Wednesday, September 29, 2010

Kerana TONE SUARA

Tiba tiba malam ini datang idea yang mencurah curah setelah seminggu tidak sihat dan setelah sepanjang hari berkerut kening menahan sakit dengan bantuan pain killer. Suasana sunyi senyap jam menunjukan 2.30pagi. mata masih segar, kepala masih ligat berputar...paling terfikir tentang tajuk discussion di TV ...blogging sebagai hobi...menyuarakan pendapat dan maklumat kepada orang lain. Aku terfikir sesuatu yang menarik yang belum dibuat orang lain...RELATIONSHIP. Aku sempat google kenyataan tentang relationship sebagai bahan bacaan sementara...sekarang untuk diri sendiri aku sudah ada kerja...kena atur rangkaan yang mantap selepas ini. Alhamdulilah...ada rezeki berbentuk idea disini dalam kelam kabut sakit dan bingit dengan hal hal yang tidak diundang....mungkin berkat sabar...dan selalu bertanya pada diri apa yang aku perlu buat untuk menyumbang kepada orang lain disekeliling aku. seklai lagi Alhamdulilah.

hari pertama masuk pejabat, Ina sahabatku yang paling gembira memeluk dan kami bersalam raya. halalkan segala yang terkata dan tergurau...Ina seorang yang sangat besedia belajar dalam segala segi dan berani melahirkan pendapatnya..aku kagumi Ina. kerana lama tidak bersua, aku ingin belanja Ina makan tengahhari diluar pejabat. kami kesebuah retaurant yang agak jauh sedikit walaupun disitu bukanlah tenpat paling best..cuaca panas membuatkan kami berdua malas untuk merayau lebih jauh.

sambil makan, kami masih rancak bertanya khabar, sesekali tangan Ina mengambil lauk di pingganku..dan begitu juga aku...manisnya persahabatan...aku pandang ina macam adik sendiri cuma dilahirkan ibu bapa yang lain lain..inilah cinta sahabat namanya. Tiba tiba aku terdengar suara tegas dan agak sini dari perempuan di sebelah berkata pada pelayang restaurant yang juga merupakan isteri kepada tuan punya restaurant. SAMBAL TAK PEDAS YA!! kedengaran suara menjawaba...citaras masing masing..kalau mahu pedas didapur masih banyakk cili saya ambilkan....sekali pelangan makin kasar suaranya lalu berkata..Nah saya baca makanan awak...awak sudah kurang ajar dengan saya...kelihatan tuan kedai terkulat kulat...puan saya bukan kurang ajar ..saya cakap...puan komplen ..saya cakaplah kat dapur ada cili...SUASANA agak tegang. Aku pandang Ina dan Ina pandang aku. Seingat aku inilah pengalaman pertama kami berdepan dengan orang bergaduh. pelanggan semkai naik angin dan isteri tuan kedai terus mengata ..awak sombong sangat...awak ingat awak kaya awak boleh sombong...adussss makinlah hangin perempuan tu...

Kami terdiam...komen sebenarnya tidak salah tapi jagalah nada suara anda bila memberi komen. Orang yang menjawab juga sebenarnya mengapa terjawab begitu sebab emosi sudah tersentuh..hati telah sarat berkata kata lantaran sikap pelanggan yang memperlihatkan sedikit keangkuhan. Maka keluarlah jawapan yang sangat sini yang berbau perli. rasanya kalau tiada rasa angkuh...tone suara menjadi nyaman dan seronok didengar oleh orang lain apalagi tuan kedai...dan rasanya kalau emosi pekedai tidak tersentuh ..tidak mungkin terkeluar jawapan sini dan sindiran yang agak pedas begitu. Suami terpaksa masuk campur dengan meleraikan mereka berdua. Aku hampir tidak ercaya masih ada manusia yang begini dimuka bumi ini.

Ternyata dalam berbicara, TONE suara lebih banyak memainkan peranan dari perkataan itu sendiri. kalau tone suara lembut...kritikan sudah tidak nampak...sebaliknya kalau nada suara kasar, gurauan akan diterima sebagai bahan kemarahan. Terkadang manusia seakan lupa. semua manusia didunia ini adalah seeking pleasure creature. mereka lebih cenderung kepada keseronokan apalgi bila kelam kabut dengan pelanggan. Apalah salahnya rendah dan manjakan nada suara kalau ingin menegur..kalau rasa mood anda tidak bagus lebih baik jangan bercakap kerana percakapan anda bisa menambah kesakitan kepada situasi orang lain.

saya sama sekali tidak menyalahkan pekedai tersebut. tapi saya salahkan pengunjung itu. Kenapa terllau lantang suara kritikannya walau pun customer is always right tenguklah keadaan sikit. you are not the boss there. Terkadangs aya melihat ada orang membawa sikap kebossannya di mana mana. sampai pinggan sendiri pun tidak mahu angkat sedangkan kedai tersebut adalah SELF SERVICE. Kesian mereka mereka sebegini...apalagi perkara yang dipanas panaskan bukanlah isu besar pun...

selepas drama pendek itu selesai, kami berundur ke kaunter pembayaran setelah membasuh tangan. sambil berlalu pergi, tuan kedai sempat meminta maaf atas kekecohan yang berlaku dan aku sambil tersenyum menjawab..tak pa perkara kecik je tu...kami fahammmm..hehe..memberikan dia sebuah senyuman yang paling manis untuk membuktikan kami tahu menilai ...bersabarlah dengan kerenah pelanggan.

saya teringat pesan seseorang suatu ketika dulu...berbudayalah dengan puji pujian walau pun kecik sahaja bagusnya...gambarkan dengan pujian tersebut seolah olah besar sumbangannya di mata anda..kerana inilah cara kita mendidik dan mengambil hati orang orang disekeliling kita. sebaliknya berhati hatilah memberi kritikan...beradap sopanlah bila tersangat perlu meberi komen...selain pemilihan bahasa dan tone ynag selamat..bila mahu diucapkan juga perlu diambil kira...kerana silap silap gaya..komen kita langsung menjadi bahan letupan yang menghancurkan semua keadaan.

Komen yang sangat dihargai untuk diberikan ialah bila anda diminta untuk berikan komen samada diruang khas atau dibilik meeting....KOMENLAH sepuas hati namun Tone suara masih berperanan untuk mepengaruhi orang dalam KOMEN anda...


pssstt saya seorang yang tidak suka KOMEN...hehe..kalau orang tanya banyak banyak...NO KOMEN!!!