Saturday, November 28, 2009

Tsunami Kasih: Jangan Ada Dusta Antara Kita.....


Bagaimana harus aku mulakan perkongsian ini.....teringat aku pada kata kata indah lirik lagu mimpi yag tak sudah dendangan Ibnor Riza..Kau bagai bayang datang dan hilang..siapakah yang dulu membina harapan dan siapakah yag memusnahkan impian....Lirik lagu itu terlalu tepat denga kata hatiku.Dalam suka dan duka, gelak dan tawa suara anak anakku, kesibukan seharian dipejabat, programme pelajar, tugas seharian sebagai isteri...begitu pantas masa berlalu. namun bukan segalanya mampu aku lalui dengan begitu mudah. Terkadang hati merintih dan menangis sedirian hanya Allah yang mengetahui namun hidup perlu diteruskan. Benarlah kata orang, perkahwinan itu satu perjudia nasib...untung batu tenggelam..untung sabut ia akan timbul. dalam seronok melihat langkah langkah awal anak anakku..Aku perasaan seolah olah ada sesuatu yang tidak kena denga rumahtanggaku. seingat aku paling ketara pada tahun ke 6 sewaktu aku mengandungkan anak ketiga kami. Aku mula perasa ada satu bahang kesepian disebalik keriuhan anak anakku.

Usia ke tujuh bulan kandungan, suamiku dinaikan pangkat da bertugas di Selangor.Memandangkan kesibukan berganda kami bersetuju untuk menguruskan sendiri perjalanan ke pejabat masing masing, aku dengan kereta da suamiku dengan motorsikalnya. Aku perasaan semaki hari suamiku semakin bengis, suka tidur seolah olah sangat kepenatan dan selalu mengasingkan diri. Seringkali urusa pembayara bil dialpakan. Aku berikhtiyar mengembalikan hubunga baik kami dengan semaki membanyakka keluar bersama terutama bercuti denga anak anak. Sehinggalah suamiku bertukar memandu kereta ibuku bila anakku yag sulung mula memasuki darjah satu. perubahan ketara, suamiku kurag berkomuikasi da mudah marah. disamping beliau kelihata semakin kurus..pernah satu malam aku tidak tidur merenungnya sedang nyenyak tidur...sakit ke dia..kenapa badannya semakin kurus.

Menerus kehidupan seharain dengan tiga orang anak dan era persekolahan anak sudah bermula. Kelihatan suamiku ada waktunya tersangat lemah da ada waktunya tersangat bertenaga. Hinggalah rumah baru kami siap da kami bersedia berpindah ketika itu dapat aku rasakan hanya aku yang beriya iya berpindah da beberapa kali aku bertanya padanya tidak gembira kah kita berpindah kerumah sendiri. Belai menafikannya. Siapa yang tidak gembira, anak ank pelengkap keluarga, rezeki pula semakin menjadi, kami gembira dirumah baru yang terlalu senang dikelilingi pelbagai kemudahan ebagai aset masa depan kami. tapi ternyata dirumah baru inilah segala drama kisah benar hidupku bermula. Hampir saban malam..pulagay menjelang dinahari alasannya operasi...alasannya lagi main muzik...alasannya lagi latihan menembak. Bila terlalu banyak bertanya aku sendiri merasa tidak adil untuk melebelkan suami sebegitu rupa. keadaa semakin genting bila semua bila yang tidak terjelas beribu jumlahnya tiba diatas meja. Aku mengambil pendekatan bertanya dan bersemuka...sejuta alasan diberika yang jawabaya aku yang kena jelaskan sendiri segalanya...pelik gaji makin banyak duit makin kurang dan kerja macam tak boleh balik ke rumah...soalku bertalu talu.

Semestinya aku mengesaki suamiku ada perempuan lain.Alasaku cukup kuat selai beliau semakin menjauhi dan dingin denganku.Antara kami seolah ada satu tembok pemisah. Kata sudah tidak bersambut, senyum sudah tiada dibibir, renungan mata sudah tidak terarah pada aku. Aku teruskan berteka teki sambil mencari peluang menyiasat setiap panggilan keluar masuk dan peti mesej ditelefonnya. Ku pasti jejaki setiap nombor yang agak janggal namanya. Aku cuba hunungi kawan kawan baiknya meminta kerjasama secara sembunyi sembunyi...tiada sebarag petanda scandal. Perubaha diriya semakin ketara sedang kerja menguruskan anak anak sekolah semakin senak dikepalaku, tambahan lagi kerja kerja pejabat sendiri tidak pernah selesai. Aku lmas kepenatan mental dan fizikal...terkadang seakan tidak berdaya lagi. aku ajukan perbincangan baik..tidak bersambut malah bermacam alasan yang tidak terlintas dek akalku..aku bingung dan seluruh badaku terasa sakit sakit ..usah ditanya pasal air mata...saban malam bantalku pasti basah dengan tangisan kebingunganku. Aku cuba berbincang dengan beberapa orang yang berpengalaman meminta nasihat dan kerjasama. Ada satu getar bila seseorag yag mencadangkan aku membawanya untuk pemeriksaan air kencing dan kaunseling. Aku menelefon di sana sini mencari pakar kaunseling yang termampu dan memujuk suamiku berjumpa. Sekalilagi alasannya dia tidak mahu bertemu denga seseorang yang mengenali aku. Semakin bingung aku jadinya. Terkadag aku berjumpa gumpalan kertas berisi tembakau lalu aku bertanya dan mengugutnya dengan selamba beliau sanggup bersumpah dengan Quran yang dia tidak terlibat dengan ganja.

