku.
Jadual hidup ada sedikit perubahan, kalau dulu bangun 6.30 masih cukup masa buat aku, esok kena ubah, paling lewat 6am dan sebaiknya 5.30am. Kembali berpagi menghantar Harraz dan sampai awal ke pejabat. Ahhh Allah memang hendak aku berpagi pagi untuk melebarkan pintu rezeki kami. Pulang kerja juga  tepat jam 5 petang dan aku hanya perlu belikan makanan untuk berdua. Dan seterusnya agenda keluarga dan diri sendiri serba sedikit sebelum kembali melelapkan mata. Agenda mengemas serba sedikit, acara ibadat, acara senaman, acara projek dan acara buku. Ahh malam yang bahagia buat aku dan hanya sesekali memberi ruang  untuk movie dan bertemu klien atau business person.
Hujung minggu ini agak padat dengan agenda bersama anak anak dan esok akan berkejar ke sana sini mengambil dan menghantar anak anak. Semoga Allah mengurniakan tenaga yang banyak buat aku untuk menyegerakan hal hal keluarga dan kehidupan. Allah pasti membantu hambanya, malah Allah akan membuka jalan jalan kebaikan yang banyak selama mana kita ikhlas dan jujur dengan diri sendiri dan merasai kehambaan yang tinggi pada diri. Semoga perancangan di akhir hujung minggu untuk pulang melawat ahli keluarga termakbul, mak tidak begitu sihat, bak juga tidak segagah dulu. Apa dalam tempuh dua tahun ini kembali bertugas di Kuantan dan hidup bersama mereka menjadi pilihan aku dari Allah, atau sebaliknya andai banyak peluang lain terbuka dan akhirnya aku terpaksa akur untuk mengundur diri dari UIA. Hanya Allah yang tahu, kalau ikutkan niat di hati, sayang aku pada asas kerja di sini hanya Allah yang tahu, namun disetiap liku hidup pasti ada ruang untuk menempuh yang dinamakan PENGORBANAN. Ada ketikanya untuk mendapat ikan yang besar, perlu keluarkan sedikit modal dan pengorbanan untuk dapatkan umpannya.
Alhamdulilah, syage ke 10 coaching session benar benar memenemukana ku dengan jati diriku, shine and bringhness yang ada pada essence diri ini menarik benda benda, peluang pelaung dan orang orang baru dalam hidup, dan ianya juga menjadi silau pada sesetengah orang. Aku terima penuh redha tanpa apa apa, aku hanya sekadar manusia biasa yang kini melihat hidup ada up and downnya yang tersendiri, namun kali ini aku pastikan ianya tidak lari dari garisan sebenarnya yang sudah digaris sebagai pilihan dalam hidup.
Aku serahkan diri pada Allah, bagaimana dan dengan siapa Allah tentukan, aku terima dengan penuh redha. Semoga langkah ini terus laju menapak satu persatu ke ruang ruang yang sudah digaris kemas penuh redha oleh Allah.

Amin ya Rabbal Alamin.