Tuesday, May 28, 2013

Silap lalu LEBIH TAHU



Alhamdulilah syukur pada Allah tuhan sekelian alam yang maha pemurah serta penyayang, yang berkuasa pada hari kemudian, hanya pada mu hati ini berserah dan hanya pada mu tangan ini akan terus memohon ampun dan petunjuk untuk terus hidup ini dibimbing dan diawasi. Tepat jam 4 petang, hari yang diberikan kemudahan bagi Allah buat aku berpuasa SUNAT REJAB kali ke 2 walau tidak bersahur dan tidak makan berat pada malamnya. Terasa begitu besar dan bermakna tiap detik takdir Allah buat kita.
Hari selasa, hari yang jarang aku berpuasa sunat disebabkan biasanya Isnin aku berpuasa, dek kerana isnin aku agak keletihan perjalanan balik dari kampong yang merempuh 3 jam trafik Jam, aku memilih untuk tidak berpuasa kerana yakin kandungan air dalam badan sangat kurang, lagi pun aku tidur dalam kelaparan. Bila kita niat baik, Allah cepat cepat ganti peluang itu dan ternyata semalam tidak boleh atas sebab kesihatan, Alhamdulilah Allah ganti hari ini. Meyakini peluang besar atas takdir puasa ini datang dari Allah sudah membuatkan hati ini diulit bahagia. Sempatlah semalam, aku minum pukul 10 dengan Rizal yang datang semata mata membetulkan boring potongan gaji aku.
Istiqamah hari ini Sedari semalam ialah untuk menghabiskan bacaan Surah Yunus, Alhamdulilah, usai solat zuhur, tamat surah Yunus dan petang ini boleh mula Surah Hud dan cuba habiskan besok waktu Zuhur. Bacaan surah iringan solat juga Alhamdulilah tiada halangan keculai petang kelmarin tidak sempat membaca Al Rahman kerana terkejar kejar menghantar Fayyadh balik asrama.  Sebentar lagi solat Asar akan di selengarakan bersama bacaan Surah Ar Rahman. Alhamdulilah dan in sha Allah kalau aku berjaya melakukannya secara penuh, maka discipline diri ini akan kembali tinggi untuk menjadi daya kawalan keseluruhan perbuatan rutin untuk kebaikan diri sendiri.
Menyenaraikan dalam satu senarai besar apa yang GEMBIRA untuk dilakukan berkaitan kerja dan keperluan diri adalah permulaan mengeumpul tenaga dan minat pada ruang kecil di pejabat ini. Didalamnya terkandung juga senarai kerja kerja yang perlu disipakan dalam minggu ini. Seronok melihat senarai yang banyak dan bertambah seronok bila sebahagian senarai itu mampu diselesaikan satu persatu. Perasaan seronok yang bertambah itulah menjadikan hari ini LEBIH INDAH dari semalam. Dalam sibuk sibuk senarai, buat dan potong, tiba tiba teringat idea yang sudah dicadangkan pada hubby untuk menonton wayang. Lebih baik tiketnya diambil awal awal. Selepas menghubungi adik Linda, aku teruskan mengambil 2 tiket pertama Hummingbird, dan siap berbayar dengan card credit. Dek kerana berjanji untuk dinner sama sama dan tenguk wayang bersama walau cerita lain lain, timbul rasa untuk membuat tempahan terus juga untuk Adik Linda. Belian secara online untuk tiket Adik Linda dmulakan, hanya klik pada tempat yang sama, tarikh yang sama, waktu yang sama Cuma cerita saja diklikan pada Fast and Furious kerana katanya itulah cerita yang digilai suaminya. Bila aku mula untuk klik tempat duduk, barulah aku terlihat, barisan depan dari mata rupanya sangat dekat dengan screen. Bermakna aku sudah silap memilih tempat yang sangat dekat utuk tiket aku dan hubby. Selesai membuat bayaran, aku cuba mencari kalau kalau aku berpeluang menukar seat. Ternyata tiada, mungkin aku boleh harapkan bila mengambil tiket nanti.
Ahhh aku BUAT SILAP, kali ini aku akui dengan cepat silap yang aku lakukan, dan aku akui banyak perkara tentang pengalaman ini. Sesuatu akan buat kita LEBIH BELAJAR bila kita buat silap. Kesilapan bukan dosa selagi ianya diakui dan dipelajari, sebaliknya melakukan kesilapan adalah pintu kepada proses belajar yang lebih TERKESAN pada setiap orang. Membuat silap hari ini membuat aku makin menyedari hakikat diri aku, bila tiba masa memilih, aku jarang menggunakan sebaik peluang singkat untuk berfikir sejenak, merenung secara tepat, atau sekurang kurangnya menarik nafas dalam dalam sebanyak 3 kali. Sebaliknya, aku sangat terbuku buru dan terlalu ingin mencapai misi SIAP SEGERA!! Inilah satu sikap aku yang sangat ketara dan perlu aku ubah demi kebaikan diri, sikap, kerja dan hubungan dengan orang lain. Peluang mempelajari sebuah kesilapan adalan satu proses untuk terus membaiki diri. Kesilapan adalah satu peluang selama kita menyedari dan mempelajari pengajaran disebaliknya. Alhamdulilah dan Subhana Allah nikmatnya hidup anugerah Allah di bumi ini. Beranilah untuk terus melangkah, beranilah untuk terus membuat silap, TANPA SILAP, kita hari ini mungkin sama dengan kita semalam.
Alhamdulilah, selepas ini setiap kali aku teringat movie, setiap kali itulah aku teringat kesalahan yang pernah aku buat dan pengajaran besar yang aku perlu ambil dan terus amalkan didalam diri. This is the great BREAKTHROUGH!!. Tidak sabar untuk aku terus menerokai helaian demi helaian hidup ibarat chapter baru dalam pembacaan harianku kerana disitulah aku melihat aku sebenarnya dan dan peluang aku untuk menjadi Asniza yang lebih baik. Meneruskan hidup, teruskan melangkah, justeru SILAP lalu LEBIH TAHU. Alhamdulilah syukur pada Allah atas nikmat kasih sayang dan cahaya kasih yang tidak berbelah bagi darinya buat insan selemah aku sebagai makhluknya. Moga Allah terus membuka RUANG dan PELUANG yang berada dibawah luasnya REZEKI ALLAH buat aku sebagai hambanya. Amin.