Sunday, October 31, 2010

kita dan situasi!!


Jam sudah 2.15 petang, aku baru selesai makan tengah hari dan kendalikan discussion pendek dengan zul sebabgai agihan kerja kerja training pelajar. Terlalu banyak yang tersimpan dikepala ini setelah beberapa hari tidak berpeluang menjenguk Blog hingaakan aku tidak pasti mana yang perlu didahulukan sebagai coretan disini.

Sempat menyapa kawan kawan di CAFE. Semuanya kelihatan penat sekembali dari programme di Cherating. Aku sendiri pun tersangat letih hanya tuhan sahaja yang tahu namun kesibukan yang telah tersenarai diminda menimbulkan satu passion dan kekuatan untuk aku datang kerja walau LEWAT. Lewat yang disengajakan kerana kerja terpaksa dianjakan waktu sesuai dengan waktu kelapangan pelajar pelajar yang turut serta dalam meeting pertama untuk semester 2 ini. hampir separuh to do list yang dilakar pukul 11 pagi tadi sudah dilaksanakan, selebihnya akakn bergerak sejajar masa, terasa sangat masa begitu cepat berlalu dan malam ini ada beberapa agenda harus dikejarkan sebelum melabuhkankan badan berihat pada malam ini.

Masih banyak email email yang tidak berbalas terutama email yang memerlukan nafas segar, dan sokongan kerana setiap butiran tulisan datang dari akal dan fikiran. Email email yang bersahaja, senang dibalas...aku pasti akan mengambil sedikit masa untuk membalasnya kerana aku pasti ada hati hati yang terlalu mengharapkan RUANG buat mereka.Bila kita letih dan kenyang mata pula terasa berat dan mengagngu kosentrasi MINDA yang sedang sarat berfikir.

Khamis, jumaat ,sabtu dan ahad penuh dengan agenda programme IEEP. Kali ini aku hadir dengan penuh berlapang dada sebagai peserta. Semestinya aku ingin menyertakan diri secara penuh, merebut peluang membina silaturrahim, memperbahrui hubungan persahabatan yang seakan hambar dek jarak dan waktu. Aku juga mencari ruang fikir yang kemas menyiapkan meind setting berdepan dengan audience pelajar sekolah rendah untuk sesi ceramah motivasi. biasalah programme mesti ada kekurangan yang memerlukan perhatain untuk pembaik pulihan di masa depan.

Aku cuma kurang memberi perhatian pada majlis dinner Arabian Night. Aku tidak ada masa untuk menyediakan Arabian Costume. hidupku sehraia agak berbeza dengan kwn kwn yang lain setelah aku mengorak langkah dan memilih untuk menjadi seorang yang aktif. Aku hanya membawa baju kurung moden dan tudung hitam untuk dinner, simple sesimplenya dan aku hanya menjamah daging kambing kegemaranku. bila nama ku tiba tiba diumumkan sebagai 15 tahun Khidmat, aku agak terkejut dan aku naik kepentas dengan penuh bersahaja dan senyum selamba bila diusik oleh pengacara majlis. Diam diam sudah 15 tahun rupanya aku dengan universiti islam Antarabangsa. tempat yang mengajar aku erti sebuah hidup dengan hala tuju yang lebih bermakna. Akus ayangkan nature tempat ni, aku sayangkan nature kerja aku di tahap yang SANGAT SAYANG.

Aku membuka hadiah hadiah iringan, terdetik hati seronoklah mak dapat PURSE baru. aku semuanya sudah memiliki apa yang aku dapat sekarang semuannya untuk mak. Aku pasti mak akan gembira dengan apa yang aku akan berikan pada dia...diseblaik aku 15 tahun disini, aku ada MAK. Mak lah tempat aku sandarkan harapan yang seakan sudah tiada. mak yang mebuatkan aku ingin terus berharap bersama anak anakku. Semalam ketika dikampung, aku merenung wajah mak, mak kelihatan tenanag dan bahgia, aku dapat rasakan ketenangan mak...aku ingin terus menatap wajah bangga mak itu dan aku ingin memberi pada mak sedaya aku. Aku melihat cahaya wajah yang penuh tulus dan tenang pada mak...dan aku melihatw ajah ini yang bakal mencium hajarul Aswad dengan izin Allah. bahagia mak...itulah kebahagiaan aku.

Aku belum mendengar suara mak hari ini. Aku ingin beritahu mak...maks aya nampak wajah mak lain dari dulu. Saya nampak wajah mak tenang setenangnya...saya rasa bahagia. Sedari tadi aku teringat ini menelefon mak tapi dek kerana kesibukan, aku bertangguh. Aku iangin terus meneroka pintu rezeki yang Alalh buka buat mak dan keluargaku. Aku memang tidak perlukan apa apa, tapi aku mohon dari Alalh aku ingin mengadakan sesuatu yang mak perlukan. Aku sandarkan harapan ini terus pada mak dan bak dan inilah cara yang memberikan aku rasa tenang dan bahagia. Bila aku bahagia aku terus mampu membahagiakan orang lain terutama SUAMIKU.

Kita perlu meneruskan HIDUP walau perit bagaimana sekali pun. Tiada istilah putus asa apa lagi mepersoalkan ketidak adilan Allah pada diri kita. Allah menyediakan kita runag yang sempit untuk kita adapt erti struggle dan menjadi seorang yang ada skill untuk berjuang dibidang yang lebih besar. Aku tidak ada kepakaran lain selain doa yang tidak pernah jemu pada Alalh dan sekeping hati yang jujur. Allah maha melihat, mendengar, memahami dan mengasihani kerana itulah aku tidak mahu mengenepikan peluang peluang untuk terus meminta BANTUANNYA.


Disini aku melihat, bukan masalah atau keadaan yang menentukan kita happy atau sedih tapi character kita yang lebih besar memainkan peranannya.

sekian......