Tuesday, January 19, 2010

For better or worst.....



Hari ini aku tidak begitu sihat. Tiba tiba sedari semalam badanku seram sejuk dan tekak terasa sakit. Bila meletakkan kepala dibantal terasa berat sanagt dan pejamku terasa tidak cup...ya..aku tidak sihat. Perasaan meluap luap hendak menyegerakan kerja kerja rumah yang tertunda...arghhhh kerja kerjaku...zikir zikirku demi hisup berumahtangga. Aku tiada pilihan melainkan berjumpa Dr sekali lagi dan memulak makan anti biotik baru dengan cuti rehat sekali. Aku singgah dicafe sambil mekan pagi lewatku dan melayari internet untuk melihat incox yahooku.

Ada bermacam macam berita disitu. senyum sendiri membaca berita yang mengelikan hati dan terkejut dengan beberapa email aduan kwn kwn secara rahsia dari laamn facebook. Setakat ini secara tidak langsung aku bergerak senyap senyap sebaagi kaunselor sukarela kepada kwn kwn network ku dilaman FB kegemaran ramai itu. Aku segera menjawab email yang dikirim. Kelihatan penulisnya terlalu resah dan berada didalam keadaan serba salah dengan permasalahannya. Aku menyuntik sedikit keterbukaan minda padanya, tidak salah berkongsi untuk lebih kuat...selamat berjuang mempertahankan bahtera impian..gesaku pada pengirim sambil mengalu alukan perkongsian dan berterimakasih atas sebuah kepercayaan.

Aku terfikir, kita mungkin banyak sahabat disekeliling kita tetapi kita saban kali mencari cari sahabat yang sejati yang boleh berkongsi suka duka dihati. Sesungguhnya ketulusan dan keihlasan manusia sukar diukur dan dikenal pasti. Aku amat bersykur, perawakan diri, kata kata dan pengucapkanku membuka hati mereka disekeliling untuk terbuka hati mereka berkongsi denganku melaui proses inilah aku mebantu mereka. Aku bukanlah seorang yang sangat pandai, bukan juga ilmuan terhebat jauh sekali pakar motivasi tersohor tetapi menyelami hati dan kemelut seorang insan yang dalam kelemasan ialah specialtyku. Aku puas jika berada bersama mereka melihat sebuah kemelut dan kekaburan. dari sebuah pengembaraan perluahan disitulah aku memahami penerimaan, tafsiran dan fikiran kelayan. Kita sebenarnya menjadi sempit sesempitnya bila kita menghadkan batas komunikasi dan perkongsian.

Akhir akhir ini juga kes yang banyak medatangi aku ialah kes rumahtangga. dilema kehidupan berumatangga, baru terasa mengenali pasangan selepas 5 tahun tinggal sebumbung. Soalnya saru ketika dulu hampir semua kita membuat keputusan berkahwin kerana cinta dan cinta membuat hati kita menerima segala kelemahan ternampak dimata juga kerana cinta kita menyembunyikan kekurangan yang ada. Cinta datang dari hati, sifatnya suci dan dengan izin Ilahi. Buktinya bukan mudah untuk kita melupakan cinta yang hadir. Kiat bejuang mementerai cinta dengan ikatan suci...kita berkahwin. Sebuah perjalanan indah dari cinat ke alam perkahwinan dan menjadi iguan semua yang bernama INSAN.

Hidup memang banyak dugaan. Nama pun hidup dan tujuan kehidupan sebenranya untuk kita mecari ruang diri disisi Allah. Terkadang kita lupa bila kita berjumpa cinta manusia. Dihati kita dialah segalanya. Sedang dia tidak lebih dan kurang hanya seperti kita...tidak begitu sempurna sifatnnya. perlahan lahan dalam mahligai cinta kita sering melihat gerhana. merasa bahang gerhana. Seringkali berhempas pulas menghentikan gerhana dan ada kalanya kita hampit tewas. Mengaku kalah ..lantas memilih jalan mudah dan meletakkan sudah tiada jodoh diantara kita. Dalam pelbagai perkongsian yang aku temuai sepanjang aku melibatkan diri dengan kes kes rumahtangga. bermacam macam...saban waktu juga aku melihat ada yang menyalahkan pasangannya seratus peratus dan dari perluahannya dia amat mengdambakan pasangan yang sangat sempurna. cerita kehadiran Prince Charming sebenarnya ialah cerita fairy tales yang banyak mebgelirukan minda kita. malah bila kita berpijak dibumi nyata, kita sendiri tidak mudah untuk mejadi seorang heroine yang sanggup berjuang mmepertahankan hero kita sendiri. Semua kita mendambakan kehadiran seorang HERO. Lagi jauh dari realiti sebenarnya.

