Monday, March 4, 2013

Agung HIKMAH dan RAHMAT Allah




Alhamdulilah, NAFAS MASIH BERSISA bermakna RUANG USAHA masih banyak. Ya Allah kau perlihatkan padaku satu persatu. Hambamu ini terlalu naïf terlalu cetek, terlalu tidak berdaya tanpa HIDAYAH dan PETUNJUKMU. Hari ini 5 March 2013, hari pertama dalam bulan March yang mengizinkan aku meneruskan tulisan diblog ini. Pagi yang HENING penuh DAMAI walau bukan sedikit KEMELUT PERASAAN sedang berlaku. Semuanya menjadi TERKAWAL dengan izin Allah selepas aku berusaha BERMOHON padanya Semalam, pagi ini dan terus yakini hati melalui zikir zikir harian ku yang juga berkebetulan hari ini YA RASHID, maha PEMBERI PETUNJUK, semoga aku mendapat banyak PETUNJUK dari Allah kerana inilah sebaik baik petunjuk buat aku hambanya.
Hari ini hari ke 2, hubby mula tinggal di Shah Alam. Semenjak Ahad yang lepas, dengan BERAT HATI aku melepaskannya pergi, KERANA TERPAKSA dan kerana inilah JALAN TERBAIK buat Kami berdua. Air mata dan sedu sedan aku mengiringi KEPUTUSAN SUKAR ini, kalau berat mata memandang dan sarat telinga mendengar, berat lagi bahu yang memikulnya. Hanya aku TAHU apa yang terjadi dan hanya aku tahu apa yang aku MAHU, dan hanya aku yang BOLEH MEMBUAT KEPUTUSAN bila tidak boleh bersandarkan keputusan dari orang yang TIDAK WARAS fikirannya. Apakan inilah jawapan Allah pada setiap doa doaku, Ya Allah peliharalah Suami dan anak anakku. Doa yang aku sering bisikan didalam hati setiap kali SUJUD TERAKHIRKU. Aku mohon kekuatan dari Allah untuk mengharungi detik detik KEMELUT ini. Ya Allah PERMUDAHKANLAH URUSAN HATI DAN PERASAAN INI.
Tiada apa yang kurang dengan KETIADAANNYA, Cuma terasa LENGGANG. Jadual kehidupan berjalan seperti biasa, seawal 5.30 pagi bangun dengan ucapan Allah Hu Akbar dan doa Alhamdulilahilazi Ahyana Ba’da Amatana wailai Nushur diikuti zikir setaip sepuluh kali Subha Na Allah, Alhamdulilah dan Allahu Akbar dan membasuh Muka dengan Bsimillahi Rahmani Rahim untuk melepaskan SIMPULAN SYAITAN yang pertama ketika tidur. Harraz dikejutkan, Alhamdulilah anak bongsu ini tidak pernah berperangai ketika bangun pagi. Segera dia mandi dan bersiap sambil menanti mamanya siap untuk kami BERSOLAT SUBUH BERSAMA. Seawal 6.30 pagi kami menutup pintu rumah dengan Bismillahi Tawakkal tu Alai Allah 3 kali dan meneruskan La Haula walaquwwata Illah Billahi berjalan menuju ke kereta. Sambil memanaskan enjin kereta, habislah bacaan fatihah, 4 Qul,  ayat kerusi dan diakhiri Bismillahi Lazzi La ya Durru Maasmihi Syaiuun. Meneruskan perjalanan kami dengan Bsimillah 6 sebanyak sepuluh kali dan Zikir harian Imam Al Ghazali hinggalah sampai ke destinasi pertama Sekolah Harraz. Duit saku diberikan secukupnya, bersama sebuah CIUMAN KASIH SAYANG dan BISIKAN AZIMAT, “belajar betul betul ya sayang..Mama sayangkan Harraz dunia akhirat” terus Harraz mencium tangan ibu ini memohon RESTU BERJUANG.
