Monday, May 9, 2011

Tidak Terhitung NIKMATMU


Diam diam sudah seminggu dibulan Mei, Bulan yang membuka tirai penuh tenaga dan pasti bulan yang sangat sibuk persiapan menanti June, July dan August..bagi programme pelajar pelajar.Bulan ini juga merupakan bulan sambungan training Neuro Action bersama Sam Witteveen. Aku tidak PUAS belajar apalagi ilmu ilmu NEURO yang sangat releven dengan kerja kerja counseling dan coaching aku dipejabat. Sepanjang June, July dan August sepenuhnya aku hanya menumpu kepada programme universiti kerana kami hanya ada 3 bulan untuk mengisi masa pelajar disemester 1 2011.

Keletihan 4 hari kursus masih terasa, walaupun pagi ini baru kepenatan itu sangat ketara, namun aku gagahi juga sambil apply teknik reframing limiting belief yang telah dipelajari dan seperti biasa suara hati aku sangat kuat. Hari ini jalan raya sangat sibuk dari rumah lantaran ada jalan yang ditutup dan aku menyusuri jalan yang tidak pernah aku lalui Alhamdulilah akhirnya aku bertemu jalan yang perlu aku lalui untuk kepejabat. Semalam agak sukar tidur lantaran kepala PENUH dengan agenda agenda training hinggalah selesai kerja kerja JOT DOWN. Ada 10 to do list hasil training yang telah dikeluarkan dari minda dan dicatat terperinci dan bakal ditentukan masa untuk dijalankan kecuali hari ini.

To do list pejabat juga tidak kurang banyaknya, sesampai saja dipejabat 10 minit terpaksa mengadap 15 to do list yang berjaya dilakarkan, Alhamdulilah bila ada to do list kerja menjadi agak terancang. Ada satu laluan session, 2 laluan discussion dan masa yang betul betul UP TIME bila menyiapkan RESUME. Aku seorg yang sangat malas untuk menyiap resume, kalaulah bukan kerana TERPAKSA, dan inilah rezeki bila ada peluang tapi aku diminta menghantar resume, maka bermulalah selepas 15 tahun aku mencipta semula resume yang terkini dari aku. Dari bait bait kandungan resume ada beberapa part yang aku tidak PUAS HATI dan aku perlu allocatekan CHANCE dan rasa tidak puas hati itu bakal menjadi PUSH FACTOR. banyak kerja kerja yang melibatkan REVISED hari ini dan beberapa kerja perlu sambungan esok kerana Zul pembantuku CUTI.

Antara benda baru yang aku lakukan hari ini sebelum tenggelam dalam kesibukan dan client mengetuk bilik. aku lakarkan SMS buat hubby meminta izin untuk acara berbuka dan bersolat jemaah dimasjid sempena aku berpuasa.Aku perlu membuat satu jadual hidup yang kemas yang mengimbangi puasa, bersenam, happy time dan programme jemaah dimasjid..I LOVE IT!!! mungkin ini petanda aku sudah jemu berkejar pada perkara yang sudah lama dilalui, aku suka merebut peluang Isnin dan Khamis malah kalau boleh hari hari tapi agak sukar menepis KESIBUKAN.

Nani clientku yang bertuah sedang berada ditahap pertengahan Coaching process. Bertuah kerana Kes nani disertai element element Neuro Action, Kes Nani melalui setting coaching yang panjang selepas aku menerima keseluruahn Training..Alhamdulilah dan aku gembira melihat Nani semkain gembira dengan dirinya, semakin yakin pada diri, semakin berseri seri dan semakin pandai menggunakan KUASA MINDANYA. Untuk hari ini baru Nani dimulakan dengan SUCCESS TRANCE!! Nani sangat gembira melalui pengalaman Trance itu dan dia merasa ingin terus dicoachkan.Ini sudah cukup mengembirakan aku..Mudah mudahan INVESTMENT aku memberi hasil yang sangat lumayan.

