Monday, April 5, 2010

hakikatnya hati tetap TERLUKA.....


Sebenarnya sedari semalam idea mencurah curah kerana terlalu banyak persoalan yang bermain diminda. dalam tahun ini 2010. Semalam 5 April adalah The Bad day!!! sehingga tidak disedari air mata aku mengalir tika aku cuba makan dan mebaca majalah dicafe kegemaranku News Cafe...samapi aku tidak mampu mmebri penumpuan pada apa yang aku BACA...Begitulah hidup ada kalanya tanpa kita terduka berhimpun pada satu hari pelbagai cerita yang menghiris jiwa..mencalar rasa. terkadang hati berkata mengapa mengapa manusia tidak memapu memikir kesan buruk pada perasaan orang lain sebelum menuturkannya.

Hakikatnya hati ini memang TERLUKA walau beebrapa kali aku cuba katakan pada diri jangan benarkan sesiapa yang mampu melukan hati kita...letakkan hati kita gak tinggi...supaya tidak dicapai tanagn. namun praktikalnya memang sedari awal aku sentiasa meletakkan Insan Insan disekelilingku dekat dengan hati..aku mengahrgai mereka walau bagaimana sikap mereka seklai pun selagi tidak mengancam hati aku. Aku mampu mmebuka ruang penerimaan yang luas pada orang lain tapi inilah yang aku terima..Orang lain tidak mmapu menrima aku SEADANYA. Apakan DAYA....

Naluri aku tidak pergi jauh dari apa yang aku rasa. sedari tempat tidur kaki begitu berat untuk diangkat. lalu aku meberi laluan pada Naluri menati apa yang bakal aku terima hari ini....ya satu perihal adikku tersingkap. selama ini aku emndengar omongannya yangs eakan mabuk dan tidak tentu hala. sekali lagi dalam sejarah hidup aku berdepan dengan situasi orang tersayang terheret diri dilembah najis dadah. Mungkin orang memandang isu ini remeh tapi pada ku TIDAk...kesan dadah akan mengubah saraf pemikiran dan menjadikan seseorang hilang pertimbangan dan perikemanusiaan. bagai ada satu tenaga..kutanya hubby meminta pengakuan. terkadang manusia sanggup melindungi gegala yang tidak sihat..terkadang manusia tidak melihat aspek yang lagi penting demi menjaga kehormatan rekaan minda yang salah. sekali lagi aku terluka...TERLUKAnya hati...sedang sudah dilihat betapa aku sakit menjadi mangsa keadaan...kini masih ingin sekongkol berahsia..dimana BERANI kerana Benar yang dilaungkan ISlam..masyaAllah...masa berllau pantas sekarang..kalau masalah tidak dicantas secepat mungkin...dikoreak akar umbi dibersihkan sebaik mungkin ..tinggallah insan itu terkapar kapar dalam tempoh yang lagi lama. lantas aku menghubungi badan nadan yang patut..aku terangkan apda mak..apa peranan yang mak perlu mainkan..aku tegaskan pada adik beradikku apa kesan jauh yang bakal berlaku kalau kita tidak serius sekarang. Buanglah ketepi rasa malu pada masyrakat...buat apa malu pada masyarakat kalau tanggungjawab kita tidak laukan...ketepikan ego diri...seorang anak jadi begini..sebaliknya sama sama merenung mengapa ada anak yang terkapa dalam kancah sebegini...fahamilah keadaannya..apakah sumbanagan negetif kita...sama sama kita sedar sama sama mengambil langakh kebaikan bersama. Aku kira tugas penting ku selesai..selebihnya aku tidak perlu risau kerana akus eorang yang gembira memberi sokongan dan dokongan pada insan yang lemah dan kejatuhan.