Bila kita berkahwin, Ijab berlafazkan kalimah Allah kerana Allah dan bersaksikan kedua orang tua yang dikasihi. Kalau orang putih, depa menjawan..I DO...pernyataan sebelumnya for better or worst...for rich and poor.. Kita berjanji dengan Alah untuk hidup bersama tanpa merubah minda kita untuk menerima pasangan kita seadanya. Semakin lama kita tinggal bersama, semakin banyak kekurang terserlah didepan mata. sikap dan tinghlaku juga semakin membuatkan kesegaran cinta itu hilang. Terutama menjelang 10 tahun bersama. tanyalah pada hati sendiri mengapa hati kita senang berubah..jawapannya ialah kita tidak ada istiqamah. Di maan istqmaah itu kalau bukan perlu diminta dari Allah melaui solat dan doa kita.

Tahun ini masuk 13 tahun usia perkahwinanku dengan suami. Aku tidak berani mebanggakan diri dengan angka itu dan hati ini sentaisa dengan rendahnya memohon Ya Allah jika bersamanya mmebawa kebaikan..panjangkanlah jodohku dengannya. mengharungi hidup 13 tahun berasma bukan semudah membuat kira kira walau apa pun formula. Semuanya belum pasti, kita boleh menjadi yang terbaik dan membuat yang terbaik tetapi takdir rezeki, jodoh, kelahiran dan ajal di tangan Allah. Namun nun disudut hati sebaagi seorang isteri walau hati terluka aku masih tidak puas menjadi seorang isteri disisinya. Melayani anak anak, melihat tumbesaran anak anak ...senyum mereka..sdiah mereka..konflik mereka. masih tidak puas mengabadikan diri melayani makan minum, pakaian, percutian, menyaipkan mereka kesekolah. segalanya berlaku begitu pantas dan serasa sekelip mata sahaja. dan ya...belum puas nelaluinya. lantaran itu, aku sering mendambakan peluang untuk berbakti lebih sempurna denagan kadar rezeki yang semakin Allah lipat gandakan. Terus membaiki kelemahan yang ada. Terus berkomunikasi dalam kelembutan dan kasih sayang kerana inilah asas kebahgiaan walau siapapu kita dan suami kita.

Aku sedih melihat kehancuran. Apapun bentuk kehancuran. Apa lagi kehancuran mahligai yang dibina kerana cinta dan kasih sayang. Aku melihat bagaimana kecewanya hati anak anak yang terpaksa melalui perubahan besar yang melibatkan emosi mereka. walau baik bagaimana pun orang baru tetap tidak sama dengan bapa nereka sendiri. Apalagi kalau bapa mereka itu hanya ada satu kekurangan yang ketara dan selebihnya lebih sepuluh kebikan terserlah. Menyesal tidak pernah datang dahulu, menyesal datang setelah kita mebuat keputusan yang tidak mampu diundur lagi. Bersabarlah melangkah sambil mengutip cebis cebis harapan yang sudah hampir musnah dengan doa dan kesungguhan berserta keteguhan istqamah yang dipohon dari Allah cebis cebis harapan itu tidak mustahil mampu dirawat..dicantum semula sebagai sebuah ikrar cinta kita sampai ke syurga dan dekatilah diri hanya pada yang esa dengan hati suci penuh kemaafan, keikhlasan dan kasih sayang.


Bahagia masih boleh di cipta....percayalah!!!!