Wednesday, January 27, 2010

Hati Kembali berbunga.....



Khamis datang lagi. hari yang ceria dengan pakaian batik seluruh warga kerja termasuklah aku. Awal pagi ini mataku terjaga dan serasa suasana segar sekali. Selepas aku mandi, ku kejutkan fayyadh dan Harraz untuk bersegera mandi dan bersolat subuh berdua.

Fayyadh dan Harraz, 2 anak lelakiku yang menceriakan dan menenangkan hari hariku walau penuh keletihan dan tekanan. Akhir akhir ini mereka berdua begitu akur dengan Discipline. Tidur awal dan bangun awal. Teori kematian tiba tiba yang aku perdengarkan sebelum tidur pada mereka 3 hari lepas cukup berkesan untuk mereka menghayati bahawa kematian boleh berlaku tiba tiba kerana itulah kita kena sentiasa bersedia ingin beribadah. Alhamdulilah.

Hati aku tenang, fikiranku lancar. hobi baru yang menjadi kegemaranku semakin sebati dengan diriku dan suara hati semakin memperlihatkan perasaan yang jelas dan hala yang betul. Aku ingin terus mempercayai suara hati ini!! Semalam terpandang iklan tambang murah. Aku teringat minat dan keinginan Harraz. Harraz amat meminati kapal terbang dan sebuah replika air asia mainannnya itulah yang sellau digengamnnya saban waktu bila berada dirumah walau sedang melakukan apa aktiviti sekali pun. Sudah lama sebenarnya aku tidak merasai dikelilingi bunga bunga halus dan wangi lembut dikelilingku. Sekarang aku merasainya. Setelah sekian lama juga aku tidak meletakkan ruang untuk bersantai berhabisan bersama anak dan suami. Aku nekad suatu ketaika dulu untuk berhenti melakukan perkara sia sia...berhabis untuk terus terluka. tapi semenjak akhir akhir ini, seolah ada satu tarikan. Seolah ada satu kuasa yang menyejukan hati, yang mengtenteramkan jiwa dan minda, yang mengamit aku untuk merasa rindu pada indahnnya masa lalu menikmati detik detik bersantai dengan anak anakku. kami berlari di tepi pantai mengejar ombak, mengutip siput, membina istana pasir dan masih terdengar dengar suara manja anak anakku...mama pusing! mama pusing! meminta aku memusiangkan handy cam kearah mereka. Ohhh bahagiannya ketika itu dan aku rindu untuk kembali...kembali mengulangi sejarah lalu ynag seakan semakin aku tinggalkan. Aku belum terlambat. Anak anakku masih memerlukan suasana sebegitu, anak anakku masih ada disekeling aku setia menunggu. Dan suara hati ini, telah berkali kali memberitahu....lepaskan perasaan itu pergi..lepaskan ketakutan itu berlalu...jangan biarkan peluang begitu saja....sedang hati hati masih merindu...hati hati masih perlu bahagia....

Kerana itulah, aku meyemak jadual tambang murah ke Kota Kinabalu. Fayyadh dan Harraz akan merasa nikmatnnya berada diawan biru selama 2 jam setengah. Mereka akan melihat tempat yang agak lain dan jauh dari biasa. Mereka akan menambah pengalaman. Mereka akan menambah keeratan hubungan adik beradik. Aku ingin memperlihatkan pada suamiku...didepan kita anak anak masih boleh bahagia dan ingin terus bahagia. Aku baru selesai mebuat tempahan online untuk 4 orang dengan harga RM632.00 dan suamiku bersetuju. Anak anak hanya perlu bercuti sekolah sehari. kali ini kami pergi tanpa Nana kerana jadual asramannya agak susah untuk memohon cuti sendiri. Nana sudah mengizinkannya. Jadual penerbangan kami pada 6 August dan pulang pada 8 August 2010. seminggu selepas hari lahir Fayyadh yang ke sepuluh.

Semoga usaha usaha ini membrikan unsur yang lebih positif. Adakalanya duit bukanlah segalanya.Sokongan, keikhlasan, kesabaran dan terus berani melangkah adalah tunggak untuk berdepan dengan apa bentuk kemelut sekali pun. Perlahan lahan aku semakin merasai nikmat berbudi tanpa mengharap balasan. Perkayakan keluhuran hati untuk terus mengenegahkan budaya memberi....sentiasa memberi...memberi peluang..meberi ruang..memebri sokongan...memberi kepada mereka yang memerlukan yang paling hampir dalam hidup kita. Hidup ini sebuah perjalanan yang panjang. Disetiap liku yang membuatkan kita rebah, ada ada pengajaran yang kita dapat untuk lebih berhati hati ketika melewati liku yang lebih tajam. Allah akhirnnya menganugerahkan kita kebijaksanaan dan orang yang paling bermenafaat dari proses itu selain dari diri sendiri tidak lain dan tidak bukan kita dan keluarga kita juga.


p/s..Benarlah..antara panas dan hujan...ribut dan taufan...ada pelangi menanti!!!!