dalam detik hati kelegaaan...airmata aku tertumpah lagi...aku akui hati ini sebenarnya bukan lagi hati tisu..hati ini bukan senang untuk menagis pada benda benda yang tidak patut ditangisi..tapi mendengar LUAHAN HAti kakakku yangs edari dulu hidup terumbang ambing..aku tidaks edar aku turut sama sendu bersamanya. hakikat yang aku perlu terima..kekadang diri ini dikritik teruk tanpa memikirkan kesan dan aib aku dan akhirnya sammpai ketelinga aku sendiri...pedihnya cerita cerita yang tidak sepatutnya menjadi bahan perbualan dibualkan sewenang wennagnya seakan menghina..seakan merendahkan..apalah daya kalau itulah mentaliti mereka...walau segunung intan pun kasih sayang kita..pengorbanan kita susah payah kita..MANUSIA memang cepat lupa. Aku tanpa sedar merintih disisi suami...aku terlalu kecewa mendengar cerita cerita yang tidaks edap dibualkan adik beradikku seolah benda itu terlalu penting kearana aku tidak pernah mengaibkan mereka..walau sebesar mana pun kekuranagn dan kepincangan mereka yang aku liaht dan dengar. letihhhnyaaa letihnaya melayan kerenah sebegini...hati aku jadi tawar..hati aku mengajak aku untuk menjadi keras...cukup masa dan duit aku buang untuk mengembirakan orang lain..sedang dalam diam diam aku diperlekehkan sebegitu rupa. hati mana yang tidak sakit!!! semalam aku berkata pada suamiku...aku tidak mahu berharap..aku tidak mahu lagi BERKORBAN..aku hanya akan melayan insan insan yang memerlukan aku walau dari segala segi..aku tidak mahi menganggu kebahagiaan orang lain..aku ingin terus MELIHAT DUNIA...aku ingin menjadi SELFISH...aku kecewa...aku terluka....

Dalam aku cuba mencari kelegaan. Aku teringat Ummi yang kesepian lantas aku menghubungi ummi...cuba berbual mesra dan bertanya khabar..sesekali aku menyilang jenaka..kami ketawa bersama..aku cuba menyembunyikan perasaan sarat yang sedang aku alami...dan tiba tiba aku mendengar kenyataan IBu SAUDARAku yang dirahsiakan selama ini...sepupu sepupuku menagtakan sesuatu yangs angat AIB dibelakangku..yang aku kira ini semua FITNAH. Ummi berklai menyatakan dia tidak percaya dengan cerita cerita itu..tetapi aku sekaan tersedak dari minuman...kelat aku menelan air liur dan sukar mengapai nafas seterysnya untuk membalas jawab...Tidak mungkins aya tergamak melakukan SEBEGITU HINA...."saya masih ingat saya ada anak anak yang mecontohi saya..saya masih isteri orang...Zina bukan pilihan saya." itulah yangs empat keluar dari mulutku dan aku bergegas meletakan telefon kerana da call lain yang sedang memanggil...sedang aku berjalan menuju ketempat temu janji hari ini...aku rasa kosong...aku tanya diri sendiri aku patut rasa apa ya..rasa sedih ..rasa terkilan..rasa terluka...aku tak tahu apa yang aku rasa. Ternyata aku melihat bagaimana aku dikhianati bila aku sedikit berkongsi dengan sepupu sepupuku...wahal aku tidak ada rahsia antara mereka..menagap mereka pandai pandai menyambung cerita aku dengan versi mereka sendiri.....selesai appoinment...pulang kerumah...aku solat maghrib...aku tertanya lagi ..aku perlu diam...NO..aku perlu mengeluarkans atu kenyataan halus menafikan fikiran mereka...awalau sudah diluahkan walau sudah diperkatakan...lanats aku mencipta satu sms simple...salam...saya tidaklah seburuk yang difikirkan...zina bukan pilihan saya..sampai hati!!!. mereka bukan orang lain..mereka adlah sepupu sepupu ku yang aku berkawan sedari kecil..mereka aku lihat dengan kasih sayang..mereka aku letak sama taraf dengan adik beradik..dengan mereka aku tidak berkira soal wang..denagn mereka aku tidak mengenal erti bosan....

Aku memati bunyi telefon. Aku tidak perlu mendengar apa apa komen lagi...ummi tidak pernah berbohong...untung aku mnegethau..sekurang kurangnya aku emmahami INILAH ATTITUDE DAN PEMIKIRAN mereka..inilah VALUE mereka...dan aku tidak perlu kesal kerana aku sudah buat yang terbaik merapatkan yang dekat demi kekeluargaan dan silaturahim. Kini akuperlu melihat kembali...apapun dan bagaimana pun kita...dalam perjalanaan itu tetap ada ranjau dan duri yang tersendiri...seseklai aku tidak akan berhenti emlangah..aku akan terus berjalan tapi kali ini..perjalanan ini tanpa harapan..perjalanaan ini penuh hati hati..bila kita sudah memahami dan menegnali jenis hutan, kita mesti tahu corak duri dalam belukarnya...kta kena berhati hati...kita kena celik jangan tertipu dengan rasa kasih yang membaikan semua pandangan...sedang mereka semua berwatak GUNTING DALAM LIPATAN...aku bertanya pada diri..siapa yang aku ada ...siapa yang aku perlu menayndar dan terus lebih percaya..jawabnya hanya satu..kita sentiasa ada ALLAH. Aku melihat betapa lemahnya darjah kasih manusia...walau diikat dengan hubungan darah tiada bezanya.

ya Allah bantulah aku untuk berdiri dan terus melelangah aku percaya selepas aku tidak meletakakn kasih manusia sebagai segalanya..aku ada kasih sayang agungmu yang bersifat SENTIASA...Ampunilah dosa doa dan kerterlanjuaranku ya Tuhan...terimakasih atas segala kepahitan yang akhirnay mempelihatkan pada aku sebuah HAKIKAT!!!!


