Saturday, January 2, 2010

Tangisan diambang tahun baru 2010...




Untung bila mata tidak mahu lelap. Khasiat Roibos tea memang mujarab selepas tiga hari diminum diwaktu pagi...menjadikan kita segar..bertenaga dan beridea. Selepas mengemas, jam hampir satu pagi tapi mata masih segar, tenaga masih bersisa dan sedang berputar putar dengan idea dikepala satu persatu. Ada satu pengalaman sempena tahun baru ingin dikongsi disini. Menjelang tahun baru, aku bergegas pulang ke rumah dari pejabat memberi laluan janji dengan kak noni utk makan bersama termasuk anak anak dan suamiku. Sungguh berselera masakan sahabatku ini dan seperti biasa lepas makan malam agenda berkopi kami dan suamiku pulang dengan anak anak kecuali nana yang setia berkawan dengan Girl anak kak Noni. Mata makin berat, jam hampir pukul sepuluh malam, aku pun risau kalau ada road block polis malam malam begini..lalu aku segera minta diri walau beberapa kali ditahan kak noni. Benar sekali satu jam sangkut ditempat road block dan didepan rumah lantaran jam yang panjang berjela. sampai dirumah letih tidak terkira.Lalu aku mematikan hajat untuk melihat pesta Bunga api di Curve...dan niatku hanya satu...TIDUR sepuasnya....

Tetiba talianku berbunyi dan tertera diskrinku nombor luar negeri yang berpangkal 61...siapa lagi kalau bukan Jimmy, lalu aku menjawab dengan nada riang walau pun letih dan dari corong telefon aku mendengar permintaannya untuk bercakap panjang. Ok jawabku selamba sambil menyejukkan penghawa dingin bilikku menghilang kepanasan dan kepenatan diri sambil berbaring. Bermula dari ucapan selamat happy new year hingga lah keperasaannya. bagaimana pilu hatinya dikala waktu senja sebegitu tiada anak dan isteri disisi dan terpaksa berdepan dengan hidup yang komplikated. banyak yang dikongsinya...tertawa juga aku pada bab bab yang lucu dan pada bab bab yang sedih aku terdengar esakan panjang jimmy. Kesian jugak aku rasakan, terbayang aku pada orang orang tua dalam keluargaku..inilah nasib mereka kalau anak dan isteri tidak pedulikan mereka. Aku merasa terharu bila dia bertalu talu mengucapkan terimkasih dan menghargaiku sebagai sahabatnya dikala dia tersepit dengan diri sendiri...dikala dia buntu..dikala dia terlalu rasa keseorangan...arghhhhh Jimmy sukar untuk aku meminjamkan nikmatnya ajaran ugamaku dikala dihimpit hidup begitu...selain sekadar mendengar dan mengiyakan buat masa ini...terluka dan melukai adalah asam garam hidup yang memberi ruang pada kita untuk lebih mengenali kekuasaan yang esa.

Aku hanya mampu berkata pada Jimmy, jangan menangis...aku disini setia sebagai kawan dan pendengar...tiada istilah betul dan salah terhadap apa yang dirasaannya...justeru jangan berhenti meluahkan segala sakit dan seksanya perasaan. Panas corong telingaku dek power telefon ..seingat aku aku bertelefon begini masa bercinta dengan suamiku dulu...kini demi kemanusiaan, aku tidak jadi hati menafikan keperluannya pada diriku. Dia berjanji padaku..menemuiku suatu hari nanti adalah agenda terpentingnya..untuk apa aku tidak pasti..dan menjelang teriakan di TV..SELAMAT TAHUN BARU 2010...kami sama sama mengucapkannya ditelefon walaupun dia sudah 3 jam berada ditahun baru...Di hujung suara sebelum telefon diletakkan, aku mendengar suara getarnya berbisik ...LOVE YOU ZA. Aku tersenyum dan telefon berhenti disitu. Aku tidak pasti apa perasaanku cuma ada satu rasa puas kerana mendengar luahan dan tangisan yang panjang dari seorang lelaki penyayang dan berpengalaman tetapi masih meniti hari hari penuh duri sebuah realiti kehidupan....Aku hanya mampu berharap yang terbaik buatmu sahabatku Jimmy....ikhlas seikhlasnya....

Semoga detik ini adalah sejarah permulaan terbaik persahabatan kita untuk tahun 2010....SELAMAT TAHUN BARU 2010