Apart from UIA, aku sedang menunggu untuk memulakan service secara part time jemputan dari PNB untuk sekolah berasrama anak anak yatim dan miskinnya Ya Allah sukanya hati diberi peluang berdepan dengan mereka. Semoga kami memiliki sebuah REZEKI PERTEMUAN yang panjang! Aminnn. Bertalu talu Syed menelefon dan bermesej untuk membuat perbincangan setersunya dengan aku selepas aku menghantar resume itu. Alhamdulilah mungkin ini sebhg rezeki Mak, rezeki anak anak, rezeki adik adik dan rezeki insan insan yang hampir dengan aku...Alhamdulilah.

Aku dapat rasakan hidup semakin TERURUS, Minda semakin banyak meneglurkan Idea, Badan semakin kuat dan penuh tenaga dan hati penuh TENANG. Apalagi selepas mendengar TANGISAN dipagi hari ibu dari wahida TERESAK ESAK dia meluahkan perasaan rindu dan sayangnya pada aku MAMAnya...Ya Allah manisnya anugerahmu...Aku rasa terlalu takut untuk tidak terus bersujud tanda syukur dan terharunya atas kurniaanmu Ya Allah. Satu lagi berita istimewa hari ibu yang aku terima bila Adik RAshidy selamat diijab kabulkan dengan pilihan hatinya walau tiada KAD UNDANGAN buat aku dan walau tiada undangan dari text, email mau pun telefon. Aku gembira buat dia semoga seterusnya dia bertambah kuat berdepan dengan arus hidup yang juga terkadang datang dari perbuatan kita sendiri. Apa yang kita buat antara cepat dengan lambat akan kembali pada kita, what you give you will get back! Ucapan hari ibu dari mulut mulut monggel fayaydh dan Hararz juga menyentuh hati ku, dalam ucapan itu terdengar permintaan, fayadh kata mama makanlah kat rumah tak payah makan kat kedai, dan ucapan harraz pula, bila Harraz nak jalan jalan dengan mama lagi..dan 2 ucapan dari jantung hatiku ini menambahkan lagi semangat untuk aku melangkah esok hari dengan penuh TERATUR demi menyediakan ruang buat mereka...RUANG YANG TERHAD TAPI PENUH BERMAKNA.

Dalam kesibukan aku dengan training itu, sempat juga aku memebayangkan KERIANGAN BONDAKU Tengku Aini bersama Ibu saudaraku yang seakan Ibu sendiri yang sedari kecil kupanggil UMMI..suara riang mereka berdua kedengaran dicorong telinga gembira sambil mengikuti rombongan pengantin ke PENANG mereka menghabiskan masa bersama. Mak dan ummi pasti bangga dengan handbeg dan sandal baru mereka sebagai hadiah hari ibu dari aku. Kegembiraan mereka mampu memberikan aku rasa bahagia berganda kerana itulah aku merasa seakan TIDAK PENAT dalam menghabiskan hujung minggu dengan KERJA KURSUS.

Hari ini aku dipejabat, menunggu hari gelap untuk bersiap pulang dan berbuka puasa dimsajid serta bersolat jemaah, aku masih terasa pelukan hangat kawan kawan Raudah, Yanie, Irene, kak suria,Anne,Jane, Nadia dan Vanessa...aku selesa dengan pelukan mereka, mereka yang berpendirian sama dengan aku, mereka yang TERSANGAT POSITIF dan tiada LIMITING BELIEF...Aku tidak akan melupakan pelukan pelukan mereka dan aku akan terus berbudaya memebri POSITIVE HUG kepada mereka yang kita kasihi kerana WITHOUT THAT HUG pasti rasa terkilan...when will I see you again...when will I see you again.

Sesungguhnya Ya Allah Setiap detik dan ketika TIDAK TERHITUNG NIKMATMU!!