Seawal 7 pagi pasti sudah CLOCK IN attendance harian di pejabat. Memulakan hari dengan Surah Al Waqiah seakan sudah sebati dan terasa kekok meninggalkannya. Sehabis Surah Al Waqiah, memulakan SOLAT DHUHA memohon agar Allah membukakan semua PINTU PINTU REZEKI dan mengurniakan rezeki yang melimpah ruah untuk melancarkan lagi USAHA USAHA IBADAT dan KEBAKTIAN. Kalau tidak berpuasa yang selalunya pada Isnin dan Khamis, terus keluar untuk mengambil tenaga melalui SARAPAN PAGI  sesambil membaca MANZIL. Alhamdulilah, rasa kecewa dengan sikap kawan kawan sekeliling menjadikan aku lebih MENGHARGAI WAKTU SENDIRIAN penuh PENGISIAN SPIRITUAL, kalau tidak kerana TERLALU KECEWA RASA ini sudah pasti aku tidak MENGORAK PERJALANAN LEBIH CEMERLANG sebegini. Benarlah dalam setiap DUKA dan KESUSAHAN ada KEMUDAHAN dan TERSEMBUNYI ANUGERAH HIKMAH. Bergantung pada kita menilai dan cara mengambilnya.
Ditakdirkan berkerja sebagai COUNSELOR PELAJAR banyak mendekatkan diri dengan insan insan BERPOTENSI tapi  diduga dengan pelbagai dugaan. Melalui kes demi kes saban hari, semakin BANYAK BUKTI yang menerpa kotak fikiran bahawa manusia diuji hanya kembali untuk diperlihatkan KEKUATAN dan MENDAPAT RUANG ISTIMEWA BERSAMA ALLAH. Aku memberikan sepenuh jiwa dan raga pada PROFESSION ini, malah setiap renungan dan sinaran mata para pelajar kekal kemas dalam hati sebagai isyarat ‘ I need you as someone for me, help me and guide me’. Semoga Allah terus memudahkan kerja kerjaku dan menghitung semuanya diakhirat nanti sebagai  saham saham terbesar milik peribadiku. Alhamdulilah, semakin ramai pelajar membuat temu janji, semakin bahagia rasa dihati. Aku memiliki kasih sayang yang melimpah ruah, dan kasih sayang ini terus SUBUR UNTUK DIKONGSI dengan orang orang yang memerlukannya. Terima kasih kepada INSAN INSAN ISTIMEWA yang pernah mencurahkan BAKTI TIDAK TERBALAS dalam hidup ini, kerana BAKTI BAKTI mereka TERLALU MANIS dan HARUM dengan KASIH SAYANG…Mak, Bak, Ummi, Arwah Nenda, Arwah Azman, Linda, Iwan dan Fatin. Walau aku dilupakan selama mana dan sebanyak mana , aku sesekali TIDAK AKAN MELUPAKAN KALIAN.
Tiada yang lebih indah dalam kehidupan seharian bila pelan kerja pejabat dan peribadi  SELESAI SEPENUHNYA atau sekurang kurangnya ada ruang penyelesaian dengan seseorang. Waktu pulang, seusai solat Asar berserta bacaan Surah Assajadah, kami dua beranak meneruskan perjalanan pulang selama setengah Jam itu dengan meneruskan Bismillah enam dan Zikir Harian. Kerja kerja rumah sebagai seorang IBU diteruskan termasuk menemani anak makan, belajar dan sama sama menonton sambil menyiapkan kain kain baju. Kami sama sama berada dipembaringan setelah selesai bacaan Alfatihah, 4 Qul dan ayat Kursi dan disapukan keseluruh tubuh dan dibaca Zikir Subha na Allah, Alhamdulilah, Allahu Akbar dan La ila haillalah 33 kali. Sekali lagi ciuman selamat malam untuk Harraz dengan bisikan MAMA SAYANG HARRAZ semoga lena tidurnya dan mendapat tenaga yang cukup untuk esok hari. Selalunya mama meneruskan JUADAH MINDA sehingga mata terlelap sendiri.
Ya Allah jika BEGINI TAKDIR KAMI, aku REDHA ya Allah kerana aku yakin RAHSIA HIKMAH DAN RAHMATMU terlalu besar dan agung.
Alhadmulilah syukur pada Allah.