Aku ingin terus menyegerakan seruanmu..panggilanmu..sujud dan mebesarkan keagungan mu....maha suci Allah maha melihat yang nyata dan tersembunyi....Amin!!!

Indahnya bintang KEJORA....


Semalam aku dan Nelli sama sama menghantar anakku Wahida ke Asrama SMKA simpang Lime. Terharu bila Nelli begitu beriya untuk mengikut aku dan perjalanan sejauh 5 jam pergi dan balik itu langsung TIDAK TERASA...yang terasa cuma satu rasa puas dan seronok. Terdengar dengar gelak ketawa Nelli sahabat yang aku kenal semenjak tahun pertama matrik UIA itu. terimaksih Allah kerana aku masih ada Nelli sahabat yang seiya sekata sehati sejiwa...sebulan tanpa bertemunya seakan ada sesuatu yang hilang dalam hidup...kami ibarat adik beradik cuma dilahirkan berlainan ibu dan bapa.Nelli pernah mengakui mepercayai aku lebih dari adik beradiknya sendiri.

Satu perjalanan yang panjang..satu perkongsian yang puas.Itulah antara kami sama sama rasakan..yang ketara aku terhibur mendengar gelak bersahaja nelli.apalagi kami sama sama suka merasai makanan yang tidak pernah jumpa MENTARANG..hehe sedap rarasnya kalau tidak kerana Nelli aku tidak terpanggil untuk berhenti dan membeli benada alah tu untuk dicuba...dan ternya SEDAP dan kami sama sama SUKAKAN MENTARANG. Buat pertama kalinya Nelli mendengar pengakuan BERANI dan Jujur aku tentang hakikat jodoh dan pertemuan. Benarlah kata orang kita akan merasa seronok dan puas bila diberi peluang meluahkan isi hati dan lawan kita bersedia untuk menerima dan memahami.

Nelli bersetuju...kekadang hidup ini pelik. Bukan semuanya kita dapat sempurna. tapi kalau kita meiliki lebih 50% kira sudah bagus dan kalau nasib kita baik, kita ada 70% kita pasti aakn lebih gembira. usahlah mencari 30% lagi yang kurang itu sebagai satu subjek utama sehingga kita menafikan 70% yang sedia ada. Itulah kurangnya kita...itulah perlunya pergantungan pada Allah yang maha Esa. Nelli juga mengiyakan...kekadang ada sebuha pertemuan ibarat seindah bintang kejora. bintang itu wujud tapi sangat tinggi letaknya. Kita tidak mampu memiliki tapi ada waktunya kita mampu mengintai dari celah jendela diwaktu malam yang kesunyian CANTIKnya bintang kejora. kita masih mampu memuji..kita masih mapu meningati...CAHAYA KEJORA itu. yang pasti kita ad pengalaman dan pengalaman mendewasakan kita..hati kita bertemankan KEJORA...dari kejauhan kita merenung dan berbisik sendiri. Itulah hakikatnya...bukans emua yang indah boleh digapai...dan memang adalah mustahil untuk membuat keputusan yang tidak masuk akal..mencari 30% dan melupai 70%. dalam sepuluh hari mungkin ada 3 hari berduka dan dimasa itulah kita merenung KEJORA...menikmati cahya kasihnya..mungkin kita akan senyum sendiri mengenangi saat manis mengenali bintang kejora ini.

Apa pun hakikatnya kita tidak pernah kurang. dalam kesibuakan seharian..ada waktu yang membantu kita tenang...kita merenung bulan melihat bintang dan menegur KEJORA dilangit..betapa besarnya keagungan Allah itu, dalam ranjau duri masih ada penawar..dalam sukar dan payah ada kemanisan pengalaman....begitulah adanya B
KEBESARAN ALLAH...dan aku tidak ingin berhenti melihat dan mencari BINTANG KEJORAKU.....


Aduhai Bintang KEJORA...indahnya cahayamu!!!!!!