Aku semakin terteka bila kusedari beliau tidak lagi boleh dibawa berbincag denga tutur kata yang berterabur dan seolah olah bukan datang dari sebuah fikiran yang waras.Lalu aku memujuknya utuk bertemu Pakar psikiatri di Hospital Universiti. Aku mengesyaki beliau mendapat depressi. Di masa yag sama, tekana diriku haya airmata sahaja layaknya bersama aku..lalu aku meletakkan satu kemungkinan bercerai pada mak kerana aku sudah tidak tertanggung lagi azab perkahwinan ini..itu belum lagi bicara tentang hak seorag isteri lahir dan batin pada diriku. Mak meneyrahkan pada budi bicaraku..aku yang berat menanggung segalanya tetapi dega adaya mak disisi perluaha itu terkadag bagaikan ubat yang sangat mujarab...dimasa yang sama aku tidak henti henti meminta pada Allah ...Apakah semua ini...perlihatkanlah padaku sebuah kebenarannya.Beliau akur pada temujanji dengan pakar kerana aku mengugutnya kalau tidak..antara kita disini saja.Selepas temujanji pertama...Dr bekalkan ubat da aku memujuknya...kalau ditakdirkan abang memang sakit, saya berjanji akan menjaga abang seumur hidup saya...ucapku sambil mengelus rambutnya tanda sangat simpati....Cuma pintaku hanya satu...JANGAN ADA DUSTA DIANTARA KITA.....bersambung!!!!!

Suratan Takdir: Kepergianmua sebuah kehilangan Abadi: pertemuan Terakhir.....


"Izinkan aku pergi...Apalagi yang engkau tangisi...semoganya penggantiku akan lebih mengerti hatimu......." bait bait puitis lagi Broery Marantika begitu menyentuh hati kecilku. Inilah suara hati adikku Azman yang telah dipanggil megadap Allah pada 19 February 2009. tanpa sebarang petanda, tanpa sebarang alamat...maha kaya tuhan segalanya milik Allah jua...kita hanya diberi pinjaman seketika buat berhibur akhirnya kita akan kembali ketempat yang asal dan kekal disana.

telefon bimbitku berbunyi di sebuah petang yang hening sekembaliku dari kerja. Aku menjawab dengans enyum kerana nama yang tertera di screen itu ialah nama adikku ynag sanagt nakal dan saban hari suka buat lawak antarabangsannya. " ya man!' kata ku...." angah man kat KL ni...jom le makan dengan man..man belanja..cepat sikit nnati tak sempat!' pekiknya.." ya lahhhh jawabku bosan dengan gesaannya bila dia kehendakkan sesuatu" Aku pun bersiap siap dan mengarah anak anakku mandi dan bersiap. Sesampai di Shah Alam, seklai lagi beliau menelefon dan memberitahu nama cafe ynag ditunggunya. Agak besar kedai itu dan adik perempuanku sudah ada bersamanya. Dengan senyum ikhlasnya, dia bersalam dengan anak anakku dan suamiku. " mintalah apa saja...malam ni man belanja"...katanya lagi. Senyuman nya yang aku rindu itu tidak lekang dari mulutnya, tapi aku persaan dia tidak serancak biasa usik bersahaja. Kebetulan aku membawa kamera lalu aku berkata.."Jom man ambil gambar kamera baru angah"..beliau sengih llau dengan sporting memberi kerjsama bila aku minta bergambar. Aku tidak pernah begitu dengannya biasanya aku hanya merakam gambar gambar beliau dengan anak anakku. Kami pun makan malam bersama selesai makan hatiku merasa amat berat untuk berganjak pulang, lantas aku cadangkan padanya.."Man..angah rasa mlm ni kita jangan tidur lah...angah tak puas cakap dengan man!..jom kita pergi karoke ke lepak kat rumah penginapan man ke?..esok angah El le!" usulku...entah megapa hatiku sangat berat untuk berpisah pada malam itu. "tak boleh ngah!..man nak jumpa kawan man"..semasa menuju ke kereta aku merasa kosong sekosong nya hati dan fikiran, aku masuk kekereta, dia datang kekereta untuk bersalam denganku...aku bersalam dari dalam kereta..dek kerana tidak puas hati aku keluar semula bersalam dengannya..kali ini aku meletakkan kepalaku didadanya..dia sangat tinggi..kataku..'sayangnya man!" bila selesai..aku panggil lagi "semula man"..tak puas lah...aku rasa tidak puas mencium dan memeluknya....rupa rupanya itulah pelukan ,ciuman dan tawa senda kami yang terakhir.

Pada waktu yangs ama seminggu selepas itu, Adikku tebujur kaku diselimuti kain kafan disemadikan ke liang lahad tepat pada waktu kami bersalaman...air mataku hanya Allah saja ynag tahu...hangat..sakitnay menahan sebak kehilangan kasih di jiwa..kasih sejati seorang adik yang banyak melaui suka duka bersama..adik yang penyayang..adik yang terlalu mengambil berat...Semoga roh mu aman adikku...Angah akan terus berbakti kepda anak anakmu..meyayangi mereka tanpa jemu..memandang mereka lebih dari angah memandang dirimu....semoga man masih mengenali angah bila kita bersua lagi dialam sana...ingin kupimpin tanganmu seperti selalu aku aku kembali merasa semangat ku kental menumpang semangatmu dik.....Selamat berpisah buat sementara...rindu ini akan sarat untuk menatap wajahmu...SUATU HARI NANTI.