Thursday, October 6, 2011

Tuah Kita!


Jumaat pertama dibulan Oktober, Jumaat yang aku memilih utntuk tidak pulang menjenguk anak anak, Jumaat yang sudah dijadualkan programme IEEP untuk staff UIA. Dalam rasa TERKILAN, aku terpaksa aku..kalau namanya SUDAH BERJANJI..perlulah ditunaikan kecuali KESAKITAN dan KEMATIAN.

Badan terasa agak tidak selesa, lantaran tonsil menyerang, sudah pasti perlu mendapatkan ubat dari DR supaya tidak berlarutan. Jam menunjukan 1.11pm, aku hanya menjamah durain crepe seketul on my way pulang dari post office atas usaha dropkan order business yang saban hari semakin banyak. MAsih banyak yang perlu ditunaikan hari ini termasuk berjumpa yatt untuk drop order dan ambik pesanan dari PARIS yang dibelinya, untung ada kawan, asalnya bukanlah aku teringin sangat beg LONG CHAM tu tapi dah yatt beriya iya za...murah kat sana..za boleh pakai yang ORIGINAL. Sahabat jugak pintu REZEKI. Malam ini ada satu lagi appoinment iaitu dgn Jane, tak tahulah apa yang jane nak usulkan, apa pun aku suka dan pasti memebri peluang pada org org positive dan pandai mencari peluang. Cuma bukan semua aku boleh buat. Aku perlu jelas objectives dan commitment, tapi seseklai bercampur dgn org yang berminda istimewa banyak mebgajar kita. Mlm ni aku ingin mengenali JANE.

Semalam makan malam bersama adik adik, sekali gus berbincang final touch trip ke medan. Bantu adik adik buat pertukaran wang dari RM malaysia ke Rupiah Indonesia, dan aku keluarkan sedikit wang saku fatin memnadangkan dia banyak mencari customer untuk iope dan aku juga paskan kerja persiapan party pack utk bday Harraz. Kami hanya makan malam dimc donald, tanpa sedar aku terorder coke dan semakin menjadi jadilah tonsil ku. sebelum tidur terpaksalah menelan percetamol dan sakit semakin kuat pagi ini. Aku plan untuk el atau mc saja bergantung pertemuan dgn dr nanti...aku tak kisah, dah aku tidak berdaya utk drive sejauh 45 minit itu kalau tidak sihat. Bila kita tak sihat nak bangaun pagi pun susah.

Sekrg ni pun aku belajar untuk kuatkan semangat, kerja kerja business tidak boleh diabaikan walau sakit mcm mana pun. memang ebtul, kalau kita minat..kalau hak kita..kita akan jalani dgn lebih sempurna. Selama ini kerja kerja uia pun aku kerjakan sepenuh jiwa raga, malah banyak wang ringgit aku korbankan tapi aku akan lebih kecewa dgn sikap org atasan yang alngsung tidak menjenguk bagaimana untuk lebih memahami, demi menjayakan apa yang aku rancag, aku ketepikan persoalan duit poket, yang penting ada sedikir kepuasan sendiri walau tiada kepuasan dari org lain yang TIDAK SUKA MEMBINA ORG LAIN.

Medan adalah Distinasi kami 3 beradik, aku sudah book GRAND SAKURA HOTEL dan mendapatkan beberapa tip dari Aziz dan Kak Umai. rasanya NO PROBLEM sebab aku sudah berklai kali ke negara orang tapi apa pun perlu BERHATI HATI it pesanku pada adik adikku. Jangan Ramah tamah tak BERTEMPAT.sambil bercuti 3 hari, aku perlukan buku 2 biji, dan selama disana aku fokus untuk berbincang pasal menu dgn adik adikku. Menu air tangan BONDA. Aku perlu siapakan group baru dlm fb yang fokus pada resepi Bondaku dan ini adalah research pertama sebelum agenda business 5 tahun lagi. Adik adikku tidak boleh dihamparkan dgn persoalan berat berat. Mereka memilih untuk tidak mahu berfikir berat berat jadi eknalah aku memilih sesuatu yang SESUAI dgn mereka. semoga aku berhasil dgn apa yang aku ingin dpaatkan dgn bantuan mereka. Aku tetap percayakan TEAM. Team yang bagus akan menghasilkan kerja yang lebih baik.

Ada 2 pan cake Durian yang aku beli kecik saja, dan sangat sedap aku tidak tergamak untuk menhabiskannya kerana aku tahu hubby sangat mengemarinya. Semlm pun kerepek soya dan sea weed yang aku beli kerana teringatkan dia..dengan senyum banggga dia buka sekembali dari kerja. Aku bahagia seklai melihat senyum itu. Kini aku ingin melihat senyum adik adikku seronok bercuti, senyum Harraz kerana dapatkan kek kapal terbang untuknya dan berparty dgn kwn kwn dan senyum sipengirim kain yang sangat ebrharap aku bawa balik kain seakan tolong belikan...NO hal bagiku. Cuma dalam usaha untuk melihat senyum, aku juga terlihat KELAT muka Radzi dan Zamri kerana buat kali pertama melepaskan bini masing masing, dan aku akan terlihat sayu juga mata hubbyku kerana 3 hari tidak kelihatan kelibatku dirumah. Aku sangat hargai KEBEBASAN ini, aku akan menggunakannya sebaik mungkin, aku akan mengisi dengan penuh kebaikan yang memberi PULANGAN BERGANDA. Insya Allah.

Dapat aku rasakan, berjalan dgn adik adik juga seronok sesekali, aku memnag sukakan KEPELBAGAIAN dalam hidup dan aku seorg yang ANTI ROUTINE hehe. Aku tidak suka makan dgn org yang sama hari hari, aku juga tidak suka keluar dgn org yang sama selalu, aku juga tidak suka bercerita dgn individu yang sama selamanya. Mujurlah aku sukai hubby yang sama walau apa pun dugaan dan cabaran kerana dapat aku rasakan siapa pun dia DIA PELENGKAP HIDUPKU. Aku sudah sebati dengan LUAR ZON SELESA. Ini bermakna aku seorang yang sangat bersedia untuk apa pun bentuk cabaran. Amin.

Tepat pukul 2pm, barulah aku berpeluang menjamah makanan dan terus keklinik untuk dptkan ubat tonsil, rehatkan diri dan kemas rumah seketika sambil beribadat sebelum menuju ke sunway pyrimad untuk jumpa yatt. Hari ni Jumaat, alunan yasin adalah wajib dan aklau sempat juga surah Alkahfi. Hanya Allah yang satu, yang tahu apa yang terang dan tersembunyi, yang menyediakan liku liku tertentu buat hambanya, yang tidak pernah melupai janji pada hambanya. Janji Allah pada org yang sabar...Hasil sabar itu sungguh MANIS sekali. Bertuahnya kita lahir sebagai MUSLIM sejak dulu lagi...Alahmdulilah alangkah bertuahnya kita!

Ampuni dosa dosaku dan dosa dosa orang yang menyayangiku ya Allah!